You are on page 1of 4

Sifat-sifat Allah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar
Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p • b • s 

Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat
kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah
yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi
Allah merupakan lawan kepada sifat wajib.

Sifat wajib pula terbahagi juga empat bahagian iaitu nafsiah, salbiah, ma'ani atau ma'nawiah.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Sifat 20
 2 Sifat kesempurnaan
 3 Sifat yang harus
 4 Lihat juga

[sunting] Sifat 20
Tulisan Tulisan
Sifat Wajib Maksud Sifat Sifat Mustahil Maksud
Arab Arab
Wujud ‫ ﻭﺟﻮﺩ‬Ada Nafsiah Adam ‫ ﻋﺪﻡ‬Tiada
Qidam ‫ ﻗﺪﻡ‬Sedia Salbiah Haduth ‫ ﺣﺪﻭﺙ‬Baharu
Baqa ‫ ﺑﻘﺎﺀ‬Kekal Salbiah Fana ‫ ﻓﻨﺎﺀ‬Akan binasa
Menyamai
Bersalahan atau
Mukhalafatuhu ‫ ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ‬Allah Ta'ala Mumathalatuhu ‫ ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ‬bersamaan
Salbiah
lilhawadith ‫ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ‬dengan segala lilhawadith ‫ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ‬bagi-Nya
yang baharu dengan suatu
yang baru
Qiamuhu ‫ ﻗﻴﺎﻣﻪ‬Berdiri-Nya Qiamuhu ‫ ﻗﻴﺎﻣﻪ‬Berdiri-Nya
Salbiah dengan yang
binafsih ‫ ﺑﻨﻔﺴﻪ‬dengan sendiri bighairih ‫ ﺑﻐﻴﺮﻩ‬lain
Esa Allah
Ta'ala pada
Berbilang-
Wahdaniat ‫ ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ‬dzat,pada sifat Salbiah Ta'addud ‫ﺗﻌﺪﺩ‬ bilang
dan pada
perbuatan
Qudrat ‫ ﻗﺪﺭﺓ‬Berkuasa Ma'ani Ajzun ‫ ﻋﺟﺰ‬Lemah
Benci iaitu
Berkehendak
Iradat Q‫ ﺇﺭﺍﺩﺓ‬menentukan Ma'ani Karahah ‫ ﻛﺮﺍﻫﻪ‬tidak
menentukan
Ilmu ‫ﻋﻠﻢ‬ Mengetahui Ma'ani Jahlun ‫ﺟﻬﻞ‬ Bodoh
Hayat ‫ﺣﻴﺎﺓ‬ Hidup Ma'ani Al-Maut ‫ﺍﻟﻤﻮﺕ‬ Mati
Sama' ‫ﺳﻤﻊ‬ Mendengar Ma'ani As-Summu ‫ﺍﻟﺻﻢ‬ Pekak
Basar ‫ﺑﺼﺮ‬ Melihat Ma'ani Al-Umyu ‫ﺍﻟﻌﻤﻲ‬ Buta
Kalam ‫ﻛﻼ ﻡ‬ Berkata-kata Ma'ani Al-Bukmu ‫ﺍﻟﺑﻜﻢ‬ Bisu
Kaunuhu ‫ﻛﻮﻧﻪ‬ Keadaan-Nya ‫ﻛﻮﻧﻪ‬ Keadaan-Nya
Ma'nawiyah Kaunuhu ajizan
qaadiran ‫ﻗﺎﺩﺭﺍ‬ yang berkuasa ‫ﻋﺎﺟﺰﺍ‬ yang lemah
Keadaan-Nya Keadaan-Nya
Kaunuhu ‫ ﻛﻮﻧﻪ‬yang Kaunuhu ‫ ﻛﻮﻧﻪ‬yang benci
Ma'nawiyah
muriidan ‫ ﻣﺮﻳﺪﺍ‬berkehendak kaarihan ‫ ﻛﺎﺭﻫﺎ‬iaitu tidak
menentukan menentukan
Kaunuhu ‫ ﻛﻮﻧﻪ‬Keadaan-Nya Kaunuhu ‫ ﻛﻮﻧﻪ‬Keadaan-Nya
yang Ma'nawiyah
'aliman ‫ ﻋﺎﻟﻤﺎ‬mengetahui jahilan ‫ ﺟﺎﻫﻼ‬yang bodoh
Kaunuhu Keadaan-Nya Kaunuhu Keadaan-Nya
hayyan
‫ ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ‬yang hidup Ma'nawiyah
mayitan
‫ ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎ‬yang mati

Kaunuhu ‫ ﻛﻮﻧﻪ‬Keadaan-Nya Kaunuhu ‫ ﻛﻮﻧﻪ‬Keadaan-Nya


yang Ma'nawiyah
sami'an ‫ ﺳﻤﻴﻌﺎ‬mendengar asamma ‫ ﺃﺻﻢ‬yang pekak
Kaunuhu ‫ ﻛﻮﻧﻪ‬Keadaan-Nya ‫ ﻛﻮﻧﻪ‬Keadaan-Nya
Ma'nawiyah Kaunuhu a'maa
basiiran ‫ ﺑﺼﻴﺭﺍ‬yang melihat ‫ ﺃﻋﻤﻰ‬yang buta
Kaunuhu ‫ ﻛﻮﻧﻪ‬Keadaan-Nya Keadaan-Nya
yang berkata- Ma'nawiyah Kaunuhu abkam ‫ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢ‬
mutakalliman ‫ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ‬kata yang kelu

[sunting] Sifat kesempurnaan


Dua puluh yang tertera di atas yang wajib bagi Allah terkandung di dalam dua sifat
kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:
 Istigna' ( ‫) ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ‬

 Kaya Allah daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia
kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-
Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah
tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
 Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-
hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu datau meninggalkan
sesuatu.
 Sifatnya: wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsih,
sama', basar, kalam, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman.

 Iftiqar ( ‫) ﺇﻓﺘﻘﺎﺭ‬

 Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan
daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang
harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
 Sifatnya: wahdaniat, qudrat, iradat, ilmu, hayat, kaunuhu qadiran, kaunuhu
muridan, kaunuhu hayyan.

[sunting] Sifat yang harus


Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu
yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan
langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya.
Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus
pada hak Allah.

You might also like