You are on page 1of 12

HMEF5043_V2

TAKE HOME EXAMINATION

JANUARI / 2021

HMEF5043_V2

EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

NO. MATRIKULASI : CGS02154606


NO. KAD PENGNEALAN : 800214045155
HMEF5043_V2

ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan dalam jawapan anda.
 Letakkan no soalan mengikut Soalan peperiksaan yang dijawab
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz huruf 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.

1
HMEF5043_V2

BAHAGIAN A

SOALAN 1

Keempat-empat pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, maka cara mereka
menyelesaiakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah juga akan mempunyai perbezaan
berdasarkan kepada faktor gaya pembelajaran yang mereka lebih cenderung untuk gunakan.
Amanda merupakan seorang divergen. Menurut Kolb, seorang divergen cenderung untuk
memberikan jawapan-jawapan tugasan berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman sedia
ada dikombinasikan dengan idea-idea baharu yang difikirkan relevan, konkrit dan logik secara
serentak.Amanda akan memberikan jawapan tugasan berdasarkan pengalaman konkrit dan
pemerhatian reflektif. Amanda turut dijangka lebih cenderung dengan percambahan idea dan
fikiran dalam perbincangan kumpulan kecil. Beliau mampu untuk menjana seberapa banyak idea
yang tuntas, bernas dan relevan dalam jangka masa yang ditetapkan kerana beliau merupakan
seorang yang berfikiran terbuka dan mempunyai imaginasi yang tinggi terhadap sesuatu topik.
Idea-idea beliau akan mampu beliau bahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil serta disusun
mengikut turutan mengikut tahap kepentingan dan logik. Beliau mampu berempati dan
terpengaruh dengan perasaan orang lain tetapi mungkin menghadapi kesukaran dalam membuat
kesimpulan dari aspek kuantitatif atau situasi teknikal.
Marilyn pula adalah seorang pengasimilasi. Marilyn akan menggunakan kaedah
pemerhatian reflektif dan konseptualisasi abstrak kerana kaedah ini sangat sesuai dengan gaya
amalam pembelajaran beliau. Marilyn mungkin mempunyai bakat dalam mencipta model
sesebuah teori dan sangat gemar untuk melakukan penaakulan induktif dan penyulingan
pemerhatian yang berbeza untuk menjadi sebuah penjelasan yang logik. Saya yakin Marilyn
akan menggunakan teknik ini dalam penyelesaian tugasan yang diberikan oleh pensyarah
beliau.Walaubagaimanapun beliau mungkin boleh menjadi terlalu berhati-hati dalam
bereksperimen sehingga boleh menyebabkan kebarangkalian beliau tidak langsung mencuba
menyelesaikan tugasan beliau. Sharon pula adalah seorang konvergen yang menurut Kolb,
Sharon mungkin seorang yang lebih berupaya untuk memfokus kepada satu arah dalam mencari
satu jawapan. Sharon merupakan individu yang boleh mengaplikasi pengetahuannya, dan
peraturan-peraturan serta prinsip-prinsip dalam usahanya untuk mencari sebuah jawapan yang
mutlak.Sharon juga lebih cekap dalam membuat penaakulan deduktif dan sangat sesuai dalam

2
HMEF5043_V2
menyelesaiakan tugasan ini secara teknikal. Kaedah terbaik yang beliau akan pilih adalah
menggunakan konseptualisasi abstrak dan eksperimen aktif dan berupaya untuk mencari aplikasi
praktikal untuk idea, konsep dan teori.
Berlainan pula dengan cara Maddy yang merupakan seorang pengakomodat. Jika
menurut Kolb, Maddy pasti akan menggunakan kaedah eksperimen aktif dan pengalaman
konkrit dalam melaksanakan tugasan beliau. Ini bermaksud, Maddy lebih bertumpu kepada
pembelajaran dari pengalaman langsung dan berkemungkinan terlibat dalam perancangan dan
mengambil bahagian dalam pengalaman baru dan lebih mencabar. Maddy juga cenderung untuk
bertindak secara intuisi daripada analisis yang teliti. Beliau akan cepat menolak penyelesaian
yang tidak bersesuaian atau tidak berimprovisasi. Namun beliau boleh menumpukan kepada
aspek-aspek situasi yang terdesak dan boleh mengorbankan pemahaman jangka panjang.

SOALAN 2

Faktor 1: Motivasi ekstrinsik


Apabila seseorang dimotivasikan secara ekstrinsik, dia melakukan sesuatu kerana kepentingan
yang akan diperoleh di sebaliknya, seperti mendapatkan ganjaran atau mengelakkan
ketidakselesaan kerana tidak melakukannya. Tumpuan bukan kepada proses atau produk itu
sendiri, tetapi kepada apa yang berkait dengan produk ini. Dalam erti kata lain, tugas itu adalah
sampingan. Contohnya seorang anak tidak berbuat jahat sebab ayahnya telah berjanji untuk
membelikannya mainan.

Faktor 2: Motivasi Sosial


Motivasi di sini tidak tertumpu kepada ganjaran material tetapi mendapat persetujuan orang lain.
Satu mekanisme penting dalam motivasi sosial adalah model, yang merujuk kepada
kecenderungan seseorang untuk meniru satu sama lain ketika tiada pengukuhan secara langsung
Contonya pujian dari seseorang yang dikagumi oleh pelajar membantu pelajar mendalami
semua!
dan mengambil pemilikan tugas.

Faktor 3: Motivasi Pencapaian


Motivasi di sini adalah berdasarkan rangsangan ego yang lahir daripada persaingan sosial. Ia
adalah perjuangan untuk sampai ke atas, mengalahkan orang lain dalam persaingan terbuka;

3
HMEF5043_V2
mendapatkan ganjaran material tidak begitu penting. Kedua-dua motif utama yang terlibat dalam
motivasi pencapaian adalah:
Motif untuk mencapai kejayaan secara khususnya, peningkatan ego yang membawa
kejayaan dan motif untuk mengelak kegagalan, yang melibatkan malu. Contohnya, pelajar-
pelajar belajar untuk menunjukkan bahawa mereka boleh melakukan lebih baik daripada orang
lain.

Faktor 4: Motivasi Intrinsik


Motivasi intrinsik adalah kecenderungan semula jadi untuk mencari dan menakluk cabaran
semasa semasa berusaha untuk kepentingan peribadi dan melaksanakan kebolehan. Apabila kita
mempunyai motivasi intrinsik, kita tidak memerlukan insentif atau hukuman, kerana aktiviti itu
sendiri adalah berbaloi dan bermanfaat. Untuk meningkatkan motivasi intrinsik, tugas-tugas
berpotensi memberi makna, pada tahap kesukaran optimum dan disampaikan dengan cara yang
membolehkan pelbagai peringkat pemprosesan. Tahap motivasi intrinsik yang dialami oleh
pelajar bergantung kepada perlawanan antara keupayaan semasa dan pembelajaran bahan baru.
Apabila bahan yang boleh dipelajari adalah biasa dan boleh dikendalikan tanpa usaha yang
terlalu banyak, tiada cabaran, tugas tersebut akandilihat sebagai membosankan. Motivasi
intrinsik meningkat apabila pelajar diletakkan di dalam situasi yang "agak sukar" yang
melibatkan konflik antara apa yang mereka tahu dan apa yang mereka akan belajar. Apabila
pelajar tidak biasa dengan bahan dan pelajar tidak mampu untuk menampung, motivasi intrinsik
pelajar akan berkurangan. Contohnya Azri mempelajari kimia di luar sekolah semata-mata
kerana dia suka aktiviti itu; tanpa paksaan daripada sesiapa.

BAHAGIAN B

SOALAN 1

a) Teori pelaziman Klasik ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana  guru perlu
memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada
rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap
pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu
akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Selain pujian, guru boleh

4
HMEF5043_V2
memberikan hadiah seperti voucher untuk pembelian barangan alatulis di koperasi
sekolah bagi menggalakkan mereka mencapai keputusan yang cemerlang dan
mengekalkan prestasi tersebut. Situasi lain yang boleh menggalakkan ransangan ini
adalah melalui sifat dan pengaruh daripada guru itu sendiri. Sebagai contoh, setiap kali
guru yang segak bergaya dan anggun atau elegen masuk ke kelas untuk mengajar
matematik misalnya, maka secara tidak langsung rangsangan telah berlaku. Para pelajar
akan tertarik untuk belajar. Apabila rangsangan berlaku, akan wujud tidak balas yang
positif daripada pelajar. Setiap kali guru tersebut masuk ke kelas mengajar, para pelajar
akan meminati subjek matematik. Selain itu, Teori Pelaziman Klasik ini boleh juga
berlaku di dalam bilik darjah dengan menggunakan pendekatan generalisasi sepertimana
yang ditekankan oleh teori ini. Ia boleh berlaku di dalam bilik darjah apabila para pelajar
menghasilkan tindak balas yang sama. Misalnya, setiap kali ujian kimia dijalankan
pelajar akan berasa gementar dan rasa gementar ini juga turut wujud semasa ujian biologi
diadakan kerana kedua-dua matapelajaran ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

b) Hukum Kesediaan merupakan keupayaan seseorang individu di dalam kendirinya untuk


memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Mengikut Thorndike, terdapat tiga keadaan
yang berlaku dalam proses pembelajaran iaitu:

i) Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya yang


dijalankan akan menghasilkan kepuasan.
ii) Apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat dilakukannya,
maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.
iii) Apabila seseorang pelajar tidaak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk
belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.

Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan,
semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas yang tertentu dengan
rangsangan yang berkaitan. Dengan perkataan lain, sekiranya pasangan rangsangan-gerak
balas (stimulus-response) wujud berkali-kali, maka ikatannya akan bertambah kukuh dan
tinggi kemungkinan untuk gerak balas wujud lagi pada masa akan datang. Secara
praktikalnya, menurut hukum ini lagi banyak latihan diberikan kepada para pelajar,

5
HMEF5043_V2
semakin kukuh pemahaman mereka terhadap sesebuah topik dan ia akan semakin kekal
di dalam ingatan mereka.

Hukum Kesan menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan
bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas
gerak balasnya dihasilkan. Sekiranya gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang
berkesan akan kian menjadi lemah, khasnya apabila sesuatu gerak balas yang
membawa kesan yang menyakitan atau kurang menyeronokkan.

SOALAN 2

a) Menurut Piaget, kanak-kanak dilahirkan dengan skema sensorimotor yang menjadi asas
bagi interaksi awal kanak-kanak. Ini juga membawa maksud bahawa hanya peristiwa dan
kejadian yang dapat diasimilasikan ke skema itulah yang akan dapat memberi tindak
balas kepada kanak-kanak dan ia menjadi batasan dan penanda aras kepada pengalaman
kanak-kanak. Setiap pengalaman yang hadir mengandungi elemen yang unik dan yang
perlu diakomodasi  oleh struktur kognitif kanak-kanak. Melalui interaksi, struktur
kognitif akan berubah dan memungkinkan perkembangan pengalaman berlaku secara
berterusan. Asimilasi adalah proses menambahkan informasi baru ke dalam skema yang
sudah ada. Proses ini bersifat subjektif, kerana seseorang akan cenderung memodifikasi
pengalaman atau maklumat yang diperolehnya supaya masuk ke dalam skema yang
sudah ada sebelumnya.
Akomodasi secara ringkasnya bermaksud perubahan atau mengubah skema sedia
ada untuk mengambil informasi yang baru. Akomodasi adalah kemampuan manusia
menciptakan perkara-perkara atau menggabungkan skema-skema yang lama untuk
memecahkan dan menyelesaikan masalah. Dalam menghadapi rangsangan atau
pengalaman baru seseorang tidak dapat mengasimilasikan pengalaman yang baru dengan
skema yang sedia ada. Pengalaman yang baru mungkin tidak sesuai dengan skema yang
telah ada. Dalam keadaan demikian individu akan melalui proses akomodasi. Akomodasi
terjadi untuk membentuk skema baru yang sesuai dengan rangsangan yang baru atau
modifikasi skema yang telah ada untuk memberi tindak balas kepada sesuatu
rangsangan. Dalam menghadapi rangsangan atau pengalaman baru seseorang tidak dapat
mengasimilasikan pengalaman yang baru dengan skemata yang telah sedia ada.  Bagi

6
HMEF5043_V2
Piaget adaptasi merupakan suatu keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi. Bila
dalam proses asimilasi seseorang tidak dapat mengadakan adaptasi terhadap
lingkungannya maka terjadilah ketidakseimbangan (disequilibrium). Akibat
ketidakseimbangan itu maka terjadilah akomodasi dan struktur kognitif yang ada akan
mengalami perubahan atau munculnya struktur yang baru. Pertumbuhan intelektual ini
merupakan proses terus menerus tentang keadaan ketidakseimbangan dan keadaan
seimbang (disequilibrium-equilibrium). Tetapi bila terjadi kesetimbangan maka individu
akan berada pada tingkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Jadi kedua-dua proses
asimilasi dan akomodasi adalah amat penting dalam mempengaruhi pemkembangan
kognitif kanak-kanak kerana kedua-duanya saling berhubung dan berkait rapat dalam
memperkembang kebolehan, potensi dan kemahiran kanak-kanak sepanjang tumbesaran
mereka.

Piaget mengemukakan teori tentang perkembangan kognitif  anak yang


melibatkan proses-proses penting, iaitu, skema, asimilasi, akomodasi, organisasi
dan ketidakseimbangan dan keadaan seimbang (disequilibrium-equilibrium). Proses
asimilasi dan akomodasi adalah proses yang sentiasa berlaku dan saling berkait di antara
keduanya. Dalam teori perkembangan kognitif terdapat empat tahap penting yang
mempengaruhi  perkembangan kognitif iaitu tahap sensorimotor, tahap pra operasional,
tahap operasional konkrit, dan juga tahap operasional formal.
Tahap-tahap dan perkembangan intelektual manusia mempengaruhi kedewasaan,
pengalaman fizikal, pengalaman logik, transmisi sosial dan pengaturan diri. Teori Piaget
jelas sangat relevan dalam proses kognitif kanak-kanak. Dengan teori ini, individu dapat
mengetahui ada tahap-tahap perkembangan tertentu pada kemampuan berfikir kanak-
kanak dan tahap mereka.
Keupayaan perkembangan kognitif kanak-kanak juga boleh dipertingkatkan
dengan beberapa cara walaupun mereka berasal daripada budaya yang berlainan. Ini
kerana perkembangan kognistif boleh dibentuk pada peringkat awal. Oleh yang demikian
bila dikaitkan dengan pembelajaran, tahap perlakuan dan perkembangan kanak-kanak
dapat difahami dan dilihat dengan tepat, misalnya kita dapat menggunakan bahan yang
sesuai kepada kanak-kanak, sesuai dengan tahap kemampuan berfikir yang dimiliki oleh
mereka.

7
HMEF5043_V2

b) Empat proses pembelajaran Pemodelan adalah :


i) Pemerhatian
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Dalam
pengajaran dan pembelajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian
kepada ciri- ciri penting isi pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan
menekankan isi- isi penting. Sebagai contoh untuk mengajar topik jenis-jenis
mikroorganisma, kita meminta pelajar-pelajar supaya memerhatikan dengan teliti
ciri-ciri serta rupa bentuk fizikal sesebuah mikrooganisma tersebut melalui
gambar rajah yang dipaparkan pada skrin layar supaya mereka nampak dan boleh
mengingati rupa bentuk fizikal mikroorganisma tersebut seterusnya mereka boleh
membandingbeza antara mikroorganisma yang telah mereka perhatikan. Perhatian
mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan
dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.

ii) Mengingat / Penahanan


Proses kedua dalam pembelajaran pemodelan adalah mengingat yang merupakan
elemen penting kepada setiap pelajar. Setiap isi pelajaran yang telah mereka
pelajari harus kita membuat penilaian sejauh manakah proses mengingat dalam
kalangan pelajar berjaya berlaku. Kaedah penilaian untuk menguji sama ada isi-
isi penting pelajar diingati oleh pelajar atau tidak adalah dengan menjalankan
latih tubi, memberikan soalan kuiz, memberikan latihan-latihan pengayaan dan
ujian topikal. Alat-alat pentkasiran ini amat penting bagi mengukur sejauh
manakah proses ingatan itu telah berjaya pelajar lakukan. Namun begitu, sebelum
mengukur prestasi ingatan para pelajar, sewajarnya kita menggalakkan para
pelajar untuk membuat nota sama ada dalam bentuk peta minda, nota akronim
dan sebagainya bagi membantu mereka mengingat untuk jangka masa panjang.

iii) Reproduksi
Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya.
Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan
mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah sesuatu proses, mungkin belum boleh
melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak dan
berulangkali, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara

8
HMEF5043_V2
penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Pada peringkat
penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir. Dengan
contoh lainnya, reproduksi bermaksud seseorang pelajar mampu menerangkan
semula ciri-ciri sesuatu benda yang dipelajari atau menerangkan semula langkah-
langkah bagi sesuatu proses kejadian dengan lancar. Apabila hal ini boleh
berlaku, maka proses reproduksi boleh dikatakan telah berlaku dengan jayanya.

iv) Peneguhan / Motivasi


Pelajar mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui
pemerhatian, tetapi mereka mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu
sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya.
Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian.
Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru
tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk
menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku.
Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang
mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa
peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang baru dilantik sebagai pengawas
tetapi diejek oleh rakan-rakan kerana uniformnya yang tidak sesuai dengannya
dan dia akan berasa kurang yakin dan memohon untuk meletakkan jawatannya.

SOALAN 4
a) Empat cara membina sebuah kelas kontruktivis

i) Guru mencipta persekitaran kolaboratif di mana pelajar-pelajar terlibat secara aktif


dalam pembelajaran mereka sendiri. Dalam contoh ini, guru boleh merancang sebuah
proses pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar bertindak sebagai pengajar
dan pelajar. Sebagai contoh, aktiviti seperti perdebatan atau penyelesaian masalah secara
kumpulan. Guru bertindak sebagai pemudahcara atau fasilitator yang menyediakan topik
pembelajaran dan menyerahkan kepada para pelajar untuk mencari sendiri penyelesaian
kepada sesebuah permasalahan. Guru mengagihkan pelajar-pelajar kepada kumpulan-
kumpulan yang bertindak sebagai pencadang ataupun pembangkang. Dengan kaedah ini,

9
HMEF5043_V2
pelajar-pelajar akan bertindak mengikut peranan masing-masing dalam membuat
kesimpulan dan akhirnya guru hanya membuat rumusan daripada aktiviti yang telah
dijalankan.
ii) Guru juga perlu bijak mengubahsuai teknik pengajaran mereka berdasarkan kepada
level pemahaman para pelajar ini. Dalam fasa ini, guru perlu membuat pengukuran
tentang tahap pencapaian dan pemahaman para pelajar sebelum merancang dan
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hanya setelah
mendapat input-input dan memahami dengan jelas tahap keupayaan para pelajar, guru
boleh merancang aktiviti pengajaran sama ada menggunakan kaedah sumbangsaran,
perbincangan di dalam kumpulan, eksperimen dan sebagainya.
iii) Kelas yang dirancang oleh guru hendaklah lebih memfokuskan kepada minat dan
persoalan pelajar. Guru haruslah merancang sebuah pembelajaran yang boleh menarik
minat para pelajar seterusnya menjawab segala persoalan pelajar melalui aktiviti yang
dijalankan. Pembelajaran hendaklah lebih interaktif dalam pelbagai hala. Ini merujuk
kepada komunikasi yang berkesan sama ada guru dengan pelajar mahupun pelajar
dengan pelajar.
iv) Pembelajaran yang dirancang mestilah berpusatkan pelajar. Ini bermaksud semua
aktiviti pembelajaran hendaklah memfokuskan kepada pelajar di mana segala persoalan,
idea, teori dan pendapat para pelajar hendaklah diutamakan. Namun guru yang bertindak
sebagai pemudahcara mestilah sentiasa memantau agar pendapat para pelajar tidak jauh
lari daripada landasan isi-isi pelajaran utama.

b) Empat kelakuan yang menunjukkan Kamal mempunyai pengetahuan metakognitif:

i) Kamal tahu bahawa belajar di perpustakaan yang tenang akan menjadi lebih
produktif daripada belajar di rumah yang terdapat banyak gangguan. Ini
menunjukkan bahawa Kamal mempunyai pengetahuan pembolehubah peribadi
yang merujuk kepada pengetahuan proses pembelajaran.

ii) Kamal tahu bahawa beliau akan menghabiskan masa lebih banyak untuk membaca
dan memahami teks sains berbanding membaca dan memahami novel. Ini
menunjukkan bahawa beliau mempunyai pengetahuan tentang pembolehubah tugas
yang merujuk kepada pengetahuan tentang sifat tugas dan juga jenis permintaan

10
HMEF5043_V2
pemprosesan
yang diperlukan.

iii) Kamal tahu bahawa belajar untuk peperiksaan bertulis adalah berbeza daripada
belajar untuk peperiksaan dengan soalan aneka pilihan. Ini menunjukkan bahawa
beliau mempunyai Pengetahuan tentang pemboleh ubah strategi merujuk kepada
pengetahuan tentang strategi kognitif dan metakognitif yang sesuai untuk tugas itu.

iv) Kamal sentiasa bertanya kepada dirinya sendiri tentang matlamatnya untuk belajar
pada setiap hari. Kamal akan sentiasa mengingatkan dirinya sendiri bahawa matlamat
akhirnya adalah untuk menjejakkan kaki ke Menara gading iaitu ke Universiti. Kamal
juga akan sentiasa menyemak bab-bab yang telah dipelajari dan dikuasainya sebelum
beliau menyambung belajar ke bab seterusnya

11

You might also like