You are on page 1of 9

Ekonomi Asas Tingkatan 4 -----Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar 1

Bab 4:FIRMA SEBAGAI PENGELUAR

4.1 Firma dan Pengeluaran

Konsep firma

Firma ialah unit organisasi yang mengendali dan menguruskan faktor


pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal untuk menghasilkan barang dan
perhidmatan.

Matlamat firma ialah


 Memaksimumkan keuntungan
 Memaksimumkan jualan
 Memaksimumkan kebajikan masyarakat

Konsep pengeluaran

Pengeluaran ialah proses menggunakan sumber,ekonomi(input) untuk


menghasilkan barang dan perkhidmatan(output)

Konsep jangka pendek dan jangka panjang

Tempoh pengeluaran terdiri daripada jangka pendek dan jangka


panjang.Ianya berkaitan dengan input pengeluaran.
Input pengeluaran terbahagi kepada input tetap dan input berubah.

Input Tetap Input Berubah


 Tidak boleh diubah dalam  Boleh ditambah atau
jangka masa pendek dikurangkan dengan mudah
 Tidak berubah mengikut tingkat dalam tempoh pendek
pengeluaran  Perlu diubah dengan perubahan
 Contoh:bangunan tingkat pengeluran
kilang,mesin/jentera  Contoh:buruh,bahan mentah

http://keezan.blogspot.com/
Ekonomi Asas Tingkatan 4 -----Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar 2

Perbezaan konsep jangka pendek dan jangka panjang

Jangka pendek Jangka panjang


 Suatu jangka masa yang  Suatu jangka masa pengeluar
pengeluar tidak berupaya berupaya mengubah input tetap
mengubah input tetap dan input berubah
 Firma hanya boleh mengubah  Input tetap tidak lagi wujud-
input berubah sahaja Semua input pengeluaran
menjadi input berubah

Fungsi pengeluaran jangka pendek

Fungsi pengeluaran ialah hubungan antara input dengan output iaitu


kuantiti barang yang boleh dikeluarkan daripada kombinasi penggunaan input.
Fungsi pengeluaran jangka pendek menunjukkan hubungan antara
kuantiti input yang digunakan dengan kuantiti output dalam jangka masa pendek.

Keluaran purata = Jumlah Output


Jumlah input berubah

Contoh pengiraan:

Pada penggunaan buruh yang ke-4 , jumlah output ialah 32 .Maka,

Keluaran purata= 32
4
=8

Keluaran sut = Perubahan Jumlah Output


Perubahan Input Berubah

Contoh pengiraan:

Apabila jumlah buruh berubah daripada 3 kepada 4 orang maka keluaran


berubah daripada 24 kepada 32 unit, maka

Keluaran Sut = 32-24


4-3
=8

http://keezan.blogspot.com/
Ekonomi Asas Tingkatan 4 -----Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar 3

Kos Pengeluaran

Kos pengeluran merupakan jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh firma


kerana penggunaan faktor , pengeluaran (buruh, modal, tanah dan usahawan)
dalam proses pengeluaran.

Kos Pengeluaran

Jangka Pendek Jangka Panjang

Kos Berubah

Kos Tetap Kos Berubah

 Jumlah kos
 Kos purata
 Kos Sut

Perbezaan antara kos tetap dan kos berubah

Kos Tetap Kos Berubah


 Merupakan pembayaran kepada  Merupakan pembayaran kepada
penggunaan input tetap penggunaan input berubah
 Tidak berubah walaupun output  Berubah secara langsung
berubah dalam jangka pendek dengan perubahan output dalam
 Kos yang perlu ditanggung jangka pendek
walaupun output sifar  Kos yang tidak perlu dibayar
 Contoh:Sewa kilang apabila output sifar
 Contoh:upah buruh

Dalam jangka pendek terdapat juga jenis-jenis kos berikut yang berasal daripada kos
tetap dan kos berubah.

Jumlah Kos tetap = Harga seunit input tetap x unit input tetap yang dugunakan

Jumlah Kos berubah=Harga seunit input berubah x bilangan input berubah yang
digunakan

http://keezan.blogspot.com/
Ekonomi Asas Tingkatan 4 -----Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar 4

Jumlah Kos=Jumlah kos tetap + Jumlah kos berubah

Kos Purata = Jumlah Kos


Jumlah Keluaran

Kos Sut = Perubahan Jumlah Kos


Perubahan jumlah output
Ekonomi Asas Tingkatan 4 -----Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar 5

4.2 Penawaran

Penawaran:

Kuantiti sesuatu barang yang sanggup ditawarkan oleh sebuah firma pada satu
tingkat harga dalam tempoh masa tertentu

Hukum penawaran:

Apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti penawaran terhadap


barang itu akan bertambah.Sebaliknya, apabila harga barang itu turun , kuantiti
penawaran terhadap barang itu akan berkurangan.

Jadual penawaran:

Digunakan untuk menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti


sesuatu barang yang ditawarkan.

Keluk penawaran individu:

Graf yang menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti sesuatu


barang yang ditawarkan oleh firma tertentu dalam tempoh tertentu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran:

 Harga barang itu sendiri


 Harga barang lain
 Harga faktor pengeluaran
 Tingkat teknologi
 Jangkaan harga masa depan
 Cuaca
 Matlamat pengeluar
 Dasar kerajaan

Perubahan dalam kuantiti ditawar:

Perubahan kuantiti yang ditawar bagi sesuatu barang akibat perubahan


harga barang itu sendiri.

Perubahan penawaran:
Ekonomi Asas Tingkatan 4 -----Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar 6

Perubahan kuantiti penawaran sesuatu barang yang bukan disebabkan


oleh perubahan harga barang itu sendiri.

Keanjalan harga penawaran:

Tindak balas kuantiti sesuatu barang yang ditawar akibat perubahan


harga barang itu.

Peratus perubahan kuantiti ditawar


Keanjalan harga penawaran= peratus perubahan harga
% Q
E= % P

Petunjuk:
% = Peratus
Q = Perubahan kuantiti ditawar P
= Perubahan harga

Pekali keanjalan harga penawaran(E):

Nisbah peratus perubahan kuantiti ditawar bagi sesuatu barang kepada


peratus perubahan harga barang itu.

Keanjalan harga penawaran

Penawaran anjal Penawaran anjal satu(uniti)


(E>1) (E=1)

Penawarn tidak anjal


(E<1)

E>1
 Pekali keanjalan harga penawarn lebih besar daripada satu 
Penawaran anjal harga
Ekonomi Asas Tingkatan 4 -----Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar 7

E<1
 Pekali keanjalan harga penawaran kurang daripada satu 
Penawaran tidak anjal harga

E=1
 Pekali keanjalan harga penawaran sama dengan satu 
Penawaran anjal satu(uniti)

http://keezan.blogspot.com
Ekonomi Asas Tingkatan 4 -----Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar 8

Kuantiti barang tertentu yang sanggup


ditawarkan oleh firma pada harga yang
Konsep tertentu dan dalam tempoh yang tertentu

Harga barang Kuantiti


Hukum
Harga barang Kuantiti

Untuk menunjukkan kuantiti sesuatu barang


yang ditawarkan pada pelbagai harga
Jadual

Berbentuk cerun ke atas dari kiri ke kanan


untuk menunjukkan kenaikan harga sesuatu
Keluk barang itu meningkatkan kuantiti penawaran
P
barang itu dan sebaliknya
E
N
A  Harga barang itu sendiri
W Pergerakan di sepanjang
A keluk penawaran yang
R  Harga barang lain
Faktor sama
A  Harga faktor pengeluaran
penentu  Tingkat teknologi
N Peralihan keluk
 Jangkaan harga masa hadapan penawaran ke kiri atau ke
 Cuaca kanan
 Matlamat pengeluar
 Dasar kerajaan
Peralihan analisis
Peralihan keluk penawaran ke kanan perubahan
menunjukkan peningkatan penawaran penawaran,andaian faktor
Perubahan
Penawaran lain tidak berubah
Peralihan keluk penawaran ke kiri (ceteris paribus) mesti
menunjukkan penurunan penawaran dibuat

Darjah tindak balas perubahan kuantiti sesuatu


barang yang ditawarkan akibat perubahan harga
barang itu

Keanjalan
harga Penawaran anjal apabila E>1
penawaran Rumus:
Penawaran tidak anjal apabila E<1
% Q
Penawaran berkeanjalan satu(uniti) apabila E=1 E=
Ekonomi Asas Tingkatan 4 -----Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar 9

Peratus perubahan kuantiti ditawar atau ringkasnya,


E= peratus perubahan harga

% Q yang mana,
E=% P

% Q = Q1-Q0 x 100 dan Petunjuk:


Q0 % =Peratus
Q=Perubahan kuantiti
P= Perubahan harga
% P=P1-P0 x 100 Q0=Kuantiti awal
P0 Q1=Kuantiti baru
P0=Harga awal
P1=Harga baru

http://keezan.blogspot.com

You might also like