You are on page 1of 22

KESAN MOTIVASI KEPADA PEMBELAJARAN DAN

PELAJAR LATIHAN KEMAHIRAN

1.0 PENGENALAN

Motivasi merupakan kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat


mempengaruhi tingkah lakunya (Kamaruddin,1997). Motivasi menentukan hala dan
keberkesanan sesuatu proses pembelajaran. Motivasi merupakan elemen yang
sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Motivasi boleh
membuatkan proses P&P menjadi lebih berkesan dan menarik. Motivasi
memerlukan rangsangan untuk diwujudkan. Bagi konteks guru dengan murid, guru
merupakan pihak yang akan memberikan rangsangan kepada pelajar untuk
menimbulkan motivasi dan kecenderungan mereka untuk belajar. Motivasi antara
pelajar dan guru boleh terdiri dalam bentuk hadiah, penghargaan , dan keprihatinan
terhadap murid. Oleh hal yang demikian, guru haruslah bijak untuk memotivasikan
murid dengan pelbagai kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan pemikiran
murid.

1
2.0 DEFINISI

2.1 DEFINISI MOTIVASI

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2017), motivasi
ialah keinginan/semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk
berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan; atau,
sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan
sesuatu dengan penuh minat.

Motivasi juga boleh dimaksudkan sebagai daya penggerak kepada kemahuan


dan keinginan untuk berjaya atau mencapai sesuatu. Motivasi juga boleh dikatakan
sebagai perangsang kejayaan seseorang atau perangsang untuk mengelakkan
kegagalan. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna dia telah memperoleh
kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.

Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermaksud


teruja. Motivasi adalah sesuatu yang ada (atau tidak) di dalam dan di dalam minda
yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan apa sahaja yang anda lakukan.
Wikipedia mendefinisikan motivasi sebagai satu proses untuk merangsang tingkah
laku untuk mencapai matlamat tertentu.

Menurut Kimble, et al (1984) motivasi ialah satu proses yang berlaku dalam
diri sendiri yang mewujudkan matlamat dan memberikan tenaga kepada tingkah laku
seseorang iaitu daya penggerak yang wujud dalam diri seseorang untuk
menjalankan aktiviti tertentu bagi mencapai sesuatu matlamat.

2
Rajah 1 : Contoh motivasi diri untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan

2.2 DEFINISI PEMBELAJARAN

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2017),


pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Melalui carian di dalam web
pembelajaran adalah perubahan tingkah laku, iaitu perubahan yang lebih maju, lebih
tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti
pembelajaran. Pembelajaran juga bermaksud perubahan tingkahlaku yang
disebabkan oleh pengalaman. Kriteria perubahan nampak pada tingkah laku dan
perubahan terhasil dari pengalaman dan Latihan Ada dua jenis pembelajaran iaitu :

1. Pembelajaran Formal

Pembelajaran yang disediakan oleh institusi-institusi pembelajaran atau latihan yang


berstruktur untuk tujuan pensijilan.

Rajah 2 : Contoh pembelajaran formal di dalam bilik kuliah

2. Pembelajaran Informal

Pembelajaran yang terhasil daripada aktiviti seharian yang berkaitan dengan tempat
kerja, keluarga atau masa lapang. Pembelajaran ini tidak berstruktur dan bukan
untuk tujuan pensijilan.

3
Rajah 3: Contoh pembelajaran tidak formal iaitu pembelajaran dari aktiviti seharian
(menanam pokok)

2.3 DEFINISI SIKAP

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat sikap bererti
perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat (kenyakinan dan
lain-lain). Bagi pandangan di dalam carian web definisi sikap adalah aspek diri
penting dalam pembelajaran. Teori motivasi hari ini memberi penekanan kepada
pentingnya peranan diri dalam motivasi dan pembelajaran kawalan diri. Sekiranya
dikaji situasi hari ini, ramai pelajar meluangkan masa bersendirian. Mereka kurang
mendapat bimbingan daripada ibu bapa ataupun penjaga. Oleh itu, pengajar perlu
memainkan peranan dalam memberi peranan perhatian pada pendapat pelajar
berkenaan diri mereka.

Sikap Yang Dinamik


 Sikap yang dinamik adalah diri yang mempunyai kuasa. Diri individu sendiri
yang mempunyai kuasa membuat keputusan berkenaan sesuatu yang akan
dilakukan. Selain itu, dia sendiri yang mengawal diri dan menentukan
perasaanya samaada positif ataupun negatif.

Rajah 4 : Seseorang yang mempunyai kuasa menentukan kerja

4
Sikap Yang Positif
 Sikap yang positif adalah membekalkan pengetahuan dan penilaian pada
diri. Individu memperoleh pengetahuan dan penilaian daripada dirinya
sendiri. Selain itu, kita sendiri mengetahui dan mengenali diri sendiri melalui
refreksi diri. Manusia mempunyai kebolehan membuat refleksi diri bagi
membolehkan mereka mengetahui dan mengenali diri.

Rajah 5 : Sentiasa berfikiran positif

Sikap Yang Berintegrasi


 Sikap yang berintegrasi merangkumi segala aspek sifat dan positif individu
melalui pengalaman hidup.

Rajah 6 : Membudayakan sikap integrasi dalam kehidupan

Sikap Yang Tidak Memikirkan Diri Sendiri


 Sikap yang tidak memikirkan diri sendiri dianggap sebaga satu kejayaan
dalam perubahan dan keadilan. Sikap disini adalah orang yang
berpengaruh dan berkebolehan dalam menyelesaikan perbalahan dua
pihak.

5
Rajah 7: Sikap yang tidak memikirkan diri sendiri apabila menghadapi sesuatu perbalahan

3.0 PERANAN PENTING DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELANJARAN

Mewujudkan Hubungan Yang Baik


 Mewujudkan hubungan yang baik adalah motivasi untuk mewujudkan
hubungan yang baik ataupun perasaan keanggotaan yang penting apabila
pelajar menilai sokongan daripada rakan-rakan mereka. Pengaruh pelajar
nyata apabila mereka mengawal pembelajaran mereka sendiri. Sekiranya
keadaan emosi ini dikecewakan dalam aktiviti kelas, mereka akan kurang
melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Dalam pembelajaran matematik,
cara yang sama digunakan dimana guru harus mewujudkan hubungan yang
mesra dan mengawal emosi pelajar agar yang diajar pengajar dapat diterima.

Rajah 8 : Contoh Hubungan Baik Antara Rakan

Menghasilkan Pembelajaran Yang Bermakna


 Suasana yang mengalakkan dapat membantu pelajar dalam proses
pemahaman konsep dan kemahiran yang bermakna. Ia menyebabkan apa
yang dipelajari menjadi lebih bermakna dan sudah tentu memantapkan
pengetahuan dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Misalnya

6
topik kebarangkalian yang memerlukan yang memerlukan pelajar
menganalisis sesuatu masalah menjadi lebih baik jika dilakukan bersama-
sama dengan guru mereka.

Rajah 9 : Contoh Suasana Belajar Dalam Kelas Antara Pelajar

Membantu Pelajar Bersifat Yakin


 Motivasi juga membantu pelajar bersifat yakin kepada diri sendiri dan
terhadap setiap keputusan yang diambil. Dengan ini akan membantu pelajar
supaya lebih yakin dalam setiap soalan ujian yang diselesaikan. Motivasi ini
juga akan membuatkan pelajar sentiasa berfikir tentang kejayaan. Pelajar
akan lebih berhati-hati berfikiran logik, dan lebih teratur dalam menyelesaikan
masalah. Dalam proses pengajaran, pengajar seharusnya memenuhi
keperluan naluri ingin tahu pelajar. Hal ini mendorong mereka belajar dengan
giat jika mereka merasakan berjaya memperoleh pengetahuan tertentu yang
dijangkakan.

Rajah 10 : Contoh Pelajar Yakin Menjawab Soalan

7
4.0 KEPENTINGAN MOTIVASI PEMBELAJARAN

Menimbulkan Keiinginan Melakukan Sesuatu


 Motivasi adalah untuk menggerakkan seseorang agar menimbulkan keinginan
dan kemahuannya untuk melakukan sesuatu sehingga memperoleh hasil atau
mencapai tujuan tertentu. Motivasi penting dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan pelajar mempunyai minat dan semangat untuk
belajar. Minat dalam belajar penting bagi memastikan pelajar sentiasa
mengikuti aktiviti pengajaran. Motivasi merupakan satu langkah untuk
memajukan pelajar agar dapat belajar dengan baik. Apabila pelajar bermotivasi
untuk belajar mereka lebih memahami dan menerima input pengajaran yang
diajar oleh pengajar dengan mudah.

Rajah 11 : Contoh Pelajar Melakukan Sesuatu Yang Diminati

Menimbulkan Minat Pelajar Terhadap Subjek Yang Dipelajari


 Motivasi dapat menimbulkan minat seseorang pelajar terhadap mata pelajaran
di institut pengajian. Minat murid bergantung pada bagaimana seorang
pengajar mengajar didalam kelas. Penggunaan motivasi seperti berbentuk
penghargaan dan kasih saying dapat membantu pelajar minat terhadap mata
pelajaran yang diajar. Pengajar yang prihatin sangat disukai oleh pelajar.
Apabila seorang pengajar prihatin terhadap pelajarnya, pelajarnya akan
8
berasa bahawa mereka dihargai dan pelajar menyukai pengajar serta
meminati mata pelajaraan yang diajar, pelajar akan dapat menerima apa
sahaja yang diajar oleh para pengajar dan berusaha mencapai kejayaan yang
cemerlang.

Rajah 12 : Contoh Pengajar Memberi Ganjaran Kepada Pelajar

Membentuk Hubungan Yang Baik Antara Pelajar Dan Pengajar


 Motivasi dapat membentuk hubungan yang baik antara pengajar dan pelajar
dan diantara pelajar dengan pelajar. Pengaruh rakan amat penting penting
semasa pekajar mengawal aktiviti pembelanjaran mereka sediri. Motivasi
sangat mempengaruhi emosi pelajar. Misalnya sekiranya emosi mereka
dikecewakan oleh rakan sebaya dalam aktiviti kelas, pelajar berkenaan
berkemungkinan besar akan patah semangat dan tidak bermotivasi untuk
belajar.

Rajah 13 : Contoh Hubungan Pengajar Dengan Pelajar Di Dalam Kelas

9
5.0 JENIS-JENIS MOTIVASI

Motivasi berpunca dari dalam atau dari luar seseorang. Dalam pembelajaran, guru
perlu mengetahui sama ada pelajarnya cenderung ke arah motivasi yang timbul dari
dalam atau dari luar diri mereka. Hal ini perlu supaya guru dapat bertindak
sewajarnya untuk memberikan rangsangan kepada muridnya untuk mencuba.
Motivasi yang berpunca dari dalam iaitu yang didorong oleh kepuasan dan rasa ingin
tahu dipanggil 'motivasi intrinsik '. Motivasi yang datang dari luar iaitu apabila kita
melakukan sesuatu untuk mendapat ganjaran adalah 'motivasi ekstrinsik'.

Rajah 14 : Jenis motivasi (Ekstrinsik dan Intrinsik)

5.1 MOTIVASI EKSTRINSIK

Motivasi ekstrinsik dimanifestasikan daripada rangsangan luar dengan tujuan untuk


menggerakkan individu melakukan sesuatu aktiviti yang memberi faedah
kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini boleh dirangsang dalam bentuk seperti pujian,
insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim yang kondusif untuk
menggalakkan pelajar belajar.

Di dalam bilik darjah, guru perlu mengetahui jenis peneguhan yang hendak
diberikan dan kekerapan perlu diberikan.Terdapat peneguhan yang boleh kerap
diberikan contohnya pujian, galakan atau galakan. Menurut Kazdin (1984),
peneguhan lebih berkesan apabila kerap diberikan pada tahap pembelajaran yang

10
baru. Oleh itu, apabila pelajar mula mempelajari tugasan baru, mereka harus kerap
diberi pujian dan galakan.

5.2 CONTOH MOTIVASI EKSTRINSIK

Pujian yang diberikan oleh guru kepada murid kerana mendapat markah
peperiksaan tertinggi dalam sesuatu subjek di dalam kelas. Keyakinan merupakan
satu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi gambaran tentang tingkah laku
seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan.

Tahniah, Siti! Kamu mendapat


markah tertinggi dalam ujuan
Bahasa Melayu. Teruskan
usaha kamu!

Gambar rajah 15 : Contoh motivasi ekstrinsik dari segi pujian

Ganjaran yang diberikan oleh guru kepada murid kerana hasil kerjanya yang baik
akan menyebabkan kuasa perniagaan murid tersebut meningkat. Peneguhan
merupakan satu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi gambaran tentang tingkah
laku seseorang pelajar.

Gambar rajah 16: Contoh motivasi ekstrinsik dari segi hadiah/ganjaran

11
5.3 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MOTIVASI EKSTRINSIK

✘ KELEBIHAN
Motivasi Ekstrinsik dapat membantu pelajar kekalkan tahap
produktiviti. Tahap produktiviti dalam belajar dan melakukan Latihan atau
tugasan berkaitan topik yang kurang digemari. Topik atau matapelajaran
kurang digemari/sukar difahami atau tugasan dan Latihan tidak menarik
memberi kesan kepada produktiviti. Contoh motivasi ekstrinsik ialah pelajar
berpegang kepada Tarikh ujian atau penyerahan tugasan.

Selain itu, motivasi Ekstrinsik juga dapat membantu meningkatkan


keyakinan diri pelajar. Rakan sebaya yang bersungguh untuk belajar menjadi
rujukan pelajar yang lain bagi mendapatkan bantuan. Pelajar lebih
berkeyakinan untuk belajar dan kongsi ilmu dengan rakan-rakan.

✘ KEKURANGAN

Kekurangan motivasi Ekstrinsik adalah ianya hanya bertahan dalam


jangka masa pendek. Sesuatu tugas dilaksanakan bagi mencapai keinginan
pada waktu tersebut, setelah selesai tiada penerapan pengajaran yang
diperoleh untuk disi mpan dalam diri. Tiada keinginan begi mencapai sesuatu,
sebaliknya hanya mengharapkan ganjaran.

Seterusnya, tidak dapat berdikari kerana mengharapkan ganjaran.


Merasa tidak gembira untuk melakukan sesuatu dan berada dalam keadaan
yang tertekan dan tiada daya menguruskan diri sendiri.

12
5.4 MOTIVASI INTRINSIK

Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan


dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu
aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah
dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri
ingintahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk
sekolah.Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula
jadi. Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan
pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita
dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada
pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi
kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini
adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu,
percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas berkenaan apa yang
hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan.

Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan


yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi
memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati pengajar bagi
mendapat gred yang baik. Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan
sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan pengajar. Mereka
juga menerapkan suatu sistem penguasan matlamat dan taraf penilaian yang
membolehkan mereka membuat penilaian bebas berkenaan kejayaan ataupun
kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada pengajar bagi mendapat
maklumat ataupun penilaian.

Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu


keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka
berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Seseorang itu
mengalami motivasi intrinsik yang tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang

13
digemari seperti memandu kereta, melawat tempat-tempat yang disukai, memilih
tempat penginapan dan memilih makanan yang diidamkan. Sekiranya dia diberikan
hadiah seperti lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan oleh badan penganjur,
tempat penginapan dan jenis makanan juga ditentukan oleh pihak itu, dia tidak
mendapat peluang hendak menentukan segala-galanya sendiri.

Oleh itu, motivasi intrinsiknya menjadi terlalu rendah.Pengajar yang mahu


meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu mewujudkan
suasana akademik yang memberi peluang kepada pelajar mengawal. Pengajar juga
perlu menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam
keadaan itu. Walau bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu
mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka tidak
mempunyai persepsi seperti itu, peluang-peluang yang diberikan bagi mengawal
tidak akan digunakan dengan sempurna. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi
Intrinsik Persepsi Kebolehan

Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian


berkenaan kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang dipersepsi daripada
penilaian berkenaan kebolehannya yang sebenar. Semakin tinggi pencapaian
seseorang pelajar,semakin besar kemungkinan pelajar itu menilai dirinya sebagai
berkebolehan.Kebolehan yang dipersepsi ini mempengaruhi bagaimana pelajar itu
rasa berkenaan dirinya. Pelajar yang mempunyai kebolehan yang dipersepsi yang
tinggi kemungkinan besar mempunyai keyakinan diri sendiri. Pelajar ini sukakan
cabaran, mempunyai sifat ingin tahu dan bertindak bebas bagi mencapai kemahiran.

14
5.5 CIRI-CIRI MOTIVASI INTRINSIK

Antara ciri-ciri pelajar yang dipengaruhi oleh motivasi intrinsik seperti lebih berhati-
hati dalam menyiapkan sesuatu tugasan dan mereka menitikberatkan tentang kualiti
kerja dan tugasan. Di samping itu mereka akan lebih bertenaga, berdikari, berdaya
saing, dan mendapati diri mereka sendiri minat dalam pengajian berbanding pelajar-
pelajar yang termotivasi oleh motivasi ektrinsik. Condry dan chambers (1978)
berpendapat bahawa apabila pelajar menjalankan projek dan tugasan, pelajar yang
termotivasi oleh motivasi intrinsik ini lebih baik dalam membuat keputusan, dan
mengumpul data berbanding pelajar yang termotivasi oleh motivasi ektrinsik.
Garavalia dan Gredler (2002) secara umumnya mengatakan pelajar yang
mempunyai matlamat yang efektif.

5.6 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MOTIVASI INTRINSIK

Kelebihan motivasi intrinsik ialah pelajar dapat menguasai topik yang dipelajar dan
mencapai matlamat yang diinginkan. Kekurangan motivasi instrinsik pula ialah
pelajar merasa sulit untuk belajar dari kemahuan diri sendiri.

5.7 TUJUAN MOTIVASI INTRINSIK

Motivasi intrinsik sering dikaitkan dengan tujuan dari diri pelajar itu sendiri dan minat
yang tersendiri terhadap sesuatu subjek atau aktiviti tersebut. Apabila seseorang
menikmati pekerjaan atau aktiviti,melihatnya sebagai peluang untuk belajar dan
mengambil bahagian tanpa ganjaran luar, dapat diandaikan bahawa individu
tersebut termotivasi secara intrinsik (coon & mitterer, 2010).

15
Dalam satu kajian lain, menurut suwatno (2011) motivasi intrinsik adalah motif-motif
yang fungsinya tidak perlu dirancang dari luar, kerana dalam diri setiap individu
sudah ada dorongan untuk melakukan sesuatu. Terbukti bahawa, motivasi intrinsik
berkait dengan diri individu itu sendiri dan tidak wujud daripada pengaruh luar.

5.8 CONTOH MOTIVASI INTRINSIK

Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang
mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi
memanfaatkan kepuasaan diri sendiri daripada mengambil hati pengajar bagi
mendapat gred yang baik. Mereka lebih suka mengatasi masalah dengan sendiri
daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan pengajar. Mereka juga
menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan tafar penilaian yang
membolehkan mereka membuat penilaian bebas berkenaan kerjaya ataupun
kegagalan mereka didalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat
maklumat ataupun penilaian.

6.0 KESAN-KESAN MOTIVASI KE ATAS PELATIH LATIHAN KEMAHIRAN

Membawa Perubahan Sikap Iaitu Sikap Positif Atau Negatif Terhadap Usaha
Sendiri

 Maksudnya ialah perubahan sikap pelatih antara baik atau buruk terhadap
dirinya sendiri. Untuk mengubah sikap positif dalam diri pelatih ialah pelatih
mestilah berfikiran terbuka dan melihat setiap masalah itu dari pelbagai sudut.
Seterusnya, para pengajar elakkan membandingkan diri pelatihr dengan pelatih
yang lain untuk menghindari pelatih dari rasa takut gagal atau rendah diri supaya
para pelatih dapat mengenali diri sendiri, kemampuan dan berusaha untuk
berjaya.

16
Rajah 17 : Fikiran positif atau negatif

Meningkatkan Naluri Ingin Tahu

 Kesan motivasi ke atas pelatih ialah meningkatkan naluri ingin tahu setiap apa
yang dikerjakan. Pelatih sentiasa belajar tentang ilmu baru yang dipelajarinya
kerana sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Contohnya pelatih yang bersifat ingin
tahu sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan terlibat dengan
perbincangan ilmiah.

Rajah 18 : Sifat ingin tahu

Meningkatkan Kepercayaan Individu Terhadap Tindakan Diri Dengan Akibatnya

 Kepercayaan pelatih terhadap diri sendiri dengan tindakan diri contohnya


kepercayaan boleh datang dengan adanya mentor dan circle yang betul. Ini
merupakan cara yang terbaik dalam mendapatkan bimbingan disamping circles
yang membantu pelatih untuk terus bersemangat dan dapat belajar antara satu
sama lain.

17
Rajah 19: Belajar bersama kawan

Mengurangkan Putus Asa Pembelajaran

 Mendapatkan maklum balas daripada pengajar sebelum menghantar tugasan


dan memberi peluang untuk membuat penambahbaikan mengikut jangkaan
mereka.

Rajah 20: Mengulang kaji bersama pengajar

18
7.0 KESIMPULAN

Sesuatu matlamat pada satu peringkat yang berjaya dicapai akan menimbulkan
perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi.
Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan
diriseseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu
kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan
minat pelajar mengembangkan potensinya.Jelaslah bahawa keperluan itu
mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagimemenuhkan keperluan tersebut.
Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepadaseseorang mahupun seorang
pelajar yang memerlukannya. Teori Hirarki Maslowtegas memberi konsep bahawa
perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan
atau dengan kata lain proses perkembangan individu itumerupakan satu usaha yang
berterusan dalam persekitaran social sehingga mencapaikecemerlangan.Oleh itu,
bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran juga pembelajaran
di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apakeperluan
seseorang pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar gurudapat
mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang
semaksimumnya.

19
8.0 RUJUKAN

Carian Internet
 https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=motivasi&d=175768&
 https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/08/857971/5-strategi-
motivasi-pelajar-spm
 https://www.youtube.com/watch?v=o6X2LbwwKcc
 https://blog.empuls.io/ms/intrinsic-vs-extrinsic-motivation/
 https://educalingo.com/ms/dic-ms/sikap#:~:text=Sikap%20ialah%20tingkah
%20laku%2C%20perangai,tidak%20menyenangkan%20pemilik%20sikap
%20itu.

20
9.0 LAMPIRAN

Rajah 1: Keratan Akhbar Sinar 15 Mac 2011

21
Rajah 2: Keratan Akhbar Berita Harian 21 Januari 2021

22

You might also like