You are on page 1of 2

JENIS WARISAN

Warisan dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu : 

WARISAN KETARA (TANGIBLE HERITAGE) 


•Sesuatu yang kekal dilihat dan dipegang sama ada statik atau mudah alih. Ianya bolehlah dikategorikan
seperti berikut :

A) Statik 
•merujuk kepada tapak tanah bersejarah, monumen, bangunan atau sesuatu yang tidak boleh
dipindahkan
•Tapak tanah bersejarah (cth : Lembah Bujang, Pusat Bandar Lama Melaka, Kaw. Perlombongan
Sg.Lembing)
•Monumen / Bangunan (cth : Istana, Kubu, Makam, Menara)
•Alam Semulajadi (cth : hutan, gunung, gua, sungai, flora & fauna, geologi)

B) Mudah alih 
•merupakan artifak-artifak bahan budaya yang boleh dipindahkan
Cth : Artifak (cth : batu nisan, tekstil, ukiran kayu, manik, manuskrip) 

Senarai Warisan Budaya Ketara 


• Tapak Warisan Budaya (Cultural Heritage Sites)
• Bandar / Kota Bersejarah (Historic Cities)
• Lanskap Budaya (Cultural Landscape)
• Tapak Suci Semulajadi (Natural Sacred Sites)
• Warisan Budaya Mudah Alih (The Movable Cultural Heritage)
• Muzium (Museums)
• Warisan Budaya Dalam Air (Underwater Cultural Heritage)
• Kraftangan (Handicrafts)
• Warisan Dokumentari & Digital (The Documentary & Digital Heritage)
• Warisan Sinematografi (The Cinematographic Heritage)

WARISAN TAK KETARA (INTANGIBLE HERITAGE) 


•Warisan tidak nyata adalah ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan
budaya, bahasa & persuratan.
Cth : Acara perayaan, ritual & kepercayaan, seni persembahan, seni tampak, seni perubatan tradisional,
sukan dan permainan tradisional 

Senarai Warisan Budaya Tak ketara 


• Tradisi Lisan (Oral Traditions)
• Bahasa (Languages)
• Acara Perayaan (Festive Events)
• Ritual & Kepercayaan (Rites & Beliefs)
• Muzik & Lagu (Music & Songs)
• Seni Persembahan (The Performing Arts)
• Perubatan Tradisional (Traditional Medicine)
• Sastera (Literature)
• Tradisi Makanan (Culinary traditions)
• Sukan & Permainan Tradisional (Traditional Sports & Games)

Senarai Warisan Semulajadi 


• Taman Negara & Taman Negeri (National Parks & State Parks)
• Taman Laut (Marine Park)
• Kawasan Tanah Lembap (Wetlands) / RAMSAR Sites
• Hutan Simpan Paya Bakau
• Hutan Simpan
• Rezab Hidupan Liar
• Rezab Mergastua
• Rezab Orang Asli
• Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar (Wildlife Rehabilitation Centre)
• Sungai, Tasik dan Laut

You might also like