You are on page 1of 2

Cek:

Definisi cek:

Seksyen 73 Akta Bil Pertukaran 1949 (Semakan 1978) mentakrifkan suatu cek sebagai bil
pertukaran yang dikeluarkan kepada pihak bank dan perlu dibayar apabila dituntut.

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA PADA SESUATU CEK :

Semua cek yang dikeluarkan oleh sekolah hendaklah berpalang ‘akaun penerima sahaja’, kecuali
cek yangdikeluarkan untuk panjar wang runcit dan bayaran yang dibuat kepada kakitangan
sekolah.
Semua butiran mesti ditulis dengan jelas menggunakan dakwat yang tidak boleh di padam.
Cek yang tersilap tulis, hendaklah di batalkan
Cek yang dikeluarkan hendaklah di hadkan tempoh laku selama 3 bulan
Pengeluaran cek2 awal daripada tarikh laku tidak di benarkan.
Dilarang sama sekali menandatangani cek kosong dan mengeluarkan cek tunai

KUASA MENANDATANGANI CEK :

•Kuasa menandatangani cek perlu di perolehi daripada jabatan akauntan Negara malaysia dengan
menggunakan 5 salinan borang kuasa tetap.
•Borang ini hendaklah disertakan bersama- sama 5 kad contoh tandatangan dan dikemukakan
melalui PTJ.
•Cek-cek yang bernilai lebih RM10,000, hendaklah mempunyai 3 tandatangan dan 2 tandatangan
untuk RM10,000 ke bawah

TATACARA PENGGANTIAN CEK HILANG :

•Penerima perlu mengeluarkan surat pengesahan kehilangan cek.


•Pihak bank perlu di arahkan agar pembayaran tidak dilakukan.
•Semakan perlu dilakukan terhadap penyata bank bagi memastikan cek tersebut belum
ditunaikan.
•Jika belum ditunaikan, baru keluarkan cek baru.
•Jika cek hilang itu sudah ditunaikan, maka perakuan berkenaan kehilangan dan hapuskira
hendaklah diperolehi

You might also like