You are on page 1of 2

SOALAN 2

1. Empat ciri penting bil pertukaran:


a. Dalam elemen perintah bertulis tidak bersyarat, permintaan atau
keizinan tidak boleh dianggap sebagai perintah kerana satu perintah
dianggap adalah bersyarat jika:
Ia memberikan peluan atau bidibicara kepada drawee untuk
membayar.
o Di dalam kes Williamson lwn Rider arahan yang
dikeluarkan adalah, bayar x pada atau sebelum 31
disember 1956. Ia bukan satu bil yang sah.
Memberikan arahan lain selain membayar
b. Seksyen 7(3) mengatakan jika si penerima janji seseorag yang tidak
wujud, maka bil itu akan menjadi bil pembawa. Ketidakwujudan si
penerima boleh sama ada kerana sudah mati atau pengeluar tidak
berniat membayar kepada orang yang dinamakan itu. Jika demikian
keadaannya, walaupun orang yang dinamakan itu masih wujud, dia
akan dianggap tidak wujud atau diada-adakan.
c. Cop atau meterai boleh digantikan sebagai tangdatangan kerana akta
tidak memberikan takrifan yang tepat mengenai maksud tandatangan.
Dalam kes Lim Guan Tet lwn Sheikh Ahmad, mahkamah memutuskan
bahawa cop dan meterai adalah dianggap sebagai satu cara
tangdatangan. Ini berlaku apabila pihak defendan mengeluarkan satu
nota janji terhadap plaintif dengan balasan pihak plaintif dengan
balasan pihak plaintif menghentikan tuntutan beliau terhadap Sultan
Aceh. Nota tidak mengandungi tandatangan tetapi cop dan meterai
masih dianggap satu tandatangan yang sah.
d. Bayaran atas tuntutan :
Seksyen 10 menerangkan, bil dikatakan dibayar seberapa segera
apabila :
i.
Ia ditentukan sedemikian, atau apabila dilihat, atau semasa
persembahan.
ii.
Apabila tiada masa tertentu dinyatakan.
Manakala Seksyen 11 menyatakan bahawa bayaran pada masa
hadapan ialah bayaran pada tempoh yang ditetapkan selepas tarikh
atau dilihat.
Seksyen 12 menyebut :

Jika bil dekeluarkan tanpa tarikh, maka pemegang bil perlu


memasukkan tarikh yang betul.
Seksyen 3(4)(a) ABP juga mengatakan :
Bil perlu diletakkan tarikh, tetapi juga tidak bertarikh, ia masih
dianggap sah.
Melalui kes Haque lwn French dinyatakan bahawa tarikh pada
sesuatu bil adalah elemen penting jika ia adalah bil masa tetapi bil
tidak bertarikh masih dianggap sah.
2. Empat jenis pengendorsan yang sah:
a. Pengendorsan khusus atau spesifik
Pengendorsan khusus diperuntukkan di dalam seksyen 34 di
mana pengendorsan ini menyebut nama oran kepada sesiapa bil
itu perlu dibayar. Ia adalah satu pengendors meletakkan nama
penerima di atasnya. Jika terdapat pengendorsan kosong,
pemegang bil itu boleh menukarnya menjadi spesifik dengan
menamakan orang kepada siapa tuntukan bil itu harus dibayar.
b. Pengendorsan kosong
Seksyen 34 menyebutkan bahawa pegendorsan kosong berlaku
apabila penerima bayaran menurukan tandatangannya di
belakang bil dan nama penerima pengendorsan tidak disebut di
atas tandatangan penerima bayaran. Apabila berlaku keadaan
sedemikian, maka pengendorsan itu dipanggil pengendorsan
kosong dan bil itu boleh dibayar kepada pembawa.
c. Pengendorsan bersyarat
Pengendorsan ini berlaku apabila pengendors menambahkan
perkataan seperti sans resources yang menafikan tanggungan
terhadap bil itu.
d. Pengendorsan terhad
Berlaku apabila sesuatu bil yang diedors sedemikian berhak
mendapatkan bayaran atas bil itu tetapi ia tidak boleh
diniagakan selanjutnya.
e. Pengendorsan fakultatif
Pengendorsan ini berlaku apabila pengendors secara jelas
melepaskan setengah atau semua haknya berkaitan dengan bil.

You might also like