You are on page 1of 7

Maktab Anthony Abell, Seria.

Tarikh : 22th Januari 2011


Kumpulan 1 :

I. Hafiz
II. Jeffry
III. Yussaliza
IV. Lina

Melayu Islam Beraja

Tajuk : Pengisytiharan dan Takrif Falsafah Melayu Islam Beraja.

Rangka :

• Pengisytiharan Melayu Islam Beraja


• Titah Pengisytharan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam
• Takrif Falsafah Melayu Islam Beraja
• Melayu Islam Beraja Sesuatu Yang Integral
• Kesimpulan

Pengisytiharan Melayu Islam Beraja.

Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai falsafah Negara Brunei Darussalam yang secara rasminya
diisytiharkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam pada 1 Januari 1984 Masihi bersamaan dengan 27 Rabiulawal 1404 Hijrah, seperti yang
terkandung dalam Titah Perisytiharan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.

Titah Pengisytiharan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.

“..Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu
Wata'ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang
merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran ugama Islam menurut Ahli
Sunnah Waljama'ah..”

HJYL© Page 1
Takrif Falsafah Melayu Islam Beraja.

Melayu (M).

Definisi Melayu Brunei.


• Undang-undang taraf kerakyatan Negara Brunei Darussalam 1962 menetapkan ketulenan
Melayu Brunei iaitu rakyat Sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-undang yang dikhususkan
kepada puak-puak jati Bangsa Melayu iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut
dan Tutong.

• Apabila Melayu Islam Beraja disytiharkan sebagai falsafah negara, maka Melayu Islam Dan
Beraja akan dijadikan oleh negara sebagai matlamat, amalan, dasar, prinsip, gagasan, pegangan,
landasan dalam berfikir, bertindak, menilai dan merancang keseluruhan hidup berbangsa,
bernegara dan berugama.

• Nilai dan norma Melayu termasuk adat resam dan tatasusilanya telah menjadi sebahagian
daripada cara hidup masyarakat yang harmoni dan dihormati.

• Kedatangan Islam bukan saja merubah bentuk dan nilai kebudayaan Melayu malah kebanyakan
orang Melayu telah mengubah kepercayaan mereka dan memeluk Islam.

• Perlembagaan Negeri Brunei 1959 bukan saja mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai
pewaris sah bumi Darussalam ini malah tiga identiti penting dan utama majoriti bangsa Melayu
sistem politik dan sosial negara ini :

I. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.


II. Islam menjadi ugama rasmi negara.
III. Sultan diletakkan sebagai kuasa pemerintah tertinggi negara.

Melayu dijadikan Falsafah.

Pengisytiharan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara adalah selaras dengan kandungan
Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Titah pemasyhuran kemerdekaan membayangkan dengan jelas
hasrat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk
menjadikan Negara Brunei Darussalam kekal menjadi sebuah Negara Melayu, Islam dan Beraja.

HJYL© Page 2

Dengan dokongan dan sokongan padu seluruh rakyat dan penduduk, negara ini akan dapat :
• Mengekalkan kekuasaan pemerintahan dan politik bangsa Melayu ;
• Mengekalkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ;
• Mengekal, mengembang dan menyesuaikan nilai-nilai luhur kebudayaan bangsa Melayu
dengan hukum-hukum Islam dan kemajuan zaman ;
• Mengekalkan dan melindungi hak tujuh golongan puak Melayu yang menjadi purih bangsa
Brunei.

Falsafah negara Melayu Islam Beraja juga menegaskan bahawa :

• Negara Brunei Darussalam adalah negara Melayu dan terus mengekalkan sistem pemerintahan
Melayu yang dipimpin oleh Sultan.
• Negara ini akan berterusan mengukuhkan dan meneruskan nilai-nilai luhur Melayu, adat resam dan
kebudayaan Melayu yang positif, progresif, dan dinamik yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai
Islam sebagai identiti dan etika kebruneian.
• Negara ini akan mengekalkan Adat Istiadat Diraja (Melayu) sebagai sistem protokal kenegaraan
dan juga akan mengekalkan identiti dan warisan agung Melayu termasuk tulisan jawi bagi
kepentingan kebangsaan dan ugama.

Islam (I).

Islam menjadi agama rasmi Negara.

Perlembagaan Negeri Brunei 1959 Bahagian II Ceraian 3 (I) menyebutkan :

“ Agama rasmi bagi negeri Brunei ialah agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jemaah tetapi agama-
agama yang lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya”.

Sultan sebagai ketia ugama dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan iaitu Menteri Besar, Timbalan
Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan hendaklah dipegang oleh orang Islam.

Islam adalah Ad Deen iaitu cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang telah diwahyukan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad S.A.W yang berintikan iman dan amal.

Iman adalah merupakan aqidah. Dan Amal merupakan syariat.

HJYL© Page 3

Islam menjadi teras dalam kehidupan dalam diri individu, berkeluarga, sesama masyarakat dan
bernegara. Malah memimpin manusia ke arah hidup di dunia dan di akhirat dan juga menjadi panduan
akhlak dan tingkahlaku bersih serta menuju ke jalan yang benar.

Islam sebagai payung kepada Melayu dan Beraja oleh sebab itu pentadbiran, ekonomi, politik,
kebudayaan, pendidikan dan sebagainya mesti dilihat dari perspektif Islam.

Melayu bermakna bahawa Negara Brunei Darussalam adalah Negara Melayu, Rakyat Melayu dengan
sistem pemerintahan yang dipandu oleh Islam.

Islam juga mewujudkan Solidariti, Jaminan hak individu, Bebas dari perhambaan dan juga hubungan
bukan hanya antara manusia dengan Allah malah merangkumi setiap demensi kehidupan manusia.

Tetapi hakikatnya pengalaman Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna yang meliputi
kehidupan dunia dan akhirat.

Beraja (B).

Beraja merujuk kepada sistem politik.


Sumber kehidupan dan identiti bangsa Melayu. Dipengaruhi oleh sosiobudaya, politik dan agama.

Raja adalah kerajaan. Tidak ada raja tidak ada kerajaan. Jatuh bangun dan hidup mati bangsa melayu
terletak kepada raja.

Raja dalam pemerintahan cara Melayu bukanlah sebagai lambang tanpa kuasa mentadbir tetapi Raja
adalah Penaungan kepada rakyat, Junjungan rakyat, Pemimpin kepada rakyat dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam.

Islam sebagai teras dan payung kepada pemerintahan Raja maka Sultan bertanggungjawab menjadi
ketua ugama, panduan dalam pemerintahan Melayu Islam Beraja, Penegak syiar Islam dan Orang-
orang yang bukan Islam menghormati ugama Islam.

Kewajiban melaksanakan syariah Islam. Sultan merupakan “Huswatun Hassanah” iaitu tauladan yang
baik. Mempunyai daulat dan kekuatan tersendiri. Mampu membina tamadun & empayer. Pemerintahan
berteraskan agama.

HJYL© Page 4

Teras pembinaan Negara bangsa terletak pada konsep raja. Beraja dapat mewujudkan integrasi
nasional. Menenamkan semangat berbangsa & bernegara. Mempertahankan pengaruh globalisasi dan
kelahiran bangsa Melayu baru.

Raja dalam MIB ialah Ketua adat, Ketua agama, Ketua negara dan Ketua pemerintah. Raja dalam
konteks MIB adalah Khalifah Allah di muka bumi yg memegang kedudukan seperti Pemegang amanah
Allah, Ketua angkatan bersenjata dan Penaung & Payung rakyat.

MIB sesuatu yang Integral.

MIB adalah tiga komponen yang saling berhubungkait dan tidak dapat dipisahkan. Ketiadaan salah
satu daripada komponen tersebut akan menjadikan falsafah Negara tidak lengkap.

Implikasi dari Melayu sebagai falsafah ialah, Melayu dijadikan sebagai Asas untuk menyatukan rakyat,
Identiti kebangsaan, Dasar dan pegangan hidup rakyat, Pandangan dunia dan pandangan hidup
masyarakat, Panduan pendidikan dan Dasar pendidikan, Wawasan perekonomian dan kesejahteraan
masyarakat, Misi dan visi pentadbiran & pemerintahan, Dasar pertahanan dan Suasana Persekitaran.

MIB sebagai Falsafah Negara :

• Keadaan dan sifat hidup yang konsisten dalam sistem etika, politik, sosial, ekonomi dan moral
yang berinti dan berteraskan Islam, dipandu oleh iman, dan Melayu yang terpuji serta kasih dan
taat kepada Raja.
• Asas hidup kebruneian bersandarkan kepada iman dan Tauhid kerana MIB sendiri berintikan
Islam.
• Cara hidup kebruneian dan tata cara melaksanakan ibadat dalam menempuh kehidupan
menurut prinsip Islam dengan corak yang beradat Melayu, beradab dan taat kepada Raja,
dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT.

HJYL© Page 5

Kesimpulan.
MIB adalah penentu dan penjamin Survival Bangsa. Kesinambungan Sejarah Bangsa.

Orang Melayu harus sedar bahawa pengisytiharan Melayu sebagai salah satu komponen utama falsafah
Negara merupakan mekanisme yang ampuh untuk mengekalkan kelangsungan ketuanan Melayu di
Negara ini.

Dengan menjadikan Negara ini sebagai sebuah Negara Melayu Islam Beraja peluang bangsa Melayu
untuk menyerah dan cemerlang dalam semua bidang yang penting terutamanya akan terjamin dan
dapat direalisasikan.

Sekian.

TAMAT.

Tempat rujukan :

• Melayu Islam Beraja Menengah IV (Buku Teks)


• Laman Web : http://www.scribd.com/doc/18924206/Melayu-Islam-Beraja

HJYL© Page 6

You might also like