You are on page 1of 12

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

NORANATI BINTI MD SOKI MAALINI A/P RAJENDRA TAN AI POH

TAKRIF
Lawatan sambil belajar
lawatan ke sesuatu tempat (institusi, firma dsb) utk meninjau (mengetahui atau mempelajari) serba sedikit fungsi, aktiviti atau perjalanan institusi, firma dsb itu;
(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Lawatan sambil belajar adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dan guru untuk melawat sesuatu tempat. Biasanya dilakukan pada cuti sekolah dan hujung minggu. Pada masa kini aktiviti lawatan boleh juga dilakukan pada hari persekolahan dengan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Ramai pelajar berminat untuk menyertai program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

TEMPAT LAWATAN
Muzium Tempat bersejarah Tempat pengeluaran - kilang dan ladang, pusat kreatif Tempat pendidikan

TUJUAN
Membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam lawatan Membolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan perkara yang dipelajari di dalam kelas Mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosan Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat

PERSEDIAAN
Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran Penyediaan kertas kerja Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin dilawati Menguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatan Memberi taklimat kepada pelajar mengenai
tujuan lawatan keselamatan diri dislplin makan dan minum peralatan

Menyediakan peralatan yang diperlukan Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topik Memastikan pelajar terlibat aktif dalam aktiviti kajian Memberi bimbingan kepada pelajar yang kurang faham Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa lawatan Aktiviti susulan seperti membuat model dan melukis rencana atau poster

GARIS PANDUAN LAWATAN


Pekeliling SPI Bil 5/2002 (Lawatan pada hari Persekolahan) menggariskan Ia tidak melebihi dua kali dalam setahun
Setiap kali lawatan, ia tidak boleh melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari perjalanan Bagi sekolah yang kurang pelajar digalakkan bergabung dengan sekolah lain Aktiviti pelajar sebelum dan, semasa dan selepas lawatan mesti dirancang terlebih dahulu. Laporan lawatan yang dibuat pelajar perlu dikaitkan denngan pembelajaran di dalam kelas

KEBAIKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Tambah ilmu

pengetahuan

Lokasi lawatan sambil belajar adalah di tempat yang tidak pernah dikunjungi oleh pelajar. Kebiasaannya pelajar dibekalkan dengan buku catatan dan digalakkan membuat pertanyaan kepada pegawai bertugas di tempat yang dilawati. Tempat-tempat yang sering menjadi tempat lawatan ialah muzium, syarikat percetakan akhbar, kilang-kilang serta bangunan kerajaan. Pengetahuan yang diperolehi ini biasanya lebih kekal lama kerana pelajar menggunakan pelbagai deria untuk mendapatkan maklumat.

Memberi pengalaman kepada pelajar

Pembelajaran melalui pengalaman ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar

Menerapkan nilai murni

Amalan nilai-nilai murni sememangnya penting kepada pelajar agar mereka dapat menjadipelajar yang cemerlang. boleh diterapkan oleh guru pengiring secara langsung atau tidak langsung. nilai-nilai murni yang boleh diterapkan oleh guru ialah mematuhi peraturan, menepati masa, bekerjasama dan sebagainya.

Memberi semangat kepada pelajar

memberi semangat kepada pelajar untuk belajar dengan lebih rajin Bagi sesetengah pelajar, mereke memerlukan suasana yang sebenar bagi mendorong mereka untuk belajar. Sewajarnya tempat-tempat yang dapat memberi motivasi kepada pelajar secara langsung dan tidak langsung menjadi fokasi utama lawatan.

Kaedah pengajaran

Pengajaran dalam kelas kadang-kadang membosankan pelajar. Dengan adanya program lawatan sambil belajar, pelajar akan berasa seronok di samping mendapat pengalaman baru. Bagi mencapai objektif pengajaran melalui lawatan, guru mestilah membuat persediaan yang rapi sebelum dan semasa lawatan. Setelah lawatan selesai, sewajarnya pelajar disuruh menulis laporan lawatan atau membuat karangan tentang pengalaman semasa lawatan.

Soalan
Nyatakan sebab mengapa pemilihan tempat yang sesuai untuk melaksanakan lawatan sambil belajar memainkan peranan yang penting.

You might also like