You are on page 1of 3

.

.
)(" :
"- . " :
."-


,
, , ,,
. ,

,
,
, , , ,,
.

. , ,

,
, ,
,
, ,
.

,
,

, ,
,
,
,
,
.
Terjemahan:
Akhlak merupakan kata jama kepada khuluk. Ia merupakan sifat dan perangai
manusia yang diterjemahkan melalui sahsiah peribadinya, masyarakatnya
ataupun persekitarannya. Keruntuhan akhlak merupakan penyelewangan dari
jalan sebenar dan terkeluar dari pegangan yang sebenar. Rasulullah SAW
bersabda: Setiap yang dilahirkan itu adalah fitrah, ibu bapanya yang
menjadikannya yahudi atau nasrani ataupun majusi. Allah SWT telah
berfirman : Dan Kami ciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian- Surah Al-Tin.
Daripada ayat diatas, dapat diambil pengajaran bahawa sesungguhnya manusia
itu dilahirkan sebaik-baik gambaran dan penciptaan, melainkan terdapat
beberapa unsur yang masuk dan telah mengubah daripada fitrah dan
kejadiannya. Faktor-faktor ini kadang-kadang bermula dirumah, masyarakat,
tempat pengajian, media massa dan sebagainya.
Sepertimana yang telah kita ketahui keruntuhan akhlak ini berpunca dari bentuk
yang pelbagai diantaranya ialah keruntuhan dalaman yang berlaku dikalangan
masyarakat tersebut seperti tersebarnya masalah rasuah, mencuri, budaya
lepak, pengambilan pil khayal, zina, pelacuran dan berleluasanya, pelbagai
jenayah serta bermacam-macam lagi. Antaranya juga adalah berpunca dari
unsur luar dan ikutan barat dalam kehidupan seharian mereka dari sudut cara
berpakaian yang seksi dan percampuran bebas.
Antara punca-punca lain yang mendorong berlakunya gejala keruntuhan akhlak
ini secara berleluasa ialah kerana kurangnya kefahaman ilmu agama, kurangnya
pendidikan agama, kurang perhatian daripada ibu-bapa yang sibuk bekerja,
tersebarnya media massa yang membawa unsur-unsur negatif dan buruk dari
luar, pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, terpengaruh
dengan budaya buruk dari barat dan sebagainya.
Disini terdapat beberapa cara mengatasi masalah kerosakan akhlak ini,
diantaranya dengan menanam dan menyemai keimanan serta akidah yang betul
di dalam jiwa para remaja, mendidik akal mereka dengan didikan dan budaya
Islam, perhatian ibu bapa dalam gerak geri mereka, kedudukan mereka,
menghalang mereka dari bergaul bebas, memahamkan mereka dengan perkara
yang halal agar diamalkan dan perkara yang haram agar dijauhi daripadanya
dan memahamkan mereka tentang kebahagiaan yang sejati serta kemanisan

yang abadi. Dan mengancam mereka tentang bahaya dadah dan kesan
buruknya serta menanam kebencian kepada kebudayaan barat disamping
percampuran bebas. Disamping itu juga dengan menghadiri majlis ilmu dan
solat berjemaah serta mengadakan seminar atau ceramah bagi menyedarkan
tentang bahaya keruntuhan akhlak dikalangan remaja.

You might also like