You are on page 1of 11

MPW 1113

BAHASA KEBANGSAAN (A)

FONETIK
SISTEM SEBUTAN DAN BUNYI
DALAM BAHASA MELAYU

MISS NURHAFIZAH MOHD ZIZI


SCHOOL OF COMPULSORY STUDIES
FONETIK & FONOLOGI

Sistem Penyebutan Bahasa Melayu


 Bunyi-bunyi bahasa boleh dibahagi-
bahagikan mengikut cara bagaimana ia
disebut dan alat-alat yang digunakan untuk
menyebutnya.
 Ilmu untuk mengkaji penyebutan bahasa
dinamakan fonetik.
Penghasilan Bunyi-bunyi Bahasa
 Terdapat dua cara bagaimana bunyi-bunyi bahasa terhasil,
iaitu:
- Apabila udara tidak diganggu alirannya dlm rongga mulut.
- Organ-organ sebutan seperti gigi, lelangit lembut dan
sebagainya tidak menghalang udara yang dikeluarkan.
 Bunyi yang terhasil itu akan hanya dipengaruhi oleh
kedudukan lidah dan bentuk bundar atau leper bibir sahaja.
 Bunyi yang terhasil ini dinamakan bunyi vokal.
 Apabila bunyi yang terhasil dengan menekan udara keluar
dari paru-paru dihalang, organ-organ seperti lelangit lembut,
gigi, lelangit keras dan sebagainya menghalang laluan udara
semasa melalui rongga mulut atau rongga hidung. Bunyi
yang terhasil ini dinamakan bunyi konsonan.
Bidang fonetik terbahagi kepada;

 Vokal

 Konsonan

 Diftong
Vokal
 Terdapat 6 jenis vokal dalam Bahasa Melayu Baku
(a, e, ә, i, o, u)
 Selain itu, terdapat juga 2 vokal pinjaman iaitu ( dan ‫)כ‬
 Ciri-ciri penting vokal:
 Tidak ada gangguan pada arus udara semasa bunyi vokal
dihasilkan.
 Lelangit lembut dinaikkan semasa menghasilkan bunyi
vokal.
 Pita suara bergetar semasa bunyi vokal dihasilkan.
 Terdapat 3 vokal depan, 1 vokal tengah dan 2 vokal
belakang.
 Glotis dirapatkan semasa menghasilkan bunyi vokal.
Konsonan
Jenis-jenis:
 Terdapat 26 konsonan iaitu:
 (b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, r, s, t, v, w, y, z, ng,
ny, sy, kh, gh, dz, th)
 Terdapat 18 konsonan asli dan 8 konsonan
pinjaman.
 8 konsonan pinjaman ialah

(f, v, z, sy, kh, gh, dz, th)


 Konsonan-konsonan ini merupakan pinjaman
dari bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Lambang Fonetik:
b = [b] l = [l] y = [j]
c = [Č] m = [m] z = [z]
d = [d] n = [n] th = [θ]
f = [f] p = [p] sy = [š]
g = [g] r = [r] gh = [γ]
h = [h] s = [s] kh = [Χ]
j = [ĵ] t = [t] ng = [ŋ]
k = [k] v = [v] ny = [Л]
k = [?] w = [w] dz = [δ]
(akhir kata)
Cara Penyuaraan Konsonan
 Letupan
 Letusan
 Geseran
 Sengauan
 Sisian
 Getaran
 ½ vokal
 Letupan
Udara yang keluar dari paru-paru disekat
dalam rongga mulut dan dilepaskan dengan
serta merta.
 Letusan
Udara yang keluar dari paru-paru disekat
dalam rongga mulut dan dilepaskan secara
perlahan-lahan.
 Geseran
Udara yang keluar dari paru-paru mengalir
keluar melalui sempitan bibir, gigi dan
sebagainya.
 Sengauan
Udara yang keluar dari paru-paru disekat
dalam rongga mulut. Udara yang tersekat ini
mengalir keluar melalui rongga hidung.
 Sisian
Udara yang keluar dari paru-paru disekat
oleh lidah. Udara yang tersekat ini
mengalir keluar melalui sisi lidah.
 Getaran
Hujung lidah menampar-nampar gusi.
 ½ Vokal
Cara penyuaraannya hampir sama
dengan cara penghasilan bunyi vokal.
Diftong
 Bahasa Melayu mempunyai 3 diftong iaitu:
au - kerbau, pulau, kalau
ai - balai, salai, kedai
oi - dodoi, amboi, kaloi

Ciri-ciri Diftong
 Bunyi geluncuran
 Mempunyai satu puncak kelantangan
 Diftong hanya hadir dalam perkataan yang mempunyai
dua suku kata atau lebih
 Vokal berangkap: bau, kau
ais, air

You might also like