You are on page 1of 15

Taib akan ketuai pilihan raya Sarawak

2011/03/19
SERIAN 19/3/2011: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata beliau akan mengetuai Barisan Nasional
(BN) pada pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi bagi memastikan pemimpin baru dapat mengambil
alih pentadbiran dengan baik.

"Saya akan ketuai pilihan raya negeri bagi memastikan pemimpin baru dibimbing, yang boleh membentuk satu
pasukan dan boleh bekerja untuk negara," katanya pada pelancaran program "Sejiwa Senada" peringkat bahagian
Kota Samarahan di sini hari ini.
Program itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang bertujuan merapatkan hubungan antara
rakyat dan penjawat awam dengan pusat sehenti turut disediakan untuk memberi perkhidmatan segera kepada
rakyat.
Taib berkata, langkah beliau itu bagi memastikan usaha membangunkan Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi dan
membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyat diteruskan walaupun kepimpinan negeri bakal bertukar.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata, biarpun satu hari kelak beliau akan bersara daripada menyandang jawatan yang
dipegangnya hampir 30 tahun itu, beliau mahu melihat kualiti hidup rakyat Sarawak terus meningkat di bawah
kepimpinan baru negeri akan datang.

"Ini cita-cita saya. Satu hari nanti saya akan pergi juga. Saya sudah tua dan saya tidak mahu cita-cita saya mati
bersama saya," katanya.

Taib berkata, cita-cita itu turut didukung oleh pemimpin Sarawak yang seangkatan dengan beliau yang mahukan
pemimpin baru nanti meningkatkan perkhidmatan mereka demi untuk memenuhi aspirasi rakyat. 
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan beberapa menteri Kabinet
Persekutuan dan negeri, termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein; dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
– BERNAMA
Pilihan raya Sarawak mungkin lebih awal: SPR
Oleh Haspaizi Mohd Zain

2011/03/21
KUALA LUMPUR 21/3/2011: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam membayangkan kemungkinan pilihan raya
negeri Sarawak ke-10 akan diadakan sebelum pertengahan bulan depan, iaitu lebih awal daripada tarikh yang
diramal ramai pemerhati politik.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat di
Kuching Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.
“Selepas mesyuarat itu, kita boleh mengeluarkan surat kuasa kepada pegawai pengurus pilihan raya pada hari yang
sama atau pada satu tarikh ditetapkan.
“Kita tidak perlu mengambil masa lama, sebaliknya ia akan dilakukan secepat mungkin walaupun SPR mempunyai
tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan,” katanya ketika dihubungi di sini,
semalam. 

Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan hari
ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 diadakan.

Mengikut prosedur, sehari selepas surat kuasa diberikan kepada pegawai pengurus pilihan raya, SPR perlu
mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihan raya negeri.

Penamaan calon untuk pilihan raya berkenaan pula boleh diadakan empat hari selepas notis itu dikeluarkan. 
Ini bermakna penamaan calon boleh diadakan pada 28 Mac, tetapi berdasarkan amalan SPR sebelum ini, penamaan
calon biasanya diadakan pada Sabtu. Oleh itu, penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10
kemungkinan besar diadakan pada 2 April.

Dengan mengambil kira tempoh kempen yang mesti diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari, maka
hari pengundian dijangka diadakan pada 9 April.

Desas desus sebelum ini menyatakan hari penamaan calon akan diadakan pada 6 April, manakala pengundian pada
16 April.

DUN Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 28 kerusi mempunyai majoriti Melayu/Melanau, Iban (19), Cina (15),
Orang Ulu (tiga) dan Bidayuh (enam).

Sejak pembentukan Malaysia pada 1963, Sarawak telah mengadakan sembilan pilihan raya negeri, iaitu pada 1969-
1970, 1974, 1979, 1983, 1987, 1991, 1996, 2001 dan 2006.
PILIHANRAYA SARAWAK-PKR TIDAK MATANG

5 MAC 2011

Pilihanraya Sarawak merupakan pilihanraya yang akan menjadi isu tumpuan bagi banyak pihak baik di Sarawak
mahu pun di Semenanjung kerana ianya kait mengait di antara satu dengan lain yang akan menentukan nasib
kedua-dua belah pihak, BN dan PR.

Pakatan Rakyat, khususnya PKR sedang menghadapi sedikit kekeliruan dengan SNAP dan belum lagi berjumpa
dengan formula terbaik untuk berkerjasama dan mengadakan kesepakatan untuk menghadapi BN yang akan
bermatian-matian untuk mempertahankan kekuasaan di Sarawak.

Pembangkang di Sarawak akan menghadapi kerugian yang amat besar jika tidak berjaya bergerak seiringan kerana
BN Sarawak adalah di dalam keadaan yang paling lemah jika dibandingkan dengan keadaan pada masa-masa yang
lalu. 

Dalam PR di Sarawak hanya DAP sahaja yang tidak berhadapan kerana parti itu hanya menumpukan kepada 20
kerusi DUN di kawasan bandar dan tidak bercita-cita besar seperti PKR yang mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di
dalam DUN Sarawak. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR nampaknya begitu keras mahukan kerusi yang begitu
banyak tanpa memikirkan perasaan pengundi tempatan yang jauh berbeza dari pemikiran pengundi di Semenanjung.

Bagi setengah pendapat jika PKR sensitive kepada keadaan tempatan, parti itu sepatutnya memberikan kelebihan
kepada SNAP kerana SNAP merupakan parti yang begitu lama wujud di Sarawak dan pernah mendapat tempat di
hati rakyat Sarawak yang mewakili Iban dan Dayak yang merupakan pengundi yang ‘substantial’ di bumi kenyalang
itu. SNAP telah terkeluar dari BN di sebabkan pergolakan politik Sarawak hampir dua dekad dahulu.

Apa yang boleh dilakukan di Semenanjung tidak semestinya boleh dilakukan di Sarawak. UMNO tidak dapat
menjejakan kaki di Sarawak kerana rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan kehadiran UMNO, walaupun UMNO
merupakan tunjang kepada BN. Tidak ganjil rasanya jika PKR hanya mengambil kerusi dengan jumlah yang agak
munasabah bagi rakyat Sarawak.

Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu
adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkan PKR berunding
secara khusus denga DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?

Bagi Sarawak kaedah yang paling baik untuk menghadapi BN ialah dengan memberikan kelebihan kepada parti-parti
tempatan yang lebih lama dan memahami keadaan di negeri itu, terutamanya SNAP. Dalam pada itu PKR mesti
faham bahawa SNAP juga sedang menjalini hubungan dengan MCLM yang juga merupakan satu kumpulan yang
inginkan representasi di Sarawak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.
PAKATAN YAKIN MENANG PILIHANRAYA SARAWAK

KOTA BHARU, 16 Sept: Pakatan Rakyat (PR) yakin mampu menewaskan Barisan Nasional (BN)
pada pilihan raya Sarawak jika amalan demokrasi dilaksanakan dengan cara yang betul.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,
PR bukan sahaja mampu menguasai Sarawak sahaja, sebaliknya
seluruh Semenanjung sekiranya negara benar-benar mengamalkan
prinsip demokrasi.

"Saya yakin Pakatan Rakyat ini betul, dan sekiranya negeri-negeri kita
berdiri atas demokrasi yang betul, tidak ada rasuah, tidak ugut orang,
maka tidak ada sebab rakyat hendak tolak Pakatan.

"Usahkan di Sarawak, di sini pun saya yakin Pakatan boleh menang


kalau tiada amalan rasuah ataupun unsur ugutan," katanya ketika
ditemui selepas melawat modul bangunan baru kondominium di Kubang
Kerian, dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas tahap keyakinan PR dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka
bakal diadakan pada tahun ini.

Desas-desus pilihan raya Sarawak semakin hampir dan mula menjadi perhatian umum berikutan
kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, yang
tidak menolak kemungkinan percutian Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ke luar negera
adalah untuk mencari ilham bagi pembubaran Dun.

Tempoh penggal Dun Sarawak akan tamat pada Julai tahun depan.

Bangunan kondominium setinggi 20 tingkat yang bakal dibina di tapak seluas kira-kira satu ekar itu
akan dikendalikan pemaju, Ghazziz Sdn Bhd.

Kerja-kerja pembinaannya akan dimulakan pada Ahad ini dan dijangka siap pada tahun 2012.
Abdul Taib Mahmud
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (lahir pada 21 Mei 1936 di Miri, Sarawak)
adalah Ketua Menteri Sarawak keempat dan kini. Beliau juga adalah Menteri Kewangan
dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri. [1] Taib adalah Presiden Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB), parti komponen Barisan Nasional. Beliau
berketurunan Melanau.

Taib secara tidak rasmi digelar Pak Uban. Dalam kalangan masyarakat Cina beliau
dipanggil Bai Mao (白毛) yang bermakna "rambut putih". Nama julukan lain untuk beliau
adalah "raja putih terakhir" atau "raja berambut putih", merujuk kepada keluarga Brooke
British yang telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih pada kurun ke-19 dan ke-20.
[2]
 Dengan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 1981, beliau adalah Ketua
Menteri / Menteri Besar paling lama berkhidmat di Malaysia. [3] Taib juga merupakan ahli
parlimen kedua terpanjang berkhidmat di Malaysia selepasTengku Razaleigh
Hamzah dengan menjadi ahli Parlimen Malaysia selama 38 tahun.[4][5]

[sunting]Kehidupan peribadi dan pendidikan


Taib dilahirkan dalam keluarga miskin pada tahun 1936. Taib mempunyai hubungan darah
bangsawan dengan keluarga diraja di Brunei.[6] Bapa saudara Taib, Abdul Rahman
Ya'kub menyara kehidupan Taib sejak Taib masih seorang budak laki-laki. [7] Taib
memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri dan seterusnya ke
Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching. Taib berazam untuk memgambil undang-undang
selepas bapa saudaranya, Rahman Ya'kub memujuknya untuk belajar dalam bidang
tersebut.[8] Pada tahun 1958, keputusan cemerlang yang dicapai oleh Taib dalam
peperiksaan Senior Cambridge membolehkan Taib layak mendapat biasiswa Shell untuk
melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan. Beliau berjaya
mendapat ijazah pertama dalam bidang undang-undang pada tahun 1960. Taib Mahmud
telah menulis dan menerbitkan beberapa buku Islam dan karya lain termasuk: "Nabi
Muhammad dan Misinya, Islam dan Kegunaan Umat Manusia", "Kebebasan dalam
pemikiran Islam", dan "Strategi yang sesuai untuk pembangunan negara semasa
menghadapi kekurangan sumber".[9]

Pehin Sri Taib telah berkahwin dengan Puan Sri Laila Taib yang berketurunan Poland,
meninggal dunia akibat barah pada 29 April 2009 selepas 50 tahun mendirikan rumah
tangga. Pasangan itu dikurniakan empat anak dan 15 cucu. [10] Allahyarhamah Laila Taib,
telah dikebumikan di perkuburan Demak Jaya pada hari berikutnya. [11]

Pada 18 Disember 2010, beliau telah mengahwini seorang wanita Lubnan berusia
lingkungan 30-an. Perkahwinan ini telah disempurnakan di dalam satu majlis akad nikah
oleh Mufti Sarawak Kipli Yassin secara tertutup di Kuching. [12]

Anak lelaki Taib, iaitu Sulaiman Abdul Rahman Taib telah berkahwin dengan Anisa, iaitu
anak perempuan kepada Timbalan ketua menteri SarawakDatuk Patinggi Tan Sri Dr
George Chan Hong Nam.[13]

Anak perempuan Taib, Jamilah Taib dan suaminya Sean Murray turut terbabit dalam
pembangunan hartanah di Ottawa, Canada.[14]

Allahyarhamah Hajah Hamidah Yakub, iaitu ibu kepada Taib Mahmud, telah meninggal
dunia di Pusat pakar perubatan Normah semasa Taib dimasukkan ke dalam hospital di
Singapura dan menjalankan pembedahan untuk menyingkirkan ketumbuh yang disyaki
merbahaya dalam saluran ususnya pada 11 Januari 2006. [15]

Pada 3 Jun 2009, cucu perempuan Taib, Allahyarhamah Celestia Lulua Mahmud Abu Bekir,
meninggal dunia dua hari selepas dia tergelincir ke dalam kolam renang di rumahnya
sendiri kondominium Duta Nusantara di Kuala Lumpur. Celestia telah dibawa ke unit
rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur selepas dia tidak sedarkan diri dalam kemalangan
tersebut. Dia dikebumikan di Perkuburan muslim Bukit Kiara. [16]

[sunting]Kerjaya awal politik


Selepas Taib balik ke Sarawak, beliau bekerja dalam Crown Council dari 1962 sehingga
1963. Beliau mengambil bahagian dalam Majlis perundangan negeri Sarawak pada 22 July
1963. Beliau dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri dari tahun 1963
hingga 1966 dan Menteri Pembangunan dan Perhutanan pada 1967. Beliau bertindak
sebagai ketua menteri beberapa kali. Beliau merupakan naib-pengerusi bagi Parti Berjasa
Sarawak pada 1964. Beliau menghadiri satu Seminar Antarabangsa Havard pada tahun
yang sama. Taib dilantik sebagai Penolong Menteri Persekutuan bagi Perdagangan dan
Industri dari 1968 hingga 1970. Beliau mewakili Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA),
salah satu parti komponen Perikatan Sarawak dalam pilihanraya Malaysia 1969. Semasa
penerusan semula pilihanraya parlimen Sarawak pada 1970, Taib telah dipilih sebagai ahli
parlimen Malaysia bagi kerusi Kota Samarahan. Beliau kemudiannya dilantik ke pelbagai
portfolio termasuk Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (1970-1972) dan
Menteri Sumber Semula Jadi (1972-1974). Pada tahun 1973, Taib menjadi timbalan
presiden untuk PBB yang baru ditubuhkan sebelum menjadi parti presiden. [9] Abdul
Rahman Ya'kub adalah mentor politik untuk Taib Mahmud selama 20 tahun. [7]

[sunting]Pemegangan jawatan sebagai Ketua Menteri


Selepas memenangi pilihanraya kecil Sebandi (sekarang Asajaya) pada tahun 1981, beliau
telah dilantik sebagai Menteri Tanah dan Lombong Sarawak sebelum mengambil tempat
bapa saudaranya,Abdul Rahman Ya'kub, sebagai Ketua Menteri Sarawak. Beliau
mempertahankan kerusi Sebandi sehingga 1987 sebelum dipilih sebagai ADUN di kawasan
Asajaya. Dalam pilihan raya Sarawak 2001, beliau tegas untuk bertanding di kawasan
Balingian. Taib berkhidmat dalam pelbagai perbadanan awam dan sukarela serta mewakili
kerajaan dalam pelbagai persidangan antarabangsa. [9]

[sunting]Peristiwa Ming Court pada tahun 1987


Berdasarkan pada artikel Malaysiakini, ketidakpuasan terhadap kepimpinan Taib oleh
sekumpulan ahli politik dalam PBB bermula apabila mereka menegaskan bahawa
kepentingan bumiputera telah diabaikan oleh Taib. Mereka menganggap Taib Mahmud
hanya memihak kepada golongan Cina dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sahaja.
Golongan Dayak dalam Parti Bansa Dayak Sarawak(PBDS) dikatakan tidak puas hati
apabila jawatan ketua menteri tidak diberikan kepada mereka selepas 17 tahun. Walau
bagaimanapun, faktor utama yang menyebabkan pengolakan dalam PBDS adalah syak
wasangka oleh ketua menteri Taib terhadap Leo Moggie, presiden kepada PBDS.
[17]
 Menurut tesis kedoktoran yang ditulis oleh David Walter Brown, retak antara kelompok
Taib dan kelompok bapa saudaranya, Rahman Ya'kub bertambah besar secara beransur-
ansur apabila Rahman Ya'kub melepaskan jawatan ketua menteri setelah dipaksa oleh Tun
Hussein Onn, perdana menteri Malaysia pada masa itu. Penyingkiran Rahman Ya'kub dari
jawatan Yang di-Pertua Negeri pada 1985 oleh Taib diri sendiri telah menyebabkan
Rahman melancarkan siri serangan terhadap Taib pada tahun 1987, yang dikenali ramai
sebagai Peristiwa Ming Court.[18]

Rahman Ya'kub mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala
Lumpur untuk meluluskan mosi hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib dengan
mengumpulkan tandatangan ADUN pada surat. Daniel Tajem, bekas timbalan ketua
menteri dan Leo Moggie merupakan perancang utama lain dalam peristiwa ini. Taib
menyedari krisis politik tersebut dan dengan segera mengadakan pilihanraya negeri
tergempar pada tahun 1987. Beliau tipis sedikit dalam pilihanraya tersebut. [19] Gabungan
beliau memenangi 28 daripada 48 kerusi DUN dan menerima 8 orang lagi ADUN yang
berpaling tadah dari PBDS. Ini mengurangkan kerusi yang dimiliki oleh PBDS daripada 15
ke 7 kerusi.[7][20] PBDS berada dalam pihak pembangkang sehingga ia diterima masuk ke
dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak pada tahun 1994. Konflik dalaman dalam PBDS dan
SNAP telah menguntungkan pemerintahan Taib pada tahun-tahun berikutnya. [19]

[sunting]Kemajuan dan pembangunan Sarawak


Sejak 1981, Keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah meningkat dari RM 6.5 ribu juta
sehingga RM 19.7 ribu juta pada tahun 1995 dan bertambah sehingga anggaran berjumlah
RM 29.9 billion pada tahun 1999. Pada tahun 1995, sebanyak 31.9% daripada penduduk
Sarawak hidup dalam keadaan miskin dan 10% adalah golongan papa. Pada tahun 1997,
bilangan kemiskinan turun sehingga 7.5% dan golongan papa telah turun sehingga 0.7%.
Pada tahun 1980, hanya 31.8% daripada penduduk Sarawak mempunyai bekalan air tetapi
pada tahun 1995, angka tersebut mencecah 85% daripada populasi Sarawak. [9] Penduduk
Sarawak secara umumnya lebih terdidik berbanding pada masa dahulu. Kadar celik huruf
telah naik dari 30% semasa kemerdekaan sehingga 95% pada hari ini. [21]

Melalui pelancongan dan pemuliharaan ekologi taman negara dan sistem gua, Sarawak
telah menjadi tarikan pelancong pada peta dunia. Beliau juga membolehkan tapak-tapak
warisan dunia di Sarawak ditempuhi melalui Lebuhraya Pan Borneo. Perindustrian juga
berlaku dalam ekonomi Sarawak sejak kemerdekaan. Sektor industri, pembuatan, dan
pelancongan diberikan perhatian khusus. Industri teknologi tinggi memainkan peranan
penting dalam perkembangan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam negeri.
Hasil daripada polisi pembangunan Taib Mahmud, KDNK Sarawak telah melebihi purata
nasional pada tahun 1995. Demi keseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar,
Taib Mahmud juga menggalakkan perancangan bandar, perancangan sumber asli,
perlandangan, dan pembangunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan juga
mementingkan pembangunan lestari.[9] Sarawak adalah negeri pertama yang menjalankan
e-kerajaan dengan sepenuhnya di Malaysia manakala Perpustakaan Negeri Sarawak
merupakan e-perpustakaan yang pertama di Malaysia. Koridor Tenaga Diperbaharui
Sarawak (SCORE) yang diperkenalkan oleh beliau dijangka akan mempelbagaikan
ekonomi masa depan Sarawak.[21]

Pada Julai 2010, Taib diberikan "pencapaian sepanjang hayat" oleh Kongres Asia HRD
untuk memperingati sumbangan beliau kepada pembangunan modal insan di Sarawak
terutamanya dengan penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Taib menyatakan
bahawa kerajaan beliau mensasarkan 50% penembusan internet dalam Sarawak di
bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.[22]

Beliau juga membawa kestabilan politik kepada Sarawak dengan memimpin koalisi BN
Sarawak mencapai majoriti yang besar pada setiap kali pilihanraya negeri. Di bawah
kepimpinan beliau, kerjasama ikhlas dan pekongsian kuasa antara pemimpin politik
diwujudkan.[9] Beliau juga menghalang kemasukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) ke dalam Sarawak. Kemasukkan UMNO ke Sabah sejak 1991 telah
menyebabkan percanggahan pendapat antara UMNO dengan ahli politik dan penduduk
tempatan kerana mereka berpendapat bahawa hak dan kepentingan mereka terhakis. [23]

[sunting]Visi 2030 untuk Sarawak


Semasa menyambut ulang tahun ke-28 sebagai ketua menteri Sarawak pada 26 Mac 2009
di Dewan Suarah Bintulu, Taib membayangkan Sarawak sebagai sebuah negeri yang
paling kaya di Malaysia menjelang tahun 2030 ketika menyampaikan ucapan beliau. Pada
masa depan, pekerja yang berkemahiran tinggi akan membantu dalam membangunkan
Sarawak demi kebaikan pentadbiran ekonomi. Sarawak akan menjadi tempat yang akan
memberi peluang kepada sesiapa yang ingin mencari kehidupan yang lebih
baik.Gelombang kedua pembangunan akan dimulakan secepat mungkin. [24]

Antara langkah-langkah yang dicadangkan termasuk penubuhan institusi pengajian tinggi


yang lebih banyak bagi mempelbagaikan ekonomi Sarawak kelak. Ini juga akan
memastikan generasi muda mampu untuk mengeksploitasi sumber alam yang berkurangan
saban hari dengan lebih efisien. Beliau juga merujuk kepada keperluan sinergi, kerjasama,
dan semangat berpasukan antara pemimpin dan persefahaman penduduk Sarawak untuk
melicinkan perancangan dan perjalanan yang dilakar oleh kerajaan negeri untuk manfaat
rakyat.[24]

[sunting]Rombakan kabinet Sarawak


Taib mengumumkan rombakan kabinet beliau pada 8 November 2009. Rombakan kabinet
tersebut disaksikan perubahan portfolio untuk beberapa kementerian manakala 6 muka
baru dilantik sebagai timbalan menteri. Lima daripada enam yang dilantik mengangkat
sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhamad
Salahuddin dalam dewan undangan negeri pada 21 November 2009. Timbalan menteri lain,
iaitu Abdul Wahab Aziz, sedang berada dalam ziarah agama. [25] Barisan kabinet baru
tersebut berkuatkuasa pada 1 Disember 2009.[25][26]
Taib yang mengekalkan portfolio Menteri Kewangan dan Perancangan dan Pengurusan
Sumber mengatakan bahawa pengelolaan tersebut adalah untuk persediaan Sarawak
terhadap polisi pembangunan dan pendekatan baru yang mungkin akan berlaku
semasa Rancangan Malaysia Kesepuluh atau selepas pilihanraya negeri. Beliau juga
memaklumkan bahawa dengan kemunculan SCORE, beliau akan menyusun semula
Syarikat SESCO Berhad (SESCO) selepas satu atau dua tahun. [26]

[sunting]Dakwaan rasuah
[sunting]Industri pembalakan
Pembalakan yang terlampau banyak dalam Sarawak dan polisi perhutanan Sarawak telah
mendapat perhatian dan kritikan antarabangsa sejak tahun 1987. Pelbagai kerajaan luar
negeri dan pertubuhan antarabangsa telah memberikan protes terhadap peningkatan
pengeluaran kayu balak dari Sarawak yang mengghairahkan. Ketidakstabilan politik bagi
ketua menteri Taib Mahmud dari tahun 1986 hingga 1991 telah membolehkan beliau
meningkatkan kadar pembalakan dalam Sarawak. Taib juga dikatakan telah menggunakan
konsesi pembalakan untuk kekayaan peribadi dan keluarganya. [7]

Penglibatan Taib dan keluarganya dalam industri penebangan dinyatakan secara khusus
dalam salah satu laporan yang diterbitkan oleh Forests Monitor. Mengikut laporan tersebut,
ketua menteri mempunyai hak untuk menarik balik lesen pembalakan tetapi bantahan
undang-undang tidak dapat diambil terhadap ketua menteri. Hal ini adalah untuk
memastikan sesiapa yang berminat untuk membalak akan menunjukkan kesetiaan kepada
ketua menteri. Laporan tersebut juga perhatikan bahawa pada umumnya, hubungan saling
menguntungkan antara elit politik dan syarikat pembalakan selalu menyebabkan rasuah,
penyogokan, dan pindahan harga, di mana butiran kewangan syarikat penebangan
transnasional, termasuk syarikat penebangan Malaysia, sukar untuk dikesan. [27]

Pada tahun 2007, surat khabar Jepun The Japan Times melaporkan bahawa sembilan
syarikat perkapalan Jepun, yang mengangkut kayu dari Sarawak, telah didakwa tidak
melaporkan sebanyak 1.1 bilion yen pendapatan selama tujuh tahun. Laporan tersebut
menyatakan bahawa wang tersebut dibayar sebagai rasuah kepada pegawai-pegawai
Sarawak melalui agen Hong Kong yang berkaitan dengan keluarga Taib. [28] Taib,
bagaimanapun, menafikan secara habis-habisan tuduhan The Japan Times dengan
memberikan penjelasan sepanjang 10 muka surat dalam dewan undangan negeri. Beliau
mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang rasuah yang diberikan kepada
pegawai-pegawai Sarawak dan tindakan mengelakkan diri daripada melaporkan
pendapatan dari pengeluaran kayu balak.[29]
Pada tahun 2008, surat khabar Indonesia Tribun Pontianak mendedahkan bahawa sekitar
30 kali penghantaran kayu balak haram dari Indonesia telah diimport ke Sarawak dan
dieksport ke negara-negara lain setiap bulan. Ketua menteri Taib Mahmud dan Syarikat
Hardwood Sdn Bhd, sebuah unit yang dimiliki sepenuhnya oleh agensi negeri, iaitu
Koperasi Pembangunan Industri Kayu Sarawak (STIDC), dikaitkan dengan penipuan kayu
balak ini.[30][31][32]

Pada tahun 2009, laporan tahunan 2008 ketua audit negara Malaysia melabelkan
pengurusan hutan di Sarawak oleh kerajaan negeri sebagai tidak memuaskan. Namun,
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali
Hassan mempersoalkan keesahan laporan itu kerana beliau berpendapat bahawa jabatan
ketua audit negara tidak memiliki kepakaran dalam pengurusan hutan. [33]

Akibat daripada industri pembalakan di bawah Taib, kurang dari 10% daripada hutan primer
Sarawak ditinggalkan. Pembalakan telah berlaku di tanah-tanah pusaka kepunyaan
masyarakat peribumi, meskipun terdapat petisyen lanjutan dan pengepungan jalan oleh
mereka. Pengungkaian keras terhadap pengepungan jalan telah menyebabkan beberapa
kematian dan pemaksaan ganas yang lazim oleh tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia,
dan penguatkuasa industri penebangan.[34][35]

[sunting]Nepotisme

Anak lelaki Taib, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib, telah dilantik sebagai Pengarah
Eksekutif Kumpulan bagi Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) pada 23 Januari 1995.
Beliau sekarang adalah Timbalan Pengerusi Kumpulan bagi CMSB. [36] Adik-beradik Abu
Bekir Taib, iaitu Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Jamilah Hamidah Taib, Hanifah
Hajar Taib dan ibunya, Allahyarhamah Laila Taib, merupakan pemilik saham besar dalam
syarikat tersebut.[36] Sulaiman Abdul Rahman Taib menyertai jawatankuasa CMSB ketika
abangnya, Abu Bekir Taib menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi CMSB pada
pertama kali. Sulaiman Abdul Rahman Taib adalah Pengerusi Kumpulan CMSB dari bulan
Mei 2002 hingga Jun 2006, bekas Pengarah Bukan Eksekutif CMSB [37], dan bekas
pengerusi Bank RHB.[38]

Dalam pilihanraya umum 2008, anak lelaki Taib, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman
Taib memenangi kerusi Kota Samarahan bagi parlimen Malaysia yang sebelumnya
dipegang oleh ayahnya.[39]Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelancongan dalam
kabinet baru.[40] Sebelum ini, beliau tidak mempunyai pengalaman politik. Pada 14
Disember 2009, beliau meletakan jawatan timbalan menterinya atas alasan peribadi. [41]
Kakak/Adik perempuan Taib, Roziah Mahmud merupakan salah satu pengusaha yang
paling berpengaruh di Sarawak dengan pemilikan hartanah dan perniagaan kayu balak
yang luas. Selain itu, dia juga dilantik sebagai konsul kehormat bagi Republik Poland untuk
Sarawak (Ini adalah disebabkan isteri Taib, iaitu Almarhumah Laila Taib berketurunan
Poland).

Abang/adik lelaki Taib, Mohd Tufail bin Mahmud merupakan pemilik bersama Kumpulan
Sanyan, salah satu syarikat kayu balak yang terbesar di Sarawak. Pada tahun 2001,
Kumpulan Sanyan telah menyempurnakan pembinaan 28 tingkat Wisma Sanyan di Sibu di
mana kerajaan negeri mendapat 8 tingkat pejabat. [13]

Syarikat perkapalan Achi Jaya dimiliki Onn Mahmud dan keluarga terdekat dia. Onn
Mahmud adalah adik/abang kepada Taib Mahmud. Syarikat Achi Jaya didakwa telah
meneruskan permintaan bayaran daripada pembawa kayu balak Jepun untuk mengangkut
kayu dari Sarawak walaupun bayaran tersebut sebenarnya rasuah seperti yang dinyatakan
dalam skandal kayu balak 2007.[42]

Abang/adik lelaki Taib, Mohamad Arip bin Mahmud dilantik sebagai pengarah bagi Jaya
Tiasa Holdings Berhad (dikawal oleh Kumpulan Rimbunan Hijau) pada 13 April 1995.
Kakak/adik perempuan Taib juga merupakan salah seorang rakan kongsi keluarga Tiong. [43]

Sepupu Taib, Abdul Hamed Sepawi adalah pengerusi bagi Naim Holdings Berhad, Sarawak
Energy Berhad,[44] dan Ta Ann Holdings Berhad. Dia juga pernah menyertai jawatankuasa
Koperasi Pembangunan Industri Kayu Sarawak (STIDC) dan Sarawak Plantation Berhad. [45]

Abang ipar/adik ipar lelaki Taib, Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain
telah dilantik oleh Taib Mahmud sebagai setiausaha negeri pada tahun 2000. Selepas
bersara pada tahun 2006, beliau dilantik sebagai pengarah pengurus kumpulan bagi
Sarawak Energy Berhad sejak tahun 2007.[46] Beliau juga memegang jawatan pengarah
untuk Eksons Corporation Berhad, Mlabs Systems Berhad, Syarikat SESCO Berhad dan
syarikat-syarikat lain.[47]

Taib Mahmud, menyangkal apa-apa kesalahan, memberitahu Pertubuhan Berita Nasional


Malaysia (Bernama) bahawa beliau tidak meminta sesiapa untuk memihak kepada anak-
anak lelaki beliau dalam peruntukkan jawatan dalam CMSB dan syarikat-syarikat lain.
[45]
 Beliau juga menegaskan bahawa keluarganya memperolehi wang dengan bekerja keras.
[6]
[sunting]Dominasi ekonomi
Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB), syarikat yang dikawal oleh keluarga Taib, diberikan
pelbagai kontrak-kontrak kerajaan termasuk penyelenggaraan jalan raya di Sarawak
selama 15 tahun, pembinaan jalan, membekalkan bahan bumbung untuk unit rumah kos
rendah, membina hospital, dan menaik taraf lapangan terbang. Syarikat tersebut juga
hampir mencapai tahap monopoli penuh terhadap pembekalan konkrit di Sarawak. Pada
tahun 2001, kerajaan persekutuan Malaysia telah membenarkan unit perbankan Kumpulan
CMSB, Bank Utama, untuk mendapatkan Bank RHB supaya dijadikan salah satu daripada
10 bank teras di Malaysia.[13] Syarikat PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, yang 51% dimiliki
olen CMSB, telah menyempurnakan pembinaan Bangunan Dewan Undangan Negeri
Sarawak pada tahun 2009.[48] CMSB sekarang sedang melibatkan diri dalam satu usaha
bersama dengan pengeluar aluminium terkemuka, Rio Tinto Alcan (RTA), untuk
membangunkan pelebur aluminium di Similajau. Projek ini adalah sebahagian daripada
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). [49]

Tesis kedoktoran yang ditulis oleh pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr


Neilson Mersat, mendakwa bahawa kekayaan keluarga Taib kebanyakannya berasal dari
kerajaan negeri Sarawak tanpa melalui tender. Keuntungan yang didapat telah dihantar ke
luar negara untuk disembunyikan. [50] Seorang lagi pensyarah dari fakulti Sains Sosial di
UNIMAS, Andrew Aeria, telah menulis satu tesis kedoktoran yang menyatakan bahawa
penguasaan Bank Utama dan syarikat-syarikat lain oleh CMSB adalah satu contoh yang
menunjukkan bahawa bisnes yang memberi keuntungan besar hanya memberi manfaat
kepada sesetengah individu yang mempunyai hubungan baik. Penswastaan syarikat-
syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri boleh menyebabkan kekurangan punca
pendapatan kerajaan dan seterusnya meningkatkan beban pembayar cukai. [14]

Pada tahun 2000, kabinet Sarawak telah meluluskan RM 551.02 juta kontrak kerajaan
negeri supaya diberikan terus kepada Titanium Management Sdn. Bhd. Anak lelaki Taib,
iaitu Mahmud Abu Bekir Taib, adalah salah seorang pemegang saham utama dalam
kompeni tersebut. Kontrak tersebut membolehkan syarikat Titanium membaiki atau
mengganti 384 jambatan lama dalam negeri tersebut dalam masa 7 tahun. Laporan ketua
audit negara Malaysia 2006 telah menyatakan bahawa penjanjian dalam kontrak tersebut
memihak kepada kontraktor. Kos kontrak tersebut meningkat sehingga 72% melebihi kos
asal. Lawatan audit ke 12 projek jambatan mendapati reka bentuk jambatan-jambatan yang
menyeberangi sungai yang sempit tidak mengikut keperluan sebenar dan tidak dibina
secara ekonomik.[51][52]
Pada tahun 2008, kerajaan Sarawak bercadang untuk membina 12 empangan di Sarawak
untuk memenuhi keperluan tenaga perindustrian pada masa hadapan. Empangan-
empangan tersebut dijadualkan siap pada tahun 2020 walaupun projek tersebut perlu
diluluskan oleh penilaian impak alam sekitar. Suatu memorandum kefahaman telah
ditandatangani antara Sarawak Energy Berhad dan Koperasi Projek Three Gorges China
bagi projek Empangan hidro elektrik Murum.[53][54] Sebanyak 51 empangan mungkin akan
dibina pada tahun 2037. Projek hidro elektrik yang menimbulkan kontroversi tersebut telah
mendapat kritikan hebat kerana berkemungkinan akan menyebabkan malapetaka dan
perpindahan masyarakat peribumi. Para penentang projek ini juga menyatakan bahawa
projek ini menggalakkan rasuah dan kronisme kerana CMSB dijangka akan mendapat
manfaat secara tidak langusung dengan membekalkan bahan konkrit untuk pembinaan
empangan dan pembinaan pelebur aluminium yang akan menghabiskan sebahagian besar
daripada janaan elektrik.[55] Pada Mac 2009, program televisyen '101 East' telah disiarkan
oleh Al Jazeera. Program tersebut membincangkan secara terperinci isu 12 empangan di
Sarawak dan dominasi ekonomi oleh keluarga Taib. Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr.
James Masing, menerima jemputan wawancara tentang isu tersebut tetapi ketua menteri
Pehin Sri Taib Mahmud menolak temu ramah tersebut. [51]

James Masing, dalam satu sesi temu bual dengan Al Jazeera English, mempertahankan
bahawa kontrak kerajaan diberikan secara telus sama ada dalam bentuk tender terbuka
atau tertutup. Beliau juga berkata bahawa kerajaan negeri memberikan kontrak
berdasarkan rekod trek syarikat yang baik sebelumnya, bukan kerana dakwaan hubungan
politik.[51]

[sunting]Kekayaan

Taib memiliki sebuah rumah besar di Demak Jaya yang memandang ke Sungai Sarawak.
Berlandaskan foto-foto dalam surat berita dari Julai hingga ke Disember 2006 oleh Naim
Cendera Holdings Bhd, ruang tamu Taib dihiaskan dengan set sofa bergaya Eropah yang
berkualiti tinggi.[45] Taib dikatakan memakai jas berkancing dua baris dan memandu di
Kuching dengan kereta Rolls-Royce beliau.[56] Almarhumah Laila Taib dan anak beliau
merupakan pemegang saham majority bagi Sitehost Pty. Ltd., Australia, yang memiliki
Hotel Hilton Adelaide, menurut Aliran Monthly, majalah reformis Malaysia. [14] Taib
digambarkan sebagai "sangat yakin diri, suka menunjuk-nunjuk, dan mempunyai kesukaan
terhadap benda yang mahal". Beliau juga dilaporkan membeli piano yang dahulunya milik
mendiang pengelola hiburan Amerika, iaitu Liberace dengan harga 2 juta US dolar.
[57]
 Beliau juga memakai cincin dengan permata merah yang berukuran sebiji walnut dan
dikelilingi oleh belian kecil.[6]

[sunting]Laporan Sarawak Report


Sarawak Report melaporkan bahawa, Taib dipercayai telah membangunkan empayar
hartanah di Kanada, iaitu Sakto Corporation yang bernilai beberapa ratus juta dolar, di
bawah nama menantu lelaki beliau, iaitu Sean Murray. Syarikat ini diasaskan oleh
abang/adik lelaki Taib iaitu Onn Mahmud, anak perempuan Taib iaitu Jamilah, dan Sean
Murray.[58][59] Sean Murray dan anak perempuan Taib berjaya mendapatkan jabatan
kerajaan Kanada bagi perniagaan hartanah mereka di Kanada. Dalam sidang ORC ia
melaporkan ORC menyelia pencarian terbuka dan bersaing dan Sakto Corporation dipilih
sebagai pemenang berdasarkan kemudahan termoden yang dibina dengan spesifikasi
penggunaan tenaga dan persekitaran yang tinggi dan bangunan itu mesra alam dalam
beberapa cara.[60]Sarawak Report juga mendakwa Sakti International Corporation
di Amerika Syarikat juga dikendalikan oleh pasangan yang sama (Sean Murray dan
Jamilah). Sakti memiliki bangunan Abraham Lincoln, yang menempatkan kemudahan Biro
Penyiasatan Persekutuan (FBI).[61][62] Keluarga Taib juga didakwa memiliki portfolio hartanah
di London.[63]
[sunting]

You might also like