You are on page 1of 4

6.

0 RANCANGAN PENGELUARAN/ OPERASI

6.1 Perkhidmatan
Perniagaan Syue Esz Services menghasilkan perkhidmatan berasaskan guaman. Jenis perkhidmatan
yang ditawarkan adalah khidmat guaman. Jumlah pengeluaran perkhidmatan mengikut tempoh
adalah seperti berikut :

TEMPOH JUMLAH
sebulan RM 225 000
setahun RM 2 700 000

6.2 PROSES PERKHIDMATAN

Pelanggan bertanya di kaunter perkhidmatan

Menunggu di bilik penerangan

Peguam mengadakan sesi penerangan

Bayaran deposit

Menyerahkan kes kepada peguam

Peguam menyelesaikan kes

Bayaran penuh dibuat


6.3 OPERASI PERKHIDMATAN

Perniagaan Syue Esz Services ini merupakan sebuah perniagaan yang mempunyai banyak
kemudahan atau jaringan. Ini memudahkan proses perkhidmatan dan sekali gus dapat menjimatkan
masa para pelanggan. Para pelanggan boleh membuat temujanji awal melalui telefon atau faks.
Pelanggan tidak perlu lagi meluangkan masa semata mata untuk membuat temujanji dengan Syue
Esz Services. Syue Esz Services menawarkan khidmat kaunseling undang undang melalui laman
web dan e-mail seiring dengan kemajuan masa kini.Dengan itu, penyampaian mudah disampaikan
dengan urusan dapat berlaku dengan berkesan.

Senarai Perabot dan Kelengkapan Kedai – Bahagian Operasi


Item Bilangan Harga / Unit (RM) Jumlah (RM)
Komputer riba 4 6187 24 748
Komputer 8 2 137 17 096
Mesin fotostat 4 2475 9 900
LCD 4 6 901 27 604
Mesin pencetak 8 387 3096
Penghawa dingin 6 1 900 11 400
Rak buku 25 364 9100
Rak fail 20 450 9000
Meja bilik rundingan 4 500 2000
Meja pekerja 12 300 3600
Meja kaunter 2 500 1000
Sofa tetamu 2 set 3000 6000
Alat tulis 100 14 1400
JUMLAH 125 944.00

.3.3. Nama Pembekal Perabot dan Kelengkapan Kedai :


Item Nama Pembekal
Komputer Riba
Komputer
Mesin fotostat Hamini
Mesin pencetak Enterprise
LCD
Penghawa dingin
Alat tulis
Rak buku
Rak fail
Meja bilik rundingan Sumey
Meja pekerja Bakers
Meja kaunter
6.3.1 TEKNIK PENGELUARAN
Teknik pengeluaran amat penting kerana operasi pengeluaran merupakan satu rangkaian aktiviti
merancang, mengguna dan mengawal segala sumber yang ada untuk menghasilkan sesuatu produk
yang mempunyai nilai tambah ataupun nilai komersil. Operasi pengeluaran juga merupakan nadi
kepada proses keseluruhan sistem pengeluaran yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan
kepada pelanggan. Oleh itu, teknik pengeluaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan
perkhidmatan dapat dihasilkan dengan kadar kos, masa, kualiti, dan kuantiti yang betul lagi tepat.
Dalam penentuan pemilihan teknik pengeluaran, Syue Esz Services memilih teknik manual dan
mesin. Penggunaan teknik manual ialah pekerja manakala mesin ialan komputer, mesin faks, mesin
pencetak, LCD dan sebagainya.

TEKNIK MANUAL
Teknik ini memerlukan tenaga pekerja. Perniagaan Syue Esz Services telah mengkategorikan
tenaga pekerja kepada pekerja pentadbiran dan pekerja pengoperasian. Pekerja pentadbira
merupakan pekerja yang terlibat dengan pentadbiran syarikat. Contohnya Setiausaha, Kerani dan
Ketua Kewangan. Tenaga pekerja pentadbiran ini tidak akan mengeluarkan khidmat dalam urusan
perkhidmatan. Mereka ini hanya menguruskan prosedur dan hal ehwal dalaman syarikat. Manakala
pekerja pengoperasian pula adalah yang memberi dan menjalankan perkhidmatan kepada para
pelanggan. Tenaga pekerja inilah yang akan menguruskan dan menyelesaikan masalah pelanggan.

MESIN
Mesin digunakan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan dan proses pengeluaran ini bagi
memastikan perkhidmatan dapat disalurkan dengan baik kepada pelanggan. Mesin digunakan bagi
tujuan pencarian maklumat, menyimpan rekod, dan malkumat pelanggan, komunikasi dengan
pelanggan dan sebagainya.

6.3.2 MESIN DAN PERALATAN


Mesin dan perlatan digunakan bagi melancarkan proses pengeluaran. Di samping itu, penggunaan
mesin dan peralatan dapat memudahkan dan mempercepatkan proses pengeluaran. Berikut adalah
senarai lengkap mesin dan peralatan yang digunakan oleh perniagaan Syue Esz Services dalam
perusahaan ini :

JENIS BIL HARGA SEUNIT JUMLAH


Komputer 8 2500 20 000
Mesin pencetak 8 300 2 400
Mesin fotostat 3 1000 3 000
LCD 1 12 000 12 000
Penghawa dingin 4 900 3 600
Jumlah : 41 000
6.3.3 PEMBEKAL
Perniagaan Syue Esz Services memperoleh mesin dan peralatan daripada Syarikat Toshiba Sdn
Bhd. Syarikat tersebut membekalkan komputer, mesin pencetak, mesin fotostat, LCD da
sebagainya kepada Syue Esz Services. Syue Esz Services memilih syarikat tersebut sebagai
pembekal mesin dan peralatan yang utama kerana harga yang ditawarkan berpatutan serta berkualiti
tinggi. Di samping tiu. Mesin dan peralatan yang tersebut boleh digunakan untuk jangka masa yang
lama.

6.3.4 LOKASI PENGELUARAN


Bangunan pejabat Syue Esz Services disewa daripada Bangunan Yayasan Perak. Syue Esz Services
menyewa bangunan ini kerana kedudukannya yang strategik disamping kadar sewa yang dikenakan
adalah mampu untuk ditanggung. Selain itu, struktur bangunan yang moden dan baru sesuai untuk
Syue Esz Services menjalankan perniagaan. Bangunan yang disewa ialah satu tingkat. Aras bawah
bangunan berkeluasan 144m manakala 120 pada aras atas. Oleh itu, proses pengeluaraan amat
sesuai dijalankan di aras atas serta bawah manakala urusan pejabat sesuai dijalankan di aras bawah.

Selain itu, Syue Esz Services memilih bangunan tersebut kerana dilengkapi dengan pelbgai
kemudahan yang serba baru. Oleh itu urusan pejabat serta operasi pengeluaran mudah dijalankan.
Bangunan ini turut dilengkapi dengan talian telefon dan sistem pengaliran arus elektrik. Ini dapat
memudahkan sistem penghubungan Syue Esz Services. Di samping itu, bangunan ini dilengkapi
dengan penggera kebakaran. Oleh itu, sebarang kebakaran dapat dikesan dari awal. Selain itu,
bangunan ini terletak berhampiran dengan pili bomba.

Syue Esz Services telah menyusun atur bangunan ini dengan sistematik. Berikut adalah pelan
pejabat perniagaan Syue Esz Services :

You might also like