You are on page 1of 35

SURATCARA BOLEH NIAGA

Pengenalan
• Takrif
Suratcara boleh niaga adalah sejenis dokumen yang
digunakan dalam urus niaga komersil dan kewangan.
Boleh niaga merujuk kepada sifat dokumen yang
boleh dipindah milik dari seorang (pemilik) kepada
seorang yang lain dalam satu dokumen yang
membuktikan wujud tanggungjawab kontraktual
untuk membuat pembayaran
Ringkasnya….
Ciri-ciri suratcara boleh niaga ialah:

a)Hakmilik suratcara berpindah kepada penerima melalui serahan,


arahan bayaran atau pengindorsan beserta bayaran;
b)Pemegang suratcara yang memiliki suratcara boleh mendakwa atas
namanya;
c)Notis penyerahan tidak perlu diberikan kepada
siberhutang/pemiutang, contohnya bank; dan
d)Penerima suratcara yang menerima dengan suci hati (bona fide) dan
mendapat hakmilik yang lebih baik akan bebas daripada sebarang
tuntutan atau tanggungan terdahulu.
• Peruntukan utama:

AKTA BIL PERTUKARAN 1949 (ABP)

• Contoh suratcara boleh niaga:

Bil pertukaran, cek, nota janji, bank draf, nota bank, bil kewangan,
waran saham, waran dividen, debentur dan cek pengembara.
• Definisi
• Seksyen 3 (1) ABP

Bil pertukaran ialah pertukaran tak bersyarat secara bertulis,


dialamatkan oleh seorang kepada seorang yang lain, ditandatangani
oleh orang yang memberikannya, yang mengkehendaki orang yang
dialamatkanya itu membayar atas permintaan atau ditentukan atas
perintah, orang yang dinyatakan atau kepada pembawa.

• Pihak yang memberi perintah bayaran: penyuruh bayar (drawer)


• Pihak yang menerima perintah: pesuruh bayar (drawee)
• Pihak yang menerima bayaran: penerima (payee)
a) Perintah Bertulis Tidak Bersyarat
i) Bil tersebut hendaklah satu perintah untuk membayar yang dibuat secara bertulis.
- Contoh:
- “Bayar A…” atau “Sila bayar A…”

- Kes: Hamilton lwn Spottiswood [1984]

- Fakta kes: Bil ditulis, “Kami dengan ini mengizinkan anda membayar atas akaun kami
atas tuntutan G,…” Mahkamah memutuskan bahawa ia bukannya bil pertukaran
kerana berbentuk keizinan dan bukannya perintah.
ii) Perintah yang dibuat juga tidak boleh bersyarat.
Keadaan yang dianggap bersyarat:

• pesuruh bayar diberi budi bicara untuk membayar atau tidak. Contoh:
“Bayar X jika berpuas hati dengan barang…”
• pesuruh bayar diminta membuat suatu tambahan kepada
pembayaran wang; contoh: “Bayar X dengan syarat bahawa syart-
syarat berikut dipatuhi…”
• pemegang dikehendaki menandatangani resit untuk mendapat
pembayaran;
• pembayaran diperintah daripada caruman tertentu; contoh, “Bayar X
…daripada caruman….”
Kes
Palmer lwn Pratt [1924]

Perintah untuk membayar dibuat dalam tempoh 30 hari


selepas kapal tiba di Calcutta.

Mahkamah memutuskan bahawa ianya sebagai bersyarat


kerana kapal tersebut mungkin tidak akan tiba di Calcutta.
b) Dialamatkan atau dituju kepada seseorang untuk dibayar kepada
seseorang

Seksyen 6(1) ABP – “Pesuruh bayar hendaklah dinamakan atau selainnya


ditunjukkan dalam bil dengan ketentutan yang munasabah.”

“Jika suatu bil tidak kena dibayar kepada pembawa, penerima hendaklah
dinamakan atau selainnya ditunjukkan dengan ketentuan yang munasabah.”
Sekiranya penerima tidak wujud, maka bil tersebut dianggap dibayar kepada
pembawa

Seksyen 7 ABP Sekiranya di atas bil ditulis ‘tunai’ dan bukannya


nama seseorang, maka ia bukanlah bil pertukaran
Contoh
RM4000 K.Lumpur , 1 Ogos 2012

Atas tuntutan bayar Jamil Jun atau perintah sejumlah wang RM4000
untuk nilai yang diterima.

Abu Hasan

Kepada:Tan Tong

• Abu Hasan – penyuruh bayar (drawer)


• Tan Tong – pesuruh bayar (drawee)
• Jamil – penerima (payee)
c) Ditandatangani

Bil hendaklah ditandatangani oleh penyuruh bayar atau ejen yang diberi kuasa.

Kes:
Lazarus Estates Ltd lwn Beasley[1956] 1 QB 702.

Diputuskan bahawa, tandatangan individu boleh dalam bentuk rubber stamp atau cop yang
tertera tandatangan penyuruh bayar.

Lim Guan Teet lwn Shaik Ahamad (1882) 1 Ky 536

Df mengeluarkan nota janji terhadap Pf dengan balasan pihak Pf menghentikan tuntutan terhadap
Sultan Aceh. Nota hanya mengandungi cop dan materi nama pembuat nota tanpa tandatangan.
Mahkamah: Cop dan materi memadai sebagai tandatangan.
d) Bayar Atas Tuntutan

Seksyen 10(1) ABP

10(1)Suatu bil adalah kena dibayar atas permintaan:


a) Yang dinyatakan kena dibayar atas tuntutan, atau
ketika dilihat, atau semasa persembahan; atau
b) Dalam mana masa tidak ditetapkan

Masa pembayaran boleh ditentukan.


Jika masa pembayaran tidak ditentukan, pembayaran boleh
dibuat atas permintaan atau semasa penyerahan
e) Sejumlah Wang yang Pasti
Seksyen 9 ABP – Sejumlah wang yang kena bayar adalah dalam bentuk wang dan
bukannya perkhidmatan atau barangan.

Seksyen 9 mendefinisikan jumlah wang kena bayar sebagai:


“sejumlah wang yang tertentu dalam erti Akta ini, walaupun ia dikehendaki dibayar:
a) dengan bunga;
b) dengan menyatakan ansuran
c) dengan menyatakan ansuran, dengan peruntukan bahawa keingkaran pembayaran
apa-apa ansuran keseluruhan hendaklah menjadi tertunggak;
d) menurut kadar pertukaran yang ditunjukkan yang ditentukan sebagaimana yang
diarahkan oleh bil

~ Jumlah yang kena bayar hendaklah dinyatakan di atas bill tersebut sendiri, dengan
jumlah yang pasti~
KES

Barlow lwn Broadhurst (1820) 4 Moo. P.C. 471.

• Suatu perintah ditulis:

“Bayar £400 kepada wakil JS, tolak apa-apa manfaat atau wang yang mungkin terhuntang oleh JS
kepada defendan.”

~ Diputuskan bukan nota janji iaitu bukan bil pertukaran sebab jumlah sebenar kena dibayar tidak
pasti.
f) Bertarikh
Tarikh merupakan elemen penting dalam bil pertukaran kerana
bayaran perlu dibuat dalam tempoh yang ditentukan berdasarkan
tarikh bil dikeluarkan.

Sekiranya bil tidak bertarikh, ia tidak bermaksud bil tersebut tidak sah
– bil tetap sah.

Seksyen 3(4)(a) ABP, “Suatu bil bukan tak sah oleh sebab ianya tidak
bertarikh…”

Seksyen 12 ABP, pemegang dibenarkan untuk memasukkan tarikh bil


dikeluarkan.
a) Penerimaan
Seksyen 17(1) mentakrifkan penerimaan sebagai “penandaan oleh pesuruh
bayar persetujuannya atas perintah penyuruh bayar”

2 Syarat perlu dipenuhi bagi menjadikan penerimaan SAH:


i) Penerimaan ditulis di atas bil dan ditandatangani oleh pesuruh bayar.
Tandatangan tanpa perkataan tambahan sudah memadai;
ii) Tidak menyatakan penyuruh bayar boleh melaksanakan janjinya dengan cara
lain selain daripada pembayaran wang.
Sesuatu bil dikatakan telah diserahkan bagi penerimaan jika kedaaan berikut menurut
seksyen 41(1) ABP dipatuhi:

a)Penyerahan dibuat oleh pemegang kepada pesuruh bayar untuk menerima atau
menolak penerimaan dalam waktu yang munasabah pada hari perniagaan beroperasi
dan sebelum bil tersebut terlewat;
b)Jika bil tersebut dialamatkan kepada dua atau lebih pesuruh bayaryang bukan rakan
kongsi,penyerahan perlu dibuat kepada semua, kecuali jika salah seorang ada kuasa
untuk membuat penerimaan untuk semua;
c)Jika penyuruh bayar meninggal dunia, penyerahan perlu dibuat kepada wakilnya;
d)Jika penyuruh bayar orang yang bankrap, penyerahan bolh dibuat kepadanya, atau
pemegang amanahnya, atau pemegang serah hak;
e)Jika diberi kuasa melalui perjanjian atau penggunaan, penyerahan melalui pos adalah
memadai.
b) Pengindorsan
Pengindorsan memberi kesan kepada pindah milik harta dalam bil kepada penerima
pindah milik dan ia juga melibatkan tanggungan pada pihak pemberi pindah milik
(pengindors).

Pengindorsan adalah penting dalam perundingan bil-bil perintah.


Sebelum sesuatu pengindorsan boleh dikuatkuasa sebagai perundingan*, syarat-syarat
seksyen 32 ABP perlu dipatuhi:
i) Ia ditulis di atas bil itu sendiri dan ditandatangani oleh pengindors; tandatangan ringkas
tanpa perkataan tambahan adalah memadai; [engindorsan bertulis atas salinan
dianggap bertulis di atas bil itu sendiri.
ii) Ia hendaklah pengindorsan sepenuhnya; penmgindorsan separa, iaitu memindah
sebahagian daripada jumlah kena bayar atau memindah bil kepada dua orang yang
berasingan, tidak berkuatkuasa sebagai perundingan bil;
iii)Jika bil kena dibayar kepada dua penerima yang salah, atau namanya salah dieja, dia
boleh mengindors bil tersebut dan menandatangani untuk membetulkan kesilapan;
v) Jika ada dua atau lebih pengindorsan di atas bil, setiap pengindorsan dianggap
telah dibuat mengikut kehendak bil, kecuali jika dibuktikan sebaliknya;

(vi) Pengindorsan boleh dibuat kosonng atau terhad. Ia boleh mengandungi


terma yang membuatkannya terhad.

Bil Boleh Runding

Seksyen 31(1) ABP – takrif


“…apabila ia dipindahkan dari seorang ke seorang yang lain mengikut cara
yang menjadi penerima pindahan pemegang bil”.

~ setiap bil pertukaran boleh dipindahkan milikkan daripada seseorang kepada


seseorang yang lain. Cara pindah milik dipanggil boleh runding.
• Penyuruh bayar (drawer), pesuruh bayar (drawee) dan pengindors (indorser) hanya bertanggungan jika dia
menandatangani sesuatu bil (seksyen 23) ABP.
• Seksyen 55(1) ABP

Pesuruh bayar bil bertanggungan menerima dan membuat pembayaran jika bil tersebut
diserahkan sewajarnya. Jika bil tidak dilayan, maka dia perlu memberi ganti rugi kepada
pemegang dan pengindors yang membayar bil, dengan syarat langkah-langkah sewajarnya
atas cek tak dilayan itu telah dimabil. Apabila dia mengeluarkan bil, dia tidak boleh
menafikan kepada pemegang tentang kewujudan penerima dan keupayaannya untuk
mengindors.
• Pesuruh bayar (drawee) ialah orang yang bil dialamatkan kepadanya.Dia
bertanggungan apabila dia menandatangani bil sebagai penerima.
• Seksyen 54 ABP memperuntukkan, apabila dia menerima bil tersebut:
a)Dia perlu membuat pembayaran;
b)Dia tidak boleh menafikan kewujudan penyuruh bawah, ketulenan
tandatangannya dan keupayaan serta autoritinya untuk mengeluarkan bil;
c)Dalam hal bil kena dibayar atas perintah pesuruh bayar, keupayaan pesuruh bayar
untuk indors; dan
d)Dalam hal kena bayar atas perintah orang ketiga, kewujudan penerima dan
keupayaan untuk indors.

~Seseorang mengindors bil supaya ia boleh dipindah milikkan.


~ Apabila pengindors mengindorskan bil, dia dikatakan berjanji bahawa jika bil
diserahkan ia akan dibayar sewajarnya dan jika tidak dilayan, dia akan memberi
ganti rugi kepada pemegang atau pengindors lain yang mengalami kerugian.
• Siapakah pemegang?

Seksyen 2 ABP mentakrifkan:

Pemegang sebagai penerima bayaran atau penerima


indors bil atau nota yang ada milikannya, atau pembawa.

Seksyen 38 ABP memperuntukkan hak-hak pemegang:


a) Dia boleh mengambil tindakan ke atas bil itu atas namanya sendiri;
b) Dia memegang bil itu bebas daripada apa-apa kecacatan hak milik pihak-pihak sebelumnya;
c) Jika hak miliknya cacat:
i)dia merundingkan bil dengan pemegang sewajarnya, pemegang itu mendapat hak milik baik dan lengkap atas bil; dan
ii) dia mendapat pembayaran bil orang yang membayarnya secara wajar mendapat pelepasan bil secara sah.
5. Pembayaran
• Bayaran perlu dibuat apabila bil diserahkan.
• Jika bil tidak dihantar untuk pembayaran, maka pesuruh bayar dan pengindors
tidak akan bertanggungan lagi (seksyen 45(1) ABP).

• Penyerahan bil untuk bayaran hendaklah mematuhi kaedah-kaedah mengikut


seksyen 45(2) ABP.

~Sila RUJUK seksyen 45(2) ABP bagi mengetahui 8 kaedah pembayarn.

Persoalan:
Apakah kesan kepada bil jika pembayaran tidak dibuat apabila bil diserahkan?
• Seksyen 47(1) ABP memperuntukkan bahawa bil yang ditolaK tak berbayar
adalah bil:
a)Apabila diserahkan bagi pembayaran, pembayarannya ditolak atau tidak
diperolehi;
b)Apabila penyerahan dikecualikan, bil itu adalah bil lampau tempoh dan tidak
dibayar.

~ Apabila bil ditolak kerana tidak diterima atau tiada pembayaran, pesuruh
bayar dan setiap pengindors perlu diberi notis penolakan.

~ Prinsip seksyen 49 ABP perlu dipatuhi bagi menjadikan notis penolakan sah.
7. CEK
• Takrif
• Seksyen 73(1) ABP

Cek ditakrifkan sebagai, “bil pertukaran yang dikeluarkan


oleh jurubank kena dibayar atas permintaan”.
• Bentuk-bentuk Cek

Bentuk Penerangan
Cek tidak bertarikh Sesuatu cek yang tidak bertarikh tidak perlu dilayan oleh jurubank. W/bgpun, seksyen 20
(undated) memperuntukkan bahawa pemegang cek masih boleh mengisi tarikh yang betul pada cek dalam
tempoh masa yang dibenarkan.

Cek terlewat atau basi Seksyen 36(3) – cek terlewat ialah cek yang telah diedarkan untuk suatu masa panjang yang
(overdue ) tidak munsabah. Dalam konteks ini, “suatu masa panjang yang munasabah” ialah sesuatu yang
subjektif dan bergantung kepada kes-kes tertentu. Kebiasaannya cek terlewat atau basi selepas
6 bulan diedarkan.

Cek lewat tarikh (post- Cek yang diletakkan tarikh yang akan datang. Ia sebenarnya bukanlah suatu cek yang sah kerana
dated) ia tidak boleh dibayar apabila dituntut, namun seksyen 13 membenarkannya, iaitu, “suatu bil
bukan tak sah atas sebab semata-mata bahawa ia awal tarikh atau tarikh tertunda, atau ia
membawa tarikh pada hari Ahad”. Oleh yang demikian, jurubank hanya boleh membuat
pembayaran apabila sampai tarikh yang dinyatakan pada cek berkenaan.
• Pemalangan cek
• Tujuan pemalangan:

Untuk memberi arahan bahawa pembayaran hanya


boleh dibuat melalui bank tertentu atau dengan cara
tertentu sahaja. Penyuruh bayar akan memalang cek
tersebut untuk memastikan sekiranya cek tersebut
jatuh ke tangan orang lain, adalah sukar untuk orang
berkenaan menunaikannya.

• Cek boleh dipalang secara am atau khas. Pemalangan secara am boleh dibuat
dengan cara:
a) Meletakkan perkataan ‘dengan syarikat’ antara dua garisan selari secara melintang
sama ada dengan perkataan ‘tidak boleh niaga’ atau tidak;
b)Meletak dua garisan selari secara melintang sahaja tanpa atau dengan perkataan
‘tidak boleh niaga’.
• Cek khas – mengandungi palang yang ditambah dengan nama jurubank,
sama ada dengan perkataan ‘tidak boleh niaga’ atau tidak.

• Kebiasaannya perkataan ‘akaun penerima sahaja’ ditulis di atas cek.


Pemalangan sebegini tidak dinyatakan dalam akta tetapi ia dibenarkan dan
menjadi amalan.

• Jika ditulis sebegitu, jurubank hanya boleh mengkreditkan cek tersebut ke


dalam akaun penerima berkenaan sahaja.
Pemalsuan Cek
• Seksyen 24 –ABP
• Section 73A

• Kes:
• United Asian Bank Bhd v. Tai Soon Heng Construction Sdn Bhd
• Bank perayu diputuskan bersalah oleh Mahkamah Supreme dan
diarahkan membayar RM1.5 mill atas kesalahan men’debit’ akan
pelanggan melibatkan 97 cek yg dipalsukan dalam tempoh 3 tahun.
• New Ace Digital Print Sdn Bhd & Anor v. Public Bank Bhd
• Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa bank
bertanggungan apabila dia membayar atas cek palsu dan
bank tidak boleh menggunakan seksyen 24 dan 73A sebagai
ABP untuk melindungi dirinya.
• Pengubahan atas cek

Sekiranya cek diubah secara material tanpa kebenaran penyuruh bayar, penyuruh bayar tidak akan
bertanggungan. Oleh itu, jika bank membayar cek tersebut, bank tidak boleh mendebit jumlah
berkenaan daripada akaun penyuruh bayar.

Pengubahan material?
Seksyen 64(2) mentakrifkan pengubahan material sebagai “apa-apa pengubahan tarikh, jumlah wang
kena bayar, masa pembayaran, tempat pembayaran dan jika bil telah diterima secara am, tempat
pembayaran tambahan”.

~ Jika pengubahan itu ketara, pihak yang bertanggungan akan terlepas dari tanggungan. Jika pengubahan
itu tidak ketara, pemegang cek masih boleh menguatkuasakan pembayaran.

Kes: London Joint Stock Bank lwn Macmillan and Arthur [1981]
• Bank pembayar berkewajipan untuk membayar kepada pihak yang
berhak berdasarkan kepada kuasa (mandate) peyuruh bayar
• Jika bank membayar kepada orang yang salah, bank perlu
menanggung kerugian (risiko)

• Section 59
• Section 60
• Seksyen 82 ABP
• Section 80
 Perlindungan di bawah s.82 ABP jika:
1-Dia membayar cek yang tidak diindorse atau
diindorse secara tidak teratur-
2-Suci hati –
3-dalam urusan perniagaan biasa-s
• Seksyen 85
Memperuntukkan perlindungan kepada bank pengutip -3 elemen perlu
dipenuhi
-bank bertindak bagi pihak pelanggan
-bertindak dengan suci hati (good faith)
-tindakan tanpa kecuaian
Kes: The Rubber Industry (Replanting Board) v Hongkong and Shanghai
Bank Corporation
• Plaintif telah mengeluarkan satu cek berpalang ‘akaun penerima sahaja’bernilai
$6762.33 atas nama Toh Whye Teck. Bagaimanapun, cek tersebut jatuh ke
tangan orang lain. Lee Man Choi telah membuka akaun dengan bank defendan
atas nama Chop Toh Whye Teck dan sek itu dibayar ke dalam akaun berkenaan.
Plaintif telah mengambil tindakan undang-undang terhadap bank defendant, dan
bank telah memohon perlindungan di bawah seksyen 82 Akta Bil Pertukaran
1949 (sekarang adalah seksyen 85).

• Keputusan berpihak kepada plaintif. Bank defendan tidak Berjaya membuktikan


bahawa mereka bertindak tanpa kecuaian dan mereka tid berhak untuk
mendapat perlindungan di bawah seksyen 82 ABP 1969, dan bertanggungan
terhadap plaintiff atas kerugian akibat pengubahan cek.

You might also like