You are on page 1of 3

Latihan pengiraan Oktober 2010

1. Seorang petani memetik 7902 biji mempelam. Dia membahagikan mempelam itu kepada tiga longgok lalu
memasukkan setiap longgok ke dalam bakul yang berlainan. Apabila mempelam dalam bakul pertama dibahagi dengan
3, mempelam dalam bakul kedua dibahagi dengan 6, dan mempelam dalam bakul ketiga dibahagi dengan 9, jumlah
mempelam untuk setiap bahagian adalah sama. Berapa biji mempelamkah yang terdapat dalam setiap bakul mengikut
susunan?
A. 1317, 2634, 3951 C. 2634, 3951, 1317
B. 1317, 3951, 2634 D. 2634, 1317, 3951

Soalan 2 dan 3 berdasarkan jadual di bawah.


Tahun
Negara
2002 2003
Ivory Coast 11.85 12.75
Brazil 8.70 12.20
Ghana 4.74 4.95
Nigeria 3.45 4.50
Cameroon 3.24 3.60
Malaysia 2.40 3.00
Ecuador 1.80 2.25
Jumlah 36.18 43.25

2. Antara yang berikut, yang manakah Negara yang menghasilkan lebih kurang 7% daripada jumlah hasil koko dunia
pada tahun 2002 dan tahun 2003?
A. Ivory Coast B. Brazil C. Ghana D. Malaysia

3. Antara berikut, yang manakah benar tentang pengeluaran koko?


I. Pada tahun 2003, hasil pengeluaran koko meningkat sebanyak 10%
II. Pada tahun 2003, peratusan pengeluaran koko bagi Ghana lebih tinggi daripada pengeluaran koko pada tahun 2002
III. Pada tahun 2003, Brazil mengeluarkan koko hampir 4 kali ganda pengeluaran koko Malaysia
IV. Pada tahun 2003, jumlah pengeluaran koko bagi Ivory Coast dan Brazil lebih setengah daripada jumlah
pengeluaran koko Negara-negara pengeluar yang lain.
A. I dan II B. II dan III C. II dan IV D. III dan IV

4. Dewan Bandaraya Kuching membuat bancian pada tahun 2001 untuk menyediakan Pelan Induk Pembangunannya bagi
tahun 2004. Bancian itu mendapati bahawa 48709 buah keluarga yang terdiri daripada 243545 orang setinggan tinggal
di Bandar raya itu. Jumlah itu bertambah peratusnya lagi dan sehingga akhir tahun 2002, hampir 5000 keluarga lagi
mendirikan rumah secara haram di atas tanah kerajaan. Sejak tahun 2001 hingga 2003, seramai 47115 orang daripada
9423 keluarga telah dipindahkan dalam usaha untuk mengatasi masalah setinggan di bandaraya itu. Berdasarkan hasil
bancian di atas, kira jumlah keluarga setinggan yang masih belum dipindahkan.
A. 196430 buah keluarga C. 37692 buah keluarga
B. 21594 buah keluarga D. 44286 buah keluarga

5. Salah satu sumber kewangan tahunan sesebuah negeri di Malaysia ialah pemberian wang oleh kerajaan Persekutuan
mengikut bilangan penduduk pada kadar-kadar yang berikut:
Jumlah penduduk RM per orang
50 000 orang yang pertama 60.00
500 000 orang yang berikutnya 8.50
500 000 orang yang berikutnya 9.00
Yang selebihnya 9.50
Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah penduduk negeri Johor pada tahun 2005 adalah seramai 2731500 orang.
Berapakah jumlah wang yang perlu diserahkan kepada negeri tersebut oleh Kerajaan Persekutuan?
A. RM27 705 005 B. RM27 724 250 C. RM27 734 256 D. RM27 754 250

6. Pendapatan dua orang adik beradik iaitu Fathi dan Fadhi berjumlah RM10 950.00 sebulan. 45% daripada gaji mereka
digunakan untuk membayar ansuran pembelian rumah dan 10% untuk bayaran ansuran kenderaan. Fathi dan Fadhi

1
Latihan pengiraan Oktober 2010

juga membayar cukai pendapatan sebanyak RM1095.00 sebulan masing-masing. Dengan mengandaikan bahawa gaji
mereka adalah sama, berapakah baki gaji bulanan setiap seorang daripada mereka?
A. RM1065 B. RM1095 C. RM1368.75 D. RM1642.50

7. Sebuah syarikat swasta telah mengenakan bayaran perkhidmatan membaca kepada pengguna pada kadar yang berikut.
50 halaman pertama : 30 sen sehalaman
70 halaman seterusnya : 35 sen sehalaman
Halaman seterusnya : 40 sen sehalaman
Jika purata pembacaan di syarikat itu adalah sebanyak 250 halaman sehari, berapakah pendapatan syarikat itu bagi
jangka masa enam hari?
A. RM262.50 B. RM396.00 C. RM549.00 D. RM600.00

Soalan 8-9 berdasarkan petikan di bawah ini.

Sebanyak 13004 kebakaran melibatkan kerugian harta benda yang bernilai RM253.9 juta berlaku sepanjang tahun
2004. Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 10370 kebakaran dan kerugian bernilai RM211.3
juta pada tahun 2003. Kebakaran tahun 2004 merangkumi 2115 kebakaran bangunan, 595 kenderaan, 250 bahan
kimia, petrol dan gas serta 10044 kebakaran jenis lain. Jumlah kematian akibat kebakaran pada tahun 2004 juga
meningkat sebanyak 65.4% berbanding dengan tahun 2003 yang hanya berjumlah 26 orang.

8. Jumlah kematian disebabkan oleh kebakaran pada tahun 2004 ialah


A. 9 orang B. 17 orang C. 43 orang D. 60 orang

9. Apakah jumlah pengurangan nilai purata kerugian akibat daripada kebakaran pada tahun 2004?
A. RM900 B. RM800 C. RM850 D. RM950

Soalan 10 berdasarkan jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Perbandingan Pendapatan perkapita antara Negeri-Negeri Utama


ECER pada tahun 2007 dan jangkaan 2020
Pendapatan Perkapita
Negeri
2007 2020*
Kelantan 3987 8545
Terengganu 7527 17594
Pahang 6648 15495
*Jangkaan (Disesuaikan daripada Keluaran Khas ECEP, Utusan Malaysia, Isnin, 29/10/2007)

10. Yang manakah pernyataan yang benar mengenai jadual 1 diatas?


I. Terengganu mengalami pertumbuhan pendapatan perkapita sebanyak 114%
II. Pahang merupakan negeri yang terendah pemdapatan perkapita pada kedua tahun berkenaan
III. Semua negeri mengalami peningkatan pendapatan perkapita lebih sekali ganda dalam tempoh tersebut
IV. Kelantan mengalami peningkatan per kapita tertinggi dalam kalangan 3 negeri berkenaan dalam tempoh
tersebut
A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

11. Lima buah rumah iaitu B, C, D, E, F adalah sederet mengikut susunannya. Pemilik rumah itu terdiri daripada tiga lelaki
iaitu Man, Hisham dan Afiq. Manakala dua rumah lagi dimilki oleh dua orang wanita iaitu Sii dan Alia. Diketahui
bahawa:
 Rumah Siti dan Alia bersebelahan
 Rumah tiga lelaki tersebut terletak bersebelahan
 Rumah Alia bukan rumah tepi
 Rumah Afiq di vtengah-tengah deretan
 Rumah Hisham juga bukan rumah B
Berdasarkan maklumat di atas, siapakah pemilik rumah E?
A. Man B. Alia C. Siti D. Afiq
2
Latihan pengiraan Oktober 2010

Soalan 12 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini.


Jadual 2: Senarai Harga Barang Keperluan Utama
Chow Kit Keramat
Barang (kg)
Harga kelmarin (RM) Harga Semalam (RM) Harga kelmarin (RM) Harga Semalam (RM)
Cili merah 5.00 5.00 5.00 6.00
Tomato 4.50 4.50 4.00 4.00
Kacang panjang 3.00 3.00 4.00 3.00
Kubis 2.50 2.50 3.00 2.50
Kacang buncis 5.00 5.00 6.00 6.00
(Disesuaikan daripada Berita Harian, 9 Jun 2007)

12. Yang manakah pernyataan yang benar tentang senarai harga barang keperluan dalam Jadual 2 di atas?
I. Harga kacang buncis kekal RM5 di Pasar Chow Kit dan Keramat
II. Harga kacang panjnag turun RM1 kepada RM3 di Pasar Chow Kit
III. Harga barang keperluan di pasar Chow Kit kekal pada harga kelmarin
IV. Harga cili merah di Pasar Keramat meningkat RM1 kepada RM6 sekilogram manakala kubis turun 50sen kepada
RM2.50
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

13. Gaji pokok Amar ialah RM3980 sebulan. Beliau menerima elaun rumah sebanyak RM1500 dan elaun keraian
sebanyak RM900 setiap bulan. Di samping itu, beliau juga menerima elaun percutian sebanyak RM3600 setahun dan
diberi bonus sebanyak 3.5 bulan bagi tahun tersebut. Pendapatan bulanan Amar ialah
A. RM11140.83 B. RM9237.83 C. RM7840.83 D. RM7540.83

14.

You might also like