You are on page 1of 3

PELEPASAN KONTRAK (DISCHARGE OF CONTRACT)

y Kewajipan kontraktual pihak-pihak dalam sesuatu kontrak dikatakan telah dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan tidak lagi dikehendaki melaksanakan obligasi tersebut. y i. Sesuatu kontrak boleh dilepaskan apabila terdapat faktor-faktor berikut: PELAKSANAAN  Bermaksud penyempurnaan lengkap/sebenar sesuatu kewajipan menurut syarat2 yang telah dipersetujui dalam kontrak.  ii. Kes: BOLTON lwn. MAHADEWA (1972)

PERJANJIAN  Pihak-pihak yang berkontrak melepaskan kewajipan atau obligasi masingmasing melalui perjanjian baru.  Perjanjian-perjanjian baru boleh jadi dalam bentuk: a. b. c. d. KEKECEWAAN  Seksyen 57, AK1950, apabila berlaku ketidakmungkinan dalam perlaksanaan sesuatu kontrak maka kontrak tersebut adalah mustahil untuk dilaksanakan.   Inilah yang dikatakan suatu kontrak yang kecewa. Kes: SENG DJIT HIN lwn. NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO. (1924) Novasi Pembatalan Penggubalan Remitan

iii.

iv.

KEMUNGKIRAN  Apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk melaksanakan obligasi kontraktualnya, ini memberikan hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan kontrak.

REMEDI BAGI PECAH KONTRAK Remedi satu cara yang diberi oleh undang-undang untuk menguatkuasakan sesuatu hak atau bagi mendapatkan pampasan berbentuk wang bagi menggantikan pelaksanaan.  Tuntutan boleh dibuat dalam bentuk : i. ii. iii. iv. gantirugi atau pampasan, bayaran berasaskan quantum merit, pelaksanaan spesifik injuksi

a. GANTIRUGI  Tujuan utama gantirugi kepada pihak yang tidak bersalah bukanlah untuk menghukum pihak yang mungkir.  Rujuk Seksyen 74 hingga Seksyen 76, AK 1950 berkenaan Prinsip pembayaran gantirugi.  Gantirugi biasanya dalam 2 bentuk iaitu: i. Bagi jumlah yang telah ditentukan di dalam kontrak ii. Gantirugi bagi jumlah yang tidak tentu: 1. Gantirugi khas 2. Gantirugi nominal 3. Gantirugi teladan Kes: HADLEY LWN BAXENDALE (1854) THAM CHEOW TOH LWN ASSOCIATED METALS SMELTERS LTD (1972) b. BAYARAN BERASASKAN QUANTUM MERUIT   Quantum meruit bermaksud sebanyak yang patut diterimanya. Ia juga merupakan tuntutan untuk mendapatkan sejumlah wang atau bayaran atau gantirugi untuk satu jumlah yang munasabah sebanyak mana yang ia patut terima hasil dari perkhidmatan yang diberikan.   Kes: UPTON RDC lwn POWELL (1942) DE BERNADY lwn HARDING (1853)

c. PELAKSANAAN SPESIFIK  Satu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah mengarahkan defendan melaksanakan perjanjiannya menurut syarat-syarat yang dinyatakan dalam kontrak. Perintah ini hanya diberi seandainya pembayaran jumlah wang tidak merupakan remedi yang mencukupi atau kontrak tersebut merupakan satu tugasan amanah yang perlu dilaksanakan dan ia bergantung kepada budi bicara mahkamah. (dinyatakan dalam Seksyen 11(1) Akta Relief Spesifik 1950 (Akta 137).

Seksyen 20 Akta Relief Spesifik menggariskan keadaan di mana pelaksanaan spesifik tidak akan diberikan: i. Sekiranya gantirugi bukanlah remedi yang memadai ii. Kontrak merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kelayakan peribadi. iii. Kontrak tersebut begitu terperinci kandungannya, contohnya kontrak pembinaan. Kes : CITY INVESTMENT SDN BHD lwn KOPERASI SERBAGUNA CUEPACS TERENGGANU BHD (1985)

d. INJUKSI  Merupakan arahan mahkamah supaya membetulkan salah lakunya yang menjadi punca kemungkiran kontrak, ia boleh dikategorikan sebagai: i. ii. injuksi prohibitari mandatori.

Seksyen 50, Akta Relief Spesifik 1950, injuksi juga merupakan 1 lagi remedy yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

 

Ia boleh diberikah untuk sementara atau selama-lamanya (kekal) Kes: NEOH SIEW ENG & ANOR LWN TOO CHEE KWANG (1963)

You might also like