You are on page 1of 3

PENGENALAN Linux merupakan salah satu sistem operasi percuma.

Ia boleh bertindak
berbilang tugas (multitasking), multi threading, dan operasinya seakan-akan unix.

Malah, boleh dikatakan linux adalah hasil terbaik versi unix seperti unix BSD dan unix
SVR4. Berbanding linux, lesen perlu dibeli untuk menggunakan unix. Jika tidak, si
pengguna dikatakan menggunakan program cetak rompak.
Linux percuma untuk digunakan dan boleh dipasang ke komputer peribadi yang
menggunakan cip Intel, Sparc dan Motorola
Perisian ini dilesenkan di bawah Pelesenan Am Awam (General Public Licence, GNU),
di mana hakcipta terpelihara adalah milik Linus Trovald. Di bawah pelesenan ini, Linux
adalah percuma. Pengguna boleh mengubah dan menokok tambah apa saja kepada kod
sumber (source code) Linux dan bayaran boleh dikenakan ke atas usaha itu asalkan kod
sumber disertakan bersama, termasuk yang diubah dan tambah.
Linux bermula dengan Minix dan penciptanya, Andy Tanenbaum. Oleh kerana minix
tidak mempunyai banyak ciri, beberapa orang meneruskan pembangunan dan salah
seorang daripadanya ialah Linus Trovald dari Helsinki.
Projek Linux yang Linus mulakan ini berkembang dan mendapat sokongan warga
Internet. Pengguna dari pelbagai latar belakang, tidak kira pelajar atau professor,
menyumbangkan masa, tenaga dan ilmu mereka untuk menghasilkan sistem operasi yang
terbaik secara percuma.
Terdapat banyak cara menyebut sistem operasi percuma yang mendapat sokongan padu
serata dunia ini dan bergantung kepada kedudukan geografi anda. Sebutan popular ialah
liinuks, lainaks, dan linaks. Untuk mendengar bagaimana Linus sendiri menyebutnya,
dapatkan fail english.au dan swedish.au di funet Pada tahap minimum, Linux boleh
berfungsi dengan komputer Intel 386 dan ruang storan cakera keras 40MB serta RAM
4MB.
Sokongan yang linux perolehi selalunya dalam bentuk dokumen kaedah penggunaan,
soalan lazim, laman web dan bantuan di ruangan IRC. Sebagai contoh,
http://www.linux.org mengandungi banyak sumber dan maklumat Linux.
Edaran Linux boleh juga didapati di ftp://sunsite.unc.edu. Di Malaysia, beberapa
penghuni Internet sedang mengusaha dan mempromosi Linux untuk kegunaan pejabat
dan di rumah. Antaranya ialah http://www.my-linux.org. Anda juga boleh berIRC di
tempat mereka berkumpul di #linux , #mylinux dan #rindu di RinduNet. Antara server
IRC RinduNet ialah rindu.enemy.org:port 6667 dan news.nstp.com.my:port 6667.
Terdapat banyak edaran atau versi Linux. Antara yang utama adalah Slackware, Red
Hat, Debian dan Caldera. Sumber Linux boleh didapati dengan FTP atau membeli CD
dari pengedarnya. Bayaran yang dikenakan untuk CD tersebut hanya untuk kos
pembikinan ciri- ciri tambahan yang disediakan oleh pembekal CD. Setiap pengedar
mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Contohnya, CD Red Hat menyertakan
utiliti pemasangan mudah, sistem RPM yang menyenangkan upgrade, penyenggaraan
program, utiliti dan kernel manakala Slackware amat sesuai bagi mereka yang ingin
mendalami dunia Linux.
Setiap edaran Linux mempunyai pakej yang hampir sama. Pembeli dikehendaki memilih
pakej yang ingin digunakan. Sebagai contoh, setiap edaran Linux mesti mempunyai pakej
asas. Jika perlu menyambung Linux ke LAN atau WAN, pakej untuk rangkaian
diperlukan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk cara pemasangan Slackware dan Red Hat.
Walaupun terdapat banyak versi pengedaran, inti pati Linux atau kernel adalah sama.
Lagipun, cara pemasangan setiap versi hampir sama.
Terdapat dua versi kernel Linux. Versi 1.X.Y atau 2.X.Y, di mana X adalah nombor
genap, merupakan kernel yang stabil dan telah diuji. Kernal yang masih dalam ujian
diwakili oleh nilai ganjil pada X. Sebagai contoh, kernel versi 2.0.28 adalah stabil
manakala versi 2.1.28 masih dalam ujian dan digunakan, terutamanya oleh pereka
program dan mereka yang ingin merasai persekitaran yang lebih mencabar. Pra
pemasangan Sebelum memulakan pemasangan, komputer yang akan dipasang
dengannya perlu dinilai serta memastikan apa yang ingin digunakan dengan Linux.
Penulis akan menggunakan komputer peribadi dengan CPU Intel, AMD atau Cyrix.
Antara sebabnya ialah pada peringkat awal, Linux diuji dengan platform Intel dan
komputer klon murah berbanding Sparc (Sun) dan yang menggunakan cip Motorola
(Power PC). Lagipun, penulis percaya kebanyakan pembaca tidak mungkin memiliki
komputer selain yang menggunakan cip Intel, AMD atau Cyrix.
Keperluan minimum ialah cip Intel (atau Cyrix atau AMD) 386SX. Bagaimanapun cip
486 disyorkan sebagai aras permulaan. Memandangkan harga motherboard kini makin
murah, pembaca mungkin mempunyai sistem dengan cip Pentium. RAM minimum yang
diperlukan ialah 2MB. Tentu ada yang ketawa dan tidak percaya dengan keperluan
minimum Linux, berbanding keperluan Windows 95.
Linux boleh mengesan semua jenis cakera keras dan kawalan popular seperti EIDE,
ESDI dan SCSI tanpa masalah. Sekiranya cakera keras dan kawalan boleh berfungsi
dengan baik dalam DOS, ini bermakna ia tiada masalah dengan Linux.
Bagi tetikus, Linux menyokong kedua-dua PS/2 (bus) dan bersiri (serial). Selain iut Linux
turut menyokong bus PCI dan VESA. Jika ingin menggunakan X untuk Linux, iaitu
paparan window melalui GUI, jenis cip yang menjalankan sistem video perlu diketahui
kerana Linux akan berfungsi lebih pantas sekiranya dijalankan dengan Xserver yang
sesuai. Sekiranya tidak tahu jenis cip sistem paparan, bolehlah mencuba Xserver VGA
dan SVGA.
Linux ada sokongan untuk CDROM IDE dan SCSI, kebanyakan pencetak seperti HP dan
Canon serta hampir semua jenis modem, tidak kira pemasangan di luar atau di dalam.
Panduan terbaik ialah, jika DOS boleh mengesan modem itu, linux juga boleh.
Sokongan bagi kad rangkaian (NIC) juga kukuh dan termasuk semua topologi, ethernet,
token ring, malah arc net juga. Bagaimana pun lebih selamat jika menggunakan kad
rangkaian popular seperti dari keluarga 3Com (3c509, 3c59x, 3c95x) dan kad NE2000
atau klonnya. Pemasangan Am
Sebelum mendalami pemasangan, ikuti dulu langkah am yang boleh digunakan untuk
semua versi linux.
• Sumber linux; tak kira dalam bentuk apa,
• Ada disk berkenaan untuk but dan memasang Linux.
• Bersedia untuk mencuba alam baru yang menarik lagi percuma.
• Sudah membuat penduaan (backup) data.
• Membahagi (partitioning) cakera keras atau lebih baik menggunakan cakera keras
baru.
Secara amnya, anda perlu ada sumber linux, ada dijual dalam bentuk CD dan boleh
didapati di kebanyakan kedai buku. Linux juga boleh didownload dari Internet, seperti
Sunsite dan pelayan bayangan Sunsite atau laman pembikin linux (seperti Redhat di
http://www.redhat.com dan Caldera di http://www.caldera.com).
Tindakan pertama, perlu memilih versi yang ingin digunakan. Secara amnya, perlu ada
boot disk dan root disk untuk mula memasang linux. Ia boleh didapati di Sunsite. Jika
menggunakan CD, pastikan ia di bawah direktori boot disk dan root disk. Untuk
menyalin imej boot dan root, rawrite.exe yang juga boleh didapati dengan pakej anda
diperlukan. Untuk forum sila lawat http://www.tunoxs.mybsd.org

You might also like