Professional Documents
Culture Documents
Garis Panduan Dasar Pemebinaan Surau
Garis Panduan Dasar Pemebinaan Surau
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
2. Surat Pekeliling lktisas ini dikeluarkan dengan tujuan memberikan garis panduan
kepada sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang di sekolah
masing-masing supaya bertindak mengikut prosedur yang betul serta mematuhi peraturan-
peraturan yang ada. Panduan ini hendaklah digunakan mulai dari tarikh Surat Pekeliling
lktisas ini dikeluarkan.
i. DEFINISI
a. Istilah surau bermaksud satu bangunan tersendiri yang terpisah daripada bilik
darjah dan terletak dalam kawasan sekolah, digunakan untuk bersembahyang
dan kegiatan Pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah.
a. Pelan bangunan surau atau bilik sembahyang perlu mendapat kelulusan pihak
berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Bomba dan pihak-pihak lain yang berkaltan.
b. Lokasi bangunan surau atau bilik sembahyang perlu dipersetujui oleh pihak
sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
1
iii. PEMBIAYAAN
SEKOLAH MENENGAH
(i) Sekolah yang mempunyai 12 hingga 18 bilik darjah, keluasan untuk bilik
sembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meter
lebar).
(ii) Sekolah yang mempunyai 24 hingga 36 bilik darjah, keluasan untuk bilik
sembahyang = 135 meter persegi (6 petak = 7.5 meter panjang X 18 meter
lebar).
(iii) Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6
meter lebar) Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan
SEKOLAH RENDAH
(i) Sekolah yang mempunyai 12 hingga 30 bilik darjah, keluasan untuk bilik
sembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meter
lebar).
2
(ii) Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6
meter lebar). Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan
g. Bilik sembahyang perlu mempunyai kabinet atau rak kayu untuk menyimpan
keperluan-keperluan surau.
h. Setelah projek pembinaan surau atau bilik sembahyang siap,bangunan atau bilik
tersebut perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah
yang bertanggungjawab dari segi penggunaan, pengawasan, penyeliaan dan
penyelenggaraan.
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lktisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Terima kasih.
s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia