You are on page 1of 60

1.

0 PENGENALAN

1.1 Pergerakan asas

Menurut pakar-pakar dalam Pendidikan Jasmani ( Galahue, D.L., 1996; Gabbard, C,


LeBlanc, B dan Lowy, S., 1994; Burton, 1997 ), pergerakan asas terbahagi kepada
tiga iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif.

Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan


lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan
dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan
lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai
keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid-murid


sekolah rendah untuk mempelajari kemahiran asas sukan dan seterusnya
menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti
melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang
rotan, tali dan relang getah dan lain-lain.

1.2 Anatomi dan fisiologi

Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap
struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani “ana” bermaksud
asingkan dan “tome” bermaksud memotong. Selain itu, anatomi terbahagi kepada
beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar
mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti
struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu
dengan bantuan mikroskop.

PJM 3106 Halaman 1


Anatomi adalah satu disiplin saintifik yang menyiasat tentang struktur tubuh dengan
menceraikan, memotong kepada bahagian-bahagian kecil untuk dikaji. Ia meliputi
struktur tubuh, organisasi mikroskopi, proses pertumbuhan, hubungan antara
bahagian serta fungsi setiap bahagian.

Fisiologi bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan. Fisiologi adalah
disiplin saintifik tentang proses dan fungsi benda hidup iaitu dengan memahami dan
meramal tindak balas tubuh terhadap ransangan serta bagaimana badan
mengekalkan keadaannya dengan persekitaran.

1.3 Lakuan solat dalam pergerakan


Hubungan ibadah solat secara rohaniah ditekankan dengan jelas di dalam al-Quran
dan hadis serta buku-buku ilmiah. Betapa solat itu merupakan tiang agama dan
diwajibkan ke atas umat Islam. Bagaimanapun perkaitan ibadah solat secara saintifik
seperti kesan pergerakan dalam setiap rakaat terhadap kesihatan tubuh badan
masih terlalu sempit perbincangannya secara umum. Hakikatnya, pada setiap
pergerakan solat itu seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat
awal serta tahiyat akhir, tersembunyi pelbagai misteri saintifik terhadap kesihatan.
Secara umumnya, badan manusia terdiri daripada empat komponen utama iaitu tisu
aktif, tisu tulang, air dan lemak dengan setiap satunya mempunyai fungsi-fungsi
tertentu di dalam badan. Kajian mengenai kebaikan senaman terhadap komposisi
badan telah banyak dilakukan dan pakar kesihatan juga sependapat bahawa
senaman berat atau ringan tetapi dilakukan secara kerap dapat membakar lemak
badan dan karbohidrat. Kesan yang sama juga dibuktikan menerusi pergerakan
solat yang diumpamakan seperti melakukan senaman ringan dan dibuktikan dapat
meningkatkan tahap ketahanan badan serta menghindarkan risiko penyakit jantung,
tekanan, kolestrol dan penyakit lain.

Daripada sudut kesihatan seksual pula, solat telah dibuktikan mampu memberikan
kesan positif kepada pesakit yang mengalami disfungsi ereksi. Kajian yang
dilakukan menunjukkan pesakit yang pada mulanya langsung tidak mendapat ereksi
ketika tidur mula menunjukkan perubahan dengan satu ereksi selepas proses
intervensi solat selama sebulan. Malah, kajian berasingan dalam tempoh yang sama

PJM 3106 Halaman 2


juga menunjukkan bilangan ereksi pesakit, isipadu darah serta tempoh ereksi turut
meningkat secara mendadak. Menariknya, solat turut memberi kelebihan kesihatan
lain iaitu ia mampu meningkatkan bendalir dalam sel (ICW) serta menurunkan
rintangan dan bendalir luar sel (ECW). Secara saintifiknya, bendalir dalam sel yang
tinggi akan melancarkan pengaliran darah dalam badan terutamanya ke saraf otak
yang akan mendapat bekalan oksigen yang tinggi seterusnya memberi ketenangan
secara fizikal dan emosi kepada pendiri solat. Lebih daripada itu, solat juga
dibuktikan mampu meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Menerusi solat,
otak diberikan satu keadaan untuk bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran
yang mencabar. Malah, selepas melakukan solat, seseorang itu akan menjadi lebih
berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan. Bagaimanapun
perlu untuk diingatkan, kelebihan solat ke atas kesihatan ini perlu menepati ciri-ciri
tertentu dan sudah semestinya mengikut ajaran Islam yang sebenar. Ia termasuk
mengerjakan solat lima waktu dalam sehari.

Dalam tugasan ini, kami telah memilih pergerakan bukan lokomotor iaitu tahiyat
awal sebagai tajuk tugasan kami.

PJM 3106 Halaman 3


2.0 SISTEM RANGKA

Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi pada tubuh badan manusia. Terdapat
206 ketul tulang pada rangka manusia dan sistem ini terdiri daripada tulang-tulang
serta struktur-struktur sokongan seperti ligamen, tendon, kartilej dan juga sendi.
Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka, pertama sebagai sokongan kepada
badan manusia iaitu tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu
lembut serta organ tubuh. Contohnya perlekatan otot-otot pada tulang-tulang rangka
yang terdapat pada tubuh manusia. Fungsi kedua ialah sebagai perlindungan.
Rangka yang terdapat dalam tubuh manusia akan berfungsi secara tidak langsung
untuk melindungi organ dalaman yang penting seperti jantung, sebagai contoh,
tulang rusuk yang terdapat pada tubuh manusia akan melindungi paru-paru dan juga
jantung manusia.

Manakala fungsi sistem rangka seterusnya ialah untuk membantu pergerakan tubuh
badan manusia. Hal ini berlaku kerana tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas
bagi menghasilkan pergerakan apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi.
Contohnya, sendi lutut yang melibatkan tulang tibia, fibula dan juga femur. Selain
daripada itu, sistem tulang juga berfungsi untuk menghasilkan pembentukan sel-sel
darah merah. Ini dapat dinyatakan kerana sum-sum yang terdapat dalam bahagian
tulang vertebral akan menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan juga
platlet. Fungsi sistem rangka kelima pula ialah sebagai penstoran mineral. Tulang
juga berfungsi sebagai tempat penstoran mineral seperti kalsium dan fosforus.
Mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila
diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Secara umumnya, sistem rangka dapat dibahagikan kepada dua iaitu axial (paksi).
Contohnya tengkorak, sternum, tulang rusuk, dan tulang vertebra dan kedua ialah
appendicular, contohnya klavikel, skapula, radius, ulna. Terdapat pelbagai bentuk
dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang memenuhi keperluan
khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan
kepada empat bentuknya iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang pipih dan
tulang tak sama bentuk. Manakala dari segi pembesaran dan pembentukan tulang
pula terdiri daripada sel tulang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat.

PJM 3106 Halaman 4


Ianya terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks
organik fiber untuk memerangkap mineral. Osteoblas yang matang dikenali sebagai
osteosit.

2.1 Sistem Rangka Yang Terlibat Dalam Kedudukan Tahiyat Awal

Kedudukan semasa tahiyyat awal

Rajah 2.1.1: Pandangan Hadapan Rajah 2.1.2: Pandangan Sisi

Rajah 2.1.3: Pandangan Belakang

PJM 3106 Halaman 5


Secara keseluruhan gambar rajah yang ditunjukan, terdapat bahagian-bahagian
tulang yang terlibat dalam pergerakan kedudukan semasa tahiyat awal ini. Tulang-
tulang yang terlibat ialah tulang belakang atau boleh juga dikenali sebagai tulang
vertebral. Pada bahagian tulang belakang ini dapat dibahagikan kepada empat
lengkuk yang semuanya terlibat iaitu lengkuk servikal, lengkuk toraksik, lengkuk
lumbar dan lengkuk sakral. Tulang seterusnya yang terlibat ialah tulang humerus,
ulna dan radius yang berada pada bahagian tangan, seterusnya ialah tulang karpal
dan metacarpal ( pergelangan tangan ), tulang os koxae iaitu pada bahagian
pinggul, tulang femur, patella, tibia dan fibula yang berada di bahagian paha, lutut
dan betis kaki dan tulang terakhir yang terlibat ialah tarsal dan metatarsal ( di
bahagian pergelangan kaki ).

Tulang-tulang yang telah disenaraikan ini adalah tulang-tulang utama yang terlibat
dalam pergerakan semasa tahiyat awal secara kasarnya. Ilustrasi kedudukan tahiyat
awal yang lebih terperinci di bahagian seterusnya akan merangkumi semua jenis
tulang yang terlibat dalam pergerakan ini. Tulang-tulang yang terlibat ini adalah
berfungsi sebagai penyokong kepada kedudukan semasa solat dikerjakan oleh
setiap individu yang beragama Islam dan ia juga berfungsi dalam membantu
pergerakkan bagi melaksanakan rukun di dalam solat iaitu tahiyyat awal. Dalam
pergerakkan semasa tahiyyat awal, kebanyakan tulang yang terlibat adalah sama
seperti kedudukan tahiyyat akhir tetepi dari segi pergerakan yang dilakukan semasa
tahiyyat akhir mempunyai sedikit perbezaan dengan tahiyyat awal. Oleh kerana
kedudukan dan pergerakan semasa tahiyyat akhir mempunyai sedikit perbezaan
dengan tahiyyat awal, jenis-jenis tulang yang lebih terperinci mungkin lebih banyak
terlibat dalam pergerakan tersebut.

PJM 3106 Halaman 6


2.2 Bahagian Tulang Yang Terlibat

Tulang
Belakang

Rajah 2.2.1: Tulang vertebral

Tulang belakang atau yang disebut dengan vertebral berfungsi menyangga berat
tubuh. Tulang belakang memungkinkan manusia melakukan berbagai jenis posisi

PJM 3106 Halaman 7


dan gerakan, misalnya berdiri, duduk atau berlari. Tulang belakang terdiri dari
beberapa bahagian. Pada kedudukan tahiyyat awal ini, kepala akan ditundukkan
sedikit kerana bagi mendapatkan kekhusyukan dalam solat, mata harus memandang
pada bahagian jari tunjuk yang akan diangkatkan kearah hadapan. Bagi gambar
rajah di atas, bahagian tulang belakang yang telibat ialah pada bahagian lengkuk
servikal. Jadual di bawah merupakan nama tulang penyusun yang terdapat pada
bahagian tulang belakang.

Bahagian tulang Nama tulang penyusun Jumlah ruas


Tulang leher (Serviks) 7
Tulang punggung (Thorax) 12
Tulang belakang Tulang pinggang (Lumbar) 5
Tulang selangkang (Sacrum) 5
Tulang ekor (Koksigea) 4

Jadual 2.2.1: Nama bahagian tulang

PJM 3106 Halaman 8


Rajah 2.2.2: Tulang radius dan ulna

Pada gambar rajah di atas, tulang yang terlibat ialah tulang radius dan ulna. Tulang
ulna adalah tulang medial bagi lengan bawah. Ia mempunyai ruang Olekranion yang
bercantum dengan bahagian troklea tulang humerus pada hujung proksimal dan
bercantum dengan tulang karpal pada hujung distal. Manakala tulang radius pula
adalah tulang lateral bagi lengan bawah. Ia adalah lebih pendek daripada tulang
ulna. Tulang radius ini bercantum dengan bahagian kapitulum humerus pada hujung
proksimal dan dengan tulang karpal pada hujung distal. Tulang radius dapat
berputar apabila tapak tangan diputarkan

PJM 3106 Halaman 9


PJM 3106 Halaman 10
Rajah 2.2.3: Tulang metacarpal

Rasulullah menunjuk dengan jarinya, maka beliau meletakkan ibu jarinya pada jari
tengahnya. [Muslim dan Abu Uwanah]. Tulang tapak tangan terdiri 8 tulang karpal
yang membentuk pergelangan tangan. 5 tulang metacarpal membentuk tapak
tangan bagi setiap tangan dan 14 falank membentuk jari dengan setiap jari
mengandungi 3 ketul tulang kecuali ibu jari yang mengandungi hanya 2 ketul tulang
sahaja.

PJM 3106 Halaman 11


Rajah 2.2.4: Tulang femur

Pada gambar rajah di atas, pergerakan di atas juga melibatkan tulang femur. Tulang
femur berada pada bahagian paha manusia dan merupakan tulang paling kuat,
panjang serta berat. Tulang ini menghubungkan tubuh bahagian pinggul dan lutut.
Tulang femur tergolong dalam kumpulan tulang panjang. Ukuran tulang panjang
mesti melebihi ukuran lebar tulang untuk berfungsi sebagai tuas bagi memudahkan
pergerakan. Kebanyakkanya terdiri daripada tulang mampat. Contohnya humerus,
radius, ulna, tibia dan fibula.

PJM 3106 Halaman 12


Rajah 2.2.5: Tulang fibula dan tibia

Selain daripada tulang femur yang terlibat dengan pergerakan tahiyyat awal, tulang
fibula dan tibia juga telibat secara langsung dalam melakukan pergerakan ini. Tulang
tibia dan tulang fibula membentuk bahagian bawah kaki di antara lutut dengan
pergelangan kaki. Tulang tibia adalah tulang medial dan fibula pula membentuk
tulang lateral.

PJM 3106 Halaman 13


Rajah 2.2.6: Tulang patella

Dalam anatomi manusia, tulang lutut atau patella adalah tulang berbentuk segitiga
dan tebal yang akan bersendi dengan tulang paha (femur). Fungsinya adalah
membungkus dan melindungi sendi lutut manusia. Patella terikat di hadapan lutut
dengan jaringan otot yang memegangnya bersama-sama dengan ligamen-ligamen
yang membolehkannya terletak di hadapan lutut dan bergerak dengan lancar.
Permukaan dalam patella juga diselaputi dengan rawan yang licin dan berartikulasi
dengan tulang femur dan tibia pada sendi lutut tersebut. Tulang patella juga terlibat
dalam pergerakan ini, seperti gambar rajah di atas.

PJM 3106 Halaman 14


Rajah 2.2.7: Tulang pergelangan kaki dan tapak kaki

Dari Maimunah isteri Nabi SAW katanya: “Apabila Rasulullah S.A.W sujud
direnggangkannya kedua sikunya dari rusuk, sehingga kelihatan putih ketiak beliau.
Dan apabila beliau duduk antara dua sujud dan pada tasyahud awal, beliau duduk
tenang di atas pahanya yang kiri.” [Muslim] Pada pergerakan tahiyyat awal, tulang
yang terlibat juga ialah tulang pergelangan kaki dan tapak kaki. Terdapat 7 tulang
Tarsal membentuk pergelangan kaki manakala 5 tulang metatarsal pula membentuk
bahagian tengah tapak kaki.

PJM 3106 Halaman 15


3.0 Fungsi dan Stuktur Sendi

Sendi adalah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan
tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi
fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan
(sinatrosis), sendi yang boleh melakukan gerakan terhad (amfiartrosis) dan sendi
yang boleh bergerak bebas (diartrosis). Manakala struktur sendi sangat
mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan semakin
kuat sendi itu walaupun pergerakan sendi tersebut agak terbatas atau terhad.
Sebaliknya, sendi yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan, semakin
banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Namun begitu, sendi seperti ini mudah
mengalami dislokasi atau terkehel.Pergerakan sendi, ditentukan oleh kelenturan tisu
perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligament, otot dan tendon.

Antara jenis-jenis sendi berdasarkan stuktur ialah sendi fibrous. Pada sendi fibrous
tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak
membenarkan sebarang pergerakan. Kedua ialah sendi kartilagenous iaitu pada
sendi kartilagenous tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh
ligamen. Jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad. Seterusnya
ialah sendi sinovial diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair
sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara sel kartilej
dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi ini membenarkan
pergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang. Terdapat beberapa jenis
sendi sinovial, antaranya ialah:

a) Sendi gelungsur (sendi antara karpal dan tarsal)


b) Sendi engsel (sendi siku)
c) Sendi paksi (sendi antara radius dan ulna)
d) Sendi kondil (sendi antara metacarpal dan falanges)
e) Sendi pelana (sendi antara metacarpal pada ibu jari dengan karpal)
f) Sendi lesung (sendi bahu)

PJM 3106 Halaman 16


3.1 Sendi yang terlibat dalam pergerakan tahiyat awal.

Rajah 3.1.1: Sendi putar

Pada gambar rajah di atas, sendi yang terlibat pada bahagian tersebut ialah sendi
putar. Sendi putar iaitu sendi yang mampu melakukan gerakan rotasi iaitu gerakan
secara berputar. Kita dapat melakukan gerakan rotasi kepala kerana adanya sendi
putar yang menghubungkan tulang tengkorak dengan tulang atlas.

PJM 3106 Halaman 17


Rajah 3.1.2: Sendi engsel

Pada bahagian siku dan lutut sendi yang terlibat pula ialah sendi engsel. Sendi
engesl adalah jenis sendi yang mampu melakukan gerakan satu arah sahaja, sama
seperti pintu rumah yang hanya dapat dibuka ke satu arah saja. Pada sendi engsel,
kedua hujung tulang berbentuk engsel dan berporos satu. Sendi ini ada di lutut, siku,
dan ruas antara jari.

PJM 3106 Halaman 18


Rajah 3.1.3: Sendi pelana atau sela

Manakala pada bahagian jari telunjuk pula,sendi yang terlibat ialah sendi pelana.
Sendi pelana adalah sendi yang dapat melakukan gerakan dua arah, iaitu ke
hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan. Pada sendi ini kedua hujung
tulang berbentuk pelana dan berporos dua, tetapi dapat bergerak lebih bebas. Ini
adalah jenis sendi yang menghubungkan tulang telapak tangan dengan jari tangan.

PJM 3106 Halaman 19


Rajah 3.1.4: Sendi peluru

Sendi peluru ialah sendi yang dapat bergerak ke segala arah, pada sendi ini kedua
hujung berbentuk lekuk dan bongkol misalnya yang menghubungkan tulang paha
dengan tulang pinggul dan misalnya sendi pada pergelangan bahu. Pada gambar
rajah di atas, kedudukan tersebut telah melibatkan bahagian pinggul, ini bermakna
sendi yang terlibat pada kedudukan ini ialah sendi peluru.

PJM 3106 Halaman 20


Rajah 3.1.5: Sendi geser atau luncur

Pada bahagian pergelangan kaki dan jari kaki, sendi yang terlibat ialah sendi geser.
Sendi geser atau dikenali sebagai sendi luncur adalah bentuk berhubungan dengan
dua tulang yang memungkinkan terjadinya sedikit gerakan iaitu pergerakan yang
melibatkan gerak berputar (rotasi) secara datar. Bentuk ini dapat ditemui di antara
tulang-tulang pergelangan tangan dan kaki.

3.2 Definisi Biomekanik:

PJM 3106 Halaman 21


Tulang dan sendi merupakan dua elemen yang sangat berkait rapat dalam sistem
tubuh badan manusia. Tulang secara umumnya adalah berfungsi sebagai
penyokong beban berat tubuh badan, melindungi organ dalaman yang penting,
membantu pergerakan tubuh badan manusia dan sebagainya. Manakala sendi juga
akan memainkan peranan dalam membantu pergerakan yang akan dilakukan oleh
manusia. Pergerakan atau lebih dikenali sebagai biomekanik adalah kajian tentang
daya dan pergerakan berkaitan dengan aktiviti fizikal, daya dan pergerakan adalah
sangat berkaitan dengan sistem otot rangka tubuh. Pergerakan sistem otot rangka
tubuh akan menghasilkan daya dan tenaga sebagai asasnya daya boleh dijelaskan
sebagai tolakan atau tarikan. Daya akan membolehkan :

1. Jasad pegun menjadi bergerak


2. Jasad bergerak menjadi pegun
3. Jasad berubah arah pergerakan

Perkara-perkara di atas adalah mempunyai perkaitan dengan hukum-hukum newton


yang dapat dijelaskan dibawah.

1. Hukum newton I (Hukum Inersia, hukum kelembaman): Suatu benda


mempunyai sifat mempertahankan keadaannya, apabila benda itu sedang
bergerak maka benda itu akan bergerak terus.

2. Hukum Newton II : apabila ada gaya yang berkerja pada suatu benda maka
benda akan mengalami suatu percepatan yang arahnya sama dengan arah
gaya.

3. Hukum Newton III : Untuk setiap aksi selalu ada reaksi yang arahnya
berlawanan

3.3 Sistem Tuas

PJM 3106 Halaman 22


BEBAN

FULKRUM

DAYA

Rajah 3.3.1: Tuas kelas

BEBAN

FULKRUM

DAYA

Rajah 3.3.2: Tuas kelas

PJM 3106 Halaman 23


FULKRUM

Rajah 3.3.3: Tuas kelas

DAYA

BEBAN

FULKRUM

Rajah 3.3.4: Tuas kelas

PJM 3106 Halaman 24


Sistem Tuas merupakan sistem paling mudah digunakan dan dipraktikkan. Sistem
tuas berfungsi untuk mengangkat beban yang lebih berat dengan menggunakan
tenaga yang sedikit. Sistem ini berfungsi dalam penyambungan sistem mekanikal.
Tuas menggunakan gandar sebagai titik pusatnya. Dengan berkonsepkan teori fizik
sistem ini memudahkan pengoperasian sesuatu angkutan itu dapat dilaksanakan.

Jika fulkrum berada di tengah-tengah, kita katakan dia berada dalam kumpulan
"Tuas Kelas Pertama" (First Class Lever).

Rajah 3.2.5: Tuas kelas pertama

PJM 3106 Halaman 25


Tuas kelas kedua (second class lever) pula, merupakan tuas yang mempunyai
beban (load) terletak di tengah-tengahnya.

Rajah 3.2.6: Tuas kelas kedua

PJM 3106 Halaman 26


Tuas kelas ketiga (third class lever) merujuk kepada tuas yang
mempunyai daya (effort) terletak di tengah-tengahnya pula.

Rajah 3.2.7: Tuas kelas ketiga

Perhatikan! Apabila menentukan jenis tuas (class of lever), kita perlu kenalpasti jenis
bahagian tuas yang terletak di tengah-tengah sahaja. Untuk itu, kita hanya perlu menghafal

FLE

"F" untuk Fulcrum (fulkrum)


"L" untuk Load (beban)
"E" untuk Effort (daya)

"F" berada paling kiri untuk mewakili tuas kelas pertama, "L" di tengah-tengah menunjukkan

PJM 3106 Halaman 27


dia adalah tuas kelas kedua dan "E" berada di sebelah kanan, kerana dia adalah tuas kelas
ketiga.

PJM 3106 Halaman 28


4.0 STRUKTUR OTOT DAN SISTEM OTOT RANGKA

Pandangan belakang

Otot Interkostal

Erector Spinae

PJM 3106 Halaman 29


Pandangan sisi

Otot Platsyma

Otot Rektus

Otot Ekstensor

Otot Lumbricales
Otot
Rhomboideus
Major

-Otot Quadrisep

-Otot Hamstring

Rajah 4.1: Sistem otot manusia

Sistem otot rangka adalah menjadi fungsi tisu otot untuk memendek atau
menguncup supaya kerja yang memerlukan pergerakan dapat dilakukan.
Otot Gastronemius
Penguncupan otot akan mengakibatkan berlakunya pergerakan pada bahagian-
bahagian badan serta pergerakan bahan melalui tubuh badan.

PJM 3106 Halaman 30


Ketika kedudukan tahiyat awal, otot telah menjalankan fungsi pentingnya iaitu
penetapan postur semasa duduk di mana menetapkan postur tubuh melalui
kontraksi otot dan penetapan ketegangan otot tanpa memendekkannya. Antara otot-
otot tubuh badan yang terlibat dalam lakuan tahiyat awal adalah:

Rajah 4.2 : Otot di bahagian muka

Rajah 4.2 : Otot platsyma

Otot muka (facial muscle), berlakunya penguncupan otot muka yang berterusan
kerana pada masa itu, pergerakan berlaku apabila membaca bacaan tahiyat awal
dalam keadaan senyap. Antara otot yang menggerakkan bahagian ini adalah otot
platsyma iaitu semasa penguncupan otot ini, akan membolehkan sudut mulut
bergerak ke bawah.

PJM 3106 Halaman 31


Rajah 4.3 : Otot rektus

Otot yang menyebabkan mata menghadap kiblat atau lebih dikenali juga sebagai
melihat sejadah ialah otot rektus. Otot ini akan bergerak seiringan dengan bebola
mata yang melihat sejadah iaitu melihat ke bawah hadapan. Manakala, dalam buku
manual penjagaan mata untuk anggota kesihatan primer menyatakan otot luar mata
akan memainkan peranannya untuk menggerakkan biji mata. Apabila mata melihat
sejadah, otot luar mata akan menggerakkan biji mata untuk melihat ke bawah
hadapan. Terdapat 4 otot rektus dan 2 otot oblik. Otot rektus yang terlibat adalah
otot rektus supra, otot rektus infra, otot rektus media dan otot rektus latera. Otot oblik
pula adalah otot oblik supra dan otot oblik infra.

Rajah 4.4 : Otot rhomboideus major

Selain itu, penguncupan otot rhomboideus major akan menetapkan kedudukan


skapula semasa kedua-dua tangan dirapatkan ke badan atau aduksi ketika lakuan
tahiyat awal ini. Otot ini akan berfungsi bersama otot Trapezius.

PJM 3106 Halaman 32


Rajah 4.5 : Otot ekstensor

Otot-otot yang terlibat dalam pergerakan pergelangan tangan dan jari tangan terdiri
daripada otot-otot ekstensor iaitu, segala pergerakan pergelangan tangan ke arah
belakang. Ini dapat dilihat apabila menggengam tangan sekali gus tangan akan
kelihatan sedikit ke arah belakang tangan. Manakala jari telunjuk akan diluruskan
semasa genggaman tangan di sebelah tangan.

Rajah 4.6 : Otot lumbricales

Otot di bahagian jari telunjuk yang terlibat ialah otot lumbricales. Apabila jari telunjuk
tangan kanan diangkat sedikit ke atas antara sudut 45 darjah, otot lumbricales ini
akan menguncup atau memendek.

PJM 3106 Halaman 33


Rajah 4.8 : Otot erector spinae

Otot Erector Spinae juga memainkan peranan dalam lakuan tahiyat awal. Otot ini
terdiri daripada beberapa otot lain seperti Longissimus, Iliocostal dan Spinalis. Ia
adalah lebih panjang dan semua otot Erector Spinae ini akan meluruskan tulang
belakang dan membengkokkan tulang belakang ke sisi. Namun keadaan ini lebih
ketara apabila seseorang berada dalam lakuan tahiyat akhir.

Rajah 4.7 : Otot interkostal

Otot pergerakan tulang rusuk pula membantu dalam pernafasan otot-otot di


bahagian toraks. Penguncupan otot-otot ini akan membolehkan tulang-tulang rusuk
digerakkan untuk membesarkan ruang atau memperkecilkan ruang kaviti toraks.
Antara otot yang terpenting dalam lakuan tahiyat awal ini adalah otot interkostal.
Otot ini akan dicantumkan diantara tulang-tulang rusuk. Penguncupan otot-otot

PJM 3106 Halaman 34


internal interkostal dan eksternal interkostal akan menarik tulang-tulang rusuk ke
hadapan dan ke atas. Ini mengakibatkan kaviti toraks menjadi besar dan pada masa
yang sama tekanannya menurun. Ini membolehkan udara dari luar bergerak masuk
ke dalam paru-paru. Semasa lakuan tahiyat awal, bacaan tahiyat awal akan dibaca
serta seseorang memerlukan kadar pernafasan yang sempurna agar tidak berasa
letih ketika solat.

Rajah 4.9 : Otot quadrisep

Bukan itu sahaja, otot Quadrisep turut terlibat dalam lakuan ini. otot Quadrisep terdiri
daripada 4 otot besar iaitu Otot Rectus Femoris, Otot Vastus Lateralis, Otot Vastus
Medialis dan Otot Vastus Intermedius.

Rajah 4.9.1 : Otot rectus femoris

PJM 3106 Halaman 35


Otot Rectus Femoris terdapat di bahagian hadapan peha. Ia dapat berfungsi bagi
kedua-dua fleksi dan ekstensi lutut. Seperti yang diketahui, lakuan semasa tahiyat
awal adalah dengan membengkokkan kedua-dua lutut dalam keadaan duduk. Maka,
apabila lutut dibengkokkan, otot ini akan menegang atau proses penguncupan otot
berlaku ketika ini.

Rajah 4.9.2 : Otot lateralis

Begitu juga dengan Otot Vastus Lateralis yang merupakan otot di bahagian luar
peha. Penguncupannya membolehkan lutut diluruskan. Namun, dalam lakuan
tahiyat awal, otot ini akan mengendur dan membolehkannya membengkokkan lutut
ketika duduk tahiyat awal.

Rajah 4.9.3 : Otot vastus medialis

PJM 3106 Halaman 36


Bahkan, Otot Vastus Medialis yang terletak di bahagian dalam peha dan Otot
Vastus Intermedius di bahagian bawah Otot Rektus Femoris akan turut mengendur
serta pembengkokan lutut berlaku.

Rajah 4.10 : Otot hamstring

Otot Hamstring terdiri daripada 3 otot besar yang terdapat di bahagian belakang
peha. Antara otot-otot yang membina hamstring adalah Otot Bisep Femoris iaitu otot
yang kuat dan terletak di belakang peha. Dalam lakuan ini, otot ini akan berlaku
penguncupan di mana mengakibatkan lutut dibengkokkan atau difleksikan.
Manakala Otot Semitendinosus terletak di sisi otot bisep femoris dan di bahagian
dalamnya. Otot ini juga akan menguncup apabila lutut dibengkokkan dalam lakuan
tahiyat awal. Seperti otot bisep femoris dan otot semitendinosus, otot
semimembranosus juga akan menjalankan proses yang sama di mana
penguncupannya akan membuatkan lutut dibengkokkan. Otot ini juga terletak di sisi
dalam otot bisep femoris.

Rajah 4.11 : Otot gastronemius

PJM 3106 Halaman 37


Apabila lutut dibengkokkan dalam lakuan duduk tahiyat awal, otot gastronemius
yang berada di betis kaki akan menguncup atau menegang. Penguncupannya sekali
gus menyebabkan pergerakan plantar fleksi tapak kaki. Ini adalah kerana Achilles
tendon memendek bersama gerakan gastronemius.

PJM 3106 Halaman 38


4.2 MEKANISME PENGUNCUPAN OTOT

Rajah 4.2 : Mekanisme penguncupan otot

Ransangan sistem membran, bermula dengan sarkolema mengakibatkan


peningkatan dalam ketelapan sarkolema kepada natrium. Natrium memasuki
membran dan meneutralisasikannya dan mengubah keadaan terkutub membran.
Membran dikatakan berada dalam keadaan depolarisasi. Keadaan depolarisasi ini
disebarkan melalui Tubul-T dan membran SR. Ca 2+ otot yang terkandung dalam
Tubul SR membenarkan kalsium mengalir ke filamen otot. Ion kalsium ditangkap
oleh troponin dan ini mengakibatkan troponin mengubah bentuknya dan menarik
seluruh heliks tropomiosin. Ini akan mendedahkan kawasan reaktif aktin. Maka di
sinilah bermulanya fasa penguncupan otot. Apabila ini berlaku, kepala miosin akan
ditarik kepada kawasan reaktif aktin dan unjuran silang terbentuk di antara dua
protein ini. Dalam keadaan ini, sarkolema akan memendek. Ikatan ini akan
mengakibatkan kepala miosin berubah iaitu ia ditundukkan dan menarik filamen
aktin akan membawanya rapat kepada kepala miosin yang lain. Sebaik sahaja
kepala miosin ditundukkan, satu lagi kawasan reaktif terdedah dikepala miosin. ATP
akan terikat kepada kawasan reaktif ini. ATP dipecahkan oleh miosin kepada ADP
dengan pembebasan tenaga. Tenaga ini digunakan untuk memecahkan unjuran
silang ini dan menolak kepala miosin balik ke kedudukan asalnya. Selagi kalsium
berada di luar SR, otot akan terus menguncup. Jika depolarisasi berhenti, troponin
tidak lagi akan mengikat kalsium dan tropomiosin akan kembali ke keadaan asalnya.
Kawasan reaktif akan tertutup kembali dan miosin tidak dapat menarik aktin. Dalam
keadaan ini, otot akan berehat.

5.0 SISTEM SARAF

PJM 3106 Halaman 39


Rajah 5.1 : Laluan impuls dalam badan munusia

Rajah 5.2 : Aliran laluan Impuls

PJM 3106 Halaman 40


Dalam pergerakan lakuan solat, sebelum duduk tahiyat awal, lakuan sujud berlaku
terlebih dahulu. Maka, tindakan daripada lakuan ini, akan memberikan maklumat
pada sistem saraf pusat iaitu otak. Maklumat yang diterima oleh otak merupakan
pergerakan untuk melakukan lakuan tahiyat awal. Dalam masa ini, otak akan
memproses maklumat ke saraf tunjang. Saraf tunjang bukan sebahagian tulang
vertebrata tetapi, bermula dari medula oblongata hingga ke hujung ruangan tulang
belakang. Saraf tunjang akan menghantar maklumat tersebut ke arahan motor di
dalam bahagian eferen. Neuron eferen akan menerima arahan seterusnya akan
menghantar maklumat tersebut ke organ efektor. Jadi, bolehlah dikatakan dalam
lakuan tahiyat awal, berlakulah tindakan terkawal di mana mata akan memandang
ke arah kiblat manakala otot di bahagian tangan akan bertindak balas. Jari telunjuk
tangan kanan akan diangkat sedikit ke atas antara sudut 45 darjah. Tindakan ini
ialah tindakan neuron muscular junction.

PJM 3106 Halaman 41


6.0 JENIS-JENIS PERGERAKAN

Rajah 6.1 : Posisi kedudukan tahiyat

pergerakan bahagian badan


- Bahagian leher

Tulang
servikal

Rajah 6.2: Pergerakan fleksi pada tulang servikel

Pergerakan jenis fleksi yang di maksudkan ialah pada bahagian tulang turus
vertebrata iaitu bahagian servikal. Bahagian kepala akan kelihatan tunduk sedikit
semasa tahiyat dilakukan. Pergerakan ini dinamakan fleksi kerana menjauhi
memperkecil sudut diantara kepala dengan badan.

PJM 3106 Halaman 42


Pergerakan bahagian tulang radius dan ulna
- Bahagian kanan

Tulang ulna
dan raduis

Rajah 6.3 : Pergerakan pronasi pada tulang ulna dan radius bahagian kanan

Bahagian tulang radius dan ulna berada dalam keadaan posisi pronasi iaitu
bahagian telapak tangan berada di atas tulang femur.

- Bahagian kiri

Tulang ulna
dan raduis

PJM 3106 Halaman 43


Rajah 6.4 : Pergerakan pronasi pada tulang ulna dan radius bahagian kiri

Bahagian tulang radius dan ulna berada dalam keadaan posisi pronasi iaitu
bahagian telapak tangan berada di atas tulang femur.

PJM 3106 Halaman 44


Pergerakan bahagian jari
- Bahagian kanan

Rajah 6.5 : Pergerakan fleksi pada jari falank bahagian kanan

Bahagian jari yang dimaksudkan ialah jari telunjuk iaitu tulang falank dimana berada
dalam keadaan posisi fleksi iaitu diangkat semasa membaca tahiyat dan akan
menjauhi garisan medial tubuh badan.

- Bahagian kiri

PJM 3106 Halaman 45


Rajah 6.6 : Pergerakan abduksi pada bahagian jari kiri

Bahagian jari iaitu bahagian falank berada dalam posisi abduksi iaitu bahagian jari
dibuka sedikit dan tidak bersentuh antara tulang jari. Oleh itu, bahagian jari sebelah
kiri akan kelihatan berada dalam posisi abduksi.

PJM 3106 Halaman 46


Pergerakan bahagian tulang femur
- Bahagian kanan

Tulang femur

Rajah 6.7 : Pergerakan fleksi pada tulang femur bahagian kanan

Bahagian tulang femur ini berada dalam keadaan posisi fleksi iaitu sudut di antara
tulang femur dan badan dikecilkan serta menjauhi garisan medial tubuh badan.

- Bahagian kiri

PJM 3106 Halaman 47


Tulang
femur

Rajah 6.8 : Pergerakan fleksi pada tulang femur bahagian kiri

Bahagian tulang femur ini berada dalam keadaan posisi fleksi iaitu sudut di antara
tulang femur dan badan dikecilkan serta menjauhi garisan medial tubuh badan.

PJM 3106 Halaman 48


Pergerakan bahagian tulang fibula dan tibia
- Bahagian kanan

Tulang
fibula dan

Rajah 6.9 : Pergerakan fleksi tulang fibula dan tibia bahagian kanan

Bahagian tulang ini berada dalam keadaan posisi fleksi kerana menjauhi garisan
medial tubuh badan seperti yang ditunjuk dalam rajah diatas iaitu kaki dibengkokkan
ke belakang.

- Bahagian kiri

PJM 3106 Halaman 49


Tulang
fibula dan

Rajah 6.10 : Pergerakan fleksi tulang fibula dan tibia bahagian kiri

Bahagian tulang ini berada dalam keadaan posisi fleksi kerana mendekati garisan
medial tubuh badan seperti yang ditunjuk dalam rajah diatas iaitu kaki dibengkokkan
ke belakang.

PJM 3106 Halaman 50


Pergerakan bahagian telapak kaki
- Bahagian kaki kanan

Rajah 6.11 : Pergerakan fleksidorsal pada tulang tarsal bahagian kaki kanan

Bahagian telapak kaki iaitu tulang tarsal berada dalam posisi fleksidorsal. Posisi ini
menunjukkan tulang tarsal dibengkokkan dengan sudut tertentu dan menjauhi
garisan medial tubuh badan.

PJM 3106 Halaman 51


Rajah 6.12 : Pergerakan fleksi pada tulang falank bahagian kaki kanan

Manakala bahagian jari pula iaitu tulang falank berada dalam posisi fleksi semasa
tahiyat dilakukan.

- Bahagian kaki kiri

PJM 3106 Halaman 52


Rajah 6.13 : Pergerakan fleksiplantar pada kaki bahagian kiri

Bahagian kaki kiri iaitu tulang tarsal berada dalam keadaan posisi fleksiplantar iaitu
seperti yang ditunjukkan dalam rajah kerana diluruskan ke bahagian inferior tubuh
badan.

PJM 3106 Halaman 53


Rajah 6.14 : Pergerakan adduksi pada kaki bahagian kiri

Bahagian telapak kaki akan berada dalam posisi pergerakan jenis adduksi iaitu kaki
akan kelihatan ke arah dalam bahagian tubuh.

PJM 3106 Halaman 54


Rajah 6.15 : Pergerakan inversi pada kaki bahagian kiri

Bahagian telapak kaki juga berada dalam posisi inversi iaitu mendekati garisan
medial tubuh badan.

PJM 3106 Halaman 55


PJM 3106 Halaman 56
7.0 KESIMPULAN

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia dan
dikenali juga sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300
tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal
daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota
badan untuk melihat strukturnya. Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu
mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang
panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita.

Melalui pelaksanaan kerja kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini kita akan
lebih memahami dengan lebih jelas tentang struktur tulang-tulang, saraf, otot, jenis
pergerakan dan sebagainya dalam kedudukan solat kita terutamanya. Selain itu
juga, sebagai seorang guru yang akan melaksanakan tugas sebagai guru
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah rendah, pengetahuan dalam mata
pelajaran anatomi dan fisiologi manusia akan membantu seseorang guru memahami
murid-muridnya dengan lebih baik. Pengetahuan dalam bidang ini akan
membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih
berkesan kerana guru memahami perjalanan semua sistem serta hubungkait setiap
satu di dalam tubuh badan manusia.

Kajian tentang solat telah dilakukan oleh professor dari Amerika. Beliau
berpendapat, ibadah solat secara saintifiknya memberi pelbagai kesan antaranya
seperti kesan pergerakan dalam setiap rakaat terhadap kesihatan tubuh badan.
Hakikatnya, pada setiap pergerakan solat itu seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk
antara dua sujud dan tahiyat awal serta tahiyat akhir, mempunyai keistimewaan
tertentu terhadap kesihatan kita. Secara umumnya, badan manusia terdiri daripada
empat komponen utama iaitu tisu aktif, tisu tulang, air dan lemak dengan setiap
satunya mempunyai fungsi-fungsi tertentu di dalam badan. Kajian mengenai
kebaikan senaman terhadap komposisi badan telah banyak dilakukan dan pakar
kesihatan juga sependapat bahawa senaman berat atau ringan tetapi dilakukan
secara kerap dapat membakar lemak badan dan karbohidrat. Kesan yang sama juga
dibuktikan menerusi pergerakan solat yang diumpamakan seperti melakukan

PJM 3106 Halaman 57


senaman ringan dan dibuktikan dapat meningkatkan tahap ketahanan badan serta
menghindarkan risiko penyakit jantung, tekanan, kolestrol dan penyakit lain.

Begitu juga tabiat membengkokkan ibu jari dalam kedudukan sujud dan duduk
semasa tahiyat yang dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak dan membuang
lemak dalam badan, sekali gus merendahkan risiko penyakit jantung. Lebih daripada
itu, solat juga dibuktikan mampu meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Menerusi solat, otak diberikan satu keadaan untuk bersedia dalam menghadapi
tugas pemikiran yang mencabar. Malah, selepas melakukan solat, seseorang itu
akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang
rangsangan. Bagaimanapun perlu untuk diingatkan, kelebihan solat ke atas
kesihatan ini perlu menepati ciri-ciri tertentu dan sudah semestinya mengikut ajaran
Islam yang sebenar dan ia termasuk mengerjakan solat lima waktu dalam sehari.

Selain itu juga, dengan pelaksanaan tugasan ini dapat dilihat nilai-nilai murni yang
ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan seperti kerjasama semasa menyiapkan
tugasan. Nilai-nilai seperti ini akan dijadikan contoh kepada pelajar kelak kerana
sebagaimana yang kita ketahui, guru adalah ’role model’ kepada murid. Oleh yang
demikian, semasa tugasan ini dilaksanakan dapat dilihat setiap ahli kumpulan
memberi idea-idea, bahan-bahan dan pendapat tersendiri bagi memenuhi kehendak
soalan yang telah diberikan kepada kami. Perbincangan sering dilakukan dari
semasa ke semas bersama pensyarah pembimbing dan ahli kumpulan agar tugasan
yang diberikan tidak berlakuk kesilapan.

Justeru itu, banyak manfaat yang dapat kita perolehi semasa melaksanakan tugasan
ini. Selain dari pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi, kita juga memperolehi
maklumat tentang kelebihan solat serta nilai-nilai murni dapat diterapkan.

PJM 3106 Halaman 58


8.0 BIBLIOGRAFI

Bahan Ilmiah

Baharudin Omar, Mohd. Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan Sistem Tubuh dan
Penyakitnya. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dzulkifli bin Ismail, Jamaliyah binti Ahmad. (2004). Sains Sukan tingkatan 4.
Selangor: H.I.Holdings Sdn. Bhd.

Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga,


Jabatan Oftalmologi Hospital Kuala Lumpur: Manual penjagaan mata untuk
anggota kesihatan primer.

Kualiti Books Sdn. Bhd. (2005). Bimbingan Intensif Sains Sukan 2. Selangor: Kualiti
Books Sdn. Bhd.

S. Abdul Majeed & Co.Sdn.Bhd. (2007). Invisible World : How Our Muscles Work.
Synergy Media.

Bahan nota
Nota rujukan Puan Ruzaini. (2010). Anatomi dan Fisiologi. Kedah: IPG Kampus
Darulaman.

Enjin carian

www.dotstoc.com
www.excite.com
www.google.com
www.scribd.com
www.slideboom.com
www.slideshare.com
www.yahoo.com

PJM 3106 Halaman 59


Laman web

http://bryna.student.umm.ac.id/2010/02/11/anatomi/

http://fikrsmile.blogspot.com/2009/01/istilah-letak-anatomi.html

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com/2009/06/rahsia-rukun-dalam-solat.html

http://hafaazmuslimislami.blogspot.com/2009/06/rahsia-rukun-dalam-solat.html

http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=7459.0

http://id.wikipedia.org/wiki/Istilah_gerakan_anatomi#Adduksi_dan_abduksi

http://officeboyz.blogspot.com/

http://www.chionline.com/anatomy/anat4.html

http://www.realbodywork.com/learn/neck/neck.htm

http://www.tanyasifu.com/forum/ibadat-serta-amalan-keagamaan/3061-solat-dan-penemuan-
sains.html

PJM 3106 Halaman 60

You might also like