You are on page 1of 3

Tugasan : Kaedah Penyelidikan ( JKJ 104 )

Nama Pelajar : AHMAD HAFIZ BIN MOHD


No. Matrik : JK 7268/10

Arahan : Berikan definisi bagi setiap istilah berikut.

1.Teori:
Teori merupakan satu andaian yang dibuktikan kesahihannya secara saintifik. Ia
menerangkan tentang bagaimana dan kenapa sesuatu peristiwa tersebut berlaku di
dunia yang luas ini.

2.Konsep:
Konsep adalah satu gagasan idea (idea yang baru) yang abstrak untuk dijadikan satu dasar
dalam membina atau membuat sesuatu perkara (perbuatan/tindakan).

3.Hipotesis:
Makna perkataan “hipotesis” ialah kenyataan sementara.Hipotesis timbul daripada fikiran-
fikiran awal (preconceived idea) seseorang penyelidik tentang masalah yang dikaji dan
penyelesaian yang dicadangkan. Hipotesis ialah kenyataan bersifat syak dan sementara
berhubung dengan satu pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain.Terdapat 3 jenis
hipotesis:
a)Hipotesis Penyelidikan-lebih bersifat penyataan umum.
b)Hipotesis Nul-lazimnya dikatakan dalam bentuk negatif.
c)Hipotesis Altenatif-ia sama dengan hipotesis penyelidikan tetapi pernyataannya lebih
bersifat positif.

4.Data Primari:
Data Primari adalah kaedah pengamatan (observation) – perlu pergi ke lapangan (sebuah
kampung sebagai contoh) dan tinggal di situ beberapa ketika.Ini juga dikenali sebagai
penyelidikan berpatisipatif (observation-participation).Data primari biasanya diperolehi
melalui kaedah soal selidik-secara langsung atau pos.

5.Data Sekunder:
Data Sekunder melibatkan penyelidikan perpustakaan.Di antara sumber dokumentasi yang
sering digunakan dalam penyelidikan ialah buku teks,majalah,laporan jabatan,rekod-rekod
jabatan,kertas seminat,alat penyiaran akhbar dan lain-lain.Data Sekunder merupakan data
yang sudah terkumpul.Sebagai contoh jabatan statistik negara mengadakan banci penduduk
setiap 10 tahun sekali.Banyak maklumat tentang kependudukan dan ciri-ciri demografi yang
berkaitan.

6.Kajian Luar:
Kajian luar ialah strategi yang paling sesuai bagi penyelidikan yang bertujuan untuk
menerokai (explore) sesuatu bidang kajian.Lazimnya dijalankan dalam keadaan tabii (natural)
dan menumpukan perhatian kepada sesuatu konteks tertentu.Kajian luar adalah lemah dari
segi kriteria-kriteria kawalan (control) dan keumuman (representativeness atau
generalizability);dan sering sekali strategi ini diguna bagi penyelidikan bertujuan untuk
menerokai atau menggambarkan sesuatu fenomena yang baru atau dengan lebih mendalam.
7.Pendekatan Induktif:
Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,kemudain membuat
generalisasi atau kesimpulan.Pendekatan induktif akan membentuk suatu prinsip hasil
daripada ujikaji maklumat atau contoh tertentu.

8.Pendekatan Deduktif:
Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus,
prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang
dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi
yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.

9.Data Kualitatif:
Data yang terdiri daripada nota,catatan lapangan,transkrip,temubual tak
berstruktur,artifak,pita rakaman audio,video dan dokumen bertulis.Data yang dianalisa lebih
bersifat subjektif iaitu subjek yang dikaji bukan nilai angka.Cuma yang dipersoalkan ialah isu
kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability).

10.Data Kuantitatif:
Kaedah penyelidikan yang sama seperti penyelidikan kualitatif.Bezanya ialah data
dipersembahkan dalam bentuk kuantiti,statistik dan nilai angka.

11.Analisis Diskriptif:
Menggunakan kaedah berangka dan grafik untuk menentukan corak set data, meringkaskan
maklumat daripada set data dan mempersembahkan maklumat yang dikumpul daripada
sampel dalam bentuk yang menarik.
Oleh kerana pemerihalannya terhad kepada sampel sahaja ia tidak digunakan untuk tujuan
membuat kesimpulan dan generalisasi menyeluruh kepada populasi yang dikaji.

12.Analisis Inferensi:
Prosedur-prosedur untuk membuat generalisasi mengenai populasi yang dikaji berdasarkan
maklumat daripada sampel yang diambil dari populasi.

13.Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah adalah konsep yang jelas maknanya dan dapat diukur dengan tepat.Terdapat
beberapa jenis pemboleh ubah:
a)Pemboleh ubah Bebas- pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi peristiwa atau keadaan.
b)Pemboleh ubah Bergantung- pembolehubah yang ingin dijelas atau diramalkan.

14.Literatur Review:
Sorotan literature merupakan sorotan ke atas bahan bacaan yang telah dibaca seperti
jurnal,artikel,kertas seminar dan lain-lain.
Dalam sorotan literatur, beberapa kaedah digunakan iaitu:

a. Membanding dan membeza


- Mencari perbezaan dan persamaan dari segi ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau
peristiwa.
- digunakan apabila:
a. ada 2 atau lebih ciri atau kemungkinan
b. membuat keputusan atau pilihan
- langkah penggunaan:
i. perhatikan dan berikan tumpuan pada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan.
ii. kenalpasti ciri kajian tindakan tersebut.
iii. nyatakan ciri persamaan dan perbezaan

b. Menganalisis
- menceraikan maklumat ke bahagian-bahagian lebih kecil dan menghuraikan maksud yang
tersirat.
- digunakan untuk memahami dan mengenal hubungkait antara bahagian dan mengenali
prinsip-prinsip yang terlibat.

c. Menilai
- mempertimbangkan kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara berdasarkan bukti yang sah.
- digunakan apabila:
a. ingin memilih sesuatu
b. menerima atau menolak sesuatu idea

d. Kesimpulan
- menyatakan hasil sesuatu kajian berdasarkan pada 1 hipotesis dan mengukuhkan
berdasarkan penyiasatan.
- digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong
kenyataan.

e. Mensintesis
- menggabungkan idea-idea, unsur atau item yang berasingan seterusnya menghasilkan
gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan esei, lukisan atau artifak.

15.Bibliografi:
Bibliografi adalah daftar bahan-bahan yang disusun mengenai sesuatu perkara oleh orang
perseorangan atau kelompok atau badan-badan tertentu.
Unsur informasi bibliografik atau data bibliografik adalah entri-entri penting yang dapat
digunakan untuk tujuan dapatan semula informasi. Contoh entri tersebut adalah: nama
penulis, judul, perkara, tahun, dan informasi-informasi lain dari bahan yang ingin diindeks
yang difikirkan penting.

You might also like