You are on page 1of 13

DASAR KOKURIKULUM SEKOLAH

SMK AMINUDDIN BAKI


JALAN KG. PANDAN
55100 KUALA LUMPUR

1.0 Penyertaan Murid

1.1 Setiap murid diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum yang terdiri
daripada satu Sukan dan Permainan, satu Unit Beruniform dan satu Kelab dan
Persatuan sebagai aktiviti sepanjang tahun.
1.2 Murid hanya perlu memilih ketiga-tiga aktiviti kokurikulum berdasarkan
Sukan dan Permainan, Unit Beruniform serta Kelab dan Persatuan yang
ditawarkan sekolah sahaja.

2.0 Masa Aktiviti

2.1 Masa aktiviti bagi setiap aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut;

2.1.1 Bagi Sukan dan Permainan ialah setiap hari Selasa dari jam 3.00 ptg.
hingga 4.30 ptg.
2.1.2 Bagi Unit Beruniform ialah setiap hari rabu dari jam 3.00 ptg.
hingga 4.30 ptg.
2.1.3 Bagi Kelab dan Persatuan ialah setiap hari Selasa dari jam 3.00 ptg.
hingga 4.30 ptg.

3.0 Bilangan perjumpaan

3.1 Bilangan perjumpaan setahun bagi murid tingkatan 1, 2, 3, 4, 5 dan


Pra -U Atas;

3.1.1 Sukan dan Permainan – 12 kali perjumpaan.


3.1.2 Unit Beruniform - 18 kali perjumpaan
3.1.3 Kelab dan Persatuan - 12 kali perjumpaan

3.2 Bilangan maksima perjumpaan setahun bagi murid tingkatan Pra-U Rendah
ialah;

3.2.1 Sukan dan Permainan – 6 kali perjumpaan.


3.2.2 Unit Beruniform - 10 kali perjumpaan
3.2.3 Kelab dan Persatuan - 6 kali perjumpaan
4.0 Kod Pakaian

4.1 Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut.;

4.1.1 Aktiviti Sukan dan Permainan


4.1.1.1 Baju Kokurikulum atau baju-T sukan dan seluar trek sekolah.
4.1.1.2 Bagi pelajar perempuan yang bertudung hanya tudung
sekolah sahaja dibenarkan.

4.1.2 Aktiviti Unit Beruniform


4.1.2.1 Pakaian seragam unit beruniform masing-masing.

4.1.3 Aktiviti Kelab dan Persatuan


4.1.3.1 Pakaian seragam sekolah atau baju kokurikulum.

4.1.4 Aktiviti luar sekolah


4.1.4.1 Baju kokurikulum sekolah atau pakaian seragam sekolah
beserta `Blazer Sekolah’.

4.1.5 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran PJK


4.1.5.1 Baju kokurikulum dan seluar trek sekolah.
4.1.5.2 Murid lelaki dibenarkan memakai `Bermuda Sekolah’
menggantikan seluar trek sekolah.
4.1.5.3 Sebelum dan selepas matapelajaran PJK murid tidak
dibenarkan sama sekali memakai baju kokurikulum dan trek
sekolah sebaliknya hendaklah berpakaian seragam sekolah.

4.1.6 Sukan tara dan Merentas Desa


4.1.6.1 Baju-T rumah sukan dan seluar trek sekolah atau `Bermuda
Sekolah’ bagi pelajar lelaki.

4.1.7 Peserta Kejohanan Olahraga tahunan dan saringan.


4.1.7.1 Baju-T rumah sukan dan seluar trek sekolah atau `Bermuda
Sekolah’ untuk pelajar lelaki sahaja.

4.1.8 Perhimpunan pada hari Rabu.


4.1.8.1 Setiap hari Rabu adalah hari kokurikulum. Kod pakaian
murid semasa perhimpunan adalah pakaian badan beruniform
masing-masing kecuali Persatuan Silat dan Tae Kwon Do
yang dibenarkan memakai baju-T putih dengan lambang dan
nama badan beruniform masing-masing dan seluar trek
sekolah.
4.1.8.2 Bagi pelajar perempuan yang bertudung hanya tudung putih
sekolah sahaja dibenarkan.

2
5.0 Perhimpunan Kokurikulum
5.1 Diadakan setiap hari Rabu
5.2 Mesti diadakan kawat statik untuk semua murid.
5.3 Dikendalikan oleh murid sepenuhnya sekali sebulan.
5.4 Guru-guru badan beruniform yang mempunyai uniform badan beruniform
masing-masing mesti memakai uniform mereka. Bagi yang tidak, pemakaian
baju koporat sekolah adalah perlu.

6.0 Pengurusan Fail

6.1 Setiap Unit Kokurikulum perlu menyediakan fail masing-masing. Isi


Kandungan fail mesti mempunyai perkara-perkara berikut.
6.1.1 Visi/Misi
6.1.1.1 Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia
6.1.1.2 Visi dan Misi SMK Aminuddin Baki
6.1.1.3 Visi dan Misi Unit Kokurikulum masing-masing.
6.1.2 Perlembagaan
6.1.3 Rancangan Tahunan
6.1.4 Stuktur Organisasi (Guru dan AJK)
6.1.5 Surat Penubuhan Kelab/Persatuan
6.1.6 Senarai keahlian/Rekod kehadiran ahli
6.1.7 Laporan setiap aktiviti
6.1.7.1 Laporan aktiviti biasa
6.1.7.2 Laporan aktiviti melibatkan alam sekitar
6.1.7.3 Lapran aktiviti melibatkan kebajikan dan kemasyarakatan
6.1.8 Laporan pencapaian/ kejayaan ahli
6.1.9 Rekod penilaian ahli
6.1.10 Laporan tahunan
6.1.11 Surat-menyurat
6.1.12 Minit-minit mesyuarat AJK/Agung
6.1.13 Rekod kewangan bulanan
6.1.14 Penyata kewangan tahunan
6.1.15 Ruang gambarfoto aktiviti

7.0 Pengurusan Papan Notis

7.1. Papan Notis bagi setiap unit kokurikulum mesti mempunyai maklumat-
maklumat berikut:
7.1.1 Maklumat asas – visi Kemeterian Pelajaran Malaysia, SMK
Aminuddin Baki dan Unit Kokurikulum masing-masing, struktur
organisasi, rancangan tahunan dan rancangan mingguan.
7.1.2 Sudut khas – maklumat berkaitan atau hebahan mingguan dan
pencapaian
7.1.3 Hiasan Hari Kemerdekaan 2 minggu sebelum bulan Ogos.

3
8.0 Buku kokurikulum

8.1 Setiap murid mesti mempunyai buku kokurikulum sebagai rekod kehadiran
mereka didalam aktiviti kokurikulum.
8.2 Buku kokurikulum yang dibawa pelajar untuk setiap aktiviti kokurikulum
mesti diserah kepada guru penasihat dan ditandatangani oleh guru penasihat
pada hari yang sama. Diserah kembali kepada murid pada hari yang sama
selepas aktiviti kokurikulum.
8.3 Memandangkan sikap murid yang kerap hilang atau lupa membawa buku
kokurikulum apabila menghadiri aktiviti kokurikulum, guru-guru penasihat
ditegaskan untuk mempunyai master kad atau rekod kehadiran ahli yang tepat
dan lengkap (master card) bagi setiap perjumpaan agar penilaian kokurikulum
dapat dinilai dengan adil dan saksama.

9.0 Pengurusan dan pengelolaan aktiviti di dalam sekolah (di luar rutin aktiviti
mingguan biasa)

9.1 Mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai sebelum sesuatu aktiviti


dimulakan, menyedia dan melaksanakan Standard Operating Procedures
(SOP).
9.1.1 Mengedarkan borang kebenaran ibubapa/penjaga kemudian
mengumpulkannya dan memastikan ianya telah ditandatangani oleh
ibubapa/penjaga.
9.1.2 Memberi taklimat keselamatan kepada murid semasa perjumpaan.
9.1.3 Memastikan peralatan kokurikulum dan sukan menepati spesifikasi
dan selamat digunakan.
9.1.4 Memastikan kawasan selesa dan selamat.

9.2 Guru penasihat menyelia aktiviti atau perjumpaan murid.


9.2.1 Guru sentiasa berada bersama pelajar dan menyelia pelajar sepanjang
masa aktiviti dijalankan.
9.2.2 Guru mengawasi penggunaan peralatan oleh pelajar semasa aktiviti
dijalankan.

9.3 Sebelum menamatkan aktiviti atau perjumpaan, guru penasihat dikehendaki,


9.3.1 Memastikan pintu, tingkap, lampu dan kipas ditutup.
9.3.2 Memastikan bilik/kawasan aktiviti bersih dan kemas.
9.3.3 Memulangkan semua peralatan yang dipinjam kepada pihak yang
memberi pinjaman. Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan
perlu dimaklumkan kepada pihak yang memberi pinjaman. Kehilangan
atau kerosakan peralatan yang disebabkan kecuaian pihak yang
meminjam akan ditanggung sendiri oleh pihak tersebut.

4
10.0 Pengurusan dan pengelolaan aktiviti luar sekolah.

10.1 Menyedia dan melaksanakan Standard Operating Procedures (SOP)


10.2 Mengedarkan borang kebenaran ibubapa/penjaga lebih awal kepada murid
terlibat kemudian mengumpul dan memastikan ianya ditandatangani oleh
ibubapa/penjaga murid sebelum murid di bawa keluar.
10.3 Membuat tempahan bas (murid terlibat melebihi 12 orang) atau van (murid
kurang daripada 13 orang) dengan mengisi borang permohonan penggunaan
bas/van sekolah. Sekiranya berlaku pertindihan dalam tempahan bas atau van
sekolah keutamaan akan diberi berdasarkan prinsip `siapa cepat dia dapat’
atau mengikut jarak perjalanan. Keputusan muktamad adalah dari PK
Kokurikulum.
10.4 Memastikan perkara 9.0 dipatuhi.

11.0 Penilaian Aktiviti Kokurikulum

11.1 Aspek yang dinilai:


11.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid berdasarkan kepada
empat aspek yang berikut:

11.1.1.1 Kehadiran
11.1.1.2 Jawatan disandang
11.1.1.3 Penglibatan
11.1.1.4 Pencapaian
Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan
adalah seperti berikut:

Jadual 1
ASPEK PENILAIAN % MARKAH
Kehadiran 50
Jawatan disandang 10
Penglibatan 20
Pencapaian 20
JUMLAH 100

11.1.2 Kehadiran
11.1.2.1 Jumlah kehadiran perjumpaan pelajar adalah merujuk
kepada kalender kokurikulum sekolah.
11.1.2.2 Agihan markah bagi kehadiran dikira berdasarkan
formula berikut:

JumlahKehadiranPelajar
× 50
JumlahKehadiranMengikutKalenderSekolah

5
11.1.3 Jawatan Disandang
11.1.3.1 Murid yang markah kehadirannya 25 atau lebih layak
dianggap sebagai ahli aktif, sekiranya tidak memegang
apa-apa jawatan dalam unit kokurikulum yang beliau
sertai.
11.1.3.2 Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah
seperti berikut:
Jadual 2 (a)
Pasukan Badan Beruniform anjuran Kementerian/Jabatan
Kerajaan dan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
JAWATAN MARKAH
Pegawai Waran I (Polis) dan Inspektor Kadet 10
(Koreksional/Penjara) & II (KRS), Pegawai Waran II (PKBM),
Pegawai Kadet Kanan (PA), Pegawai Kadet (Bomba), Sub
Inspektor
Staf Sarjan (KRS), Staf Sarjan/Bintara Kanan/Flight Sarjen 8
(PKBM), Pegawai Waran Kedet (PA), Ketua Kadet (Bomba) dan
Sarjen Mejar (Polis dan Penjara)
Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun I 7
(Bomba)
Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM- 6
U), Penolong Ketua Platun II (Bomba)
Ahli Aktif 4
Ahli Biasa 1

Jadual 2 (b)
Pasukan Badan Beruniform anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO)
JAWATAN MARKAH
Ketua Trup, Ketua Pasukan/Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua 10
Puteri, Ketua Kadet, Band Major, Bengkung Merah dan Tali
Pinggang Hitam
Pen. Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua 8
Pasukan (Setiausaha), Sarjen Drum Major/Ass. Band Major,
Bengkung Hijau 3 & Tali Pinggang Merah 2.
Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bend), 7
Koperal, Percussion Leader, bengkung Hijau 2 & Tali Pinggang
Merah 1
Pen. Ketua Patrol, Bend, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua 6
Pasukan (AJK), Lans Koperal, Section Leader, Bengkung Hijau 1
dan Tali Pinggang Biru 2
Quatermaster, Pen. Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua 5
Kumpulan, Asst. Section Leader, Cula 3 dan Tali Pinggang Biru 1
Ahli Aktif, Pen. Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali 4
Pinggang Hijau 1 & 2
Tali Pinggang Kuning 1 & 2 3
Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1 1

6
Jadual 2 (c)
Persatuan/Kelab/Sukan/Permainan
JAWATAN MARKAH
Pengerusi/Presiden/Kapten Pasukan/Ketua Pasukan 10
Sukan/Permainan/Ketua Rumah
Timbalan Pengerusi/Naib Pengerusi 8
Setiausaha/Bendahari 7
Penolong Setiausaha/Penolong Bendahari 6
Ahli Jawatankuasa 5
Ahli Aktif 4
Ahli Biasa 1

11.1.4 Penglibatan
11.1.4.1 Hanya satu penglibatan murid yang tertinggi diambil kira.
11.1.4.2 Murid yang markah kehadirannya 25 atau lebih layak untuk
diberi markah minimun penglibatan di peringkat sekolah iaitu
8 markah.
11.1.4.3 Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau
kumpulan adalah sama. Pemberian markah seperti berikut:

Jadual 3

PERINGKAT PENGLIBATAN MARKAH


Sekolah 8
Zon/Daerah/Bahagian 11
Negeri 14
Kebangsaan 17
Antarabangsa 20

11.1.5 Pencapaian
11.1.5.1 Hanya satu pencapaian murid yang tertinggi akan diambil
kira.
11.1.5.2 Markah aspek pencapaian ditetapkan seperti berikut:

Jadual 4
PERINGKAT PENCAPAIAN MARKAH
Johan Naib Ketiga
Johan
Sekolah 8 7 6
Zon/Daerah/Bahagian 11 10 9
Negeri 14 13 12
Kebangsaan 17 16 15
Antarabangsa 20 19 18

7
11.1.6 Markah Bonus

11.1.6.1 Murid yang berkelayakkan menerima markah bonus jika


terlibat dalam kedua-dua jadual dibawah Jadual 5 dan
Jadual 6, maka satu markah tertinggi sahaja akan diambil kira
sebagai markah bonus.
11.1.6.2 Markah bonus diberi mengikut ketetapan berikut:

Jadual 5

BIL. JAWATAN MARKAH


1. Ketua Murid 10
2. Timbalan/Penolong Ketua Murid 8
3. Ketua/Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan/Pengurusan Utama 7
yang ditubuhkan untuk membantu sekolah/Pengawas/Ketua
Asrama/Ketua PRS/Kuatermaster/Pengerusi Koperasi/Pengerusi
Skuad Prasarana/Pengerusi Briged Bestari/Pengerusi Slad
4. Penolong Ketua Asrama/Penolong Kuatermaster/Pengawas 6
Pusat Sumber/AJK Utama Badan-badan Perkhidmatan atau
Pengurusan/Bendahari/Setiausaha
5. Ketua Biro Asrama/PRS/Penerima Sijil dan Lencana 5
SLAD/PROSTAR/Ahli Lembaga Pengarah Koperasi
Sekolah/Pengawas Koperasi
6. Ahli-ahli J/Kuasa Perkhidmatan dan Sokongan-AJK Biro/Ketua 3
Bilik/Ketua Dorm/Ketua Tingkatan/Penerima Sijil
SLAD/PROSTAR
7. Penolong Ketua Kelas/Penolong Ketua Bilik/Ahli 2
Kuatermaster/Wakil matapelajaran kelas

11.1.7 Anugerah Khas


11.1.7.1 Murid yang menerima Anugerah Khas juga layak mendapat
markah bonus. Pemberian markah Anugerah Khas ditetapkan
seperti berikut:
Jadual 6
BIL. JAWATAN KEDUDUKAN MARKAH
BONUS
1. Anugerah Remaja Perdana (ARP) Emas 10
Perak 7
Gangsa 5
2. Pingat Hang Tuah Kebangsaan/Tunas 10
Jaya Kebangsaan
3. Pencapaian aktiviti kokurikulum diluar Johan 5
negara atas biaya sendiri Naib Johan 3
Ketiga 2
4. NILAM 5
5. Lain-lain Anugerah yang setara 5

8
11.1.8 Gred Penilaian Aktiviti Kokurikulum
11.1.8.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti
berikut:

Jadual 7
GRED MARKAH
A 80% hingga 100%
B 60% hingga 79%
C 40% hingga 59%
D 20% hingga 39%
E 19% kebawah

11.1.9 Gred Keseluruhan


11.1.9.1 Gred keseluruhan bermaksud gred bermaksud gred yang
diperolehi oleh murid dalam dua daripada tiga bidang
kokurikulum yang dianggotai seseorang murid beserta
markah bonus. Dua daripada tiga bidang yang dipilih
berdasarkan markah tertinggi.
11.1.9.2 Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan
jumlah markah kedua-dua bidang kokurikulum dan mendapat
purata bagi kedua-dua bidang tersebut. Kemudian nilai
tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi.
11.1.9.3 Berdasarkan markah murid X dibawah, contoh kiraan gred
keseluruhan adalah seperti berikut:

Contoh pelajar X

Jumlah markah badan beruniform = 80


Jumlah markah persatuan/kelab = 68
Jumlah markah kelab sukan/permainan = 85
80 + 85
Markah purata bagi dua terbaik = = 82.5
2
Markah bonus = 10 (sebagai Ketua Murid)
Markah keseluruhan (GPA) = 82.5 + 10 = 92.5
Gred keseluruhan = A

11.1.9.4 Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun


sepanjang persekolahan murid. Keputusan penilaian akan
dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA)
dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan
(CGPA). Contohnya, prestasi GPA dan CGPA murid X
dalam bidang kokurikulum sepanjang tempoh
persekolahannya sehingga tingkatan lima;

9
TINGKATAN MARKAH GPA CGPA
KOKURIKULUM
I 69 69 69.0
II 82 82 75.5
III 83 83 79.3
IV 89 89 84.2
V 80 80 82.1

Contoh pengiraan CGPA


69 + 82
Tingkatan II = = 75.5
2
79.3 + 89
Tingkatan IV = = 84.2
2

11.1.9.5 Penilaian Aktiviti Kokurikulum Bagi Murid Bagi Murid


Tingkatan Enam.
Murid tingkatan enam yang telah tamat pengajian dan
mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh
memilih markah prestasi PLKN yang diperolehi untuk
dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini,
murid tersebut mempunyai empat pilihan daripada tiga yang
perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya.
Jika prestasi murid didapati tinggi dalam PLKN, markah
terendah dalam bidang lain akan digugurkan.

12.0 Pemilihan Penerima Anugerah Kokurikulum.

12.1 Sijil Penyertaan


12.1.1 Wakil sekolah, sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir dalam
sebarang pertandingan.
12.1.2 Tidak memperoleh pencapaian tempat pertama, kedua atau ketiga
dalam sebarang pertandingan sebagai wakil sekolah.
12.1.3 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej
yang terpuji.
12.1.4 Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing dan diedar terus
kepada pelajar setelah ditandatangani oleh Pengetua.

12.2 Sijil Penghargaan


12.2.1 Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi, khidmat yang
cemerlang kepada Kelab/Persatuan/Badan Beruniform.
12.2.2 Berkebolehan dalam pengurusan aktiviti mingguan atau projek khas
12.2.3 Mencapai gred kokurikulum minimum `B’ atau GPA 60 markah.
12.2.4 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej
yang terpuji.
12.2.5 Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing dan diedar terus
kepada pelajar setelah ditandatangani oleh Pengetua.

10
12.3 Sijil Pencapaian

12.3.1 Sijil Kepujian


12.3.1.1 Memperoleh pencapaian pada peringkat zon dan seterusnya
mewakili zon ke peringkat negeri.
12.3.1.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan
penampilan imej yang terpuji.
12.3.1.3 Murid yang mempunyai rekod salahlaku berat dikira tidak
layak manakala yang mempunyai rekod salahlaku sederhana
boleh dipertimbangkan dengan kata putus ditentukan oleh
pengetua.

12.3.2 Sijil Cemerlang


12.3.2.1. Memperoleh pencapaian Johan, Naib Johan atau tempat
ketiga pada peringkat negeri ATAU mewakili negeri ke
peringkat kebangsaan kebangsaan ATAU mewakili negara ke
peringkat antarabangsa.
12.3.1.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan
penampilan imej yang terpuji.

12.4 Anugerah Pasukan Cemerlang Kokurikulum


• Badan Beruniform
• Sukan/Permainan
• Persatuan/Kelab

12.4.1 Peringkat penglibatan tertinggi dalam aktiviti


12.4.2 Tahap pencapaian tertinggi dalam pertandingan.
12.4.3 Menganjurkan program khas khususnya aktiviti khidmat sosial
12.4.4 Mengaplikasikan ICT dalam aktiviti yang dianjurkan.
12.4.5 Mempunyai fail kokurikulum yang serba lengkap.
12.4.6 Penglibatan ahli yang aktif secara menyeluruh.

12.5 Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum

12.5.1 Peringkat penglibatan/pencapaian yang tinggi dalam kokurikulum


12.5.2 Kebolehan mengendalikan pelbagai aktiviti.
12.5.3 Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi serta telah
memberi khidmat cemerlang kepada pembangunan bidang
kokurikulum di sekolah.

12.6 Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum

12.6.1 Pencapaian tertinggi sekurang-kurangnya peringkat kebangsaan


12.6.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan
imej yang terpuji.

11
12.7 Anugerah Kokurikulum PIBG

12.7.1 Kategori Individu


12.7.1.1 Terpilih menerima sijil cemerlang dengan pencapaian
minimun pada peringkat kebangsaan.

12.7.2 Kategori Pasukan


12.7.2.1 Terpilih menerima Anugerah Pasukan Cemerlang

12.7.3 Kategori Guru


12.7.3.1 Terpilih menerima Anugerah Guru Cemerlang
Kokurikulum

12.7.4 Anugerah Khas ICT


12.7.4.1 Penghasilan CD yang paling kreatif dan menarik untuk
suatu program khas atau aktiviti sepanjang tahun.

13.0 Pinjaman Peralatan atau jersey.

13.1 Sebarang peminjaman peralatan kokurikulum mesti mengisi borang


permohonan pinjaman sekurang-kurangnya sehari sebelum alatan atau jersey
diperlukan.
13.2 Alatan yang telah dipinjam mesti dipulangkan kembali dalam keadaan yang
sempurna pada tarikh seperti yang tercatat di dalam borang permohonan
pinjaman peralatan kokurikulum. Alatan yang rosak juga mesti dipulangkan
dan direkodkan.
13.3 Pemulangan jersey perlu lengkap dan akur dengan jumlah yang dipinjam.
Sebarang kehilangan perlu diganti dengan harga perolehan semasa jersey
tersebut. Guru Penasihat diingatkan untuk berhati-hati dalam pengedaran
jersey dan memastikan bahawa setiap jersey yang diedarkan mesti direkodkan
agar risiko kehilangan dapat dielakkan..
13.4 Guru-guru penasihat sukan dan permainan hendaklah mengutip semula semua
jersey selepas setiap permainan untuk urusan pembersihan di kedai dobi oleh
guru penasihat. Bil dobi boleh dituntut daripada PK Kokurikulum. Tuntutan
dobi dibenarkan untuk tujuan pertandingan rasmi sukan sahaja. Ia juga adalah
langkah untuk megurangkan risiko kehilangan.

14.0 Rumah Sukan Murid

14.1 Pemberian rumah sukan murid adalah dibawah bidang kuasa Setiausaha
Sukan dan diselesaikan dalam minggu pertama persekolahan sebelum
Mesyuarat Agong Rumah Sukan.
14.2 Murid tingkatan 2, 3, 4, 5 dan Pra-U Atas yang merupakan murid lama telah
diberi rumah sukan dan akan kekal pada rumah sukan tersebut sepanjang
tempoh persekolahannya di SMK Aminuddin Baki.

12
14.3 Murid baru daripada tingkatan 1 atau tingkatan 4 atau Pra-U rendah atau
mana-mana murid baru dari tingkatan lain perlu diberi rumah sukan dengan
Guru Tingkatan menyerahkan senarai pelajar murid baru kepada Setiausaha
Sukan.
14.4 Setiausaha sukan mesti bertindak dengan segera dalam pemberian rumah
sukan bagi memastikan tiada pelajar ketinggalan dalam peruntukkan rumah
sukan.

13

You might also like