You are on page 1of 2

110(B)

PEMBELAAN: persetujuan dan penyelesaian,1


pembayaran wang

[2060]–[2070]

(Kepala borang seperti dalam Borang 81(B))

PEMBELAAN

1. Defendan mengakui kontrak yang dirujuk kepada


di perenggan 1 Pernyataan Tuntutan.
2. Defendan menafikan bahawa beliau memungkiri
kontrak seperti yang dikatakan atau bagaimanapun.
3. Selanjutnya atau secara alternatif, Defendan
menyatakan bahawa melalui satu perjanjian bertulis bertarikh
pada ___ haribulan _________ 20___ di antara Plaintif dan
Defendan, adalah dipersetujui bahawa Defendan kena dengan
segera membayar kepada Plaintif wang berjumlah RM10,000 dan
bahawa Plaintif akan menerima wang tersebut sebagai
penyelesaian dan pelepasan yang penuh dan terakhir akan hutang
berjumlah RM12,000 yang kena dibayar kepadanya oleh
Defendan.
4. Pada ___ haribulan _________ 20___ Defendan,
selaras dengan perjanjian tersebut, membayar kepada Plaintif
wang berjumlah RM10,000 yang telah diterima oleh Plaintif
sebagai penyelesaian dan pelepasan hak-hak dan tuntutan-
tuntutan beliau.
5. Oleh kerana perkara-perkara yang tersebut di atas
Defendan menafikan bahawa beliau terhutang kepada Plaintif
seperti yang dikatakan di dalam Pernyataan Tuntutan.
6. Selanjutnya atau secara alternatif Defendan
menyatakan bahawa dalam premis demikian adalah tidak
saksama untuk Plaintif menuntut atau menguatkuasakan
pembayaran wang sejumlah RM12,000 tersebut memandangkan
beliau adalah dan patut diestop dan dihalang daripada berbuat
demikian.2

(Tamatkan seperti dalam Borang 81(B))

1 The accord is the agreement by which the obligation is discharged.


The satisfaction is the consideration which makes the agreement
operative': British Russian Gazette dan Trade Outlook Ltd v
Associated Newspapers Ltd [1933] 2 KB 616 di 643, CA (Eng),
menurut Scrutton LJ.
2 Di mana seorang pemiutang dengan sukarelanya bersetuju untuk
menerima suatu jumlah yang kurang sebagai penyelesaian satu hutang
yang lebih besar, dan penghutang bertindak atas persetujuan itu, maka
adalah tidak saksama untuk pemiutang berkeras mengenai bakinya:
D & C Builders v Rees [1966] 2 QB 617 di 625, CA (Eng), menurut
Lord Denning MR mengikut Central London Property Trust Ltd v High
Trees House Ltd [1948] 2 KB 42 di 47 menurut Denning J (beliau ketika
itu).

You might also like