You are on page 1of 4

Kaedah Kawalan Disiplin

Last Updated Monday, 17 August 2009 07:53

KAEDAH-KAEDAH KAWALAN UNIT DISIPLIN

 1          SISTEM MERIT DEMERIT

Pelajar-pelajar diberikan 100 markah merit pada setiap awal tahun. Setiap kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar akan ditolak markah merit. Pelajar yang mendapat markah merit di
bawah 69 markah akan dimaklumkan kepada ibu bapa.

 2          KAD PROFIL DISIPLIN

Kesalahan yang dicatat dalam borang kawalan kelas, borang kehadiran lewat ke sekolah atau
laporan-laporan yang diterima oleh Unit Disiplin melalui guru-guru akan dicatat dalam kad profil
disiplin. Markah merit akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

3          BUKU KAWALAN KELAS

Setiap kelas akan dibekalkan dengan Buku Kawalan Kelas pada setiap awal bulan untuk
memantau salah laku pelajar seperti yang dicatat oleh guru pada setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P).

1/4
Kaedah Kawalan Disiplin
Last Updated Monday, 17 August 2009 07:53

4         KAUNSELING

Pelajar-pelajar akan dirujuk kepada guru bimbingan kaunseling bagi kes-kes yang difikirkan
perlu.

5         PENGGUNAAN PAS KELUAR

Setiap pelajar ditetapkan untuk memakai pas keluar apabila keluar daripada kelas untuk
sebarang urusan.

6          TAKLIMAT DISIPLIN

            Taklimat disiplin akan diberi dari semasa ke semasa.

2/4
Kaedah Kawalan Disiplin
Last Updated Monday, 17 August 2009 07:53

 7          EDARAN HEM

Setiap kelas akan diberikan Edaran HEM dari semasa ke semasa untuk dirujuk oleh pelajar.

8          CERAMAH

Pelajar-pelajar yang berkaitan dengan masalah disiplin juga turut menghadiri sesi ceramah agar
dapat menimbulkan kesedaran.

 9         KELAS TAHANAN

Kelas tahanan diberikan kepada pelajar-pelajar yang sering lewat datang ke sekolah.

10       SURAT AMARAN / PEMBERITAHUAN KESALAHAN DISIPLIN

Surat Amaran Disiplin atau Pemberitahuan Kesalahan Disiplin sering dimaklum dan diedarkan
kepada ibu bapa pelajar-pelajar yang mempunyai markah merit di bawah 69 atau melakukan
kesalahan yang difikirkan perlu ditangani secara bersama antara pihak sekolah dan ibu bapa.

3/4
Kaedah Kawalan Disiplin
Last Updated Monday, 17 August 2009 07:53

11       HUKUMAN GANTUNG / BUANG SEKOLAH

Hukuman ini adalah merupakan jalan terakhir yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi
membendung salah laku pelajar ini daripada berterusan. Hukuman ini biasanya dikenakan bagi
kes-kes pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang berat, ponteng sekolah secara
berterusan atau pun dalam bilangan hari terkumpul yang melebihi 60 hari pada tahun semasa
atau pun bagi kesalahan-kesalahan yang setara dengannya.

4/4

You might also like