You are on page 1of 3

ANTARA CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

Munafik merupakan satu kalimah yang tidak asing untuk disebut dan didengar kita
saban hari dan masa tetapi hakikat yang sebenar tentangnya kadang-kadang masih
samar dalam pemikiran kita. Tidak dapat dinafikan bahawa sifat-sifat yang menjadi
pegangan golongan munafik kadang-kadang dihidapi oleh kita samada dalam keadaan
sedar atau pun tidak seperti suka menipu, melanggar janji dan mengkhianati amanah
yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu kita. Dalam memastikan diri kita tidak
terjerumus dalam lembah munafik maka wajar kita renungi beberapa ciri-ciri golongan
munafik sebagaimana diberitahu oleh Allah dalam Al-Quran dan juga Rasulnya ke arah
menghindarkan diri kita daripada bersifat dengan sifat itu yang boleh membahayakan
aqidah dan diri kita terutama pada hari akhirat nanti. Mengetahui perkara buruk bukan
beerti kita mahu menirunya tetapi bertujuan untuk menghindarinya sedaya yang
mungkin sebagaimana ungkapan imam al-Ghazali : Sesungguhnya mengetahui
perkara negatif itu bukan untuk mengikutinya sebagai teladan tetapi bertujuan untuk
menghindarinya dan dijadikan sempadan.

Munafik ialah orang-orang yang berpura-pura keimanannya di mana pada


zahirnya nampak beriman dengan lidahnya mengakui keesaan Allah dan kerasulan
nabi Muhammad s.a.w sedangkan pada hakikat batinnya yang sebenar penuh dengan
kekufuran dan kesesatan. Mereka menentang kebenaran dengan kebatilan, menjual
petunjuk membeli kesesatan, memilih kekufuran menolak keimanan,, memperjuangkan
bid'ah ganti daripada sunnah dan memilih azab daripada nikmat. Munafik terbahagi
kepada 2 iaitu :

1. Munafik iktiqad iaiatu pegangan terhadap pokok persoalan iman bersikap dan
bersifat nifaq atau penipuan maka golongan ini kekal dalam neraka, sekiranya
mati tanpa bertaubat kepada Allah dan memperbetulkan semula iktiqadnya.

2. Munafiq amali iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat nifaq atau penipuan
seperti beramal kerana seseorang atau sesuatu selain Allah. Golongan ini
melakukan dosa yang memerlukan agar bertaubat kepada Allah. Mereka akan
dimasukkan ke syurga sesudah diazabkan dalam neraka.

Antara ciri-ciri munafiq

1. Berpenyakit hati

Maksud firman Allah dalam ayat 10 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dalam
hati mereka ada penyakit. Maka Allah tambahkan lagi penyakit itu, kepada mereka dan
mereka akan mendapat seksa yang pedih dengan sebab mereka berdusta terhadap
kebenaran. Antara penyakit hati yang disebutkan dalam ayat itu ialah sebagaimana
berikut :

1
a. Kebodohan diri sendiri di mana golongan munafik terlalu yakin bahawa segala kerja
jahat mereka tidak akan diketahui dan disedari oleh orang mukmin sedangkan mereka
lupa bahawa Allah mengetahui segala-galanya.

b. Tidak berpendirian di mana mereka sentiasa merasa cemas dan bimbang kepada
suasana sekitar yang mana tetap akan kembali kepada Islam dengan pertolongan Allah
dan akan terhapusnya kebatilan. Mereka sentiasa mencari jalan penghalang agar
kebenaran dapat dikaburkan dan dipandang serong.

c. Menentang kebenaran iaitu dengan menghalang dan mengfitnah orang yang benar-
benar berjuang di jalan Allah agar segala kejahatan dan penipuan mereka selama ini
dengan menjual dan mencipta sesuatu yang palsu tidak terbongkar dan disedari oleh
orang ramai.Benarlah firman Allah dalam ayat 64-65 surah at-Taubah yang
bermaksud : Orang-orang munafik itu takut jika diturunkan kepada mereka satu surah
yang memberitahu apa yang (tersembunyi) di hati mereka. Katakanlah kepada orang-
orang munafik itu : "Ejeklah lagi! sesungguhnya Allah akan melahirkan apa yang kamu
takutkan itu". Dan jika engkau tanyakan kepada mereka tentu mereka akan menjawab:
" Kami hanya bercakap- cakap dan bermain-main sahaja". Katakanlah :" Adakah Allah
dan keterangan- keteranganNya serta rasulNya mahu kamu perolok- olokkan?.."

d. Berperasaan syak terhadap agama Firman Allah dalam ayat 125 surah at-Taubah yang
bermaksud : Dan adapun orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka, (hanyalah)
menambah kekotoran bersama kekotoran mereka (yang sedia ada) dan mereka mati
dalam keadaan kufur. Mereka sentiasa berperasaan syak terhadap kemampuan
system Islam dalam menjamin kemajuan dan keadilan sepanjang zaman, syak tentang
keamanan dan kestabilan jika pelaksanaan hukum Islam dijalankan.

2. Melakukan kebinasaan di muka bumi Firman Allah dalam ayat 11-12 surah al-
Baqarah yang bermaksud : Dan apabila dikatakan kepada mereka itu, janganlah kamu
membuat kebinasaan (kemungkaran) di muka bumi mereka menjawab :
"Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebajikan (untuk kepentingan
manusia). Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka ialah sebenar-benar orang
membuat kebinasaan (kemungkaran) tetapi mereka tidak menyedarinya. Golongan ini
sentiasa merancang dan berusaha ke arah menjauhkan umat manusia daripada Islam
yang menjamin keamanan sejagat melalui media massa, mendapat bantuan daripada
kuffar termasuk yahudi dalam menghadapi kebangkitan gerakan Islam dan
menggadaikan agama dengan menghinanya sehingga menakutkan orang belum Islam
sehingga wujudnya suasana yang tegang dan takut kepada Islam. Mereka lebih
gembira melihat keadaan yang penuh kekeliruan dan kekecohan daripada melihat
bangkitnya Islam dengan kebenarannya.

2. Menuduh orang mukmin dengan bodoh dan tolol Firman Allah dalam ayat 13
surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan tatkala dikatakan kepada mereka,
berimanlah kamu sebagaimana orang ramai beriman. Jawab mereka : " Adakah

2
patut kami beriman sebagaimana telah beriman orang-orang bodoh dan tolol
itu?". Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang benar-benar bodoh
dan tolol tetapi mereka tidak mengetahuinya. Mereka sanggup menghina ulama'
yang lebih arif tentang Islam dan sanggup hina nabi s.a.w dan Islam itu sendiri
kerana merasai bahawa mereka lebih cerdik dan pakar dalam bab agama dan
keduniaan. Mereka lebih rela meminta nasihat daripada orang kafir dan anti-
hadis daripada menerima teguran daripada ulama' akhirat. Kuat permusuhan dan
bongkak dengan dosa Firman Allah dalam ayat 204-206 surah al-Baqarah yang
bermaksud : Dan diantara manusia itu, ada setengahnya yang menyebabkan
engkau tertarik hati kepada percakapan mereka (yang lunak dan menarik)
semasa hidup di dunia. Dan dia bersumpah (dengan nama Allah bahawa segala
yang dikatakan itu adalah benar) kepada Allah akan apa yang di dalam hatinya
sedangkan dia sebenarnya orang yang paling kuat permusuhannya terhadapmu.
Dan apabila ia berpaling (apabila mendapat hajatnya) berusahalah dia di muka
bumi Allah untuk melakukan kerosakan dan kebinasaan, dirosakkannya tanaman
dan ternakan dan Allah tidak menyukai kerosakan dan kebinasaan itu. Dan
apabila dikatakan kepadanya : " Bertaqwalah kepada Allah". Maka timbullah
kesombongannya dengan meneruskan melakukan dosa. Maka cukuplah neraka
jahannam sebagai balasannya dan demi sesungguhnya neraka jahannam itu
seburuk-buruk tempat balasan.

Ayat ini menunjukan bagaimana buruknya perangai orang munafik dan


petahnya mereka bercakap sehingga ramai orang beriman tertarik dengan tutur
katanya yang lembut, ucapan yang menarik dan penuh hujah aqli yang
mengelirukan malah mereka sanggup bersumpah bagi menyatakan ketulusun
hati mereka sedangkan mereka berniat jahat dan melakukan semua itu untuk
memperolehi sesuatu yang diidamkan. Mereka sanggup mencipta fakta palsu
dan meletakkan mereka yang mampu memutar belit tentang kebenaran sebagai
perisai sehingga mengelirukan orang untuk mendapatkan sokongan. Setelah
mereka mendapat sokongan hasil propaganda yang menggadai prinsip Islam
yang sebenar maka mereka menggunakan kuasa yang telah diperolehi itu untuk
kepentingan mereka dan kroni mereka dan juga menyekat kemaraan dan
kebenaran orang lain yang yang berimam yang tidak menyokong kezaliman dan
kesesatan mereka.

Inilah antara ciri-ciri munafik yang jelas berlaku dalam masyarakat kita pada hari
ini. Peranan kita ialah berusaha menghindarinya daripada diri kita, keluarga dan
masyarakat setempat seterusnya negara dengan berusaha memberi penjelasan yang
sebaik mungkin agar umat Islam tidak tertipu buat sekian kalinya. Sesugguhnya
seorang mukmin itu tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.

You might also like