You are on page 1of 4

BIODATA

A. SAMAD SAID dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Dia menerima
pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior
Cambridge (1956). Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu
telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf
sebagai Pejuang Sastera.

Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel
Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award).
Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah apabila beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara 1985.
Dalam majlis penganugerahan itu telah dipentaskan sedutan drama terbaru A. Samad Said berjudulWira Bukit. Dalam bidang
penulisan, A. Samad Said turut menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

PROFIL RINGKAS
Nama: Datuk Abdul Samad Muhammad Said. Nama Pena: A Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri,
Jami Kelana. Tarikh/Tempat Lahir: Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal,
Melaka.Pendidikan: Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-46), Sekolah Jepun (3 bulan),
Victoria Institution sehngga Senior Cambridge, 1956).  Kerjaya: Kerani hospital, Pengrang Utusan
Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian. Anugerah: Pejuang Sastera (1976), SEA
Write Award (1979), Sasterawan Negara (19850, Sasterawan Nusantara (1999). Karya: Salina, Bulan
Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni,
Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku,
Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan.
BIODATA 
Irwan Abu Bakar atau Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas ialah profesor di Jabatan
Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya.  Beliau berasal dari
Segamat, Johor dan dilahirkan pada 11 Mei 1951. Kepakaran profesionalnya adalah dalam
disiplin biomekanik dan mekanik tisu.  Dalam bidang sastera, beliau menulis sajak,
cerpen, dan laporan/artikel. Antologi sajakperseorangannya berjudul Semelar baru
diterbitkan (kAPAS Publication, Jun 2003). Beliau juga kerap terbabit dengan deklamasi
puisi. Beliau mulai menulis cerpen pada tahun 2002. Cerpen pertamanyayang disiarkan di
media perdana ialah "$yy..." (Berita Minggu, 25.5.2003). Kini beliau menerbitkan tiga buah
e-majalah sastera (majalah sastera dalam Internet), e-sastera (www.esastera.com), Bulanan
E-sastera (BESt) di www.majalahBESt.com dan sasteraSMS di www.sasteraSMS.com   
 
BIODATA
Abdul Latip bin Talib lahir di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun
1954, berbintang Gemini. Mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di tempat
kelahirannya sehingga lulus STPM. Kemudian bekerja dengan Tanah Rancangan FELCRA
bermula sebagai Pemantu Luar sehingga menjawat jawatan Pengurus dan pernah bertugas
di FELCRA Gugusan Igan, Mukah, Serawak sebelum bersara pilihan pada tahun 1998. Kini
bekerja sendiri di samping meneruskan minat menulis. 

Nama isteri Tengku Nazirah binti Tengku Alias, lahir pada 3hb Ogos 1956.  Mempunyai tiga
orang anak: Muhammad Shukri, 24 tahun ( UUM) , Muhammad Shakirin, 23 tahun
(UiTM), dan Norfaizin, 20 tahun (UKM).

Bidang penulisan rencana, cerpen, novel remaja dan skrip drama tv. Minat menulis sajak,
sajen, pantun, dan ulasan sajak setelah menjadi ahli komuniti e-sastera. Pernah mendapat
bimbingan menulis cerpen dan novel remaja daripada Dr Othman Putih dan Ali Majod.

Mula menulis secara aktif sekitar tahun 1990.  Cerpen pertama tersiar di akhbar Utusan
Zaman "Tok Ngah" pada 11 November 1990. Dan hingga kini lebih 40 buah
cerpen telah tersiar di akhbar Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Terbaru,
cerpen "Suamiku Seorang Mujahid" telah tersiar di Majalah SARINA, Mei 2003.

Novel remaja yang pertama terbit Bebaskan Aku (Utusan Publications &


Distributors, 1991) dan terbaru novel sejarah Datok Moyang Salleh.

Antara novel remaja yang telah diterbitkan:


1. Bebaskan Aku (Utusan, 1991)
2. Lembah Hijau (DBP, 1992).
3. Merentas Ranjau (DBP, 1993)
4. Sesat Di Puncak Gunung Datok (DBP, 1993)
5. Nadia Farhana (Eastview, 1994)
6. Anak Rimba (Utusan, 1995)
7. Darah Jempol (Easview, 1995)
8. Bejat (KARANGKRAF, 1996 )
9. Pendekar Siamang Gagap (Utusan, 1998)
10. Istana Seri Menanti (Utusan, 1998)

ANTOLOGI CERPEN PERSENDIRIAN

1. Kebenaran (DBP, 2000)

ANTOLOGI CERPEN BERSAMA

1. Pilihan Hatiku (DBP, 1993) sebagai penyelenggara.


2. Embun Hidayah (DBP, 1991)
3. Nota-nota Yang Lusuh (DBP, 1991)
4. Warisan (Jabatan Perpaduan Negara, 1995)
5. Kalung Perpaduan (JPN, 1996)
6. Syahdu (DBP, 1993)
7. Susu di Balas Tuba (Easview, 1994)
8. Wira Kemerdekaan (DBP, 1993)
9. Lelaki dari Shatila (DBP, 1992)
10. Bukan Mimpi Terakhir (DBP, 1999)
11. Calar Mimpi (DBP, 1999)

SKRIP DRAMA

  1. Nur Penyuluh Alam (NTV7)


  2. Anak-Anak Gemilang (TV1).

HADIAH PENGHARGAAN CERPEN

  1. Jagoh Kampung (Hadiah Sastera Utusan, 2001)


  2. Begitu Kehendak Tuhan (Sayembara Cerpen Berunsur Islam 111, 1991)
  3. Menaruh Harapan (Sayembara Cerpen Berunsur Islam 1V, 1993)
  4. Darah Kita Merah (Sayembara Cerpen Perpaduan, 1995)
  5. Kasihnya Tumpah (Sayembara Cerpen Perpaduan, 1996)

Pernah mengikuti rombongan GAPENA ke Sumatera Barat "Pertemuan Penulis


Nusantara Tahun 1994". Mewakili Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).

Sajak dan sajen di majalah dalam internet e-sastera (www.esastera.com).


Alamat laman web : http://esastera.com/abdullatip

You might also like