You are on page 1of 8

Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Esei Sejarah Kertas 2 SPM

Oleh ROZITA NGAH MOHAMAD ZALIZA MD ZALI Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei sejarah kertas 2 SPM. Seramai 30 orang pelajar dari tingkatan 5 Harapan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Peel telah dipilih sebagai responden kajian. Alat pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik, ujian pra dan ujian pasca. Dalam kajian ini pelajar didedahkan dengan kemahiran menjawab soalan esei dengan menguasai tema atau kata kunci bagi tajuk-tajuk yang dipelajari. Untuk mengumpul data awal pengkaji telah menggunakan borang soal selidik berbentuk soalan tertutup. Manakala ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menguji keberkesanan teknik yang didedahkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan telah dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei Sejarah. Ujian pasca menunjukkan sebanyak 23 pelajar yang lulus berbanding dengan ujian pra sebanyak 6 sahaja lulus.Ini menunjukkan bahawa teknik yang didedahkan kepada pelajar telah membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei Sejarah. Pengkaji berpuas hati dengan dapatan kajian kerana dapat meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Sejarah SPM, tetapi pihak pelajar perlulah ada inisiatif untuk menguasai tema setiap tajuk yang dipelajari agar dapat membantu mereka menjawab soalan esei dengan baik.

ISU KAJIAN Sejarah ialah mata pelajaran teras bagi semua sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Mata pelajaran ini wajib diduduki oleh setiap calon SPM. Mata pelajaran dapat melahirkan pelajar yang tahu asal usul bangsa, negara, semangat jati diri dan sayang akan bangsa dan negara.Mata pelajaran Sejarah memerlukan seseorang pelajar menguasai fakta, sebab dan akibat dan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah tersebut. Masalah umum yang sering dihadapi oleh guru-guru Sejarah ialah pelajar tidak berminat terhadap mata pelajaran tersebut. Tanggapan mereka, mata pelajaran Sejarah amat membosankan kerana terpaksa menghafal fakta-fakta yang terdapat dalam buku teks. Tanggapan ini adalah tidak tepat kerana pembelajaran sejarah boleh berlaku melalui penggunaan ICT seperti dalam mata pelajaran lain.Sikap pelajar ini secara tidak langsung menyumbang kepada penurunan peratus kelulusan peperiksaan SPM 2003 peringkat kebangsaan.

106

REFLEKSI ISU KAJIAN Di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran adalah memuaskan tetapi tidak mencapai kelulusan seratus peratus (SPM 2003 74%, SPM 2004 88.4%). Bagi meningkatkan peratus kelulusan, pihak sekolah melalui Panitia Mata Pelajaran Sejarah telah menjalankan pelbagai langkah seperti mendedahkan para pelajar teknik menjawab soalan berdasarkan soalan-soalan SPM yang lepas dan kelas tambahan. Masalah yang dikenal pasti antaranya sikap para pelajar yang malas membaca, tidak menguasai tema dan tidak menguasai teknik menjawab dengan tepat. Kegagalan para pelajar menguasai tema menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan esei mengikut kehendak soalan. Hasil daripada pemeriksaan kertas ujian dan peperiksaan mendapati para pelajar sering kali mencampuradukkan huraian jawapan mereka dengan fakta dan bukan fakta. Sebelum membuat perancangan kajian tinjauan awal diberikan bagi mengumpul data tentang masalah kajian. Bentuk tinjauan awal berdasarkan soal selidik. Para pelajar diberikan 6 item soalan tentang permasalahan mereka dalam menjawab soalan esei. (Sila rujuk lampiran A). Berdasarkan data maklumat soal selidik yang diperoleh terdapat beberapa masalah yang dikenal pasti seperti: a) b) c) d) e) f) Tidak membaca Membaca tetapi tidak mengingati fakta. Tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah Pelajar berminat, tetapi perlu mengingati banyak fakta. Tidak menguasai tema Pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan

Daripada 6 item soalan yang diberi didapati 21 orang pelajar tidak menguasai tema. Ini diikuti dengan 18 orang membaca tetapi tidak mengingati fakta. Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menguasai tema dalam menjawab soalan esei Sejarah kertas 2. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk seperti berikut: a) b) c) mengenal pasti fokus kajian bagi membantu pelajar menjawab soalan esei. Merancang tindakan bagi meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei. Menilai keberkesanan tindakan meningkat kemahiran menjawab soalan esei kertas 2 SPM. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini ialah terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 5 Harapan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur. Kelas ini merupakan kelas yang terdiri daripada para pelajar yang mendapat pencapaian sederhana bagi setiap mata pelajaran termasuk Sejarah. Kebanyakan mereka daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kebanyakannya tinggal di kawasan rumah at. Cuma sebilangan kecil sahaja yang berlatar belakang keluarga yang sederhana.

107

INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan instrument-instrumen berikut: a) b) c) soal selidik terdiri daripada 6 item soalan. Soalan dijawab dalam masa 10 minit. ujian pra terdiri daripada 1 soalan esei yang diperlu dijawab dalam masa 25 minit. ujian pasca terdiri daripada 1 soalan esei dari bab yang sama dengan ujian pra yang perlu dijawab dalam masa 25 minit LANGKAH TINDAKAN Tinjauan awal telah dilaksanakan pada 1 September 2005 melibatkan 30 orang pelajar tingkatan 5 Harapan. Soal selidik telah dijalankan untuk mendapatkan data awal kajian ini (sila rujuk Lampiran A). Berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada tinjauan awal, pelajar didedahkan dengan kemahiran menguasai tema oleh pengkaji. Pendedahan bermula dengan guru menerangkan tajuk yang dipelajari. Berpandukan buku teks guru menyebut tema-tema atau kata kunci dan minta pelajar menggariskannya (sila rujukan Lampiran B dan C). Kemudian beberapa pelajar diminta menghuraikan fakta berdasarkan tema atau kata kunci yang diberikan tadi. Dalam kerja kumpulan pelajar diberi tugasan membincangkan jawapan dengan menggunakan kemahiran yang telah didedahkan oleh guru. Kumpulan terpilih diminta membentangkan hasil perbincangan dan guru memberi ulasan dan rumusan di akhir pengajaran dan pembelajaran (sila rujuk Lampiran B). Jadual Perlaksanaan
BIL 1 AKTIVITI Guru mengedarkan soal selidik PELAKSANAAN 1 September 2005 CATATAN Pelajar menjawab dalam masa 10 minit Pelajar menjawab dalam masa 25 minit Pelajar menjawab dalam masa 20 minit. Kumpulan yang terpilih diminta menyampaikan hasil perbincangan. Pelajar menjawab secara individu dalam masa 25 minit.

Guru mengedarkan satu soalan esei

5 September 2005

Guru menerangkan cara mengenal pasti tema daripada soalan yang diberikan. Selepas itu pelajar diberi tugasan menjawab soalan secara berkumpulan Guru mengedarkan satu soalan esei

8 September 2005

9 September 2005

Guru mengumpul jawapan menganalisis dapatan kajian.

dan

9 September 2005

108

PENGUMPULAN DATA Ujian Pra


Peratus Bilangan Pelajar 0 - 20 16 21 - 39 7 40 - 59 2 60 - 79 2 80 - 100 3 Jumlah Pelajar 30

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan bahawa seramai 23 orang gagal (76.6%). Ini bermakna hampir keseluruhan pelajar tidak dapat menjawab soalan esei dengan tepat kerana tidak menguasai tema Ujian Pasca Ujian ini dilaksanakan selepas pendedahan tentang kemahiran menguasai tema diberikan. Berikut adalah hasil analisis pencapaian ujian pasca yang telah diadakan pada 9 September 2005.
Peratus Bilangan Pelajar 0 - 20 3 21 - 39 5 40 - 59 7 60 - 79 7 80 - 100 8 Jumlah Pelajar 30

Daripada keputusan di atas didapati 22 orang pelajar telah lulus berbanding semasa ujian pra hanya 8 orang sahaja yang lulus, manakala 8 orang pelajar masih gagal menguasai tema.

KEPUTUSAN KAJIAN PRA DAN PASCA


18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100

Bilangan Pelajar

Ujian Pra Ujian Pasca

Peratus

109

REFLEKSI TINDAKAN Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru tentang masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam menjawab soalan esei Sejarah. Dengan ini diharapkan guru-guru perlulah memberi penekanan dan pendedahan kepada para pelajar tentang kemahiran menguasai tema tajuk-tajuk yang dipelajari. Melalui pendedahan ini diharapkan para pelajar mempunyai inisiatif untuk membaca seterusnya dapat menguasai tema dan membantu mereka menjawab kehendak soalan dengan tepat. Walaupun pengkaji mempunyai kekangan masa yang membataskan pengkaji menjalankan kajian dengan sempurna, namun dengan keinginan untuk membantu pelajar berjaya menjawab dengan tepat, kajian ini dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan. PENUTUP Kesimpulannya, kajian tindakan yang dijalankan mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Kemahiran pelajar menguasai tema dapat ditingkatkan dan membantu mereka menjawab soalan esei dengan lebih baik. Pengkaji bertuah dan berbangga kerana terpilih untuk menjalankan kajian tindakan ini. Dengan ini diucapkan jutaan terima kasih yang terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya kepada Encik Joseph Gomez, Dr. Lawrence Aeria dan Dr. Chong Poh Wan dari Institut Bahasa-bahasa Antarabangsa yang banyak membantu dalam menjayakan kajian ini.

LAMPIRAN A Soal Selidik Awal Arahan: Sila tandakan (/) dalam ruangan yang berkenaan.
BIL 1 AKTIVITI Saya tidak minat mata pelajaran Sejarah Saya tidak membaca buku teks sebagai persediaan menghadapi ujian dan peperiksaan. Anda membaca tetapi tidak dapat mengingati fakta Saya minat Sejarah tetapi terlalu banyak fakta yang perlu diingati. Saya tidak dapat menguasai tema tajuk yang dibaca Proses Pengajaran dan Pembelajaran kurang berkesan YA TIDAK

4 5

6 110

Ujian Pra a) b) Mengapakan British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu? (10 Markah) Bagaimanakah Orang Melayu menentang Malayan yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu? (10 Markah)

Ujian Pasca a) b) Apakah syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Malayan Union1946? (10 Markah) Mengapakah Orang Melayu menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh Britis? ( 10 Markah) LAMPIRAN B Langkah-langkah mengenal pasti tema atau kata kunci Tajuk Sub-tajuk : Malayan Union : Langkah-langkah Penentangan terhadap Malayan Union

Langkah 1: Dengan merujuk peta minda dalam buku teks guru terus menerangkan langkah-langkah penentangan terhadap Malayan Union (Pelajar telah diminta membaca tajuk berkenaan di rumah) Langkah 2: Dengan merujuk buku teks guru menyebut tema atau kata kunci dan meminta pelajar menggariskan tema atau kata kunci tersebut. Langkah 3: Guru meminta beberapa orang pelajar memberi penerangan bagi setiap tema atau kata kunci yang digariskan berdasarkan fakta dalam buku teks. Langkah 4: Pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan soalan dari bab yang sama dan dibincangkan dalam masa 15 minit. Langkah 5: Kumpulan yang terpilih akan membentangkan hasil perbincangan dalam masa lima minit. Guru akan memberi ulasan dan rumusan selepas pembentangan. Pengukuhan Guru memberi soalan esei sebagai latihan pengukuhan untuk disiapkan di rumah.

111

LAMPIRAN C Contoh tema atau kata kunci Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union

AKTIVITI

TEMA / KATA KUNCI

Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union dibuat dalam pelbagai tindakan iaitu akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara telah menyuarakan bantahan secara berterusan. Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold McMichael mendapatkan tanda tangan Raja-Raja Melayu. Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union. Mereka juga menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat tanah jajaha di London. Pada 23 Januari 1946 Dato Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization (UMO) sebagai benteng menentang Malayan Union. Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur. Kongres dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union. Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946. Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu L. D. Gammans dan David Reese Williams. Raja-raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

1. akhbar

2. demonstrasi 3. Persatuan 4. telegram

5. kongres

6. UMNO

7. rapat umum

8. Raja-raja Melayu

112

LAMPIRAN D Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Peel Kuala Lumpur Senarai Nama Pelajar Tingkatan 5 Harapan
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Nama ANUSHA A/P MURUGARAJAH AZZA BINTI MOHAMAD BANUPRIYA A/P NARAYAN CHAN POH YEE CHONG YU SIM EMILA NADIA BINTI ABD LATIF FELICIA GAN PEK CHUAN GUGANESWARI A/P PALANIANDY GOH WAI MUN IVY CASSANDRA A/P KRISHNAN JAYANTHI A/P CHIGANDI LOW LAI PUI LEE HSIU YEE MANIMANEGA A/P MARRIAPPA MARDHIYAH BINTI HASHIM NORHAFIZA BINTI KAMARUZZAMAN NORFARHANA BINTI CHE ISMAIL NORZAHARATUL ARDIAH ZAWAEE NUR AISYAH BINTI ISMAIL NUR BASYIRAH BINTI BAHAROM NUR IDAYU BINTI ANUAR NUR LIYANA BINTI JAMALUDDIN NURUL AZEERAH BINTI NORDIN NURUL AZRIN BINTI ABD AZIZ PUGUNESWARY A/P PUSPALINGAM PUTERI FATIMAH BINTI MEGAT OMAR RISDIANA BINTI DULADIM SITI NURHIDAYAH BINTI KHALID SITI NUR IZZATY BINTI ZAINUDDIN VITHYA A/P KANAPATHI M 12 0 20 8 8 0 0 4 6 0 14 8 4 0 18 0 6 0 8 0 8 0 20 0 4 18 0 4 0 4 Ujian Pra % 60 0 100 40 40 0 0 20 30 0 70 40 20 0 90 0 30 0 40 0 40 0 100 0 20 90 0 20 0 20 M 16 0 10 10 20 0 10 14 10 16 18 0 8 4 20 14 8 14 12 20 14 14 16 16 16 18 0 10 18 14 Ujian Pasca % 80 0 50 50 100 0 50 70 50 80 90 0 40 20 60 70 40 70 60 100 70 70 80 80 80 90 0 50 90 70

113

You might also like