You are on page 1of 5

PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Ciri-ciri:
 Dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
 Dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini
digunakan secara terus menerus.
 Bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah
yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
 Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
 Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi
manfaat daripadanya.

Contoh: Sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah
yang tidak ditentukan gred.

PROSEDUR PENILAIAN FORMATIF

a. Menentukan topik pembelajaran.


 Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan
sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.
 Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.
 Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan
harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
 Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu
sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik
seterusnya.
 Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk
melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

b. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.


 Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca
dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan.
 Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap
penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
 Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah
menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa
kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

c. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.


 Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik
pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi
pendidikan.
 Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya
mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar
saling bertautan dan tidak terpisah.

d. Membentuk soalan ujian.


 Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen
berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

e. Mencadangkan langkah susulan.


 Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping
kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.
 Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang
diperolehi.
Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu
topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang
semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar
murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

TUJUAN PENILAIAN FORMATIF


 Memperbaiki pengajaran pembelajaran.
 Meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.
 Memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada
penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan
memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.
 Menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini
memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir
penggal atau semester persekolahan.
 Memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu
kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan
pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
 Guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini
melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang
dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah
dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu
serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat
mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal
persekolahan.
 Mengubah suai pengajaran seseorang guru.
 Guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian
dan memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.
 Menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan
dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik
pembelajaran.
PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/
akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan
penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam
sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada
akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum.

Ciri- ciri:
 Lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik
pembelajaran untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal
persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu
kurikulum secara keseluruhan.

PROSEDUR MEMBENTUK UJIAN SUMATIF.

a. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap


berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan
sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan
kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
b. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin
diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.

c. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut


bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong,
esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau
mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras
rendah diikuti aras lebih tinggi.

d. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat
mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
e. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan
dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

f. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar
bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh
dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item
berkenaan.

g. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras
kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan
kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang
disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Tujuan:

 Membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.


 Memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang
ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.

 Mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan
skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.

 Dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.

 Memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.

You might also like