You are on page 1of 13

PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH

Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD seperti berikut:

Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.

PENGERTIAN

PLBD boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep. Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran.
Antaranya ialah:

OBJEKTIF

- Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas; Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyenorokkan;

Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual;

Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar;


Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan; Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat. Menerapkan nilai-nilai murni.

Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD:

Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.


Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah.

Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)

MODEL PLBD

Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran) Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD

Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa
Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD

SEBELUM PLBD

Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi Membuat tempahan tempat dan pengangkutan Memastikan bas mempunysi insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu. Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid

Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid
Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan

Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing

Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid


Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio dll) Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan

Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat

Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan


Memahami peraturan dan aturcara lawatan Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Memahami keperluan-keperluan keselamatan

Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga Memberi bantuan bila diperlukan Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat Membuat pemerhatian secara langsung Mengumpul dan merekod maklumat

Mematuhi peraturan-peraturan lawatan Berkerjasama dalam kumpulan

SEMASA PLBD

Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid Membimbing murid membuat rumusan Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti). Menyusun maklumat yang dikumpul

SELEPAS PLBD

Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain Menyediakan laporan Menghantar / membentang hasil / laporan Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)

You might also like