You are on page 1of 2

Teori Laluan-Matlamat Teori ini adalah teori kontingensi yang diperkenalkan oleh House (1971), House dan Dessler

(1974), dan House dan Mitchell (1974). Teori kepimpinan ini berakarkan teori motivasi, iaitu teori jangkaan yang diperkenalkan oleh Victor H. Vroom. Menurut teori ini, tingkah laku pemimpin boleh diramal daripada dua perkara, iaitu yang pertama ialah sejauh mana tingkah laku itu boleh memberi kepuasan yang diingini oleh pengikut dan kedua ialah penilaian terhadap hasil daripada tingkah laku itu. Berdasarkan kedua-dua perkara tersebut teori ini mempunyai dua tanggapan, iaitu: 1) Tingkah laku pemimpin akan diterima dan memuaskan pengikut sekiranya pengikut melihatnya sebagai sumber kepuasan atau instrument mencapai kepuasan pada masa hadapan. 2) Tingkah laku pemimpin akan meningkatkan keupayaan pengikut apabila pengikut melihat keberkesanan prestasi sebagai pemuas keperluan yang paling diutamakan dan pemimpin sebagai pembantu mencapai keberkesanan prestasi. Penekanan teori ini ialah bagaimana pemimpin mempengaruhi pengikut mencapai kepuasan. Pengikut menerima tingkah laku pemimpin yang membantu mereka meningkatkan prestasi untuk mencapai kepuasan yang diingini. Dengan kata lain, mengikut teori ini, tingkah laku kepimpinan akan berkesan apabila berjaya membantu pengikutnya dari segi motivasi dan keupayaan, meningkatkan prestasi, dan tahap kepuasan mereka. Terdapat empat tingkah laku yang menjadi dasarnya kepada teori ini. Tingkah laku itu dikenali sebagai tingkah laku instrumental, menyokong, penyertaan dan berorientasikan pencapaian.

Tingkah Laku Instrumental (Mengarah) Tingkah laku ini merangkumi tindakan menjelaskan jangkaan, memberi tugas khusus dan menetapkan prosedur yang harus diikuti. Pemimpin di sini mempunyai ciri-ciri sentiasa merancang, mengorganisasi, mengawal dan mengkoordinasikan kegiatan pengikutnya. Tingkah Laku Menyokong Tingkah laku ini menekankan kepada keperluan pengikut. Dengan lain perkataan, pemimpin memberi sokongan dan pertimbangan kepada keperluan pengikut, menunjukkan tanggungjawab dan perhatian kepada kesejahteraan serta kebajikan mereka dan mewujudkan persekitaran yang selesa dan penuh menyeronokkan. Tingkah Laku Penyertaan Tingkah laku pemimpin ini membenarkan pengikut mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pemimpin dengan cara meminta cadangan dan membenarkan pengikut terlibat dalam membuat keputusan. Tingkah Laku Berorientasikan Pencapaian Tingkah laku ini dijalankan dengan cara menetapkan matlamat yang mencabar, menjangka pengikut berprestasi tinggi, memperbaiki prestasi dan menunjukkan darjah keyakinan tinggi yang pengikut mampu menjalankan tanggungjawab, berusaha dan mencapai matlamat yang mencabar itu. Setiap satu bentuk tingkah laku akan memberi hasil yang berbeza-beza. Oleh itu, keempat-empat tingkah laku ini diperlukan oleh

You might also like