You are on page 1of 2

Perkembangan

Permainan Gasing
Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum
perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan yang berusaha
memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing
boleh didapati di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi
juga di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya dimainkan di pertunjukan
kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan.
Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing
tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan bntuk dan
hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara
mengendalikannya juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.
Namun begitu kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing, meangkahdan dan
membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan
tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Inilah yang menimbulkan pelbagai bentuk dan
sara permainan gasing. Umpamanya terdapat perbezaan dalam permainan gasing timah dan
gasing leper di negeri Kelantan; gasing peyek dan gasing tempayan di Selangor serta gasing
paku di Kedah.
Di Nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan, peperangan dan
perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-bentuk gasing yang
berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain. Umpamanya gasing timah dan
gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain. Begitu juga dengan gasing paku yang
dimainkan oleh masyarakat Kuala Selangor, ternyata adalah sama dengan gasing yang dimainkan
pemain gasing Kedah dan Patani. Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka
dan jika ditinjau di Riau sendiri, ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh ini jelas
menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan
masyarakat tempatan dengan tempat lain.
Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia, Afrika serta
Eropah. Cuma yang membezakannya adalah corak permainan, bentuk gasing, nama serta
golongan yang memainkannya. Oleh itu, ternyatalah permainan gasing ini adalah sejenis
permainan tua yang dimiliki oleh hampir semua tamadun.
Walaupun gasing ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu, namun pelbagai
masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing serta corak permainan
gasing. Hasil kesedaran betapa pentingnya kesergaman dalam permainan gasing ini maka pihak
yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan yang bijak iaitu mengadakan Kongres
Kebudayaan Melayu pada tahun 1972, di Universiti Malaya yang kemudiannya diikuti dengan
Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing, di Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor,
pada tahun berikutnya. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan permainan gasing.
Permainan Gasing
Masa Kini
Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang diperkenalkan
oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan cara untuk menyebarkan
permainan ini secara meluas dan menyeluruh. Peristiwa ini bermula pada 16 April 1971 dalam
Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah tentang pertukangan wau, gasing dan patung
wayang kulit. yang dibentangkan oleh Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal
tentang gasing sebenarnya merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak
zaman dahulu.
Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini dengan kerjasama
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan Sukan) telah berusaha
menganjurkan Seminar Undang-Undang Permainan Gasing yang bertempat di Sekolah Dato'
Seri Amar Diraja, Muar, Johor. Tujuan seminar ini ialah untuk menyatu dan mencari persamaan
terhadap beberapa masalah permainan gasing. Pada peringkat awal perbincangan ini beberapa
negeri telah membantah dan tidak menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar
bentuk dan peraturan gasing yang dihasilkan.
Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama, satu mesyuarat
penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu kira-kira lima bulan selepas seminar
Penyatuan
Undang-undang Gasing dibentuk di Muar. Mesyuarat pertama yang diadakan di Rumah
Persinggahan Melaka akhirnya bersetuju untuk mencuba peraturan yang telah digubal. Langkah
ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973 dalam pertandingangasing di negeri Melaka yang
disertai oleh tiga buah negeri.
Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk,iaitu di Wisma Belia, Kuala Lumpur
pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor pada 10 Julai
1974. Cadangan menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dibuat dalam mesyuarat
penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis penubuhan Lembaga Pengadil
Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah Kelang pada 20 Jun 1975. Bersamaan penubuhan ini
juga telah diadakan diadakan perbincangan tentang penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia.
Pada 5 Disember 1977, Persekutuan Gasing Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan di
Melaka setelah melalui beberapa perbincangan.

You might also like