You are on page 1of 122

UNDANG-UNDANG

SURATCARA BOLEH NIAGA


KONSEP BOLEH NIAGA
&
CIRI-CIRI BIL
PERTUKARAN
KONSEP KEBOLEHNIAGA
 Suratcara Boleh Niaga (SBN) adalah satu
jenis dokumen-dokumen yang digunakan di
dalam transaksi komersial dan kewangan –
transaksi domestik(tempatan) dan
antarabangsa
 SBN juga adalah satu harta yang tidak
berjasad(incorporeal) yang mengandungi
hak-hak yang boleh dipindah-pindah dari
seseorang kepada seseorang yang lain. Ada
hak undang-undang – boleh dikuatkuasakan
– di Mahkamah – hak-hak SBN boleh
dipindahkan melalui proses dan transaksi
niaga – ‘Negotiation’
Contoh 1
 Ramon ada saham dalam syarikat Berjaya
Dan Terus Berjaya Berhad(‘BDTBB’) bernilai
RM 1 juta
 Ramon beli sebidang tanah di Kodiang Kedah
bernilai RM 500,000 dengan keluasan 20
ekar dari Rosman
 Sebagai balasan nilai RM 500,000 itu, Ramon
telah menyerahkan sijil saham bernilai RM
500,000 dalam BDTBB kepada Rosman
 Rosman dibenarkan memohon kepada
BDTBB tukar nama hakmilik saham bernilai
RM 500,000 dari nama Ramon kepada nama
Rosman
 Sijil saham itu adalah dokumen surat
cara boleh niaga
 Pembelian tanah itu bukan melalui tunai
tetapi melalui surat cara boleh niaga
Ciri-Ciri Kebolehniaga
 SBN dan hak-hak itu boleh dipindahkan
melalui penyerahan atau melalui
pengendorsan & penyerahan;
 Pemilik SBN boleh – ambil tindakan undang-
undang atas namanya sendiri;
 Penghutang tidak perlu diberi notis atas
perpindahan SBN – contohnya bank tidak
perlu tahu bila kita hendak keluarkan cek dari
bank selagi akaun kita masih ada wang
(kredit);
 Penerima SBN yang suci hati dan dengan
nilai dapat prioriti hakmilik walaupun terdapat
apa-apa ketidaksahan pada SBN itu
Contoh 2
 Seperti contoh 1
 Di sini sijil saham Ramon merupakan satu
suratcara bolehniaga
 Hakmilik sijil saham itu bertukar dari
Ramon kepada Rosman setakat nilai RM
500,000 sahaja
 Disini Ramon perlu membuat pengesahan
perpindahan hakmilik sijil sahamnya dari
miliknya kepada milik Rosman dan
memberitahu kepada syarikat ‘BDTBB’
Jenis-jenis Suratcara Boleh Niaga
 Bil Pertukaran(bill of exchange)
 Cek
 Nota-nota perjanjian(promissory notes)
 Deraf bank(bank drafts)
 Nota bank(bank notes)
 Bil perbendaharaan(treasury bill)
 Waran Saham(share warrant)
 Waran Dividend(divident warrant)
 Debentur
 Cek Kembara(travellers’ cheques)
1. Bil Pertukaran (Bill of
Exchange)
 BP: perjanjian bertulis – orang yang
mengambil bil itu akan dibayar dengan jumlah
yang telah dinyatakan dalam bil
 Pengeluar (drawer): orang yang isu bil
 Pembayar (drawee): pembayar – bank
 Penerima (payee): orang yang menerima bil –
dapat duit – boleh pindahkan bil kepada
orang lain – melalui – transaksi niaga
(negotiating) – penerima endors pada bil –
pindahkan kepada orang lain – orang itu jadi
pemilik atau pemegang bil
Contoh 3
 Seperti contoh 1 juga
 Di sini Ramon telah membuat satu perjanjian
dengan Rosman bahawa, Ramon akan
memberikan hakmilik saham dalam syarikat
‘BDTBB’ bernilai RM 500,000 kepada Rosman
setelah Rosman beri tanah seluas 20 ekar di
Kodiang, Kedah
 Perjanjian antara Ramon dan Rosman ini
adalah satu bil pertukaran
 Dengan perjanjian ini, Rosman boleh
tunjukkan kepada syarikat BDTBB bahawa
saham bernilai RM 500,000 telah bertukar
tangan kepada Rosman – unsur berurus niaga
2. Cek
 Seksyen 73: Akta Bil Pertukaran 1949: ‘Bil
pertukaran yang dikeluarkan kepada pihak
bank(bankers) dan boleh bayar dengan segera’
 Janji bahawa pihak bank akan bayar jumlah wang
yang dinyatakan di dalam cek itu
 ‘dibayar atas permintaan’: ‘payable on demand’: tidak
bermaksud bahawa cek itu mesti ditunaikan segera –
cek yang diberikan kepada bank pada tarikh yang
tertulis pada cek itu atau pada masa yang
munasabah selepas itu, bank akan bayar
 Cek perlu ditunaikan dalam masa 6 bulan, jika tidak
akan batal
 ‘Cek Luar Tarikh’:’post dated cheque’: boleh dibayar
pada tarikh masa hadapan – iaitu pada tarikh yang
dinyatakan dalam cek atau 6 bulan selepas tarikh itu
3. Nota-Nota
Perjanjian(Promissory Notes)
 S.88(1) Akta Pertukaran Bil: ‘satu janji bertulis
yang tidak bersyarat dibuat oleh seseorang
kepada yang lain ditandatangani oleh
pembuat, berniat untuk membayar, atas
permintaan atau pada masa yang telah
ditetapkan atau yang boleh ditentukan pada
masa hadapan, suatu jumlah wang kepada
atau di atas arahan seseorang atau
pembawa (bearer)’
 Satu dokumen yang mengandungi janji oleh
pembuat bahawa dia akan bayar sejumlah
wang
Private Investment Company For
Asia (PICA) SA lwn. Lorrain Esme
Osman
 Elders Finance Asia Ltd lwn Lorrain
Esme Osman

Defendan – isukan nota janji – bayar


kepada plaintif – defendan gagal bayar
– Mahkamah: Plaintif berhak
mendapatkan nota janji itu
4. Deraf Bank(Bankers’ Draft)
 Deraf Bank: dikeluarkan oleh bank kepada
pelanggan (kedudukan baik) di atas
permintaan pelanggan atau permintaan orang
lain ke atas pelanggan – debitkan akaun
pelanggan itu
 S. 5(2): Apabila dalam satu bil itu
pengeluar(drawer) atau pemberi(drawee)
adalah orang sama – pemegang bil itu boleh
anggap bil itu adalah bil pertukaran @ nota
janji.
5. Nota-Nota Bank(Bank Notes)

 Deraf bank yang boleh dibayar kepada


pemegang(bearer) – ia boleh juga satu
nota janji @ satu bentuk deraf bank
6. Bil Perbendaharaan (Treasury
Bills)
 Nota-nota janji yang dikeluarkan oleh
kerajaan bagi mendapatkan hutang
jangka pendek – biasanya bil berjangka
contoh: bil 90 hari – kemudian akan
matang – dapat modal dan faedah
 Bank boleh beli bil ini – bila matang –
bank boleh dapatkan keuntungan –
modal dan faedah
7. Waran Saham (Share
Warrants)
 Apabila sesuatu saham syarikat awam
telah dibayar sepenuhnya – syarikat
akan beri waran saham – beri hak untuk
dapatkan jumlah saham yang
dinyatakan dalam waran saham itu –
waran saham boleh dijual beli
8. Waran Dividen (Dividend
Warrants)
 Dokumen yang diberikan oleh syarikat
mengarahkan bank-bank bayar kepada
sipenama dalam dokumen itu – sejumlah
wang – iaitu dividen ia dapat melalui
pegangan saham dalam syarikat itu
 Contoh: cek, deraf bank – boleh dijual beli –
melainkan sekiranya ada kenyataan ‘Tidak
Boleh Urusniaga’
9. Debentur

 Dokumen yang diberikan oleh syarikat


kepada seseorang sebagai pengakuan
hutang syarikat kepada orang itu – satu
hutang jangka panjang
 Ia boleh dalam bentuk nota janji
10. Cek Kembara (Travellers’
Cheques)
 Sejenis deraf bank yang membolehkan
pemegangnya mengeluarkan wang dari
bank – biasanya satu arahan pelanggan
yang dialamatkan kepada banknya dan
minta bank bayar kepadanya atau
orang lain – sejumlah tertentu wang –
cek kembara ini dianggap oleh
pedagang – pengembara sebagai boleh
diniagakan
BIL PERTUKARAN
Seksyen 3(1) Akta Bil Pertukaran
1949:
“satu perintah bertulis tidak bersyarat,
ditujukan kepada seseorang,
ditandatangan oleh orang yang
memberikan, mengarahkan supaya pihak
yang dialamatkan membayar seberapa
segera sejumlah wang yang pasti”.
CIRI-CIRI BIL PERTUKARAN

 Ciri-ciri
bil pertukaran terdapat
dalam seksyen 3(1) Akta Bil
Pertukaran
Seksyen 3(1) Akta Bil Pertukaran
 1)Perintah Tidak Bersyarat
 2)Bertulis
 3)Dialamatkan kepada seseorang kepada
seseorang yang lain
 4) ditandatangani oleh pemberi
 5)Arahan agar orang yang telah dialamatkan itu
membayar atas permintaan pada masa-masa
tertentu
 6)Satu jumlah wang
 7)Kepada orang yang telah dinyatakan di dalam
bil @ pembawa
 8)Bil pertukaran perlu disokong dengan balasan
 9)Pengeluar bil yang ada kapasiti untuk
berkontrak
 10)Tarikh bil itu
1. Arahan Tidak Bersyarat
 Arahan bil pertukaran itu tanpa bersyarat
 Contoh tidak bersyarat: ‘Bayar kepada
Ahmad Ibrahim RM 1,000’
 Contoh bersyarat: ‘Bayar kepada Ahmad
Ibrahim…sekiranya barang telah sampai’
 Sekiranya bersyarat – bukan bil pertukaran –
seksyen 3(2) Akta Bil Pertukaran
 Bil mesti mengandungi arahan pembayaran
yang jelas dan tidak meragukan
Seksyen 3(3) ABP
 ‘Suatu perintah untuk membayar dana
tertentu tidak boleh bersyarat dalam erti
seksyen ini; tetapi suatu perintah tak
bersyarat untuk membayar, disertai dengan:
 A) menunjukkan dana tertentu dibayar yang
penyuruh bayar adalah membayar semula
dirinya atau akaun tertentu hendaklah
didebitkan dengan amaun itu, atau
 B) pernyataan transaksi yang menjadi bil,
adalah tak bersyarat’
Contoh Bersyarat dan Tanpa
Syarat
 Mustapa seorang peruncit di Kolej Aseania
 Sulaiman adalah pembekal barang-barang
runcit
 Sulaiman membekalkan barang runcit dengan
nilai RM 20,000 kepada Mustapa
 Mustapa menyediakan satu perjanjian
bertulis(bil pertukaran) dan mengarahkan
Banknya iaitu Bank Islam Jitra agar membayar
kepada Sulaiman nilai RM 20,000.00
 Mustafa tulis dalam bil itu ‘…bayar kepada
Sulaiman bin Karim (No. KP:A111111111)
dengan nilai RM 20,000.00 dari akaun saya
no. Q23456789 di Bank Islam Jitra’ –
Mustafa tandatangan dan memberikan tarikh
bil itu

 Bil ini mengandungi ayat tidak bersyarat


Contoh Bersyarat

 Seperti contoh di atas


 Di sini Mustafa tulis:’…bayar kepada
Sulaiman bin Karim…sekiranya barang-
barang yang dibekalkan mencukupi’
 Ayat pada bil pertukaran itu adalah ayat
‘bersyarat’
 Tidak sah bil itu
Kes-Kes

 Ong Kim Lian lwn Kwek Beng Choo


 Cooperative Exportvereniging
‘Vecofa’ UA lwn Maha Syndicate
 Little lwn Slackford
Ong Kim Lian lwn Kwek Beng
Choo
Bil pertukaran – dikeluarkan di Sarawak –
dialamatkan kepada penerima di Singapura –
pemberi bil indorskan bil – bil hilang –
dijumpai dan diberikan kepada Kwek Beng
Choo – bil ada ayat: ‘orang dan dokumen
hendaklah dipastikan. Pengeluaran palsu
tidak dibenarkan’ – Mahkamah: bil itu bukan
bil pertukaran – alasan: melanggar s. 3(2):
‘mana-mana instrumen yang arahkan apa-
apa tindakan hendaklah dibuat sebagai
tambahan kepada pembayaran wang
bukanlah bil pertukaran’
Contoh
 Seperti contoh Mustafa dan Sulaiman di atas
 Di sini Mustafa telah menulis pada bil
pertukaran itu ayat:’ bayar kepada Sulaiman
bin Karim nilai RM 20,000…tetapi orang dan
dokumen hendaklah dipastikan.
Pengeluaran palsu tidak dibenarkan’
 Bil ini bersyarat menurut kes Ong Kim Lian –
Batal bil pertukaran itu
Cooperative Exportvereniging ‘Vecofa’
UA lwn Maha Syndicate
 Maha Syndicate penerima 3 bil pertukaran –
bil ada ayat: ‘Sebaik sahaja selepas 60 hari
dari dokumen telah diberikan, ketika sampai
kapal wap, bayar…atas arahan
Amsterdamsche Bank NV Bijbank
Rotterdam…untuk pengutipan’ – bukan satu
bil bersyarat – jelas dan tidak meragukan
Contoh
 Seperti contoh Mustafa dan Sulaiman di atas
 Di sini Mustafa tulis:’ bayar kepada Sulaiman
bin Karim…nilai RM 20,000…sebaik sahaja
selepas 60 hari dari dokumen telah
diberikan, ketika sampai semua barangan
runcit, bayar…atas arahan Bank Islam
Jitra…untuk pengutipan’
Little lwn Slackford

 Bil pertukaran ini mengandungi ayat:


 ‘Encik Little, sila benarkan pembawa
mendapat tujuh pound sterling dan
masukkan ke dalam akaun saya…’
Mahkamah: Bentuk ayat bil itu tidak
mencukupi bagi menunjukkan ia perlu
dibayar tanpa syarat.
Contoh
 Seperti contoh Mustafa dan Sulaiman di atas
 Di sini Mustafa tulis di dalam bil pertukaran:’
Encik Sulaiman Karim…, sila benarkan
pembawa mendapat RM 1,000.00 dan
masukkan ke dalam akaun saya…’
2. Bertulis
 Seksyen 3 dari Akta Pentafsiran 1967:
‘bertulis’ termasuk:
a. percetakan
b. percetakan di atas permukaan halus
(lithograhphy)
c. penaipan
d. gambar (photography)
e. mana-mana bentuk yang
menyebabkan perkataan-perkataan
dibuat
 Bil pertukaran boleh dicetak dan boleh
ditulis dengan pensil, dakwat
Contoh Bil Pertukaran Yang
Bertulis
 Seperti contoh bil pertukaran yang dibuat oleh
Mustafa kepada Sulaiman sebelum ini, Mustafa
boleh menyatakan ayat ‘bayar kepada Sulaiman
bin Karim… nilai RM 20,000.00’ sama ada:
 A) Menulis pada bil itu;atau,
 B) Menaip ayat itu pada bil itu;atau,
 C) Mencetak secara cetakan komputer pada bil
itu;atau,
 D) Hantar kepada kedai percetakan untuk
mencetak ayat itu pada bil itu
3. Dialamatkan Kepada
Seseorang
 ‘orang’: bermaksud seorang yang sah (legal person) – termasuk orang biasa
(natural person) – firma – syarikat.
 Seksyen 5(2) ABP:
 ‘Jika di dalam sesuatu bil pengeluar atau si diperintah adalah orang yang
sama, atau si diperintah adalah orang yang tidak wujud atau orang yang
tidak berupaya membuat kontrak, pemegang bil itu boleh menganggap bil
itu, atas pilihannya, sama ada sebagai bil pertukaran atau sebagai nota janji’
Contoh ‘Orang’ yang sah – orang
biasa atau firma atau syarikat
 Seperti contoh Mustafa, Sulaiman dan Bank
Islam di atas
 Di sini Mustafa adalah pengeluar(drawer),
Sulaiman(payee/penerima) dan Bank Islam
(drawee/ siperintah)
 Mustafa adalah orang biasa
 Sulaiman adalah orang biasa
 Bank Islam adalah syarikat – orang yang sah
juga
 Melalui contoh Mustafa dan Sulaiman
 Di sini Mustafa membuat bil pertukaran
mengarahkan Bank Islam membayar
kepada Sulaiman – kesemua mereka itu
adalah orang yang ‘sah’
Contoh Menerang seksyen 5(2)
ABP
 Di sini sidiperintah adalah orang yang tidak
wujud atau orang yang tidak berupaya
membuat kontrak
 Katakanlah bahawa Mustafa telah membuat bil
pertukaran mengarahkan Bank Kaya
Berhad(bank ini tidak wujud) membayar
kepada Sulaiman nilai RM 20,000
 Di sini, Bank Kaya Berhad tidak wujud, maka
sudah tentu Bank itu tidak boleh bayar RM
20,000 kepada Sulaiman
 Menurut seksyen 5(2) ABP, Sulaiman boleh
anggap bahawa bil pertukaran itu adalah satu
nota janji
Sekiranya Mustafa gagal bayar RM
20,000, Sulaiman boleh mengambil
tindakan undang-undang ke atas
Mustafa
Contoh Menerangkan Orang
Yang Tidak Berupaya Membuat
Kontrak
 Katakanlah bahawa Musa berhutang dengan
Mustafa RM 20,000.00
 Musa kemudian telah gila segala harta dan
wangnya telah digunakan oleh keluarganya
 Di sini sekiranya Mustafa buat satu bil
pertukaran mengarahkan Musa(yang
berhutang dengan Mustafa RM 20,000)
membayar kepada Sulaiman, sudah tentu
Musa tidak boleh bayar kerana Musa gila dan
tiada lagi wang
 Oleh itu Musa tidak berupaya untuk
membuat kontrak
 Dalam hal ini, Sulaiman boleh anggap
bil pertukaran itu nota janji
 Sekiranya Mustafa tak bayar RM
20,000, Sulaiman boleh mengambil
tindakan undang-undang ke atas
Mustafa
 Seksyen 6 ABP:
 ‘Bahawa si diperintah perlu dinyatakan
atau dinamakan dengan sepasti yang
munasabah’
 Seksyen 7: ‘Jika bil itu bukan kena
dibayar kepada pembawa, si penerima
bayaran mesti dinamakan atau
sebaliknya ditunjuk dengan sepasti
yang munasabah’
Contoh seksyen 6
 Seperti contoh Mustafa sebelum ini
 Di sini Mustafa(pengeluar/drawer)
mengarahkan Bank Islam Berhad (Jitra) (si
diperintah/drawee) membayar RM 20,000
kepada Sulaiman (penerima/payee)
 Si diperintah mesti dinyatakan secara jelas
iaitu Bank Islam Berhad cawangan Jitra
Contoh seksyen 7
 Seperti contoh Mustafa juga
 Di sini Mustafa hendak bayar RM 20,000
kepada Sulaiman secara bil pertukaran
 Sekiranya Mustafa telah mengarahkan
pembawa bernama Ibrahim untuk
memberikan bil pertukaran itu kepada
Sulaiman, Mustafa perlu meletakan nama
Sulaiman di dalam bil pertukaran itu
sekiranya tidak Ibrahim mungkin mengambil
peluang untuk menunaikan bil pertukaran itu
 Contoh bil pertukaran yang ditulis
‘pembawa’:
 ‘Bayar kepada pembawa nilai RM
20,000.00’
 Di sini, sesiapa yang membawa bil
pertukaran itu boleh menunaikannya di
Bank Islam termasuk Ibrahim
 Bagi mengelakkan penipuan, Mustafa
perlu tulis nama penerima iaitu
Sulaiman:’Bayar kepada Sulaiman bin
Karim (No. k/p….) nilai RM 20,000.00’
Amalan Lazim Bil Yang Tidak
Menamakan Penerima
 Biasanya apabila sesuatu bil pertukaran
itu tidak dinyatakan nama penerima,
sebagai ganti perkataan ‘tunai’ ditulis
 Kesan dari ini adalah, sesiapa sahaja
yang membawa bil ini boleh
menunaikannya
Contoh Bil Yang Dinyatakan
‘Tunai’
 Seperti contoh Mustafa di sini, Mustafa
menulis ayat:’Bayar tunai, RM 20,000’
 Disini sesiapa sahaja yang membawa bil ini
dan pergi ke Bank Islam Berhad Jitra boleh
menunaikan dan mendapat RM 20,000
 Sekiranya, Mustafa mengarahkan Ibrahim
hantar bil itu kepada Sulaiman tetapi
sebaliknya Ibrahim menunaikannya, Ibrahim
boleh dapat RM 20,000
 Menurut kes North and South Insurance
Corporation lwn National Provincial Bank -
 Bil ini adalah bil pembawa dan tidak
memerlukan pengesahan Mustafa
bahawa Ibrahim layak dapat RM
20,000.00 – walaupun sebenarnya
Sulaiman patut dapat RM 20,000
4. Ditandatangani Oleh Orang
Yang Memberi
 Seksyen 23 Akta Bil Pertukaran
mengkehendaki bahawa setiap bil
pertukaran perlu ditandatangani – jika
tidak ditandangani orang itu tidak akan
bertanggungjawab – tandatangan
pengeluar (drawer),
pengindor/pengesah, penerima penting
bagi membolehkan bil itu sah.
Contoh Ditandatangani

 Seperti dalam contoh Mustafa


 Di sini Mustafa setelah menulis
ayat :’Bayar kepada Sulaiman bin Karim
(No. k/p…) jumlah RM 20,000.00’, perlu
menandatangani bil itu
 Sekiranya tidak ditandatangani bil itu
tidak sah
Kes

 Lazarus Estates Ltd lwn Beasley


 Lim Guan Teet lwn Shaik Ahamad
Lazarus Estates Ltd lwn Beasley

 Mahkamah: tandatangan individu boleh


dalam bentuk rubber stamp atau cap
dimana dalamnya tertera tandatangan
pengeluar bil
Contoh kes Lazarus

 Seperti contoh Mustafa di atas


 Mustafa boleh menandatangani bil itu
secara:
 A) tandatangan tangan; atau,
 B) Buat atau upah orang buat
cop(rubber stamp) tandatangannya dan
mengecopnya pada bil itu
Lim Guan Teet lwn Shaik
Ahamad
 Pihak defendan telah mengeluarkan satu
nota janji terhadap plaintif dengan balasan
plaintif menghentikan tuntutannya terhadap
sultan Aceh. Nota itu tidak mengandungi
tandatangan, sebaliknya hanya terdapat cap
dan materai yang mengandungi pembuat
nota itu
 Mahkamah: cap dan materi memadai sebagai
tandatangan
Contoh cap dan materi sebagai
tandatangan
 Seperti contoh Mustafa di atas
 Di sini Mustafa telah mengupah kedai Ah Seng
buat satu cop dan materi logam yang
mengandungi nama Mustafa bin Ali (No. k/p
A123456789) dan mengecopkannya pada bil
pertukaran yang diserahkan kepada Sulaiman
 Menurut kes Lim Guan Tet – walaupun
Mustafa tidak menandatangani bil itu tetapi
telah mengecopkan secara cop logam itu, bil
itu telah dianggap telah ditandatangani Mustafa
5. Orang Yang Dialamatkan(si
diperintah) Hendaklah Membayar Atas
Permintaan atau Pada Masa Yang Telah
Ditetapkan
 Seksyen 10(1) ABP: Satu bil itu dikatakan
sebagai telah boleh dibayar atas permintaan
bila:
a. bil itu telah dinyatakan secara jelas boleh
dibayar atas tuntutan atau pada masa dilihat
(sight) atau semasa penyerahan; atau
b. bil itu tidak dinyatakan masa untuk
pembayaran
 Seksyen 11(1): Satu bil itu dikatakan
boleh dibayar pada masa tertentu pada
masa hadapan sekiranya:
a. pada masa yang telah ditetapkan
selepas tarikh dilihat (sight) atau
segera; atau,
b. pada masa tertentu selepas berlaku
sesuatu peristiwa walaupun tidak
diketahui bila
Contoh seksyen 10(1) ABP
 Seperti contoh Mustafa
 Di sini Mustafa tulis: “Kepada Bank Islam Jitra,
bayar kepada Sulaiman Karim (No. KP…) jumlah
RM 20,000.00 segera @ atas permintaan’
 Di sini apabila Sulaiman dapat bil ini, Sulaiman
boleh menunaikan pada:
 A) Sebaik sahaja Sulaiman dapat bil itu; atau
 B) Sulaiman boleh menunaikan bil itu bila-bila
masa sahaja selepas terima bil itu –
sebulan atau setahun atau dua tahun etc –
sekiranya bil itu tidak menyatakan tarikh tertentu
untuk ditunaikan
Contoh seksyen 11(1)(a)
 Seperti contoh Mustafa juga
 Di sini Mustafa tulis: Kepada Bank Islam
Jitra, sila bayar kepada Sulaiman…RM
20,000 pada 1hb. Mac, 2003’
 Di sini, hanya pada 1hb. Mac, 2003
sahaja Sulaiman boleh tunaikan dan
dapat duit RM 20,000 di Bank Islam
Jitra
Contoh Seksyen 11(1)(b)
 Di sini Mustafa tulis: ‘Kepada Bank Islam
Jitra, sila bayar kepada Sulaiman… jumlah
RM 20,000 selepas sehari perlumbaan Le
Tour De Langkawi 2003 berakhir’
 Di sini, Sulaiman hanya boleh menunaikan bil
itu di Bank Islam selepas sehari LTDL selesai
bukan semasa LTDL atau sebelumnya
6. Sejumlah Wang
 Seksyen 9(1) ABP: Satu jumlah boleh dibayar
oleh sesuatu bil itu adalah satu jumlah yang
telah ditentukan:
a. dengan faedah
b. dengan instalmen – ansuran
c. dengan instalmen dengan syarat sekiranya
ada kemungkiran pembayaran,
keseluruhan bayaran terhutang perlu dibayar
d. bergantung kepada kadar pertukaran yang
akan ditetapkan sebagaimana diarahkan
oleh bil
Contoh jumlah yang ditentukan
dengan faedah
 Di sini Mustafa tulis:’Bayar RM 20,000
dengan faedah RM 1,000.00 kepada
Sulaiman…’
 Sulaiman akan dapat RM 20,000 dan
faedah RM 1,000.00 dari Bank Islam
Jitra
Contoh Jumlah dengan instalmen
ansuran
 Mustafa tulis: Bayar RM 20,000 kepada
Sulaiman bin Karim (No.k/p…) secara
ansuran RM 1,000 selama 20 bulan
bermula pada 1hb. Mac, 2003’
 Di sini, Sulaiman akan dapat RM 1,000
bermula dari 1/3/03 sehingga 20 bulan
seterusnya secara berturut-turut dari
Bank Islam Jitra
Contoh bayar jumlah dengan instalmen
dengan syarat sekiranya mungkir pembayaran
keseluruhan hutang perlu dibayar
 Di sini Mustafa tulis:’Bayar RM 20,000 secara
ansuran RM 1,000 setiap bulan bermula 1/3/03
kepada Sulaiman Karim No. K/P…sehingga
selesai kecuali sekiranya gagal bayar ansuran,
keseluruhan jumlah yang berbaki perlu bayar
sekali gus’
 Sekiranya pada 1/3/,1/4/ dan1/5/03 Bank Islam
bayar RM 1,000 setiap bulan tetapi pada 1/6/03,
gagal bayar ansuran baki berjumlah RM 17,000
perlu dibayar sekali gus kepada Sulaiman
Contoh bayar jumlah menurut
kadar pertukaran
 Di sini Mustafa tulis:’Bayar RM 20,000 kepada
Sulaiman Karim sekiranya kadar ringgit
adalah RM3.8 bersamaan dengan 1 dolar AS,
sebaliknya bayar RM 30,000 sekiranya kadar
ringgit adalah RM 6 bersamaan 1 dolar AS’
 Sekiranya kadar ringgit adalah pada RM 3.8
bersamaan dengan 1 dolar AS, Sulaiman
akan dapat RM 20,000 tepat sebaliknya
sekiranya kadar RM 6 bersamaan 1 dolar AS,
Sulaiman akan dapat RM 30,000
Kes – Barlow lwn Broadhurst

 Suatu perintah ditulis ‘Bayar 400 pound


kepada wakil JS, tolak apa-apa faedah
atau wang yang mungkin terhutang oleh
JS kepada defendan’
 Mahkamah: Ini bukan satu bil
pertukaran yang sah kerana jumlah
sebenar kena dibayar tidak pasti
Contoh kes Barlow

 Mustafa tulis dalam bil


pertukaran:’Bayar RM 20,000 kepada
Sulaiman Karim no. k/p…, tolak apa-
apa faedah atau wang yang mungkin
terhutang oleh Sulaiman Karim kepada
Mustafa’
 Menurut kes Barlow – bil ini tidak sah
7. Bayar MenurutArahan
Seseorang atau Pembawa
 S. 8(2)ABP: Satu bil boleh dibayar sama ada atas
arahan atau kepada pembawa
 Contoh bil dibayar atas seseorang: ‘Bayar Kepada
Fauzi Mohd Faizal’
 Pengindorsan/pengesahan: seksyen 32 ABP: satu
tandatangan pada belakang cek @ bil pertukaran
 S. 34(1) ABP: pengindorsan/pengesahan pada
cek kosong @ bil pertukaran tanpa nama orang
tertentu, cek itu akan boleh dibayar kepada
mana-mana pembawa
 Contoh cek(bil) yang boleh dibayar kepada
salah seorang dari dua orang:
a. Bayar kepada Ali atau arahan (order)
b. Bayar kepada Ali (dengan perkataan ‘arahan’
dipotong)
c. Bayar kepada Ali (dengan perkataan
‘pembawa’ dipotong)
Contoh bil pembawa:
a. Bayar Kepada Pembawa
b. Bayar kepada Ali atau pembawa
c. Bayar kepada Ali atau arahan atau pembawa
Contoh seksyen 8(2)
 Seperti contoh Mustafa di atas
 Di sini Mustafa tulis:’Bayar RM 20,000
atas arahan’
 Di sini sesiapa sahaja boleh
menunaikan bil. Orang yang membawa
bil ini juga boleh mengarahkan Bank
Islam Jitra bayar kepadanya RM
20,000.00
Contoh seterusnya s. 8(2)

 Mustafa tulis:’Bayar RM 20,000 kepada


pembawa’
 Sesiapa sahaja yang membawa bil itu
boleh menunaikan bil itu walaupun
bukan Sulaiman yang bawa
8. Bil Pertukaran Perlu Disokong
Dengan Balasan
 Seksyen 27(1) balasan yang bernilai
untuk bil pertukaran boleh terbentuk
dengan:
a) apa-apa balasan yang mencukupi
yang menyokong satu kontrak ringkas
b) hutang dan tanggungan dahulu
Contoh ‘apa-apa balasan yang
mencukupi yang menyokong satu
kontrak ringkas’
 Di sini, Mustafa dapat barangan runcit
bernilai RM 20,000 dari Sulaiman Karim
pembekal barangan itu dari pekan Pauh,
dekat Kangar, Perlis
 Hubungan antara Mustafa dan Sulaiman dan
barangan berjumlah RM 20,000 itu terdapat
hubungan kontrak ringkas – barangan itu
adalah balasan yang memungkin Sulaiman
dapat wang RM 20,000 dari Mustafa dalam
bentuk bil pertukaran
9. Keupayaan(capacity) Untuk
Berkontrak Melalui Bil
Pertukaran
 Seksyen 22(1): Keupayaan untuk
menanggung liabiliti mempunyai
hubungan dengan keupayaan untuk
berkontrak
 Minor(tidak cukup umur) @ orang gila –
tidak boleh buka akaun – tidak
bertanggungan ke atas bil pertukaran
yang mereka keluarkan
Contoh minor atau orang gila
 Mustafa dapat barangan berjumlah RM
20,000 dari Sulaiman
 Mustafa berumur 15 tahun – umur
belum dewasa @ Mustafa orang gila
(Tanjung Rambutan)
 Mustafa keluarkan bil pertukaran
kepada Sulaiman
 Tidak sah bil pertukaran itu
10. Tarikh Bil Pertukaran
 Seksyen 3(4): Bil masih lagi sah walaupun
tidak diberi tarikh
 Seksyen 12: Berkenaan dengan bil yang
tidak ditarikhkan – pemegang bil boleh
letakkan tarikh – dengan syarat – suci hati
 Seksyen 13(2): Bil sebelum tarikh (ante-
dated) dan bil diluar tarikh (post - dated)
masih lagi sah
Contoh s. 3(4) – Bil Tidak
Bertarikh
 Mustafa keluarkan bil pertukaran pada
1/2/03 kepada Sulaiman tetapi tidak
bubuh tarikh pada bil itu
 Menurut s. 3(4) bil itu masih sah
 Sulaiman boleh sendiri letak tarikh
dengan syarat suci hati – s. 12
Contoh 13(2) Bil sebelum tarikh

 Mustafa keluarkan bil pertukaran


kepada Sulaiman pada 1/2/03 tetapi
tersilap letak tarikh iaitu pada 1/2/02
 Menurut s. 13(2) bil itu masih sah
Contoh s. 13(2) Bil di luar tarikh
 Mustafa keluarkan bil pada 1/3/03
kepada Sulaiman tetapi letak tarikh
pada 1/3/04
 Bil masih sah menurut s. 13(2)
 Walau bagaimanapun, Sulaiman kena
tunggu sehingga 1hb. Mac, 2004 untuk
tunaikan bil itu di Bank Islam Jitra –
baru dapat duit RM 20,000.00
CEK
Jenis-Jenis Cek
 Cek Tidak Bertarikh
 Cek Luput Masa/Cek Lapuk
(overdue cheque) & (Stale Cheque)
 Cek Luar Tarikh (post-dated
cheque)
 Cek Palsu (forged cheque)
1. Cek Tidak Bertarikh

 Pihak bank boleh tidak menunaikan


cek
 Seksyen 20 ABP: Pemegang cek
boleh mengisi tarikh betul dalam
masa yang munasabah dan cek itu
boleh ditunaikan
Contoh Cek Tidak Bertarikh
 Adam beli satu TV Sony berharga RM 900 dari
Chang Kedai Sony di Changlun
 Adam keluarkan ceknya(akaun di BCB Bank
UUM) bernilai RM 900 dan memberikan
kepada Seng pekedai
 Walau bagaimanapun, Adam terlupa letak
tarikh cek itu iaitu pada 17hb. Februari, 2003
 Sekiranya Seng ingin menunaikan cek itu di
BCB Bank UUM, Seng tidak boleh
menunaikan cek itu dan tidak dapat duit
 Untuk itu bagi membolehkan Seng
menunaikan cek itu, Seng perlu
meletakkan tarikh cek itu iaitu dengan
meletakkan tarikh 17hb. Februari, 2003
 Menurut seksyen 20 ABP: Pemegang
cek (Seng) boleh mengisi tarikh betul
dalam masa yang munasabah dan cek
itu boleh ditunaikan
2. Cek Luput Masa & Cek Lapuk
 Cek luput masa adalah satu cek yang
telah berada dalam peredaran
urusniaga (circulation) sehingga ke
suatu tempoh yang panjang dan tidak
munasabah: Seksyen 36(3)
 Cek Lapuk (Stale Cheque): Cek yang
telah berada dalam edaran untuk
jangka masa yang lama – lebih dari 6
bulan dari tarikh cek itu dikeluarkan
Contoh Cek Luput Mas
 Seperti contoh Adam di atas
 Katakanlah Adam telah letakkan tarikh
17hb. Feb. 2003 pada cek itu
 Walau bagaimanapun, Seng
menunaikan cek itu pada18hb.
September, 2003 di BCB Bank UUM
 Cek itu adalah cek luput masa dan cek
lapuk
3. Cek Luar Tarikh(Post Dated
Cheque)
 Cek luar tarikh adalah satu cek yang
terdapat tarikh akan datang
 Secara umumnya, cek luar tarikh
bukanlah satu cek kerana ia tidak boleh
dibayar atas permintaan.
 Walau bagaimanapun, seksyen 13(2)
masih lagi menganggap cek luar tarikh
adalah satu cek yang sah
Contoh Cek Luar Tarikh
 Seperti contoh Adam di atas
 Di sini Adam telah meletakkan tarikh 17hb.
September, 2003 pada cek itu walaupun,
transaksi dilakukan pada 17hb. Februari,
2003 dengan Seng
 Seng tidak boleh menunaikan cek itu
sehingga sampai tarikh 17hb. Sep. 2003
 Cek Adam ini adalah cek luar tarikh
4. Cek Palsu
 Bank yang membayar cek yang telah
dipalsukan tandatangannya akan
bertanggungan kerana membayar tanpa
mendapat MANDAT atau AUTORITI
untuk mendebitkan(kurangkan) akaun
kliennya
 Seksyen 24: Apabila satu tandatangan
bil telah dipalsukan, tandatangan itu
secara keseluruhannya tidak akan
berkesan (wholly inoperative) KECUALI
klien itu tidak terlibat dengan pemalsuan
cek
Contoh Cek Palsu
 Adam telah mencuri buku cek Shamsul
 Adam tiru tandatangan Shamsul dan
mengeluarkan ceknya dengan menulis jumlah
RM 900 kepada Seng
 Seng menunaikan cek itu di BCB Bank UUM
 Menurut undang-undang, secara umumnya,
BCB Bank UUM akan bertanggungan kerana
membenarkan cek itu ditunaikan tanpa
kebenaran Shamsul
 Menurut seksyen 24 ABP, cek itu secara
keseluruhannya tidak berkesan/tidak bernilai
KECUALI sekiranya Shamsul(klien) terlibat
dalam pemalsuan itu
PEMALANGAN CEK
 Tujuan pemalangan adalah untuk
mengarahkan pembayaran dibuat hanya
melalui satu bank ATAU ia mestilah dibayar
dalam cara tertentu(eg:melalui akaun)
 Pengeluar palang cek bertujuan: bagi
memastikan sekiranya cek itu jatuh ke
tangan penerima yang salah – ia akan
menyukarkannya untuk mendapatkan
pembayaran – akaun penerima mesti
dipastikan – sukarkan orang yang tiada
akaun – memudahkan penerima dikenalpasti
Contoh Pemalangan Cek
 Seperti contoh Adam
 Di sini Adam telah memalangkan ceknya pada
penjuru atas kiri sebelum menyerahkan kepada
Seng
 Kesan pemalangan adalah:
 A) Memastikan hanya Seng sahaja yang terima
wang;
 B)Sukarkan orang lain selain Seng dapat wang
 C)Memudahkan BCB Bank UUM mengenal pasti
penerima yang sah
 Pemalangan cek boleh sama ada ianya
berbentuk UMUM atau KHUSUS
 Seksyen 76(1): pemalangan secara UMUM
adalah seperti berikut:
a. dua garisan selari sahaja; ATAU
b. dua garisan selari dengan ayat ‘Tidak
Boleh Urusniaga’ ATAU
c. Perkataan ‘ dan syarikat’ di antara dua
garisan selari ATAU
d. Perkataan ‘& Syarikat’ ATAU
e. Perkataan ‘dan syarikat’ dengan ayat
‘Tidak Boleh Urusniaga’ ATAU
f. Perkataan ‘& Syarikat’ dengan ayat ‘Tidak
Boleh Urusniaga’
Contoh Cek Pemalangan Umum
 Seperti contoh Adam di atas
 Di sini Adam telah memalang cek itu dengan
dua garisan selari pada penjuru kiri atas cek
itu; atau
 Adam memalang cek itu dan di antara dua
garisan itu tertulis ‘Tidak Boleh Urusniaga’;
atau,
 Adam menulis ayat ‘dan syarikat’ di antara
dua garisan selari itu; atau
 Adam menulis ayat ‘& syarikat’ di antara dua
garisan selari itu; atau
 Adam menulis ayat ‘dan syarikat’ dan ‘tidak
boleh urusniaga’; atau
 Adam menulis ayat ‘& syarikat’ dan ayat
‘tidak boleh urusniaga’
 KESAN pemalangan umum adalah
bank pembayar hanya boleh membayar
jumlah yang dinyatakan di dalam cek
kepada bank pengutip – bank tidak
boleh bayar secara tunai di kaunter
dalam kes sebegini
 Sekiranya satu cek itu terdapat nama
bank sama ada terdapat ayat ‘tidak
boleh urusniaga’ atau tidak, cek itu
dianggap telah dipalang khusus kepada
bank itu
Contoh Bank Pengutip dan Bank
Pembayar
 Seperti contoh Adam di atas
 Bank Pembayar adalah BCB Bank UUM kerana
Adam ada akaun semasa di bank itu;
 Bank Pengutip adalah bank Seng contohnya
Public Bank, Changlung
 Apabila Seng terima cek BCB Bank Adam, Seng
telah mendepositkan cek itu di banknya Public
Bank Changlun
 Public Bank Changlun akan menyerahkan cek
itu kepada BCB Bank UUM untuk pembayaran
Contoh Kesan Pemalangan
Umum
 Contoh Adam di atas
 Di sini apabila Seng terima cek itu, Seng telah
mendepositkan cek itu di banknya – Public
Bank Changlun(Bank Pengutip)
 Bank Pengutip itu akan memberikan kepada
Bank Pembayar (BCB Bank UUM) dan BCB
Bank UUM akan bayar kepada Public Bank
Changlun melalui akaun Seng di Public Bank
 Pembayaran secara tunai di kaunter BCB
Bank UUM tidak boleh
 KESAN pemalangan khusus pada cek
itu adalah bank pembayar hendaklah
membayar satu jumlah yang dinyatakan
di dalam cek HANYA kepada bank
pengutip yang dinamakan di dalam cek
itu SAHAJA
 Apabila cek itu tidak dipalang,
pemegang cek BOLEH memalangnya
secara UMUM atau KHUSUS –
pemegang cek boleh tambah – ‘tidak
boleh urusniaga’ – seksyen 77 dan 78
ABP
 ‘Akaun Penerima’ atau ‘A/K Penerima’
atau ‘A/K Penerima Sahaja’ – boleh
dimasukkan di antara dua garisan
palang yang selari itu
 KESAN: memberi satu notis kepada
bank pengutip bahawa HANYA akaun
penerima sahaja yang boleh dikreditkan
dengan jumlah yang dinyatakan dalam
cek – diputuskan dalam NATIONAL
CITY BANK OF NEW YORK LWN HO
HONG BANK LTD
Contoh Cek Pemalangan Khusus
 Seperti contoh Adam di atas
 Di sini Adam menulis pada garisan selari di
penjuru atas kiri cek itu dengan ayat:
 A)’a/k penerima sahaja’ atau ‘akaun
penerima’ atau ‘a/k penerima’
 Kesan pemalangan khusus adalah Bank
Pengutip(Public Bank Changlun) hanya boleh
kredit nilai RM 900 itu ke dalam akaun
penerima sahaja iaitu Seng
Kes-Kes
 HOUSE PROPERTY CO. OF LONDON
LWN LONDON COUNTY &
WESTMINSTER BANK
Bank pengutip BERSALAH sekiranya
cuai dan bertanggungan kepada
empunya sebenar ke atas jumlah yang
dinyatakan di dalam cek itu sekiranya
bank itu gagal untuk memalang
 FAR EASTERN BANK LWN BEE
HONG FINANCE CO.
Walaupun bank pengutip bersalah
dengan tidak memalang pada cek,
namun bank itu boleh membela bahawa
sekiranya terbukti satu inquiry
(pertanyaan dan siasatan) yang
sewajarnya telah dibuat oleh bank itu
bagi mengetahui tentang status orang
yang akaunnya itu telah dikreditkan
dengan jumlah yang terdapat pada cek
itu
 FAR EASTERN BANK LWN. BEE
HONG FINANCE CO.
FEB(plaintif) – sebuah pemberi pinjaman
berlesen (licensed money lender) – keluarkan cek
– ditandakan ‘A/K Penerima Sahaja’ berjumlah
RM 10,000 kepada LL – jumlah ini adalah
pinjaman yang diberikan oleh FEB kepada LL
atas cagaran 7 sijil saham – 7 sijil ini kemudian
didapati palsu – LL dan AYS bawa cek kepada
BHF(defendan) untuk tunaikan – LL tiada akaun
dalam BHF – jumlah RM 10,000 dikreditkan ke
dalam a/k AYS – LL keluarkan RM 9,800 – FEB
pohon satu deklarasi BHF telah cuai – LL tiada
akaun
Mahkamah: BHF cuai – BHF
rayu – Mahkamah Rayuan:
BHF tidak cuai – alasan: adalah
jelas bank (BHF) telah
melakukan semua pertanyaan
(enquiries) secara munasabah
yang sepatutnya boleh dibuat
sebagaimana yang telah
dijangkakan
Perubahan Pada Cek
Seksyen 64: perubahan MATERIAL
ADALAH pada – tarikh – jumlah
berbayar – masa pembayaran – tempat
pembayaran – TANPA KEBENARAN
pengeluar
 cek yang berubah tanpa kebenaran
pengeluar – pengeluar tidak
bertanggungjawab – bank tidak boleh
debitkan akaun pengeluar
Seksyen 64(1): sekiranya bil telah secara
JELASnya berubah TANPA kebenaran
semua pihak – bil itu boleh ditolak KECUALI
SEKIRANYA pihak @ pengindors/pengesah
yang kemudian yang telah MEMBENARKAN
perubahan itu dibuat
DENGAN SYARAT:
sekiranya bil itu telah berubah – TETAPI
perubahan itu TIDAK JELAS dan bil itu telah
berada dalam tangan pemegang
kemudiannya – pemegang itu boleh
mengguna pakai dan menguatkuasakan bil
itu
 Adalah menjadi tanggungjawab klien
untuk berhati-hati dalam mengeluarkan
cek – terhindar dari bahaya FROD

 Sekiranya FROD disebabkan oleh


kelalaian klien(pengeluar) dan
pemegang cek itu melakukan FROD
dan percaya pada FROD itu dan bayar
kepada pemegang itu – Bank TIDAK
bertanggungan
Kes-Kes FROD
 LONDON JOINT STOCK BANK LWN
MACMILLAN & ARTHUR
Seorang pekongsi firma keluarkan cek
berjumlah 2 pound sterling kepada pembawa
– jumlah dinyatakan dalam bentuk angka –
tidak dalam perkataan – kerani firma tipu –
tulis angka 120 sterling pound – tuliskan
dengan perkataan – tunaikan di bank –
Mahkamah: bank tidak bertanggungan –
pekongsi lalai – cuai – kerana tinggalkan
tempat kosong yang membolehkan kerani itu
menambah angka ‘1’ dan ‘0’ pada angka ‘2’
dan tidak menulis dengan perkataan
 BARBOUR LTD LWN. HO HONG
BANK LTD
Pengurus BL keluarkan cek dollar 2,520
tetapi perkataan ‘dua’ ditulis dengan
keadaan yang membolehkan ianya
ditukar kepada ‘dua belas’ – tanda
‘dollar’ begitu jauh dari ‘2,520’ yang
membolehkan pembawa menambah ‘1’
– jadi ’12,520’ – bank bayar dollar
12,520 – Mahkamah: pengurus cuai –
bank tidak bertanggungan
Perlindungan Kepada Bank
 Pembayar
Bank pembayar (drawee) tidak akan
bertanggungan sekiranya bank bayar cek pada
masa yang sesuai (payment in due course)
 Bank pembayar (drawee) tidak akan
bertanggungan sekiranya bank bayar cek yang
tidak diendors/diesahkan atau secara salah
diendors/diesahkan secara suci hati dan dalam
perjalanan biasa perniagaan
 Bank Pembayar Tidak Akan Bertanggungan Dalam
Membayar sesuatu Cek Berpalang Dalam Situasi
Tertentu
® Bank Pembayar Tidak Akan Bertanggungan Ke
Atas Pembayaran Cek yang telah Dipalsukan atau
Pengesahan Yang Tidak Sah Secara Suci Hati dan
Dalam Proses Perniagaan Biasa
1. Bank pembayar (drawee) tidak akan
bertanggungan sekiranya bank bayar
cek pada masa yang sesuai (payment
in due course)
 Pembayaran pada masa yang
sesuai: pembayaran dibuat pada
atau selepas tempoh matang bil itu
kepada pemegang bil yang suci
hati yang tidak mengetahui bahawa
bil itu cacat @ tidak sah
 Contoh: A keluarkan cek Bank Muamalat
Bhd, untuk dibayar kepada B - Bila B
terima cek, B buat pengesahan kosong
(tidak buat pengesahan yang sepatutnya)
cek itu - Cek hilang – cek itu boleh
ditunaikan oleh mana-mana pembawa –
D jumpa cek – tunaikan di Bank
Muamalat – dapat duit – Bank Muamalat
tidak bertanggungan – Alasan: Bank
Muamalat telah bayar kepada
pembawa/pemegang cek yang suci hati –
tidak tahu cek itu cacat – tak sah -
2. Bank pembayar (drawee) tidak akan
bertanggungan sekiranya bank bayar cek yang
tidak diendors/diesahkan atau secara salah
diendors/diesahkan secara suci hati dan dalam
perjalanan biasa perniagaan

 Seksyen 82
3. Bank pembayar (drawee) tidak akan
bertanggungan di atas pembayaran cek
berpalang
 Seksyen 80
 Sekiranya bank pembayar (drawee)
bayar satu cek berpalang secara suci
hati – tanpa cuai menurut pemalangan
itu – bank tidak bertanggungan
 Contoh: A keluarkan cek Bank
Muamalat kepada B sebagai
menyelesaikan hutang A kepada B – B
terima – palang cek itu – cek itu dicuri
oleh C – C pergi ke Bank Islam –
berlakon seolah-olah C adalah B – C
buka akaun atas nama B – Bank Islam
serahkan cek kepada Bank Muamalat
secara suci hati, tanpa cuai – Bank
Muamalat tidak bertanggungan
4. Bank Pembayar Tidak Akan Bertanggungan
Ke Atas Pembayaran Cek yang telah Dipalsukan
atau Pengesahan Yang Tidak Sah Secara Suci
Hati dan Dalam Proses Perniagaan Biasa

 Seksyen 60
 Contoh: A keluarkan cek Bank Eon kepada B
– cek dicuri oleh C – C tiru tandatangan dan
pengesahan B – C urusniagakan cek itu
kepada D – D urusniagakan cek kepada E –
E bawa cek kepada Bank Eon – Bank Eon
bayar kepada E – Bank Eon tak
bertanggungan
SEKIAN

You might also like