You are on page 1of 4

GHULAM HASSAN B. ABD RAJIN AEE110007 SOALAN 8: Bincangkan perkembangan arkeologi pengebumian di Malaysia.

PENGENALAN Arkeologi ialah satu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Merupakan satu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu. Terdapat perbahasan setakat mana arkeologi boleh menjadi saintifik. P. Watson (1972) telah menyenaraikan secara ringkas butir-butir kegunaan arkeologi: 1. Bagi melengkapkan barang-barang pengumpul dan objek-objek muzium. 2. Untuk melengkapkan dokumentasi bagi pengkajian sejarah seni atau sejarah seni bina. 3. Untuk memperoleh pengetahuan mengikut susunan peristiwa dan kronologi dengan ketiadaan dokumen bertulis. 4. Untuk membantu melengkapkan data bagi semua pengkajian sejarah.

PERKEMBANGAN ARKEOLOGI PENGEBUMIAN DI MALAYSIA Apa yang dimaksudkan dengan pengebumian? - Kegiatan manusia yang merangka dan memindahkan mayat bagi orang yang mati dan ianya dilakukan secara berpola mengikut keadaan tertentu. - Binfort menyatakan bahawa kegiatan pengebumian bermaksud kegiatan yang meliputi perawatan mayat yang dijalankan segera setelah terjadinya proses kematian beserta beberapa alat sebagai bekalan kubur. Secara umunya terdapat dua kaedah pengebumian yang telah pun diguna pakai oleh masyarakat prasejarah. - Dua kaedah tersebut ialah: 1. Secara melentur (flexed burial) Manusia disemadikan dengan keadaan di mana badan si mati diletakkan dalam kedudukan semi Janin iaitu lutut diletakkan diatas dada dan tangan diletakkan berdekatan dagu. Contoh, gambar rajah di bawah:

2. Secara memanjang (extended burial) Manusia disemadikan dalam keadaan dibaringkan secara rata samada secara supine (terlentang) atau prone (bertiarap). Contoh, gambar rajah di bawah:

Lokasi pengebumian yang telah dijadikan tempat kebiasaan untuk menanam atau menguburkan si mati terbahagi kepada dua lokasi. - Dua lokasi tersebut ialah: 1. Lokasi tertutup Lokasi tertutup merupakan tapak fizikal kajian yang tertutup dan meliputi kawasan tapak yang berada di dalam gua dan batu lindungan.

2. Lokasi terbuka Lokasi terbuka pula merupakan tapak fizikal kajian yang terbuka dan merupakan tapak yang berada di kawasan lapang mahupun ianya adalah sebuah monumen ataupun tinggalan kawasan penempatan.

Terdapat dua tahap pengebumian yang terdapat di kawasan semenanjung Malaysia. - Dua tahap tersebut ialah: 1. Pengebumian pertama (primary burial) - Pengebumian tahap ini melibatkan proses penguburan yang dilakukan hanya sekali sahajayang bermaksud mayat ditanam secara terus ke dalam tanah. 2. Pengebumian kedua (secondary burial) - Pengebumian tahap ini pula melibatkan proses penguburan yang dilakukan sebanyak dua kali penguburan sebelum ditanam di kawasan yang tetap. Sejarah Arkeologi Pengebumian di Malaysia. Sejarah arkeologi pengebumian di Malaysia boleh dilihat melalui pencarian serta penyelidikan yang dijalankan di beberapa gua yang terdapat di Malaysia. Seperti : o Gua Gunung Runtuh - Tapak prasejarah ini tidak pernah diusik dalam kata lain tidak pernah diganggu yang mana telah diduduki oleh manusia pada sekitar 34000 tahun. - Dalam gua ini terdapat sebuah kubur primer kerana hanya terdapat 1 satu kubur sahaja. - Rangka mayat yang paling awal di Malaysia telah dijumpai di gua ini dan ianya mengambil masa selama 10 hari untuk menyiapkan rangka mayat ini. - Dianggarkan rangka mayat ini berusia 110000 tahun s.m. dan menjadi manusia paling awal dikenali sebagai Perak Man dan bukti ini dilakukan melalui pentarikhan melalui carbon 14. - Rangka ini dianggarkan berumur 40 hingga 45 tahun dan berketinggian 154 cm. - Kedudukan mayat semasa ditemui berkedudukan melentur seperti bayi dalam janin yang telah disertakan bekal kubur seperti alatan batu, kulit cengkerang lebih kurang 2000 keping yang seterusnya menggambarkan ianya seorang yang berstatus tinggi.

o Gua Kerbau/Gua Pondok - W. A. Gordon merupakan pengkaji yang melakukan pengkajian di gua ini pada tahun 1921. - Lokasi kajian ini dilakukan lebih kurang 40 KM dari Gua Gunung Runtuh. - Pengkaji hanya menemui serpihan tulang kerana rangka mayat yang ditemui tidak lengkap dan hancur. - Lebih kurang 5 hingga 6 rangka individu yang dikebumikan iaitu bermula daripada kanak-kanak berumur 10 hingga 15 tahun dan mempunyai ketinggian 5 kaki 6 inci. - Pengkaji juga telah menjelaskan sebab kematian iaitu disebabkan oleh keadaan muka bumi yang tidak stabil, penyakit seperti malaria dan bencana alam. o Gua Harimau - William Hunt merupakan orang pertama mengkaji gua ini pada tahun 1952 dan terletak di Lenggong. - Mengikut laporan yang telah beliau keluarkan bahawa rangka manusia telah ditemui di bahagian pintu masuk gua yang padanya terdapat bekal kubur atau artifak seperti beliung dan pecahan tembikar tanah. - Dianggarkan rangka mayat tersebut merupakan seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan10 hingga 12 tahun dan punca kepada kematiannya ialah stalaktait yang telah menghempap kanak-kanak tersebut yang dipercayai sedang memasak. - Melalui beberapa eksavasi yang telah dijalankan di dalam gua ini, ianya telah menunjukkan masyarakat yang mendiami gua ini merupakan masyarakat yang melalui dua zaman iaitu zaman Neolitik dan zaman Logam. o Gua Gunung Cheroh - Pengkajian pengebumian di gua ini telah dilakukan oleh Leonard Wley iaitu merupakan seorang Curator muzium perak pada tahun 1886. - Telah menemui rangka mayat dalam keadaan mendatar yang mempunyai bekal kubur yang diletakkan dalam kubur itu seperti kepingan batu dan batu berasah. o Gua Gol Bait - Callengel dan Noone merupakan individu yang telah menjalankn kajian di tapak gua ini pada tahun 1934. - Hasil daripada dapatan kajian, pengebumian rangka manusia yang telah berlaku di tapak ini terbahagi kepada 3 tahap atau peringkat iaitu. - Tahap pertama, telah menemui tiga kuburan manusia iaitu dua daripadanya dikebumikan secara memanjang atau extended burial manakala satu lagi kuburan, rangka manusia dalam keadaan dimana kepala dan muka rangka manusia tersebut menghadap ke kanan. - Tahap kedua, menjumpai kuburan jenis pegebumian kedua atau secondary burial kerana keadaan rangka manusia yang tiadanya tanda-tanda diletakkan secara berbaring atau melentur melainkan himpunan rangka manusia yang dipercayai melalui proses spiritual sebelum ditanam. - Tahap ketiga, menjumpai kuburan yang mengandungi rangka mayat yang dikebumikan secara melentur atau dikenali sebagai flexed burial.

KESIMPULAN Perkembangan system penguburan di Malaysia telah melalui beberapa tahap berasaskan kepada posisi rangka mayat yang telah ditemui. Sistem pengebumian yang terdapat di Malaysia amat penting bagi mewakili penzamaan yang membolehkan pengkaji memperoleh maklumat tantang kronologi jangka hidup dan kaitannya dengan kegiatan harian, status sosial, dan unsur-unsur kepercayaan atau spiritual. Namun terdapat juga, data arkeologi yang tidak dapat dijelaskan disebabkan beberapa faktor seperti perolehan maklumat yang terbatas.

You might also like