You are on page 1of 6

Konsep Persekitaran Pembelajaran yang berkesan

Tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan


menumpukan perhatian dalam pembelajaran
Meningkatkan penglibatan murid dalam proses p&p
Memberikan peluang interaksi positif dalam kalangan murid
Memupuk sikap berdikari dan bertanggungjawab terhadap
pembelajaran kendiri
Mewujudkan peluang untuk aktiviti individu, kumpulan kecil dan kelas
Peranan guru sebagai pengurus persekitaran
pembelajaran yang inovatif dalam Era Digital
Persekitaran Fizikal
• Pelan bilik darjah
• Susunan kerusi meja adalah fleksibel (mengikut objektif pengajaran)
• Tidak menghalang pergerakan (memudahkan pemantauan guru terhadap
murid)
• Pemandangan murid tidak dihalang dan jelas
• Mempunyai ruang aktiviti (aktiviti khas dapat dijalankan pada ruang tersebut)
• Bahan pembelajaran diletak dan disusun pada tempat yang bersesuaian
seperti bahan yang sering digunakan diletakkan di tempat yang lebih rendah
dan mudah didapatkan oleh murid
Pelbagai kemudahan yang disediakan
• Alat elektrik dapat berfungsi dengan baik
• Pencahayaan yang mencukupi
• Langsir dibekalkan untuk mengelak berlakunya penyukaran pembelajaran
di papan putih apabila silau.
• Internet dibekalkan untuk membolehkan murid dan guru mendapat
maklumat tambahan dengan pantas serta bacaan lebihan boleh diperolehi
dengan mudah
• Memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran guru
• Ruang penyimpanan disediakan untuk menjaga kekemasan bilik darjah
• Guru boleh mengajar dengan menggunakan kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi seperti LCD
Persekitaran Psikososial
• Pendekatan pengajaran guru
• Guru prihatin terhadap murid
• Guru memerhatikan gaya pembelajaran setiap murid dan menyediakan
rancangan pengajaran yang paling bersesuaian kepada setiap murid
• Guru memberi motivasi dan semangat kepada murid supaya murid dapat
belajar dengan bersungguh-sungguh
• Menggalakkan interaksi yang positif dalam bilik darjah supaya murid dapat
sering berkongsi ilmu dan komunikasi terbuka diwujudkan
• Murid akan berasa dihargai dan diperlukan
• Saksama terhadap smeua murid
Gaya kepimpinan guru
• Guru menggalakkan pembelajaran koperatif
• Murid bebas bersuara
• Menetapkan peraturan kelas bersama murid
• Sanggup menerima pandangan murid
• Segala keputusan dan hala tuju kelas serta murid ditetapkan melalui
perbincangan
Peranan guru dalam membina hubungan yang
positif dalam bilik darjah aliran perdana dan
inklusif
• Memberi layanan yang sama dan hormat kepada semua murid
• Peka terhadap murid
• Guru sentiasa memerhatikan perubahan emosi dan tingkah laku murid supaya dapat
mengetahui masalah murid pada masa pertama dan memberi bimbingan kepada
mereka
• Menerima dan menghormati perbezaan individu

• Mengingati dan memanggil nama semua murid


• Murid akan berasa sendiri dihargai dan dipentingkan oleh guru

You might also like