You are on page 1of 24

Aktiviti 2.

4 : Dapatkan maklumat lengkap mengenai tiga tokoh yang mengkaji perubahan


masyarakat. Catatkan sumbangan mereka dalam bentuk peta minda.

Sumbangan Ibnu Kaldun


(1332 – 1406)

Pakar dalam pelbagai bidang


“Bapa kepada Sosiologi”
“Ekonomi” Perintis kepada Politik
- Memperkenalkan beberapa konsep
- Perkembangan ekonomi penting sosiologi “Ekonomi Politikal”
- Kitaran perniagaan - Karyanya “Mukadimah”: Ciri-ciri
- Globalisasi masyarakat moden
- Membezakan masyarakat primitif
dengan masyarakat moden
Sejarah Proses Perkembangan
- Peranan persekitaran dalam sosial
“Ahli Falsafah Sejarah” - Perjuangan sosial “Keadilan masyarakat” “Biologi”

Perintis kepada pelbagai disiplin saintifik sosial


Pakar dalam pelbagai bidang - Demografi
- Ahli Astronomi - Sejarah Kebudayaan
- Pakar Undang-undang Islamik - Historiografi
- Peguam Islamik - Psikologi
- Cendekiawan Islamik - Lain-lain
- Ahli Teologi Islamik
- Saintis Sosial
- Hafiz
- Ahli Matematik
- Perancang strategi ketenteraan
- Ahli nutrisi pemakanan
- Negarawan / Ahli Politik
- Lain-lain
Sumbangan Auguste Comte
(1798 - 1857)

Memperkenalkan Memberikan pandangan Perintis kepada Memperkenalkan


Perkataan Sosiologi dialektikal tentang Sosiologi “Law of the Three Stages”
- Dilihat sebagai perubahan struktural Positivism - Teologikal/fictitious
pengasas Sosiologi - Metafizikal/abstrak
- Positif/saintifik

Memperkenalkan Mengembangkan Memperkenalkan Ahli Sosiologi


perkataan “Altruism” “Religion of humanity” “Lencyclopedic Law” Barat yang
- Klasifikasi semua sains pertama
secara hierarki dan sistematik

Pelapor kepada Perintis kepada


Fungsionalism moden - Analisis statistikal
kuantitatif moden
- Pembuat keputusan
Pertama yang perniagaan
Menggunakan
metod saintifik Membezakan kajian masyarakat
dalam dunia sosial
- Statik Sosial
- Menghuraikan empat metod
- Dinamik Sosial
sosiologi
Sumbangan Emile Durkheim
(1858 - 1917)

Pengasas Membina fakulti Sosiologi Perintis kepada kajian Pengasas


Sosiologi Moden Eropah yang pertama di Sosiologi moden dan Anthropologi
Universiti Bordeaux, 1895 Membezakan Sains sosial
daripada Psikologi dan
Falsafah politikal

Mempromosikan Model Kaedah kajian Membahagikan Mengemukakan penganalisisan


“Epitemologikal realism” objektif dua jenis perkembangan
Dan - Asas model piawai fakta sosial Pembahagian tugas
“Hipotetikal-deduktif” kajian sosial - Material masyarakat
- Bukan Material - Membezakan masyarakat
tradisional dan moden

Mengembangkan perspektif Memperhalusi Positivism Kajian “Suicide” 1952


Auguste Comte - Perubahan sosial membawa
disiplin sosiologi
- Aplikasikan penyelidikan kepada masalah sosial
empirikal dan saintifik
ke dalam disiplin sosiologi
Memperkenalkan/menerbitkan
banyak kertas kerja
Menyumbang dalam konsep/idea - Stratifikasi sosial
- Anomie/perasaan hilang arah - keagamaan
- Keagamaan/moraliti - Undang-undang
- Sacred/ketuhanan - Pendidikan
- Profane/keduniaan - Deviance/lencongan
*Asas kepada sosiologi - jenayah
- bunuh diri
Aktiviti 3.2 : Sigmund Freud terkenal sebagai ahli psikologi yang memperkenalkan
konsep id, ego dan superego dalam analisis personaliti.
(a) Huraikan makna konsep-konsep id, ego dan superego.
(b) Bandingkan pandangan ahli psikologi Freud dengan pandangan sosiologi tentang
pembentukan tingkah laku.

Pengalaman Sedar

Ego
Pengalaman Prasedar

---------------------------------------------------Superego-----------

Pengalaman
Id Bawah Sedar

Rajah : Model Struktural dan Topografikal Personaliti Freud

ID

• Id berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “It”.


• Id adalah bahagian pertama dan paling primitif dalam personaliti.
• Id berada dalam minda pengalaman bawah sedar, bahagian tidak bermoral yang timbul/wujud
sejak dilahirkan, meliputi kesemua daripada naluri/dorongan-dorongan biologikal asas seperti
lapar, haus, perlindungan kendiri dan juga seks.
• Id beroperasi menurut prinsip keseronokan/pleasure principle yang mementingkan kepuasan
serta-merta.
• Terdapat dua matlamat utama yang perlu dicapai oleh Id iaitu mencari kepada keseronokan dan
mengelakkan daripada ketidakselesaan.
• Id tiada persepsi yang benar tentang realiti dan juga Id mencari kepada kepuasan bagi
keperluan-keperluan mereka melalui proses-proses rendah/primary yang telah didominasikan
sejak dari kelahiran/diwarisi.
• Tenaga bagi tindakan Id adalah datang daripada libido, terdapat dua naluri yang utama iaitu
Eros, naluri untuk hidup yang akan memotivasikan manusia untuk menfokuskan kepada
kecenderungan-kecenderungan keseronokan (contoh, desakan seksual) dan Thanatos, naluri
untuk mati yang akan memotivasikan manusia untuk menggunakan desakan agresif bagi tujuan
pemusnahan.
• Jika keperluan-keperluan ini tidak dipenuhi dengan segera, maka akan menghasilkan anxieti
atau tegangan/tekanan.
• Misalnya, desakan lapar atau dahaga meningkat, adalah perlu untuk segera makan atau minum.
Id ini sangat penting pada peringkat awal perkembangan manusia kerana ia akan menjamin
dalam memenuhi keperluan bayi. Jika bayi itu lapar atau tidak selesa, dia akan menanggis
sehinggalah kehendak Idnya dipenuhi.
• Contoh kes: bayi enam bulan melihat sesuatu objek dan menginginkannya, dia akan
mendapatkannya tanpa memperdulikan larangan ibubapanya. Maka ibubapanya terpaksa
merampas objek tersebut daripada tangan bayi yang masih memegang objek itu dengan sekuat-
kuatnya. Ini menunjukkan bahawa bayi tersebut hanya dikawal oleh Idnya dalam dan Idnya
menginginkan objek tersebut tanpa mempedulikan jeritan atau larangan ibubapanya.

EGO

• Ego berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “I”.


• Ego berada dalam pengalaman sedar dan adalah jauh lebih rasional serta logikal daripada Id.
• Ego beroperasi di bawah prinsip realiti/ reality principle, di mana merujuk kepada keperluan
untuk memenuhi kehendak-kehendak Id dan juga mengurangkan libido hanya dengan cara yang
tidak akan membawa kepada akibat-akibat negatif.
• Justeru itu, ego adalah pengantara di antara dunia luar dan Id. Bahagian asal kepada ego adalah
sebahagian daripada Id tetapi melalui pengaruh daripada dunia luar, maka telah membentuk ke
dalam elemen yang secara fizikalnya berasingan.
• Prinsip tugas ego adalah untuk perlindungan/pertahanan kendiri dan juga meliputi banyak
daripada tindakan-tindakan terkawal kita.
• Ego merupakan bahagian yang bertanggungjawab kepada ingatan kita dan juga mekanisme
mempertahankan diri manusia.
• Ego boleh mengadaptasikan situasi baru melalui penyesuaian. Ego juga bertanggungjawab
untuk menggurangkan jumlah ketidakselesaan/tekanan serta bertanggungjawab dalam
merehatkan badan melalui proses tidur.
• Berbeza dengan Id, ego sedar tentang realiti dan dapat mengenal pasti kebenaran serta
memahami bahawa setiap tingkah laku mempunyai kesan-kesannya. Ini termasuklah kesan-
kesan daripada peraturan sosial yang diperlukan bagi hidup dan bersosial dengan orang lain.
• Ego menggunakan proses kedua/secondary (persepsi, pengistirafan, penilaian dan memori)
yang dikembangkan semasa zaman kanak-kanak/bukan diwarisi, di mana ego akan mencari
sesuatu objek dalam dunia sebenar yang bersepadanan dengan imej mental yang dicipta oleh
proses primari Id.
• Dilema bagi ego adalah untuk mengimbangi kehendak-kehendak Id dan superego dengan
kekangan/halangan daripada realiti.
• Ego mengawal proses mental yang lebih tinggi seperti penaakulan dan penyelesaian masalah, di
mana untuk menyelesaikan dilema ego di antara Id dan superego iaitu secara kreatif mencari
penyelesaian dengan memenuhi desakan asas Id di dalam kekangan superego.
• Fungsi-fungsi ego berada dalam ketiga-tiga tahap minda Freud iaitu pengalaman sedar, prasedar
dan bawah sedar. Dalam kebanyakkan kes, impuls-impuls Id boleh dipenuhi melalui proses
kepuasan tundaan/delayed gratification, ego pada kesudahannya akan membenarkan tingkah
laku tersebut tetapi hanya di dalam masa dan tempat yang sesuai.
• Contoh kes: bayi dua tahun, apabila bayi itu mencapai sesuatu objek tetapi dihalang oleh
ibubapanya, dia biasanya akan menarik kembali tangannya tanpa memegang objek tersebut
kerana egonya telah terbentuk maka dia mengetahui bahawa larangan ibubapanya akan diikuti
oleh hukuman atau akibat yang tidak disenangi. Bayi dua tahun adalah lebih rasional dan
logikal dalam membuat keputusan dan dia akan menunggu sehingga ibubapanya tidak
memandangnya dan kemudian barulah mencapai objek tersebut dan lari.

SUPEREGO
• Superego berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “over the self”.

• Superego adalah pusat moral personaliti yang dikembangkan oleh kanak-kanak bermula
daripada pra-sekolah/sekitar lima tahun, kanak-kanak belajar tentang peraturan, budaya, dan
jangkaan sosial.

• Terdapat dua bahagian superego iaitu keunggulan ego/ego ideal, iaitu sejenis alat ukuran yang
dipelajari daripada ibubapa dan juga masyarakat yang diperolehi melalui pelaksanaan ganjaran
manakala suara hati/conscience,iaitu bahagian personaliti yang membanggakan seseorang itu
apabila dapat melakukan sesuatu dengan baik dan rasa bersalah/anxieti moral apabila membuat
sesuatu kesalahan yang diperolehi melalui pelaksanaan hukuman.

• Superego merupakan pengimbang kepada Id dan menghalang kehendak keseronokan Id


terutamanya dalam aspek seks dan keagresifan.

• Superego menyediakan garis panduan dalam membuat penilaian.

• Tindakan-tindakan superego adalah untuk membentuk tingkah laku yang sempurna dan
bertamadun. Ia akan menyekat kesemua desakan Id yang tidak dapat diterima dan berjuang
untuk membentuk ego supaya bertindak berdasarkan piawai idealistik lebih daripada prinsip-
prinsip realistik.

• Superego juga berada dalam ketiga-tiga tahap minda Freud iaitu tahap pengalaman sedar,
prasedar, dan bawah sedar.

Jadual : Perbandingan pandangan ahli psikologi Freud dengan pandangan sosiologi tentang
pembentukan tingkah laku
PANDANGAN PSIKOLOGI PERBANDINGAN PANDANGAN SOSIOLOGI
FREUD
Tergolong dalam sains sosial Persamaan Tergolong dalam sains sosial
Id menurut Freud adalah naluri/ gerak Kendiri dalam sosiologi terdiri
hati seseorang bagi memenuhi daripada I dan Me. I merujuk kepada
keperluan/desakan/naluri tanpa kecenderungan impulsif/gerak hati
memperdulikan kesan daripada seseorang individu secara spontan, dan
tindakannya. tidak mempedulikan kehadiran orang
lain.
Konsep superego Freud merujuk Kendiri Me, melibatkan orang lain dan
kepada nilai moraliti dalam masyarakat membuat generalisasi. Membuat
dan diserapkan ke dalam diri seseorang generalisasi ke atas orang lain akan
individu supaya bertindak berdasarkan membentuk satu set sikap serta
baik dan buruk yang ditetapkan oleh memahami jangkaan orang lain yang
ibubapa dan masyarakat. secara umumnya terhadap
kumpulannya di mana individu itu
berada.
Kaedah kajian: personaliti dan minda Perbezaan Kaedah kajian: tingkah laku sosial
manusia. Melihat individu itu sendiri manusia. Melihat kepada hubungan
dalam skop yang kecil individu itu dengan masyarakat dalam
skop yang lebih luas.
Pembentukan tingkah laku adalah hasil Pembentukan tingkah laku adalah hasil
daripada interaksi di antara Id, Ego daripada pengaruh/interaksi orang
dan Superego. lain terhadap seseorang individu
(Pujukan, keakuran).
Tahap minda bawah sedar iaitu Id Proses sosial yang membentuk minda
adalah paling utama dalam dan kendiri/self individu dalam
menentukan tingkah laku manusia. membentuk tingkah laku berdasarkan
kehendak masyarakat.
Faktor seksual merupakan pendorong Faktor persekitaran/sosial
untuk tingkah laku manusia. merupakan pendorong tingkah laku
manusia.
Konflik antara Id, Ego dan Menurut teori konflik, konflik berlaku
Superego menimbulkan anxieti dan antara kelas sosial yang berbeza
anxieti adalah satu situasi tegang yang yang menimbulkan fenomena menang-
memotivasikan seseorang untuk kalah dan kelas sosial yang berbeza ini
bertingkah laku. mendorong kepada perubahan (setiap
individu ingin berjuang bagi
mendapatkan hak masing-masing).

Aktiviti 4.2 : Pendidikan Moral telah menjadi mata pelajaran sekolah Malaysia.

Mengapakah sekolah Malaysia mengajarkan Pendidikan Moral?


Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebaangsaan, pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang
berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

Selain daripada segi intelek, kerajaan kita juga ingin melahirkan individu yang menyeluruh dan
bersepadu dengan aspek-aspek yang lain seperti jasmani, emosi dan rohani. Oleh yang demikian,
sekolah Malaysia telah mengajarkan subjek Pendidikan Moral kepada pelajar bukan Islam dan subjek
Pendidikan Agama kepada pelajar yang beragama Islam dalam mengembangkan aspek rohani dan
emosional para pelajar berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dengan ini, dapatlah
melahirkan warganegara yang berakhlak mulia dan sebagainya melalui penerapan nilai-nilai murni ke
dalam diri setiap pelajar.

Subjek Pendidikan Moral membolehkan pelajar memahami dan menghayati nilai-nilai yang
diperlukan untuk berakhlak mulia seperti hemah diri, bertanggungjawab, amanah, kejujuran, dan lain-
lain lagi. Bagi melahirkan keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara, Pendidikan
Moral dapat meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan
keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik. Dalam kandungan pengajaran Moral,
salah satu topik adalah tentang kepercayaan kepada Tuhan. Ini adalah secara langsung telah menyemai
aspek rohani dalam diri pelajar tentang pentingnya pegangan kepada kewujudan Tuhan. Jika seseorang
itu, tiada pegangan ini, mereka adalah mudah terpesong daripada perkara-perkara yang negatif seperti
kes rasuah. Dengan kepercayaan kepada agama, kita akan patuh kepada suruhannya dan menggelakkan
diri daripada perkara yang dimungkari-Nya.

Nilai-nilai yang berkaitan dengan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ini akan
mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan rohani dalam membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah. Di samping itu, objektif pengajaran Pendidikan Moral juga untuk
menyedarkan para pelajar tentang kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta
berusaha ke arah mengekalkannya dan akhir sekali supaya setiap pelajar mempunyai iltizam untuk
mengamalkan perlakuan bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat
Malaysia.

Secara kesimpulannya, kurikulum Pendidikan Moral adalah bermatlamat untuk membentuk


individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbag ke arah keharmonian dan
kestabilan negara serta masyarakat global. Selain daripada penaakulan moral dan tingkah laku moral,
emosi moral juga perlu disemaikan dalam diri setiap pelajar. Ini bermaksud, pelajar-pelajar perlu
belajar membuat pertimbangan moral yang memerlukan satu kod nilai untuk dijadikan piawai dan asas
dalam penaakulan moral mereka. Inilah antara tujuan-tujuan mengapa sekolah Malaysia mengajarkan
Pendidikan Moral di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

Apakah kandungannya?

Sebanyak tujuh bidang pembelajaran dalam sukatn pembelajaran Pendidikan Moral.

Bidang pembelajaran

1. Nilai berkaitan dengan 2. Nilai berkaitan dengan 3. Nilai berkaitan dengan 4. Nilai berkaitan dengan
Perkembangan Diri Kekeluargaan Alam Sekitar Patriotisme

5. Nilai berkaitan dengan 6. Nilai berkaitan dengan


7.Nilai berkaitan dengan
Hak Asasi Manusia Demokrasi
Keamanan dan Keharmonian

Setiap bidang pembelajaran mempunyai beberapa sub topik/nilai yang berkaitan.

Bidang Pembelajaran 1 2 3 4 5 6 7
Sub Topik
1. Kepercayaan kepada Tuhan √
2. Amanah √
3. Harga Diri √
4. Bertanggungjawab √
5. Hemah Diri √
6. Toleransi √
7. Berdikari √
8. Kerajinan √
9. Kasih Sayang √
10. Keadilan √
11. Rasional √
12. Kesederhanaan √
13. Kasih Sayang terhadap Keluarga √
14. Hormat dan Taat kepada Anggota √
Keluarga
15. Mengekalkan Tradisi √
Kekeluargaan
16. Tanggungjawab terhadap Keluarga √
17. Menyayangi dan Menghargai √
Alam Sekitar
18. Keharmonian antara Manusia √
dengan Alam Sekitar
19. Kemapanan Alam Sekitar √
20. Peka terhadap Isu-isu Alam √
Sekitar
21. Cinta akan Negara √
22. Taat Setia kepada Raja dan Negara √
23. Sanggup Berkorban untuk Negara √
24. Melindungi Hak Kanak-kanak √
25. Menghormati Hak Wanita √
26. Melindungi Hak Pekerja √

27. Menghormati Hak Golongan √


Kurang Berupaya
28. Melindungi Hak Pengguna √
29. Mematuhi Peraturan dan Undang- √
Undang
30. Kebebasan Bersuara √
31. Kebebasan Beragama √
32. Penglibatan Diri dalam √
Pembangunan Negara
33. Sikap Keterbukaan √
34. Hidup Bersama Secara Aman √
35. Saling Membantu dan √
Bekerjasama
36. Saling Menghormati antara Negara √

Bagaimana pelaksanaannya?

Secara umumnya, pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah dibahagikan kepada tiga bahagian yang
utama:
1. Proses pengajaran dan pembelajaran
Melibatkan proses P & P di dalam bilik darjah, penyampaian isi pelajaran, persediaan bahan
pengajaran dan penggunaanya, hasil pelajaran dan teknik soal jawab bagi mendapatkan
komunikasi dua hala yang menekankan kepada pembelajaran pelajar itu sendiri.
2. Program sokongan
Merangkumi Program Kecemerlangan Akademik seperti Program SALC untuk SPM, Program
Ulang Kaji Kendiri dan Program Tunas Cemerlang.
3. Program sampingan
Meliputi Program Pengurusan Pelajar, Program Membaca dan NILAM, Pameran dan
Pertandingan.

Dalam pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah, guru memainkan peranan yang sangat penting. Guru
merupakan orang yang akan menafsir sukatan pelajaran dan mampu untuk mengaplikasikan objektif-
objektif yang hendak di sampaikan. Guru juga perlu mempunyai rancangan pengajaran sebelum
memasuki kelas serta menyenaraikan hasil atau objektif daripada pengajarannya. Pendidikan Moral
adalah berbeza dengan subjek yang lain, Pendidikan Moral amat menekankan kepada
pemikiran/penaakulan bermoral, emosi bermoral dan seterusnya tingkah laku bermoral. Dalam proses
mengajar, guru bukan sahaja perlu memastikan pemikiran bermoral, tetapi juga perasaan dan aplikasi
bermoral pelajar dalam kehidupan sehariannya supaya pelajar akan menjadi seorang yang berguna
kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat serta negara. Akhir sekali, para guru perlu menilai pengajaran
dan pembelajaran pelajar. Di sekolah, pelaksanaan dan penilaian Pendidikan Moral adalah terbahagi
kepada dua iaitu penilaian peperiksaan kertas dan pensil serta kerja kursus yang melibatkan amalan dan
penilaian praktikel pelajar. Contohnya, kerja amal yang telah dilakukan oleh pelajar turut dinilai
sebagai sebahagian daripada markah peperiksaannya.

Sejuahmana Pendidikan Moral perlu di Malaysia?

Zaman globalisasi ini, dunia kini ibadat sebuah dunia tanpa sempadan. Sesiapa sahaja boleh berhubung
di antara satu sama lain tanpa mengira waktu, tempat atau negara. Hasil daripada dunia yang semakin
canggih ini, kita perlulah juga menanggung kesan-kesan negatifnya. Pertama sekali tentang masalah
sosial yang melibatkan remaja. Misalnya isu buang bayi yang secara tidak langsung terhasil daripada
hubungan seksualiti itu sendiri. Para pelajar yang kurang didedahkan kepada pengajaran produktiviti
seksual ini, akan mencari sendiri maklumat-maklumat tersebut daripada rakan sebaya ataupun atas
talian. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini biasanya disalah tafsirkan oleh remaja kerana
pemikiran mereka masih mentah dan tidak matang. Rasa ingin tahu remaja juga tinggi, ini mendorong
kepada aktiviti-aktiviti seksual yang tidak bermoral seperti pergaulan bebas. Akhir sekali, membawa
kepada kehamilan dan kesannya kes buang bayi berlaku kerana rasa malu dan tidak bertanggungjawab.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, bertitah bahawa baginda berasa sedih di atas
kes-kes pembuangan bayi tersebut dan diseru agar pihak Institut pengajian tinggi mementingkan isu
moral dalam membentuk graduan dan bukan hanya menepati pasaran pekerjaan sahaja. Di sini, kita
dapat melihat dan menilai sendiri tentang kepentingan Pendidikan Moral di sekolah.
Walaubagaimanapun, realitinya di Malaysia, subjek Pendidikan Moral dipandang tidak penting di
sekolah. Mungkin kerana subjek ini tidak dikeluarkan dalam peperiksaan kecuali SPM ataupun subjek
ini dianggap senang oleh para pelajar atau guru tertentu.

Kalau begitu tidak ditekankan dan keputusan Pendidikan Moral peringkat SPM yang bagus,
namun kenapa pula indeks jenayah turut meningkat? Apakah akhlak yang diamalkan oleh manusia
tersebut? Bukan sahaja remaja yang tidak matang sahaja yang terlibat tetapi pelajar-pelajar IPTA dan
IPTS turut terlibat. Kalau ditinjau balik, ada di antara mereka yang cemerlang dalam aspek pendidikan
agama atau moral tetapi mana amalannya? Jika belajar tanpa amalan bererti kosong atau umpama tidak
pernah belajar apa-apa. Di sinilah peranan guru, sekolah dan masyarakat yang memainkan peranan
dalam memberikan didikan Moral yang berkonsepkan “dilema real-life” terhadap pelajar. Pendidikan
Moral bukan sahaja pengajaran nilai atau di dalam kelas semata-mata, tetapi juga dari segi praktikel
dan amalan pelajar dalam kehidupan harian. Pendidikan Moral yang beginilah yang diperlukan oleh
negara kita memandang negara kita maju tetapi penuh dengan masalah sosial.

Aktiviti 6.2 : Bincangkan faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman
penjajahan.

Pengenalan.
Sebelum kita memulakan perbincangan tentang faktor-faktor orang Melayu yang tidak ramai ke
sekolah pada zaman penjajahan, marilah kita mengimbas sedikit tentang sejarah perkembangan
pendidikan di Malaysia :

Perkembangan Pendidikan
Malaysia

Era masyarakat Era penjajahan Era ambang Era pasca


Melayu tradisional - Pendidikan untuk kemerdekaan merdeka
- Pendidikan tidak formal mengekalkan kuasa - Pendidikan untuk - Pendidikan untuk
- Penerapan adat, budaya, penjajah kesedaran, penyatuan perpaduan, tenaga
agama dan kedaulatan - Pecah dan perintah dan kemerdekaan kerja dan pembangunan

Era penjajahan Inggeris (1824 – 1957) merupakan peringkat kedua dalam sejarah
perkembangan sistem pendidikan di negara kita. Pendidikan negara kita pada masa itu adalah dibawah
kawalan kuasa penjajah tanpa satu falsafah atau kandungan kurikulum yang konkrit. Pentadbiran
pendidikan pada masa itu adalah mengikut dasar penjajah yang merangkumi dasar pecah dan perintah,
dasar terbuka dan pendidikan vernakular dengan bermatlamatkan penyediaan tenaga pekerja dan
ekonomi semata-mata. Namun, pendidikan terhadap orang Melayu hanyalah sekadar ada sahaja. Ini
bermaksud mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka sahaja seperti mana yang terkandung
dalam perjanjian Inggeris dengan pembesar-pembesar tempatan. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak
Inggeris tidak mementingkan kemajuan struktur sosial rakyat tetapi bertujuan untuk mengekalkan
struktur sosial yang sedia ada sahaja. Akibatnya, pendidikan plural telah wujud di Tanah Melayu
bersesuaian dengan masyarakat Tanah Melayu yang bermasyarakat majmuk.

Faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan.

Secara umumnya, terdapat dua faktor yang utama tentang faktor-faktor orang Melayu yang tidak ramai
ke sekolah pada zaman penjajahan:

Faktor orang Melayu tidak ramai


ke sekolah pada zaman penjajahan

Faktor dasar penjajah Faktor orang Melayu itu sendiri


- Pecah dan perintah - Kebencian terhadap penjajah
- Pendidikan vernakular - Kemasukkan terhad
- Tiada kesedaran

Pecah & Perintah antara orang Pecah & Perintah di kalangan


Melayu, Cina dan India Orang Melayu sendiri

Faktor Dasar Penjajah

Dasar penjajah iaitu dasar yang menekankan kepada prinsip pecah dan perintah telah mengakibatkan
orang Melayu tidak ramai ke sekolah. Melalui dasar ini, pendidikan Melayu hanya diadakan pada
peringkat yang rendah sahaja. Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah
menengah, mereka terpaksa pergi ke bandar untuk memasuki sekolah Inggeris. Sekolah-sekolah
Melayu yang diadakan hanya bertujuan untuk mengekalkan orang Melayu di kampung dan mewarisi
kerja-kerja ibubapa mereka serta berkekalan dalam kemiskinan keluarga. Selain itu, skop dan
kurikulum sekolah Melayu adalah terhad. Pendidikan Melayu tidak menyumbang kepada kemajuan dan
mobiliti sosial di kalangan orang Melayu. Melalui dasar ini, penduduk adalah dipisahkan mengikut
kaum dan ekonomi masing-masing. Orang Melayu mengamalkan prinsip pengasingan dengan
penekanan daripada pihak penjajah, orang Cina pula mengamalkan prinsip “tidak peduli” manakala
orang India juga mengamalkan prinsip pengasingan tetapi kebajikan mereka dijaga.

Oleh yang demikian, pendidikan vernakular telah diamalkan pada era penjajahan. Sekolah
vernakular Melayu didirikan oleh kerajaan British dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Pendidkan hanya diberikan pada peringkat sekolah rendah sahaja serta dibina di luar bandar.
Kemudahan persekolahan pula serba kekurangan serta pelajar sekolah ini sukar untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Maka, sekolah ini kurang mendapat sambutan di kalangan
orang Melayu itu sendiri kerana tiada pengajaran al-Quran serta tiada peluang menjawat jawatan tinggi.
Sekolah vernakular Cina pula ditubuhkan oleh pihak persendirian dan parti-parti politik. Di sekolah ini,
bahasa Cina khususnya Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar. Guru dan buku teks pula
diimport daripada negara China bagi mengekalkan indentiti kecinaan di Tanah Melayu. Sekolah ini
telah mendapat sokongan yang mengalakkan daripada masyarakat Cina kerana terdapatnya sekolah
rendah dan menengah serta pelajarnya boleh menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
iaitu ke pusat pengajian tinggi di China. Sekolah vernikular Tamil pula, ditubuhkan oleh pihak estet
sebagai tanggungjawab sosial untuk menjaga kebajikan masyarakat India. Bahasa Tamil dijadikan
sebagai bahasa pengantar. Guru dan sukatan pelajaran adalah berorientasikan sistem pendidikan negara
India serta hanya menawarkan pendidikan di peringkat sekolah rendah sahaja. Sekolah ini juga kurang
mendapat sokongan kerana ibubapa lebih suka anak mereka membantu bekerja di ladang dan tidak ada
peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi.

Selain dasar pecah dan perintah di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India, dasar ini turut
mengasingkan kalangan orang Melayu itu sendiri. Contohnya pertubuhan Maktab Melayu Kuala
Kangsar, 1905, adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Di sini jelaslah bahawa dasar
pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Inggeris telah mewujudkan
sistem pendidikan yang terdiri daripada dua hierarki sosial di kalangan masyarakat orang Melayu iaitu
golongan bangsawan dan bawahan. Ini merupakan cara dan pemikiran Inggeris dalam memberikan
tekanan kepada orang Melayu. Ini bermaksud, orang Melayu tidak akan menentang pihak penjajah
Inggeris kerana jika mereka membuat demikian, mereka akan dianggap menentang raja-raja Melayu itu
sendiri iaitu menderhaka kepada sultan! Hasil daripada dasar pentadbiran ini, orang-orang Melayu akan
kekal di kampung untuk menjaga kepentingan ekonomi pihak Inggeris serta telah memisahkan orang
Melayu daripada kemajuan perbandaran dan pendidikan.

Faktor orang Melayu itu sendiri


Faktor pertama ialah kebencian orang Melayu terhadap penjajah. Orang Melayu telah banyak
mengadakan protes terhadap pentadbiran Inggeris serta berasa curiga terhadap tujuan Inggeris untuk
menubuhkan sekolah. Ini mencetuskan kebencian orang Melayu terhadap Inggeris. Mereka
bimbangkan tujuan Inggeris adalah untuk mengkristianan orang Melayu maka masyarakat Melayu pada
masa itu lebih rela menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama ataupun tidak pergi ke sekolah
langsung.

Faktor kedua ialah kemasukkan yang terhad. Pada era penjajahan, sekolah Inggeris atau
peringkat persekolahan yang lebih tinggi hanya ditawarkan kepada golongan bangsawan dan anak-anak
raja sahaja bagi membolehkan mereka menjawat jawatan dalam kerajaan. Namun begitu, tawaran
jawatan yang disediakan adalah untuk menjadi pegawai-pegawai rendah sahaja di Tanah Melayu. Di
sini kita dapat melihat bahawa peluang bagi memasuki sekolah Inggeris adalah terhad di kalangan
orang Melayu. Justeru itu, orang Melayu yang bukan terdiri daripada golongan bangsawan tidak akan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris sebaliknya akan menghantar anak mereka ke
sekolah agama sahaja.

Faktor ketiga tentang mengapa orang Melayu kurang pergi ke sekolah pada era penjajahan bagi
faktor orang Melayu itu sendiri ialah tiada/kurang kesedaran di kalangan mereka. Faktor ini kita perlu
mengimbas kembali bagi pendidikan era masyarakat Melayu tradisional lagi. Sebelum kedatangan
Inggeris, masyarakat Melayu adalah mengamalkan pendidikan tidak formal iaitu mendapatkan didikan
tentang agama, adat dan budaya di rumah ataupun pondok-pondok kecil. Ini menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu sememangnya tidak pernah mendapatkan pendidikan formal sebelum ini. Mereka
lebih menekankan aspek keagamaan yang didapati daripada tok guru dan alim ulama. Apabila Tanah
Melayu dijajah oleh Inggeris serta telah memperkenalkan sistem persekolahan, masyarakat melayu
ketika itu masih tidak nampak tentang kepentingan sekolah terhadap anak-anak. Mereka lebih
menumpukan kepada aktivit-aktivit mencari pendapatan keluarga. Selain itu, didikan agama merupakan
perkara penting maka sekolah vernikular Melayu dan sekolah Inggeris yang tidak menawarkan
pengajaran al-Quran adalah tidak mendapat sambutan masyarakat Melayu. Ketika itu juga belum
memerlukan kelulusan tinggi dalam pekerjaan maka persekolahan menjadi tidak penting kepada
masyarakat Melayu.

Kesimpulan.
Secara kesimpulannya, terdapat dua faktor utama mengapa orang Melayu kurang pergi ke sekolah pada
zaman penjajahan iaitu faktor dasar pentadbiran pihak penjajah dan faktor orang Melayu itu sendiri.
Pihak Inggeris telah mengamalkan prinsip pentadbiran “pecah dan perintah” yang boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu di kalangan masyarakat majmuk dan di kalangan masyarakat Melayu. Bagi
masyarakat majmuk, pendidikan vernikular telah membahagikan sekolah kepada sekolah Inggeris,
agama, Melayu, Cina dan India manakala bagi masyarakat Melayu pula membahagikan masyarakat
Melayu kepada golongan bangsawan dan bawahan. Faktor kedua iaitu orang Melayu itu sendiri. Pada
ketika itu, orang Melayu adalah sangat benci kepada penjajah maka mereka tidak akan hantar anak
mereka ke sekolah Inggeris ataupun sekolah Melayu yang didirikan oleh pihak Inggeris. Selain itu,
kemasukkan yang terhad bagi golonagan bawahan serta tahap kesedaran yang rendah di kalangan
masyarakat Melayu tentang kepentingan persekolahan telah menyebabkan faktor mengapa orang
Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan.

Aktiviti 8.1
a. Dapatkan satu kajian yang menghubungkan antara sekolah dan masyarakat. Jelaskan
penekanan dan dapatan kajian itu.
b. Huraikan bagaimana hubungan sekolah dan masyarakat berlaku.

Penekanan Kajian.

Kajian ini menfokuskan konsep “Partnership” atau perkongsian di antara sekolah dan masyarakat pada
peringkat sekolah. Kajian ini adalah berbentuk esei yang mengulas tentang maksud konsep, matlamat
dan kerasionalan “Partnership” diwujudkan di antara sekolah dan masyarakat. Selain itu, kajian ini
turut mengambarkan proses-proses pelaksanaannya serta persoalan dan masalah-masalah yang wujud
dalam konsep “Partnership” ini. Akhir sekali, kajian ini juga memperjelaskan implikasi konsep
“Partnership” serta masa depan konsep ini di dalam pendidikan.

Dapatan Kajian.

Perkara 1: Maksud Konsep “Partnership”


Terdapat pelbagai maksud yang telah digunakan untuk menerangkan konsep perkongsian:
1. Menurut Yg Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie B. Mahat (Ketua Pengarah Pendidikan M'sia),
konsep perkongsian ini adalah “Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti
perlu diberi penekanan.Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab
kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen
ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak
pengurusan sekolah boleh memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara
rumah dan komuniti melalui pelbagai cara selain daripada yang diketahui umum iaitu melalui
PIBG”.
2. Menurut firman Allah dalam surah Al-Ma’idah ayat dua, konsep perkongsian membawa
maksud “Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksanaan dan taqwa. Dan janganlah kamu
bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan”.
3. Maksud perkongsian di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan Jepun:
• ‘seperti aur dengan tebing’, ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’
• ‘semua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku’
• ‘persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal’
4. Menurut pandangan penulis kajian ini, konsep perkongsian merupakan “usaha mengukuhkan
semula segala kelakuan-kelakuan yang berunsurkan kerjasama untuk kebaikan bersama yang
telah wujud dan diamalkan dalam agama dan budaya masyarakat kita. Ia merupakan usaha
yang berterusan supaya dapat menangkis ancaman-ancaman dalam era globalisasi ini. Kalau
tidak dikukuhkan ikatan perpaduan, sekolah akan bergerak bersendirian tanpa sokongan
masyarakat”.

Perkara 2: Matlamat Konsep “Partnership”


1. Mewujudkan permuafakatan dan perkongsian yang rapat di antara sekolah, rumah dan
komuniti.
2. Penglibatan masyarakat dalam mendidik anak bangsa.
3. Penglibatan masyarakat dalam menyumbangkan idea, tenaga, bahan, peralatan atau wang
ringgit.

Perkara 3: Kerasionalan Konsep “Partnership”


1. Sekolah tidak dapat wujud dan berdiri sendiri.
2. Masyarakat perlu memahami dan terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah.
3. Permuafakatan dan perkongsian di antara sekolah dan masyarakat memainkan peranan penting
dalam menyelesaikan masalah dan cabaran yang melanda masyarakat.

Perkara 4: Peringkat dan Bentuk Pelaksanaan Konsep “Partnership”


Kajian ini telah membahagikan 5 peringkat pelaksanaan konsep perkongsian:
1. Di dalam sekolah
2. Di antara sekolah
3. Bersama dengan PIBG
4. Bersama dengan masyarakat setempat atau luar
5. Bersama dengan korporat

Kajian ini juga turut menyenaraikan 5 bentuk perkongsian:


1. Perkongsian dari segi sumber kewangan, peralatan dan barangan
2. Perkongsian dari segi sumber manusia dan kepakaran
3. Perkongsian dari segi sokongan moral
4. Perkongsian dari segi nilai komersial
5. Perkongsian dari segi sokongan politik

Perkara 5: Persoalan dan Masalah-masalah Pelaksanaan Konsep “Partnership”


Antara persoalan-persoalan yang timbul dalam melaksanakan konsep perkongsian:
1. Bolehkah konsep ini dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara?
2. Adakah kelima-lima peringkatan pelaksanaan konsep ini dapat dilaksanakan di semua sekolah
di seluruh negara?
3. Adakah kelima-lima bentuk pelaksanaan konsep ini dapat dilaksanakan di semua sekolah di
seluruh negara?
4. Apakah peringkat dan bentuk pelaksanaan konsep perkongsian ini yang akan lebih dominan
bagi sesetengah sekolah?
Antara masalah-masalah dalam pelaksanaan konsep perkongsian:
1. Masa
2. Jarak lokasi
3. Pentadbiran yang kurang aktif
4. Kelonggaran kerjasama di kalangan warga sekolah

Perkara 6: Implikasi Konsep “Partnership”


Secara amnya, penulis telah membahagikan implikasi konsep perkongsian ini kepada 2 iaitu:
1. Umum
Dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat yang berbilang kaum serta dapat menjimatkan
kos perbelanjaan kerajaan.
2. Khusus
Implikasi khususnya ditujukan kepada pihak sekolah itu sendiri, dengan konsep ini, dapat
membawa kepada perubahan dalam sistem pendidikan negara.

Perkara 7: Masa Depan Konsep “Partnership” dalam Sistem Pendidikan atau Sekolah di
Malaysia
Konsep perkongsian di antara sekolah, komuniti dan masyarakat di dalam sistem pendidikan
mempunyai masa depan yang cerah kerana sekolah dan masyarakat adalah saling lengkap-melengkapi
dan ini memang bersesuaian dengan negara kita yang berbilang kaum. Selain itu, konsep ini juga boleh
dijadikan sebagai satu strategi untuk melahirkan satu suasana yang mesra di antara sekolah dan
masyarakat. Justeru itu, dapat menjayakan impian kerajaan dalam mewujubkan sekolah Bestari dan
sekolah Wawasan.

Hubungan Sekolah dan Masyarakat.

Hubungan antara sekolah dan masyarakat adalah sangat kompleks. Sebelum kita melihat kepada
hubungan sekolah dan masyarakat, terlebih dahulu, kita perlulah memahami konsep-konsep interaksi
hubungan tersebut. Secara ringkasnya, terdapat dua bentuk interaksi yang berlaku di antara sekolah dan
masyarakat. Interaksi-interaksi tersebut merangkumi tiga dimensi iaitu tiga dimensi interaksi dalam
sekolah dan tiga dimensi interaksi di luar sekolah. Rajah di bawah telah menunjukkan interaksi-
interaksi hubungan berkenanan:

SEKOLAH

Pentadbir

Pelajar Guru

IBU BAPA KOMUNITI

Di sekolah, terdapat tiga pihak yang terlibat dalam interaksi di dalam sekolah iaitu pihak pentadbir,
guru dan pelajar. Manakala di luar sekolah pula, terdiri daripada pihak sekolah, ibubapa dan komuniti
di dalam masyarakat. Di dalam sekolah, pihak pentadbir yang diketuai oleh pengetua akan mentadbir
sekolah berlandaskan Falsafah Pendidikan, matlamat-matlamat negara, perancangan kerajaan serta
permintaan-permintaan masyarakat. Guru pula mengajar dan mendidik pelajar supaya menjadi
seseorang insan yang berguna serta dapat menyumbang kepada diri sendiri, keluarga dan negara.
Pelajar pula, perlu mempergunakan peluang-peluang yang sedia ada untuk mengembangkan potensi
masing-masing untuk mencapai kecemerlangan diri.

Di luar sekolah, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam menjalankan tanggungjawab
sosial serta berperanan dalam mendidik anak bangsa. Walaubagaimanapun, tanpa kerjasama ibubapa
dan komuniti, sekolah tidak dapat berdiri sendiri. Misalnya, masalah sosial yang semakin mencabar,
pihak sekolah sangat memerlukan bantuan dan kerjasama daripada pihak luar. Para ibubapa perlu
berganding bahu dengan pihak sekolah supaya dapat mendidik anak-anak mereka sendiri. Contohnya,
hubungan para guru dengan ibubapa melalui PIBG merupakan salah satu hubungan yang berkesan. Ini
dapat dilihak di dalam kejayaan-kejayaan aktiviti-aktiviti yang telah dijayakan sebelum ini.
Komuniti setempat ataupun bukan setempat juga perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing
dalam membina modal insan. Penglibatan ahli-ahli komuniti dalam aktivit-aktivit bersama sekolah dan
ibubapa adalah sangat penting, selain dapat merapatkan hubungan, aktivit-aktivit seperti gotong-royong
turut berkesan dalam mengelakkan perselisihan dan perkauman serta dapat mengekalkan tradisi sikap
bantu-membantu antara ahli masyarakat.

Kesimpulannya, kesemua interaksi-interaksi tersebut adalah sangat penting dalam mencapai


objektif-objektif persekolahan masyarakat berilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, kerjasama di
antara sekolah dan masyarakat adalah amat diperlukan. Seperti yang telah diterangkan di atas, kita
boleh melaksanakan konsep perkongsian atau “Partnership” di antara sekolah dengan masyarakat.
Walaubagaimanapun, konsep ini memerlukan perancangan yang teliti kerana penyertaan yang
menyeluruh untuk semua sekolah di seluruh negara sudah pasti mempunyai masalah atau halangan-
halangan yang perlu diatasi terlebih dahulu. Maka, lebih banyak kajian dan perbincangan perlu
diadakan bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut.

You might also like