You are on page 1of 4

Rangka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Rangka merupakan sistem sokongan kepada organisma. Sistem sokongan ini bertindak sebagai
bingkai tubuh yang tegar. Biasanya rangka ini dibina daripada kalsium.
Pergerakan ialah kebolehan untuk bergerak daripada suatu tempat ke tempat lain. Sokongan memainkan
peranan utama dalam pergerakan yang sempurna. Sokongan yang baik membenarkan organisma
bergerak dengan lebih cekap.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Peranan rangka
2 Jenis-jenis rangka
o

2.1 Rangka dalam

2.2 Rangka luar

2.3 Rangka hidrostatik


3 Kepentingan sistem rangka kepada

organisma
o

3.1 Sokongan

3.2 Gerakan

3.3 Bentuk badan

3.4 Pelekatan otot

3.5 Perlindungan

3.6 Respirasi

3.7 Pembentukan sel-sel darah

3.8 Penyimpanan nutrien tertentu


4 Lihat juga
5 Rujukan

[sunting]Peranan

rangka

Antara peranan-peranan rangka ialah:


1. Memberi sokongan kepada organisma.
2. Membolehkan organisma bergerak.
3. Memberi bentuk kepada organisma.
4. Membolehkan organisma bergerak bebas untuk kemandiriannya.
Kemandirian organisma ialah: Mencari makanan. Mencari pasangan. Mencari tempat perlindungan.
Melarikan diri daripada musuh. Melindungi diri daripada pemangsa.

[sunting]Jenis-jenis

rangka

3 jenis rangka utama iaitu:

Rangka dalam

Rangka luar

Rangka hidrostatik

[sunting]Rangka

dalam

Tulang dan rawan terdapat di dalam badan organisma.


Contoh organisma yang memiliki rangka dalam ialah:

Ikan

Ular

kucing

Manusia

[sunting]Rangka

luar

Rangka ini merupakan rangka yang tegar terdapat di luar badan organisma. Hal ini bermaksud, semua
rangka atau bahagian keras yang terdapat di luar badan organisma yang bertujuan untuk menyokong,
melindungi atau menjadi tempat lekatan otot haiwan. Bagi organisma invertebrata, selalunya mempunyai
rangka luar yang terbina daripada kitin atau kalsium.
Haiwan ini juga mengalami ekdisis iaitu proses salin kulit. Hal ini bertujuan untuk mengatasi sekatan
pergerakan dan pertumbuhan yang terhad.
Contoh organisma berangka luar ialah:

Udang - Kulit udang terbina daripada kitin

Siput - Cangkerang siput terbina daripada kalsium

Ketam

Serangga

[sunting]Rangka

hidrostatik

Rangka ini merupakan tekanan bendalir yang terdapat dalam suatu ruang yang dibalut oleh rangkaian otot
dalam organisma tertentu.
Contoh organisma yang mempunyai rangka hidrostatik ialah:

Ubur-ubur

Cacing tanah

Ulat bulu

[sunting]Kepentingan

sistem rangka kepada organisma

Antara kepentingan sistem rangka ialah:

Sokongan

Gerakan

Bentuk badan

Pelekatan otot

Perlindungan

Respirasi

Pembentukan sel-sel darah

Penyimpanan nutrien tertentu

[sunting]Sokongan
Sokongan ini membolehkan haiwan-haiwan ini mengangkat tubuhnya dari tanah dengan bantuan otot.
Sistem rangka ini juga membolehkan beban dikurangkan dengan menerima hentakan atau beban apabila
melakukan pergerakan.

[sunting]Gerakan

Tulang yang terdapat di dalam badan organisma iaitu berangka dalam, seperti manusia, mempunyai sendi.
Sendi ini berfungsi untuk melekatkan tulang-tulang ini supaya dapat bergerak tanpa terlepas daripada
antara tulang-tulang lain.
Manakala, rangka luar, mempunyai rangka luar yang bersendi. Hal ini, membolehkan rangka luar bergerak.
Berbeza dengan organisma berangka hidrostatik, organisma ini bergerak dengan pengawalan tekanan
bendalir badannya. Pengawalan ini membolehkan otot-otot dalam badannya bergerak secara antagonis.
Pergerakan antagonis ialah pergerak serentak 2 otot yang menjalan satu fungsi yang sama.
Contohnya, otot biseps dan otot trisepsbertindak serentak untuk membengkokkan tangan dan meluruskan
lengan.

[sunting]Bentuk

badan

Contoh, organisma invertebrat hidrostatik memerlukan rangka hidrostatik untuk memberi bentuk badan dan
ketegaran badan. Hal ini tidak terhad kepada organisma invertebrat sahaja. Organisma lain juga
memerluka sistem rangka untuk memberi bentuk badan.

[sunting]Pelekatan

otot

Rangka-rangka pada organisma merupakan tempat pelekatan otot-otot organisma. Sistem rangka
hidrostatik menyokong organisma dengan memboleh otot-otot dalam keadaan tegap.

[sunting]Perlindungan
Badan organisma yang lembut dapat dilindungi oleh sistem-sistem rangka. Terdapat juga, organ-organ
yang penting dan mudah tercedara dapat dilindungi oleh rangka-rangka tertentu. Contoh organ ini adalah
seperti peparu dalam manusia yang dilindungi oleh sangkar rusuk. Rangka luar yang keras seperti
cangkerang siput dapat melindungi siput.

[sunting]Respirasi
Sangkar rusuk merupakan rangka dalam, sangkar rusuk memboleh tekanan udara dalam peparu naik dan
turun. Hal ini, membolehkan haiwan bernafas dan memnghembus keluar.

[sunting]Pembentukan

sel-sel darah

Dalam sistem rangka dalam, terdapat sumsum tulang yang merupakan tempat penghasilan eritrosit dan
leukosit darah.

[sunting]Penyimpanan

nutrien tertentu

Tulang-tulang rangka dalam dan luar, terbina daripada kalsium dan fosforus. Dalam pada itu, rangkarangka ini juga menyimpan kalsium dan fosforus.

You might also like