You are on page 1of 21

KEMAHIRAN

GEOGRAFI
KEDUDUKAN (LOKASI)
• Kedudukan merujuk kepada lokasi atau letaknya
sesuatu benda atau tempat.

• Cara menentukan kedudukan sesuatu benda atau


tempat ialah dengan menggunakan koordinat.

• Koordinat ialah satu angka (nombor) yang terdiri


daripada angka baris dan angka lajur.
• Dengan menggunakan angka baris dan angka
lajur, kedudukan sesuatu tempat atau objek dapat
ditentukan.

• Dalam menggunakan cara koordinat angka lajur


dinyatakan dahulu dan diikuti dengan angka baris.

• Koordinat juga boleh digunakan untuk


menentukan kedudukan sesuatu tempat atau ciri-
ciri geografi dalam kawasan yang lebih luas
seperti kampung, bandar atau daerah.
SKALA
• Skala ialah nisbah jarak di atas peta dengan
jarak sebenar di atas permukaan bumi.

• Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk


garisan dan dibahagi dalam beberapa unit kecil
untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan
bumi.
• Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear
atau skala garisan dan kadangkala ada juga ahli
geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.
JARAK
• Jarak ialah ukuran sesuatu tempat atau objek dari
tempat atau objek yang lain.

• Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu:


- Jarak Mutlak.
- Jarak Relatif
• Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua
tempat yang diukur menggunakan unit ukuran
jarak iaitu unit meter (m), kilometer (km) dan
lain-lain.

• Jarak relatif ialah jarak diukur secara


perbandingan dengan menggunakan kos dan
masa.

• Contohnya: 20 minit ke sekolah, RM25 ringgit


tambang bas ke KL.
ARAH
• Arah ialah kedudukan tempat dari satu tempat yang
lain.

• Arah sesuatu tempat boleh ditentukan dengan


menggunakan arah mata angin sebagai panduan.

• Kompas ialah alat yang digunakan untuk


menentukan arah di satu tempat dan satu tempat
yang lain dengan lebih tepat.
• Kompas sangat berguna dalam :

-Kerja mengukur tanah


-Pengembaraan
-Pelayaran
-Penerbangan (kapal terbang)
-Tentera

• Jarum kompus berputar bebas dan sentiasa


menghala ke arah utara, iaitu utara magnetik.
• Kompus mempunyai empat arah mata angin
yang utama iaitu :

-Utara
-Selatan
-Timur
-Barat
• Empat arah mata angin itu boleh dibahagikan
kepada empat arah mata angin perantaraan, iaitu:

-Barat laut
-Timur laut
-Barat daya
-Tenggara

• Arah kompus ditunjukkan dalam semua peta dan


pelan untuk menentukan arah sesuatu tempat dari
tempat yang lain.
GRAF
• Graf digunakan untuk memperlihatkan
maklumat atau menggambarkan data dengan
tepat dan jelas.

• Graf terdiri daripada beberapa jenis seperti:-


1. Graf bar berganda
2. Graf garisan berganda
• Graf biasa digunakan untuk menunjukkan
jumlah tertentu seperti hujan bulanan,
bilangan penduduk atau keluaran sesuatu
barangan bagi sesuatu tempoh yang tertentu.
GRAF BAR BERGANDA.
• Graf ini digunakan untuk membandingkan dua
unsur atau lebih unsur.

• Boleh dilukis secara menegak atau mendatar.


Langkah-langkah melukis graf:
1. Sediakan paksi X dan Y yang berbentuk seperti ‘L’ huruf besar.
Paksi Y menegak dan paksi X melintang.

2. Tentukan perkara paksi X dan Y.

3. Untuk paksi Y – tentukan skala yang digunakan berdasarkan angka


terendah atau tertinggi.

4. Lukis palang berdasarkan jadual.

5. Masukkan label.

6. Masukkan tajuk.
GRAF GARISAN BERGANDA.

• Graf garisan digunakan untuk menunjukkan


perubahan kuantiti sesuatu unsur yang hendak
dikaji.
• Penggunaan beberapa garisan dalam graf garisan
berganda digunakan untuk mewakili perubahan
kuantiti sesuatu unsur yang hendak dikaji.

• Graf garisan berganda sangat sesuai untuk


membandingkan perubahan kuantiti
beberapa unsur yang dikaji mengikut skala
masa tertentu.
Langkah-langkah melukis graf:

1. Pindahkan data di atas dalam bentuk jadual dan lukis graf di atas
petak grid yang disediakan.

2. Sediakan paksi X dan Y yang berbentuk seperti ‘L’ huruf besar.


Paksi Y menegak dan paksi X melintang.

3. Tentukan perkara paksi X dan Y.

4. Untuk paksi Y – tentukan skala yang digunakan berdasarkan


angka terendah atau tertinggi.
5. Lukis palang berdasarkan jadual.

6. Masukkan label.

7. Masukkan tajuk.

You might also like