You are on page 1of 21

PEMBENTANG:

NOOR SYUHAIDAH BTE AWG. SUHAIMI


(07B0206)
PENGENALAN

DEFINISI KAEDAH:
Menurut Mok Soon Sang (1997:51),
 Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu.
 Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik
dalam jangka pendek.

DEFINISI PROJEK:
Menurut Kamaruddin Hj.Husin (1990:112),
 Projek ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan menggalakkan murid-murid mempelajari sesuatu
melalui pengalaman-pengalaman konkrit.
 Kaedah projek ini diperkenalkan oleh Professor William
Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada
kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey.

 Sejak zaman St. Benedict (480-543), kaedah projek-projek


kecil telah diamalkan terutama yang melibatkan kehidupan
seharian seperti sembahyang, belajar, bercucuk tanam,
bekerja dan sebagainya.
Langkah-Langkah Perlaksanaan Kaedah
Projek

1) Objektif-objektif bagi sesuatu projek itu hendaklah jelas dan


difahami dengan baik oleh murid-murid. Ia juga harus ditentukan
berdasarkan kecenderungan dan kemahiran murid-murid.

2) Pastikan bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati dan


disediakan oleh guru atau menyuruh murid-murid menyediakan
bahan-bahan yang diperlukan untuk perlaksanaannya.

3) Guru hendaklah memastikan yang projek tersebut dirancang


dengan teliti dan lengkap .

4) Murid-murid perlu dibantu memilih projek yang bermakna bagi


mereka, iaitu dari segi matlamat sesuatu pelajaran.
5) Berikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan
sumber-sumber yang terdapat dalam masyarakat.

6) Penyeliaan adalah perlu untuk menjamin kejayaan sesuatu


projek itu.

7) Berikan peluang kepada pelajar-pelajar menilai projek


sebagaimana ia dinilai oleh guru.

8) Segala hasil kerja murid-murid hendaklah disusun dan


diletakkan di tempat-tempat yang sesuai supaya boleh
diperhatikan oleh semua pelajar.
PROJEK KAJI
SELIDIK

PROJEK
PROJEK HASIL LAWATAN
TANGAN

PROJEK PROJEK
PENGHASILAN PEMBELAJARAN
KHUSUS
PROJEK
KEGUNAAN
PROJEK KAJI SELIDIK

Menurut Ee Ah Meng (1989:299):


kaji selidik merupakan satu strategi yang digunakan untuk
membantu murid-murid membuat kajian tentang suatu
perkara secara mendalam dan terperinci lagi. Strategi ini
membolehkan murid-murid memerhati, menganalisis, menilai
serta membuat rumusan.

Projek kaji selidik ini boleh dilakukan secara individu atau


dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Di antara kerja projek yang boleh diberikan kepada pelajar-
pelajar melalui kaji selidik ialah:-

 Mengkaji jenis tumbuhan di kawasan sekolah


 Mengkaji jenis haiwan di alam sekitar
 Mengkaji jenis kenderaan yang digunakan oleh murid-murid
ke sekolah
 Mengkaji jenis makanan yang disediakan di kantin sekolah
 Mengkaji pandangan murid-murid terhadap peraturan sekolah
Prinsip-Prinsip Perancangan Dan Pelaksanaan
Kaji Selidik
Kelebihan Projek Kaji Selidik

Projek kaji selidik ini memberikan peluang kepada murid-


murid mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan
cara sendiri.

Mereka juga dapat menggunakan deria mereka secara


sepenuhnya untuk memerhati, menganalisis, mentafsir serta
membuat kesimpulan.

Murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan


kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah untuk
mencubanya dalam situasi yang sebenar.
Kelemahan Projek Kaji Selidik

Murid-murid sekolah rendah yang kurang matang dan kurang


pengalaman tidak sesuai menjalankan kajian seperti ini.

Murid-murid seperti ini kurang berupaya mentafsir dan


membuat rumusan yang tepat.

Projek ini tidak akan berjaya sekiranya murid-murid itu


mempunyai sikap yang negatif terhadap pembelajaran.

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, ia memerlukan


banyak tenaga dan masa dari segi perancangan dan
pengurusan.
Guru terpaksa menyediakan segala peralatan dan
kelengkapan yang diperlukan yang melibatkan kos yang
berlebihan yang tidak dapat diadakan oleh pihak-pihak
tertentu.
PROJEK HASIL TANGAN

Menurut Mok Soon Sang (1997:193):


Projek hasil tangan merupakan satu aktiviti susulan atau
pengayaan yang telah dijalankan oleh seorang atau
sekumpulan murid, selepas mereka telah mempelajari dan
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

Projek ini bergantung kepada bentuk dan jenis projek serta


objektif mengadakan projek tersebut. Dari sinilah kita dapat
melihat bakat murid-murid itu di samping sifat-sifat kreatif
dan inisiatif mereka yang tinggi.
Prinsip-Prinsip Melaksanakan Projek Hasil Tangan
Kelebihan Projek Hasil Tangan

Projek ini dapat membantu menghidupsuburkan daya cipta


(kreatif) murid-murid di samping menggalakkan mereka
bekerjasama dan berinteraksi di antara murid dengan murid
dan di antara guru dengan murid dengan baik.

Murid-murid akan dapat belajar dalam suasana yang lebih


bermakna dan menyeronokkan.

Murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang


diperolehi untuk menghasilkan sesuatu.
Pembelajaran menjadi aktif dan murid-murid akan dapat
merasakan kenikmatan dan kejayaan apabila sesuatu objek
dihasilkan dengan baik.

Hasil tangan murid-murid yang dipamerkan akan


mendatangkan perasaan bangga serta memberikan dorongan
kepada murid-murid untuk terus berminat dalam pelajaran
mereka dan berusaha lebih giat untuk menghadapi aktiviti
pembelajaran yang seterusnya.
Kelemahan Projek Hasil Tangan

Projek hasil tangan ini memerlukan tenaga dan masa yang


agak panjang untuk menguruskannya.

Perbelanjaan untuk menghasilkan projek itu pula melibatkan


kos yang tinggi.

Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang menarik


tidak mendapat peluang untuk dipamerkan akan berasa
kecewa. Begitu juga apabila hasilnya dibandingkan dengan
hasil kerja murid-murid yang lebih menarik.
Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang
buruk terhadap pembelajaran mereka pada masa depan.

Kesahan hasil kerja murid-murid yang dibawa balik adalah


diragui kerana ahli-ahli keluarga yang lain mungkin
menyiapkannya.
KESIMPULAN

 Kaedah projek ini merupakan cara atau kaedah mengajar yang lebih
berkesan kerana ia bertujuan supaya murid-murid menaruh lebih
perhatian dan minat terhadap aspek-aspek pembelajaran.

 Ia juga amat mementingkan pemahaman dan hubungan-hubungan


elemen melalui percubaan-percubaan langsung dan pengalaman
konkrit.

 Murid-murid akan memperolehi pengalaman yang lebih luas dan


memperkukuhkan ingatan serta kemahiran-kemahiran yang mereka
baru kuasai.

 Dengan menggunakan kaedah projek ini akan dapat membantu


keberkesanan pembelajaran yang lebih tinggi serta mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. 

You might also like