You are on page 1of 8

Senarai Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kulim ialah:

1. Sewaan Dewan 2. Sewaan Padang 3. Sewaan Pasu Bunga 4. Kadar Iklan/Kain Rentang, Streemer Dan Papan Iklan Premis 5. Kulim Inn 6. Lesen 24 Jam 7. Perkhidmatan Bangunan 24 Jam 8. Senarai Agen Kupon

Pasar Malam Daerah Kulim

Disediakan oleh : Jabatan Pelesenan

Salah satu usaha MPKK dalam membantu kepada penduduk setempat atau golongan peniaga kecil untuk menambah pendapatan dengan memberi peluang berniaga di Pasar Malam. Banyak tapak telah disediakan untuk para peniaga berniaga. Dengan bersyarat, peniaga perlu mendapatkan lessen perniagaan dari Jabatan Pelesenan, MPKK.

Memberi kemudahan kepada penduduk juga iaitu pend uduk boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian di Pasar Malam. Memandangkan individu kini sibuk bekerja, maka luang masa untuk memasak adalah terhad. Jadi di pasar malamlah menjadi tempat untuk menjamu selera. Terdapat pelbagai juadah boleh didapati di Pasar Malam. Pihak MPKK telah menyediakan tapak Pasar Malam di sekitar kawasan yang berdekatan di seluruh Daerah Kulim. Yang menarik adalah ,

penduduk boleh mengunjung Pasar Malam pada tiap-tiap hari iaitu dari Ahad hingga Sabtu. Bermula pada jam 4 petang dan Pasar Malam akan berakhir sekitar jam 12.00 tghmalam.

Para pengunjung boleh juga mendapatkan pelbagai macam jenis buah -buah tempatan atau semasa di Pasar Malam ini. Para pengunjung juga dinasihatkan membawa bersama payung untuk kegunaan ketika hari hujan.

Jadual dan lokasi Pasar Malam di Daerah Kulim mengikut hari dan lokasi. HARI

LOKASI

Ahad

Kelang Lama

Isnin

Taman Lobak Lunas (desa Makmur) Taman Kenari Taman Sena Labu Besar

Selasa

Taman Semarak

Rabu

Kulim (Market Kulim) Pekan Karangan Pekan Sungai Karangan Padang Serai

Khamis

Kelang Lama

Jumaat

Pakan Junjung Taman Jati Kampung Nagalilit Sidam Kanan Taman Semarak

Sabtu

kulim (Market Kulim)

Taman Mutiara Merbau Pulas Padang serai

Jadual Pasar Tani Daerah Kulim

Disediakan oleh : Jabatan Pelesenan

Pasar tani diwujudkan untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk menambah pendapatan mereka. Pasar tani bersaing dengan Pasar malam, Pasar Harian dan Pasar Pagi di Daerah Kulim ini. Pasar tani di Daerah Kulim ini hanya boleh didapati di Tapak Padang serai pada setiap hari Khamis sahaja. Berkemungkinan Pasar Tani yang kedua akan dibuka di Taman Mutiara, Sungai Kob pada masa akan datang.

HARI

LOKASI

Khamis

Padang Serai

Pasar Harian/Pagi Daerah Kulim

Disediakan oleh : Jabatan Pelesenan

Para peniaga kecil, Penternak, Peladang, Nelayan boleh memasarkan hasil mereka di Pasar Harian/Pagi di Daerah Kulim. Peluang perniagaan kecil juga dapat diperkembangkan dengan berniaga di Pasar Harian/Pagi ini.

Selaras dengan nama Pasar Harian maka, aktiviti ini berlangsung pada setiap hari di lokasi yang berbeza. Para penduduk setempat tidak perlu bergantung harap pada Pasar Malam, Pasar Tani sahaja untuk mendapatkan sayur-sayuran , buah-buahan yang segar. Pasar Harian/Pagi ini hanya berlangsung di sebelah pagi sahaja.

Saranan pihak Majlis Perbandaran Kulim kepada pengunjung, marilah bersama kita membantu peniaga-peniaga kecil tempatan kita.

JADUAL PASAR HARIAN DAERAH KULIM MENGIKUT LOKASI HARI

LOKASI

Ahad Hingga Sabtu

Kulim (Market kulim) Lunas (Market Lunas) Padang Serai Pasar Lembah Impiana Market Padang Serai

Taman Selasih (market)

Akta Akta Kerajaan Tempatan 1976

1. Undang-undang Kecil Lembu Kerbau Merayau (MDK) 1993 2. Undang-undang Kecil Bahagian ( Tempat-tempat Letak Kereta ) MDK 1995 3. Undang-undang Kecil Dewan Perbandaran (MDK) 1994 4. Undang-undang Kecil Pasar Malam/Sehari (MDK) 1993 5. Undang-undang Kecil Pasar (MDK) 1994 6. Undang-undang Kecil Kebersihan Gerai (MDK) 1995 7. Undang-undang Kecil Perlesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MDK) 1994 8. Undang-undang Kecil Ternakan Ayam/Itik (MDK) 1994 9. Undang-undang Kecil Vandalisme (MDK) 1994 10. Undang-undang Kecil Perlesenan Establishment Makanan (MDK) 1994 11. Undang-undang Kecil Larangan Merokok dalam Panggung (MDK) 1993 12. Undang-undang Kecil Rumah Urut (MDK) 1991 13. Undang-undang Kecil Kecil Bahagian (Bayaran-Bayaran) (MDK) 1990 14. Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya) MDK 1990 15. Undang-undang Kecil Tandas Awam (MDK) 1990 16. Undang-undang Kecil (Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap) Pihak -pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 1983 17. Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandanan (MDK) 1994 18. Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 1983

19. Undang-undang Kecil Penjaja Pihak Berkuasa Tempatan 1983 20. Undang-undang Kecil Taman Pihak Berkuasa Tempatan 1983 21. Undang-undang Kecil Perlesenan, Perdagangan, Perniagaan Dan Perusahaaan Pihak Berkuasa Tempatan negeri Kedah 1985 22. Undang-undang Kecil Iklan (Penguasa-Penguasa Tempatan) Negeri Kedah 1982 23. Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Perbandaran Kulim) 2001

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1987

1. Undang-undang Kecil Kerja Tanah (MDK) 1995 2. Undang-undang Kecil Mengkompaun Masalah-masalah (MDK) 1997

Akta Pengangkutan Jalan 1987

1. Perintah (Tempat-tempat Letak Kereta) Kereta-kereta Berjentera (MDK) 1989 2. Perintah Kenderaan-kenderaan Berat (Sekatan Penggunaan Jalan) (MDK) 1997 3. Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Berhujan) MDK 1999

Pendakwaan pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Majlis:

* Tahun 2004 = 125 kes * Tahun 2005 = 174 kes * Tahun 2006 = 349 kes * Tahun 2007 = 383 kes

Undang-Undang Kecil

Undang-Undang Utama

1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 3. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 4. Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan ) 2007

Undang Undang Sampingan:

1. Akta Makanan 1983 2. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 3. Enakmen Mengawal Lembu/Kerbau 1971 4. Akta Pengangkutan Jalan 1987

You might also like