You are on page 1of 2

Seloka Emak Si Randang

Maksud :

Emak si randang lebih mengutamakan orang lain berbanding keluarga sendiri.


Hal ini boleh diumpamakan tiada kayu rumah diruntuhkan, anak pulang kelaparan, anak
di pangkuan diletakkan dan kera di hutan disusui. Apabila orang bertandang pergi
banyak hutang terpaksa ditanggung. Lebih malang lagi selepas menolong orang
bekalan habis, padi pula tidak mengeluarkan hasil.

Tema dan Persoalan :

Tema seloka ialah keinginan berbakti tanpa mengikut kemampuan,


contohnya Emak Si Randang berbakti kepada dagang yang datang tetapi sebenarnya
diri sendiri tidak berkemampuan. Antara persoalan yang terdapat dalam seloka ialah
mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri, contohnya, Emak Si Randang
menolong orang lain hingga mengabaikan keluarga sendiri. Akhir sekali, menyerahkan
segala – galanya kepada dagang, contohnya digambarkan apabila dagang pulang diri
berhutang.

Gaya bahasa :

Penggunan imejan, contohnya imej alam seperti ‘kera’, ‘hutan’, dan ‘padi’. Selain
itu sinkof, contohnya penggunaan perkataan ‘tak’ dalam baris “Beras habis padi tak
jadi”. Akhir sekali penggunaan peribahasa, contohnya, “Kera di hutan disusui”.

Nilai Murni :

Antara nilai murni ialah kesederhanaan. Contohnya, sederhana dalam


menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.

Pengajaran :

Pengajaran daripada seloka ialah kita hendaklah mengutamakan keluarga


sendiri daripada orang lain. Contohnya, Emak Si Randang yang lebih mengutamakan
tetamu sehinggakan anak sendiri mati kelaparan jangan diikuti. Selain itu kita perlu
bijak membuat pertimbangan. Contohnya, Emak Si Randang membantu tetamu
memang baik tetapi sikapnya sehinggakan berhutang jangan dicontohi.

You might also like