You are on page 1of 18

Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah

From Wikipedia

Jump to: navigation, search

Ada beberapa pendapat mengenai asal usul Bahasa Melayu. Salah satunya ialah Bahasa
Melayu berasal dari Asia Tengah. Teori ini disokong oleh beberapa ahli sejarah dan
bahasa. Berikut merupakan kajian mereka.

Jadual isi kandungan


[sorok]
 1 R.H. Geldern
 2 J.H.C Kern
 3 W. Marsden
 4 E. Aymoneir, A. Cabaton dan Hamy
 5 W. Humboldt
 6 J.R. Foster
 7 A.H Keane
 8 Slametmuljana

 9 Asmah Haji Omar


[Sunting]

R.H. Geldern

Beliau menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Beliau juga menemui kapak
yang mempunyai bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara.
Geldern membuat kesimpulan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke
Kepulauan Melayu ini.

[Sunting]

J.H.C Kern

J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari
terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa
perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar,
Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara
lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai
perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal
daripada satu induk yang ada di Asia.

[Sunting]

W. Marsden

W. Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang
digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa
yang serumpun.

[Sunting]

E. Aymoneir, A. Cabaton dan Hamy

E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan
bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa
Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental.

[Sunting]

W. Humboldt

W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa)
telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

[Sunting]

J.R. Foster

J.R. Foster berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa
Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal
daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

[Sunting]

A.H Keane

A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa
yang terdapat di Kampuchea.

[Sunting]

Slametmuljana
Berdasarkan perbandingan bahasa, Slametmuljana berkesimpulan bahawa bahasa
Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia.

[Sunting]

Asmah Haji Omar

Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke
Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui
daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui
Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya
asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor
geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden
merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal
daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa
Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Diperolehi daripada
"http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_berasal_dari_Asia_Tengah"

Sejarah Bahasa Melayu


Terdapat banyak pendapat mengenai asal usul bahasa Melayu. Ada yang berpendapat
bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu
sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

[Sunting]

Bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah

Untuk rencana lanjutan, lihat Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah

Menurut beberapa ahli bahasa dan sejarah, Melayu Moden berasal daripada bahasa
Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa
Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada
bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan
pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat
hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk
manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.

[Sunting]

Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu


Untuk rencana asal, lihat Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu

Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah
dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli
sejarah.

[Sunting]

Perkembangan Bahasa Melayu


Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah
menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu
Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden
tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli
bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap
tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno
mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik
terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih
banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.

 Bahasa Melayu Kuno


 Bahasa Melayu Klasik
 Bahasa Melayu Moden

[Sunting]

Penulisan Bahasa Melayu Kini

Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan


beberapa jenis huruf yang saling berganti.Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan
Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan.
Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:

 Tulisan Rencong.
 Tulisan Pallava.
 Tulisan Kawi.
 Tulisan Jawi
 Tulisan Rumi

[Sunting]

Pengaruh daripada bahasa asing


Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris,
Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.
[Sunting]

Pengaruh Bahasa Sanskrit

Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu
berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman
klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami
zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam
bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan
Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang
penting, iaitu yang dijumpai:

1. di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)


2. di Talang Tuwo, Palembang (684 M)
3. di Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
4. di Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).

Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong
kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit
merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno.
Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan
kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada
dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana
barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana
disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.

Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit.
Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa
Melayu:

Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu


dosa dosa
dukkha duka
deva dewa
rupa rupa
samsara sengsara
[Sunting]

Pengaruh Bahasa Jawa

Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa
tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam
penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:

 Pengaruh melalui penyebaran cerita panji


 Pengaruh melalui interaksi sosial.

Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan
wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara
sehingga di Kemboja.

Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu,
iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah
Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa
adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor.

Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa
yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap
ke dalam Bahasa Melayu.

Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:

Perkataan Maksudnya
Andong Kereta kuda(sewaan)
Batok tempurung
berangasan mudah naik marah
wedana ketua daerah
adipati raja
[Sunting]

Pengaruh Arab

Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa
Melayu:

Bahasa Arab Bahasa Melayu


Abi Abah
Kursiyun Kerusi
Shukran Shukur
Jadual Jadual
Sahsiah Sahsiah
[Sunting]

Pengaruh Inggeris
 

1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal
bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana
bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu
membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa
Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu
menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi
kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan.
Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia
Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah
sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut
ini.

1.1.1 Berasal dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and
School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu.
Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua
(beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu
Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak
yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern
berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan
Melayu ini (lihat peta pada Lampiran 1).

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan
pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa
perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan
nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara
ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan
Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh,
rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu
Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di
Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa
Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan
Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati
bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat
bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu
Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya
mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa
Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa
terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau
berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang
dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula
berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di
Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati
bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam
(di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang
mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal
dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan
adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek
moyang bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong
pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan
perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang
dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat
huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu
dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan.
Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula
yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa
pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah
kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa
Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa
Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu
asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu
Purba berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba

Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa
Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa
Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada
bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden
bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu
Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek
yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada
Melayu Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.

(a) Orang Negrito

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku,
Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai
sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di
Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini
diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam
gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat
daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai
contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh
orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto

Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia
Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka
ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih
maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat
bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka
berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro

Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan
diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah
mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah
mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian
daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan
menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan


perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang
berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara
berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai
hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan
lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-
Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang
tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka
anuti ketika itu ialah animisme.

1.1.2 Berasal dari Nusantara

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan


bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau
berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di
Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu).
Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang
terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa
telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini
hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya.
Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk
yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata
bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang
mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat
ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan
perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa
Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains


Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia
Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina
Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka
bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan
yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.
Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori
Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu.
Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold
Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H.
Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau
mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang
bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang
sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia
mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais
Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir
dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah.
Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan
di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan
gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah
dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau
Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu
juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang
sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo
sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur,
dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis
dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta
tahun.
Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu
orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur,
Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka


berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah
barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke
Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah
barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah
ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A.
Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A.
Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai
pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak
sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya,
mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti
dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit
dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama
bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang
terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia
Tengah.

1.2 KESIMPULAN

Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang
diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara.
Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika
dan juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke
Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula
dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan


perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas
dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan
bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat
mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga
ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur
Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa
terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa
Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan,
Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara
serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya
bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua
bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga
terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi),
dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia
Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang
dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa
Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia
Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah
kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari
keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma.
Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu,
Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa
di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang
menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan
Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di
Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan
tersebut di antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.


2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus
Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia
purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini
diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang
dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah
kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa
Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa
keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya
berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang
Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan
pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan
Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden
(1812) masih boleh dipertikaikan.

Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga
anaknya, iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang
keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang
kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan
bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri
Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman. Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang
tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di
Lautan Hindi hingga ke Hawaii di Lautan Pasifik lebih mempunyai kemungkinan
menurunkan bangsa Melayu? Satu kajian baru perlu dilakukan.

Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. Ensiklopedia Indonesia (F-M), 1955, m.s. 592.
Safioedin, Asis. Tatabahasa Indonesia, 1963, m.s. 6.
Peta ini disesuaikan daripada peta dunia yang diselenggarakan oleh UNDP dalam
bentuk lembaran.
Mulia, T.S.G. op. cit., m.s. 778.
Slametmuljana. Asal bangsa dan bahasa Nusantara, 1975. passim., m.s. 12-18.
Ibid., m.s. 30.
Asmah Hj. Omar. Susur galur bahasa Melayu, 1985, m.s. 395.
Ibid., m.s. 16.
Ibid., m.s. 31-32.
Ryan. N.J. Sejarah Semenanjung Tanah Melayu, 1965, m.s. 5-6.
Asmah Hj. Omar, passim., m.s. 28-29 dan Slametmuljana. passim., m.s. 11-28.
Keraf, Gorys. Linguistik bandingan historis, 1984. passim., m.s. 184-201.
Mees, C.A. Ilmu perbandingan bahasa-bahasa Austronesia. 1967, m.s. 2.
Ibid., m.s. 28.
Keraf, Gorys. op. cit., m.s. 196-198.
Marsden, W. A grammar of the Malayan language, 1812, m.s. vi.
Safwan Fathy. Kisah dari al-Quran, 1988. passim., m.s. 53-55.

Bahasa Melayu Kuno

From Wikipedia

Jump to: navigation, search

Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh
masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya
dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu
Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan
Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa
Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia),
Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana:

 Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.


 Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
 Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Jadual isi kandungan


[sorok]
 1 Pengaruh Sanskrit dan Hindu
o 1.1 Awalan ni- menjadi di-
o 1.2 Awalan mar- menjadi ber-
o 1.3 Akhiran -na menjadi -nya
o 1.4 Ringkasan
 2 Batu bersurat dan candi
 3 Bahasa Melayu Kuno dan Kerajaan Melayu

 4 Lihat juga
[Sunting]

Pengaruh Sanskrit dan Hindu


Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana
kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah
menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa
Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing
seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara
Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa
Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem
Sanskrit. Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa
Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah
seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak
mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada
perkataan perkataan yang kekal daripada dulu sehingga sekarang seperti curi, makan,
tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang
serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu


vulan bulan
nasyik asyik
mangalap mengambil
mamava membawa
saribu seribu
dangan dengan
vanakna banyaknya
sukhacitta sukacita
ko ke
[Sunting]

Awalan ni- menjadi di-

Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam
Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
nimakan dimakan
niminumna diminumnya
niparvuat diperbuat
[Sunting]

Awalan mar- menjadi ber-

Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam
Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu


marvanum berbangun
marvuat berbuat
[Sunting]

Akhiran -na menjadi -nya

Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa
kini.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu


vinina bininya
vuahna buahnya
[Sunting]

Ringkasan

Secara ringkasnya berikut merupakan ciri ciri Bahasa Melayu Kuno

 Penuh dengan
kata-kata pinjaman Sanskrit seperti tatkala, air dan sebagainya
 Bunyi b ialah v dalam Bahasa Melayu Kuno. Contohnya bulan
ialah vulan
 Bunyi e pepet
tidak wujud. Contoh: dengan - dngan atau dangan
 Awalan ber-
ialah mar- dalam Bahasa Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)
 Awalan di-
ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat)
 Ada bunyi
konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta)
 Huruf h hilang
dalam bahasa moden (Contoh: semua - samuha; saya - sahaya)

[Sunting]

Batu bersurat dan candi


Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu
telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa
Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa
iaitu sejenis tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat
yang ditemui.

 Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka,


bersamaan dengan 683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini
menggunakan huruf Palava.
 Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka,
bersamaan dengan 684 M. Batu
 Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka,
bersamaan dengan 686 M.
 Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka,
bersamaan dengan 692 M.
 Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf
Nagiri.

 Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M)

Pengaruh agama Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman
bahasa Melayu kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang
dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah
Bujang, Muara Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan candi Borobodur dan
Prambanan di Pulau Jawa.

[Sunting]

Bahasa Melayu Kuno dan Kerajaan Melayu


Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam kerajaan Melayu kuno.
Kerajaan-kerajaan Melayu kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan)
ialah

 Oc-eo
 Lembah Bujang
 Ko-ying
 Kerajaan Funan
 Srivijaya
 Kerajaan Angkor
 Majapahit
 Kedah Tua
 Melaka

You might also like