You are on page 1of 40

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PRINSIP PERAKAUNAN 3756


MULAI SPM 2011

FORMAT PENTAKSIRAN
1 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Prakata Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan kurikulum bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan yang telah disemak semula pada 18 November 2008. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut di Tingkatan 4 bermula pada tahun 2010. Mata pelajaran tersebut ditawarkan sebagai mata pelajaran pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, (SPM). Format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut di rekabentuk berdasarkan hasrat dan kandungan kurikulum berkenaan, seperti yang ternyata dalam dokumen rasmi sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Format pentaksiran ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 November 2009 dan akan digunakan mulai tahun 2010 (Tingkatan 4) dan SPM 2011. Format pentaksiran ini direkabentuk dengan mementingkan prinsip asas pentaksiran, terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti. Aspek keserasian dengan kurikulum turut diberi keutamaan. Ini bermakna pentaksiran memberi fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran, yang merangkumi bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dalam perakaunan. Dokumen ini dikeluarkan dengan hasrat utama mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terutama para guru, ibu bapa dan para pelajar sendiri. Adalah diharapkan maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini dapat memberi gambaran jelas tentang apa yang ditaksir dan bagaimana pentaksiran itu dilaksanakan. Usaha ini dianggap penting bagi memberikan keadilan kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan serta menjamin integriti sistem pentaksiran negara.

DATO DR. SALBIAH BINTI ISMAIL Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya

2 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MULAI SPM 2011 1.0 PENGENALAN Penyemakan semula sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah telah dilakukan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Kurikulum Pusat pada tahun 2008. Mata pelajaran Prinsip Perakaunan ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon SPM yang lulus dengan baik akan mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu Level 2 Sijil London Chambers of Commerce and Industry (LCCI) oleh Educational Development International (EDI) dan pengecualian menduduki Certified Accounting Technician One (CAT 1) oleh The Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA) England. Format pentaksiran ini memenuhi matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan serta LCCI dan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) untuk melahirkan modal insan profesional perakaunan peringkat sekolah bertaraf antarabangsa, berilmu dan dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk diri sendiri, masyarakat, agama dan negara serta menyumbang kepada pembangunan negara maju 2020. Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk instrumen pentaksiran berdasarkan Sukatan Pelajaran yang disemak semula. Pembinaan instrumen pentaksiran adalah berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang piawai untuk menjamin mutu kesetaraan serta kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian. 2.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses perekaan bentuk format pentaksiran ialah: 2.1 Kesahan Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan objektif mata pelajaran Prinsip Perakaunan 2009. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan oleh kurikulum.

3 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

2.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direkabentuk bagi instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian dalam pembinaan instrumen. Ini adalah untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran yang dihasilkan setiap tahun. 2.3 Kebolehlaksanaan Format pentaksiran ini telah mengambilkira aspek yang memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan. 2.4 Penjaminan Kualiti Format pentaksiran ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme dalam memastikan bukan sahaja semua yang diharapkan dalam kurikulum mata pelajaran Prinsip Perakaunan dapat direalisasikan tetapi juga menepati tahap kualiti yang dihasratkan. 2.5 Keserasian Dengan Kehendak Kurikulum Format pentaksiran dan jenis item yang dicadangkan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ingin diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan. 3.0 KELULUSAN Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi Prinsip Perakaunan SPM mulai 2011. Format tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 November 2009. 4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Matlamat ini diperincikan satu demi satu dalam definisi yang ditunjukkan di bawah: 4.1 Perakaunan sebagai satu pengajian asas Pengajian asas merangkumi kebolehan menyepadukan ilmu kitaran perakaunan dengan nilai murni, adab dan etika kerja perakaunan untuk memahami dan menilai prestasi perniagaan.

4 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

4.2 Akauntabiliti Bertanggungjawab kepada Pencipta, diri, masyarakat dan negara ke atas keputusan dan tindakan yang diambil. 4.3 Pemikiran kritikal dan reflektif Berkeupayaan berfikir secara kritis serta reflektif (mengimbas kembali) dalam pelbagai situasi perniagaan dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh dan melakukan muhasabah diri. 4.4 Budaya kerja yang beretika Mengamalkan budaya kerja yang beretika berasaskan sifat teliti, teratur, tekun, menepati masa dan mematuhi peraturan serta boleh membezakan antara amalan kreatif dengan amalan penipuan (fraudulent practices). 4.5 Berpengetahuan dalam teknologi maklumat Berupaya dan mahir menggunakan TM (internet, perisian asas dan perisian perakaunan). 4.6 Pembelajaran sepanjang hayat Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan penilaian kendiri. 4.7 Kemahiran berkomunikasi Berkemahiran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan yakni berupaya menyampaikan idea dengan jelas dan yakin. Berkemahiran untuk menjadi pendengar yang baik dan berkomunikasi secara interpersonal dengan beradab, sama ada dalam menjalankan tugas yang berkaitan perakaunan atau yang lain. 4.8 Pendekatan pembelajaran bermakna Mewujudkan pembelajaran bermakna dengan menghubungkaitkan teori dan amalan perakaunan dalam pendekatan kontekstual dan autentik (berkebolehan berfikir, menaakul dan merealisasikan dalam persekitaran perniagaan sebenar). (Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2009 - Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)

5 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM) PRINSIP PERAKAUNAN Kurikulum Prinsip Perakaunan mempunyai objektifnya tersendiri bagi membolehkan murid-murid : 5.1 Menghuraikan konsep dan kitaran perakaunan yang diamalkan dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. 5.2 Menyediakan satu set akaun yang lengkap untuk perniagaan milikan tunggal secara manual dan komputer, akaun penamat untuk perkongsian, kelab dan persatuan serta menghitung nilai pendapatan, aset dan liabiliti dalam keadaan rekod tak lengkap. 5.3 Mengaplikasikan prinsip pengurusan tunai dalam menyediakan belanjawan tunai, penyata penyesuaian bank dan buku tunai (jurnal penerimaan dan pembayaran tunai) termasuk tunai runcit sistem panjar (imprest system). 5.4 Membuat perbandingan antara jenis perniagaan dari aspek perakaunan bagi pemilikan perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi bukan perniagaan. 5.5 Mengaplikasikan analisis kos-volum untung untuk membuat keputusan. 5.6 Menilai prestasi kewangan sesebuah perniagaan dengan menggunakan analisis nisbah asas. 5.7 Mempamerkan kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, pengurusan dan kepimpinan serta etika profesional dalam melaksanakan aktiviti perakaunan. 5.8 Mampu menggunakan teknologi maklumat dalam bidang perakaunan. (Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan 2009 - Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia)

6 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN Berdasarkan objektif mata pelajaran, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) Prinsip Perakaunan yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan pelajar dalam mempamerkan: 6.1 Pengetahuan dan Kefahaman berkaitan Perakaunan Konstruk ini mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang fakta-fakta khusus, pengelasan dan tafsiran. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menyatakan, mengenal pasti, menjelaskan, menerangkan, menyenaraikan, mengelaskan, membanding dan membezakan. Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur: Kebolehan mengingat semula fakta khusus dan membuat pengelasan mentafsir fakta dan maklumat dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. 6.2 Kemahiran Mengaplikasi Konstruk ini mengukur kebolehan mengamal, mengguna, mempraktik pengetahuan dan kefahaman mengikut piawaian perakaunan. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menghitung, menyediakan, merekod, dan menunjukkan maklumat perakaunan. Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur: Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman konsep dan maklumat perakaunan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. Keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman konsep dan maklumat perakaunan untuk menunjukkan, menghitung, merekod dan menyediakan penyata kewangan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. 6.3 Kemahiran Menganalisis Konstruk ini mengukur kemahiran menganalisis unsur dan perkaitan tentang data dan maklumat secara perbandingan dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. Perlakuan yang berkaitan termasuklah menganalisis, membanding dan menghubungkait. Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur: Keupayaan menggunakan pengetahuan, kefahaman konsep dan data untuk mencerakinkan maklumat perakaunan dalam konteks organisasi perniagaan dan bukan perniagaan. 6.4 Kemahiran Membuat Keputusan Konstruk ini menilai dan mentafsir maklumat perakaunan untuk membuat keputusan. 7 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Objektif pentaksiran bagi konstruk ini ialah untuk mengukur keupayaan menggunakan maklumat perakaunan untuk membuat keputusan dalam organisasi perniagaan. 6.5 Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Keupayaan menggunakan perisian asas komputer/ TMK untuk merekod data dan maklumat perakaunan bagi penyediaan akaun penamat. Berkeupayaan mengemukakan idea, saranan dan pendapat dalam kumpulan, interaksi harian dan membuat pembentangan. 6.6 Nilai-nilai Murni dalam Perakaunan Kesediaan untuk mengikut peraturan dalam aktiviti merekod dan menyimpan data dan maklumat. Mengamalkan akauntabiliti dan integriti dalam hal-hal berhubung dengan etika perakaunan. 7.0 FORMAT PENTAKSIRAN Pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2011 menggunakan tiga instrumen: 7.1 Kertas 1 (3756/1) Kertas 1 ujian objektif 7.2 Kertas 2 (3756/2) Kertas 2 ujian subjektif 7.3 Kertas 3 (3756/3) Kertas 3 projek 8.0 PERINCIAN FORMAT Perincian format pentaksiran adalah seperti Lampiran 1

8 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

9.0 HUBUNGAN ANTARA OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) DENGAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

OBJEKTIF PENTAKSIRAN OP 1

0 09876543210987654321 987654321098765432 09876543210987654321 09876543210987654321 09876543210987654321 1 09876543210987654321 09876543210987654321 09876543210987654321 09876543210987654321 09876543210987654321 09876543210987654321 0 098765432109876543219876543210987654321 9876543210987654321 098765432109876543209876543210987654321 0 1 098765432109876543219876543210987654321 0 0 0 1 098765432109876543219876543210987654321 1 0 098765432109876543219876543210987654321 098765432109876543209876543210987654321 9876543210987654321 0 098765432109876543219876543210987654321 0 098765432109876543219876543210987654321 09876543210987654321 0 0 098765432109876543219876543210987654321 1 1 098765432109876543209876543210987654320 1 0987654321098765432098765432109876543209876543210987654321 9876543210987654321 0 0987654321098765432198765432109876543209876543210987654321 0 1 0987654321098765432198765432109876543209876543210987654321 098765432109876543219876543210987654321 0987654321098765432198765432109876543209876543210987654321 0 1 1 0987654321098765432098765432109876543219876543210987654321 1 1 0 098765432109876543209876543210987654321 0 1 0987654321098765432098765432109876543209876543210987654321 987654321098765432198765432109876543209876543210987654321 0 1 0 0987654321098765432198765432109876543209876543210987654321 0 1 0987654321098765432198765432109876543219876543210987654321 0 1 0987654321098765432198765432109876543209876543210987654321 1 0 0987654321098765432098765432109876543209876543210987654321 1 1

10.0 ITEM CONTOH

Penerangan tersebut adalah bagi tujuan makluman dan tidak akan diterakan dalam kertas soalan sebenar.

Penerangan akhir di setiap item adalah merujuk kepada perkara-perkara berikut :

Item contoh bagi 3756/1, 3756/2 dan3756/3 di Lampiran 2.

(i) Konstruk - Perkara yang ditaksir (ii) Konteks - Kandungan/topik di dalam sukatan pelajaran (iii) Aras - Aras kesukaran item iaitu: R (aras rendah) S (aras sederhana) T (aras tinggi)

OP 6

OP 5

OP 4

OP 3

OP 2

KERTAS

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online 3756/1 9 3756/2 3756/3

LAMPIRAN 1 FORMAT PENTAKSIRAN

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN (3756)

MULAI SPM 2011

10 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756 (MULAI SPM 2011)
Bil. Perkara 1 Jenis Instrumen 2 Jenis Item Kertas 1 (3756/1) Ujian Objektif Aneka Pilihan Dan Gabungan Kertas 2 (3756/2) Ujian Subjektif Respons Terhad dan Struktur Kertas 3 (3756/3) Projek Menyelesaikan tugasan menggunakan kemudahan ICT Dua tugasan: Tingkatan 4 satu tugasan Tingkatan 5 satu tugasan

Bilangan Soalan Tugasan

40 soalan (Jawab semua)

Bahagian A 3 soalan (Wajib) (60 markah) Bahagian B 3 Soalan (Pilih 2) (40 markah) 100 60%

4 5

Jumlah Markah Pemberatan

40 20%

Gred elemen 20% Ogos - Sept (Ting. 4) April - Mei (Ting. 5) Pengetahuan dan kefahaman- 10% Kemahiran - 80% - Aplikasi - Analisis - Membuat keputusan - Kemahiran TMK Nilai - 10% Tingkatan 4 Penyediaan satu set akaun yang lengkap berdasarkan catatan urus niaga dan dokumen sumber Tingkatan 5 Penyediaan satu set akaun yang lengkap

Tempoh Ujian

1 jam 15 minit

2 jam 30 minit

Wajaran Konstruk

Pengetahuan dan kefahaman - 70% Kemahiran Aplikasi30%

Pengetahuan dan kefahaman - 10% Kemahiran - 90% - Aplikasi - Analisis - Membuat keputusan

Cakupan Konteks

Semua bidang pembelajaran dari Tingkatan 4 dan 5

Semua bidang pembelajaran dari Tingkatan 4 dan 5

Aras Kesukaran Rendah -R Sederhana - S Tinggi -T Alatan Tambahan

R:S:T=6:3:1

R:S:T=4:3:3 Keseluruhan R:S:T = 5:3:2

Kalkulator

10

Kalkulator Buku Tunai Jurnal Lejar Kertas Graf

11 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN 2 ITEM CONTOH

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 1 (3756/1)

MULAI SPM 2011

12 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Penggajian 1 Apakah maksud penggajian? A B C D Salah satu daripada urus niaga perakaunan yang menguruskan kaedah pembayaran kepada pekerja di atas perkhidmatan yang diberikan. Jumlah pendapatan yang dibayar untuk satu tempoh masa sebelum potongan dibuat. Satu sistem yang diamalkan oleh sesebuah organisasi untuk pembayaran gaji. Jumlah wang yang dibayar bagi perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja.

Jawapan : A [Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks: 9.1 Dokumen penggajian/ Aras: R] 2 Apakah butiran yang diambil kira dalam pengiraan gaji kasar? I II III IV A B C D Elaun Gaji Pokok Pinjaman Perumahan Yuran Koperasi I dan II I dan III II dan IV III dan IV

Jawapan : A [Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks: 9.2 Pengiraan Gaji/Aras: R]

13 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penggajian Ahmad, seorang kerani bagi bulan Januari 2009: RM Gaji Pokok 1 200 Pinjaman Kenderaan 218 KWSP 48 Elaun 200 Berapakah gaji bersih yang diperoleh Ahmad bagi bulan Januari 2009? A B C D RM1 666 RM1 570 RM1 230 RM1 134

Jawapan : D [Konstruk: Kemahiran Aplikasi/Konteks: 9.2 Pengiraan Gaji/Aras: S] Maklumat Pengurusan 4 Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan sesebuah organisasi. Perakaunan Kewangan A Proses meringkaskan data kewangan dan menyediakan penyata kewangan untuk kegunaan pengguna luar. Proses menyediakan laporan mingguan atau bulanan seperti hasil jualan, bahan mentah, analisis varians dan lain-lain. Proses menyediakan laporan kewangan untuk membuat keputusan jangka pendek. Proses menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman. Perakaunan Kewangan Proses menyediakan dan membekalkan maklumat kewangan dan statistik yang diperlukan oleh pengurus. Proses menyediakan laporan kewangan seperti Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. Proses menyediakan maklumat pengurusan untuk membuat keputusan jangka panjang. Proses membekalkan maklumat perakaunan kepada pengguna luaran.

Jawapan : A [Konstruk: Pengetahuan dan Kefahaman/Konteks:Maklumat Pengurusan/Aras: S]

14 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN 3 ITEM CONTOH

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 2 (3756/2)

MULAI SPM 2011

15 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Bahagian A (60 markah) (Wajib) Arahan : Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Jawab semua soalan. Jawapan hendaklah ditulis pada helaian tambahan. Contoh Soalan 1 1 (a) Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Aishah pada 31 Disember 2008: Modal pada 1 Januari 2008 Ambilan Modal Tambahan Modal pada 31 Disember 2008 Kira : (i) Untung bersih [2 markah] RM RM RM RM 20 000 5 000 3 000 32 000

(Konstruk: Kemahiran / Konteks : 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras: R) (ii) Peratus untung bersih atas modal [2 markah]

(Konstruk: Kemahiran / Konteks: 15.2 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah / Aras: R) (b) Pada 10 Januari 2009, Ali membeli sebuah televisyen secara kredit daripada Perniagaan Jaya dengan harga RM8 000. Diskaun niaga adalah 10% dan syarat bayaran adalah seperti berikut: 10% 5 hari ; 5% 10 hari (i) Sekiranya Ali menjelaskan hutang pada 18 Januari 2009, kira jumlah bayaran yang perlu dijelaskan olehnya. (Tunjukkan pengiraan) [2 markah] (Konstruk : Kemahiran / Konteks: 3.1 Fungsi dan jenis Dokumen Dalam Perniagaan / Aras: R) (ii) Apakah tujuan Perniagaan Jaya memberi diskaun niaga dan diskaun tunai? [2 markah] (iii) Namakan 2 jenis dokumen yang terlibat dalam urus niaga di (b). [2 markah]

(Konstruk : Pengetahuan dan Kefahaman / Konteks: 3.1 Fungsi dan jenis Dokumen Dalam Perniagaan / Aras: R)

16 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

(a) Lengkapkan jadual berikut : Aset RM (i) (ii) (iii) 10 000 20 000 10 000 8 000 [3 markah] (Konstruk: Kemahiran / Konteks: 2.8 Persamaan Perakaunan /Aras: R) (b) Maklumat berikut diambil daripada Perniagaan Ahmad pada 31 Disember 2008: RM 40 000 20 000 5 000 1 000 RM 1 000 500 200 2 000 Liabiliti RM Ekuiti Pemilik RM 5 000 20 000

Jualan Belian Pulangan jualan Stok awal

Pulangan belian Angkutan masuk Angkutan keluar Stok akhir

Anda dikehendaki mengira; (i) Kos barang untuk dijual (ii) Kos jualan (iii) Untung atau rugi kasar [3 markah] (Konstruk : Kemahiran / Konteks: 7.3 Penyata Pendapatan / Aras: S) (c) Rekodkan perkara berikut ke dalam Jurnal Am. (keterangan tidak diperlukan) Jan. 4 Hutang lapuk dihapuskan daripada penghutang RM 500. [2 markah]

Jan. 8 Mengambil barang niaga RM 400 untuk kegunaan keluarga. [2 markah]

17 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Contoh Soalan 2 dan 3 Berikut adalah ringkasan penerimaan dan pembayaran Kelab Sukan Akil bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9: RM Penerimaan Jualan restoran 200 600 Yuran tahunan 115 400 Pembayaran Gaji pekerja restoran Pemiutang restoran Alatan sukan Honorarium Sewa Elektrik dan air Insurans Caj bank Gaji pengurus kelab Angkutan masuk 40 890 110 560 30 025 5 500 10 080 30 080 5 160 520 15 360 800

Maklumat tambahan: (i) Baki-baki aset dan liabiliti adalah seperti berikut: 1 Julai 20X8 RM 11 090 470 30 890 119 400 6 010 4 850 3 005 30 Jun 20X9 RM 6 050 840 470 144 700 8 050 5 010 3 010 160

Stok restoran Sewa terakru Tunai di tangan Tunai di bank Alatan sukan Pemiutang restoran Yuran tertunggak Yuran terdahulu Insurans terdahulu

(ii) 40% daripada elektrik dan air adalah untuk restoran. Anda dikehendaki menyediakan: (a) Penyata mengira Dana Terkumpul pada 1 Julai 20X8. [3 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 12.6 Kunci Kira-Kira / Aras: T] (b) Akaun Kawalan Pemiutang Restoran. [2 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 5.2 Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang / Aras: T] (c) Akaun Perdagangan Restoran bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9. [7 markah] [Konstruk: Kemahiran/Konteks: 12.5 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan / Aras: T] (d) Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 30 Jun 20X9. [13 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 12.6 Kunci Kira-Kira / Aras: T] 18 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Abu dan Bakar adalah pekongsi dalam Perkongsian ABBA. Perjanjian perkongsian adalah seperti berikut : (i) Faedah atas pinjaman pekongsi 5% setahun. (ii) Faedah atas modal 10% setahun. (iii) Gaji tahunan Abu dan Bakar RM5 000 dan RM8 000 masing-masing. (iv) Untung atau rugi dibahagi dengan nisbah 3:2. Maklumat perakaunan berikut diperoleh untuk tempoh perakaunan berakhir 31Disember 2008 : RM Pada 1 Januari 2008: Modal: Abu 50 000 Bakar 40 000 Akaun Semasa: Abu 2 800 Bakar 2 200 Pada 31 Disember 2008: Pinjaman Abu 10 000 Premis (kos) 96 400 Alatan pejabat (kos) 14 600 Stok 4 550 Perabot (kos) 17 450 Ambilan: Abu 6 750 Bakar 6 250 Penghutang 12 000 Pemiutang 6 440 Bank (overdraf) 6 560 Untung bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 2008 40 000 Maklumat tambahan: (i) Untung bersih perkongsian hendaklah diselaraskan dengan perkara berikut : (a) Faedah atas pinjaman. (b) Susut nilai alatan pejabat 10 % setahun atas kos. Anda dikehendaki menyediakan: (a) Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2008. [9 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks:10.3 Akaun Penamat / Aras: T]

(b) Akaun semasa setiap pekongsi dalam bentuk beruangan. [8 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks:10.2 Ekuiti Pemilik Dalam Perkongsian / Aras: T] (c) Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2008. [8 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 10.4 Kunci Kira-Kira /Aras: T]

19 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Bahagian B (40 markah) Arahan: Jawab mana- mana dua soalan sahaja. 4 Pada 31 Mac 2010, akaun bank perniagaan Fotostat Suliza menunjukkan baki RM15 000. Anggaran penerimaan dan pembayaran bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2010 adalah seperti berikut: (i) Pada bulan April, beliau bercadang untuk membeli 2 buah mesin fotostat bernilai RM6 750 seunit. Bayaran pendahuluan sebanyak RM7 500 dan bakinya dibayar secara ansuran dalam tempoh 1 tahun bermula dari bulan Mei. (ii) Sewa bulanan premis RM800 sebulan. (iii) Dua orang pekerja diambil pada bulan April dengan gaji bulanan RM360 seorang. Pada bulan Jun, seorang lagi pekerja diambil dengan gaji RM300 sebulan. (iv) Hasil kutipan daripada perkhidmatan fotostat adalah seperti berikut: RM April 2 800 Mei 3 360 Jun 4 032 (v) Kadar bayaran dianggarkan sebanyak RM570 sebulan. (vi) Anggaran belian kertas fotostat dan toner adalah seperti berikut: April Mei Jun RM 3 100 1 980 2 700

Jumlah penerimaan dan pembayaran sebenar untuk tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun 2010 adalah seperti berikut: RM Penerimaan Hasil perkhidmatan fotostat Pembayaran Mesin fotostat Belian kertas fotostat dan toner Sewa premis Gaji Kadar bayaran 12 000 10 000 8 200 2 550 2 160 1 545

Anda dikehendaki menyediakan: (a) Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2010. [14 markah] (b) Penyata Varian untuk membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar. [6 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 8.3 Belanjawan Tunai Dan Varian / Aras: S]

20 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Berikut adalah maklumat daripada Perniagaan Maria sepanjang bulan Ogos 2009 : RM Pada 1 Ogos 2009: Baki debit lejar jualan 9 022 Baki kredit lejar jualan 165 Baki debit lejar belian 97 Baki kredit lejar belian 5 476 Peruntukan hutang ragu 230 Pada 31 Ogos 2009: Bayaran kepada pemiutang Jualan kredit Diskaun diterima Belian kredit Pulangan masuk Jualan tunai Hutang lapuk dihapuskan Diskaun diberi Belian tunai Cek tak layan Hutang lapuk terpulih Penerimaan daripada penghutang Yuran peguam dikenakan atas penghutang Pindahan baki dari lejar jualan ke lejar belian Pulangan keluar Baki debit lejar belian Baki kredit lejar jualan 37 417 54 128 1 210 41 195 2 205 15 000 192 1 744 5 600 376 300 49 178 90 345 1 068 133 214

Anda dikehendaki: (a) menyediakan Akaun Kawalan Lejar Belian [8 markah] (b) menyediakan Akaun Kawalan Lejar Jualan [10 markah] (Konstruk: Kemahiran / Konteks : 5.2 Akaun Kawalan Penghutang & Akaun Kawalan Pemiutang / Aras: S) (c) mengira jumlah jualan dan jumlah belian. [2 markah] (Konstruk: Kemahiran / Konteks : 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras : S)

21 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Puan Bibi, pemilik Kedai Runcit Bibi tidak menyimpan rekod-rekod perakaunan perniagaannya menggunakan sistem catatan bergu. Berikut adalah ringkasan Buku Tunai perniagaannya pada 31 Disember 20X8 : BUKU TUNAI Tunai Bank RM RM 20 1 000 Belian 100 Ambilan 4 980 Gaji 800 Insurans Sewa Tunai RM 50 200 120 150 Bank RM 1 300

Baki b/b Jualan Penghutang Komisen

Aset dan liabiliti Perniagaan Bibi adalah seperti berikut: 1 Januari 20X8 31 Disember 20X8 RM RM 8 000 7 600 600 800 20 870 1 000 4 210 50 70 50 780 1 200

Alatan kedai Stok Tunai Bank Sewa terakru Insurans terdahulu Gaji terakru Penghutang Anda dikehendaki:

(a) menyediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 20X8. [10 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 13.3 Penentuan Pendapatan / Aras: S] (b) menyediakan Kunci Kira-kira pada 31 Disember 20X8. [6 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks: 13.4 Penentuan Aset dan Liabiliti dan Kunci Kira-Kira / Aras: S] (c) menghitung: (i) kadar pusing ganti stok (ii) margin untung bersih [4 markah] [Konstruk: Kemahiran / Konteks : 15.2 Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah / Aras: S]

22 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN 4 ITEM CONTOH

PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN KERTAS 3 (3756/3)

MULAI SPM 2011

23 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

MAKLUMAT TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4 Arahan Tugasan Calon dikehendaki: 1. Menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan catatan urus niaga dan dokumen sumber bagi perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan menjual barangan keperluan harian seperti: (a) barangan runcit (b) kek (c) buah-buahan Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan. i Jenis Perniagaan : Milikan tunggal ii Status perniagaan : Memulakan perniagaan iii Tempoh urus niaga : 1 bulan tahun semasa Urus niaga yang terlibat mestilah disokong dengan dokumen yang lengkap berdasarkan perkara berikut: Butiran Ringkasan Urus niaga Bilangan urus niaga 40

2.

3.

Bilangan urus niaga Garis panduan urus niaga i ii Catatan permulaan Komponen kos jualan - Belian kredit - Belian tunai - Pulangan belian - Angkutan masuk, duti import, upah belian, insurans belian - Jualan kredit - Jualan tunai - Pulangan Jualan - kepada pemiutang - belanja - daripada penghutang - hasil - tunai - kredit

iii

Komponen jualan bersih

4 9 7 2 2

iv v vi vii

Komponen pembayaran Komponen Penerimaan Perolehan aset Catatan kontra

24 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Butiran

Ringkasan Urus niaga

Bilangan urus niaga 2

vii

ambilan

- kegunaan sendiri - kegunaan perniagaan - tujuan promosi/derma - maklumat debit/ kredit ditentukan berdasarkan baki daripada kad stok

ix x

Pinjaman Stok akhir

1 1

4.

Maklumat berikut perlu diambil kira dalam urus niaga: i Peniaga menggunakan duit simpanan di bank sebanyak RM20 000 untuk menjalankan perniagaan ii Seorang pekerja diambil bekerja sebagai pembantu kedai dengan bayaran gaji sebanyak RM500 sebulan iii Peniaga memberi diskaun 2% untuk belian tunai yang melebihi RM500 dan diskaun tunai 2.5% untuk belian melebihi RM1 000 dan dibayar dalam tempoh 7 hari Semua maklumat berkaitan tugasan hendaklah menggunakan perisian komputer yang sesuai. Tugasan projek mestilah dicetak dengan mesin pencetak komputer dan perlu mematuhi perkara berikut: i Saiz kertas : A4 ii Saiz font : 12 iii Jenis font : Times New Roman iv Jarak antara baris : 1.5 v Dokumen perniagaan : Saiz font, jarak antara baris dan bentuk tulisan mengikut kesesuaian Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan (Ogos - September). Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu. Setiap calon mesti mempamer kemahiran komunikasi sama ada dalam bentuk pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.

5. 6.

7. 8. 9.

10. Format Pendokumentasian: a. Muka Depan terdiri daripada maklumat diri. i Nama calon ii Angka Giliran iii No Kad Pengenalan

25 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

b.

Kandungan i ii iii iv v vi vii viii ix x xi xii xiii Perakuan Calon Penghargaan Pengenalan perniagaan Profil perniagaan Perancangan urusniaga Dokumen perniagaan Buku Catatan Pertama Lejar Imbangan Duga Penilaian Stok Akhir Penyata Pendapatan Kunci Kira-kira Rumusan

26 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

MAKLUMAT TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5 Arahan Tugasan Calon dikehendaki: 1. 2. Menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan catatan dalam Buku Catatan Pertama dalam Lampiran A. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan: i Pada 1 Mac 2009, Encik Saleh telah menubuhkan Perniagaan Salihin Enterprise yang menjual peralatan sukan di Bandar Kuantan, Pahang. Beliau telah menubuhkan perniagaan dengan modal permulaan sebanyak RM60000. Beliau juga di bantu oleh seorang pembantu kedai yang di bayar gaji RM1 200 sebulan. ii Stok akhir dinilaikan pada harga kos RM24 500 dan harga pasaran RM31 850. iii Susutnilaikan sekurang-kurangnya dua aset bukan semasa dengan menggunakan kaedah berikut: - Baki berkurangan - Garis lurus/Ansuran tetap iv Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan ke atas baki penghutang bersih. v Dua item belanja terakru vi Satu item belanja terdahulu vii Satu item hasil terakru viii Pembetulan kesilapan: - Ketinggalan catatan - Kesilapan prinsip ix Nisbah yang perlu diambil kira untuk membuat keputusan: - Nisbah Keberuntungan - Nisbah Kecairan - Nisbah Kecekapan 3. 4. Semua maklumat berkaitan tugasan hendaklah menggunakan perisian komputer yang sesuai. Tugasan projek mestilah dicetak dengan mesin pencetak komputer dan perlu mematuhi perkara berikut: i Saiz kertas : A4 ii Saiz font : 12 iii Jenis font : Times New Roman iv Jarak antara baris : 1.5 v Dokumen perniagaan : Saiz font, jarak antara baris dan bentuk tulisan mengikut kesesuaian Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan (Ogos - September). Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu. Setiap calon mesti mempamer kemahiran komunikasi sama ada dalam bentuk pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.

5. 6. 7.

27 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN A JURNAL AM Tarikh 2011 Mac 1 Butiran Folio Debit RM 24500 1500 18800 30000 40000 7850 6440 4560 Kredit RM

Bank Tuna Stok Lengkapan Kenderaan Penghutang: Suria Tarading Perniagaan Venice Zubaidah Enterprise Pemiutang: Pemborong Jaya Pembekal Ramli Syarikat Meers Sdn. Bhd. Pinjaman (10% matang Disember 2014) Pinjaman (12% matang Disember 2011) Peruntukan Hutang Ragu Susut Nilai terkumpul Lengkapan Susut Nilai terkumpul Kenderaan Modal (Aset, Liabiliti dan modal pada tarikh ini)

133650

1320 2470 3460 24000 8400 500 6000 11100 76400 133650

18

Promosi Belian (keluarkan barang niaga untuk tujuan promosi)

2500 2500

25

Ambilan Belian (keluarkan barang niaga untuk hadiah hari jadi anak)

1800 1800

28 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

JURNAL BELIAN Tarikh 2011 Mac 2 3 5 8 10 15 18 21 25 28 31 Butir Pemborong Jaya Pembekal Ramli Syarikat Meera Sdn. Bhd. Pemborong Jaya Syarikat Meera Sdn. Bhd. Pembekal Ramli Kedai Sukan Swee Lee Pemborong Jaya Syarikat Meera Sdn. Bhd. Pembekal Ramli Akaun Belian Debit Folio No. Invois Amaun RM 3 880 2 920 4 550 2 440 3 600 2 850 7 240 3 330 4 240 1 130 36 180

JURNAL PULANGAN BELIAN Tarikh 2011 Mac 3 10 21 31 Butir Pemborong Jaya Pembekal Ramli Kedai Sukan Swee Lee Akaun Pulangan Belian Kredit Folio No. nota kredit Amaun RM 880 1 920 1 640 4 440

29 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

JURNAL JUALAN Tarikh 2011 Mac 3 4 6 8 10 11 15 18 21 23 28 31 Butir Perniagaan Venice Suria Trading Zubaidah Enterprise Suria Trading Zubaidah Enterprise Lakshna & Co Suria Trading Perniagaan Venice Maju Enterprise Zubaidah Enterprise Suria Trading Akaun JualanKredit Folio No. Invois Amaun RM 4 500 3 280 8 460 10 140 3 650 7 110 3 540 8 520 6 230 1 258 4 326 61 014

JURNAL PULANGAN JUALAN Tarikh 2011 Mac 5 8 21 29 31 Butir Perniagaan Venice Zubaidah Enterprise Lakshna & Co Suria Trading Akaun Pulangan Jualan Debit Folio No. nota kredit Amaun RM 450 1258 1110 326 3144

30 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BUKU TUNAI

Tarikh 2011 Butir Fol Disk RM Tunai RM Bank RM Tarikh 2011 Mac 3 4 5 5 6 8 10 11 13 15 18 21 23 24 25 30 600 7 850 3 000 651 K 2 800 6 440 600 300 5 700 2 150 12 369 3 000 30 31 31 951 April 1 Baki b/b 8 500 2 000 67 009 46 099 24 500 5 000 1 500 b/b Baki Jualan Sewa Suria Trading Jualan Zubaidah Enterprise Tunai Jualan Perniagaan Venice Komisen Lakshna & Co Jualan Mac 1 3 6 7 8 12 15 18 20 22 24 28

Butir

Fol

Disk Tunai RM RM

Bank RM

Belian Ambilan Pemborong Jaya Insurans Kadar bayaran Angkutan Masuk Syarikat Meera Sdn. Bhd. Alat tulis Iklan Bank K Pembekal Ramli Kedai Sukan Swee Lee Belian Derma Belanja am Pinjaman (matang 2011) Faedah pinjaman Pinjaman (matang 2014) Faedah pinjaman Gaji Baki h/b

2 100

260

4 940

800

180

1 200 300 3 420

84 280

1 596 5 320

1 100 400 300

804

2 000 8 500

350 84 400 200 1 000 46 099 67 009

31

250 350 3 000

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

300

CONTOH LAMPIRAN PROJEK

32 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN YANG DICADANGKAN

LAMPIRAN 1

Perakuan Calon Tentang Ketulenan Tugasan Projek Kertas 3756/3

Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi syarat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan 3756/3 adalah tulen.

Tandatangan Calon Nama Calon No. Kad Pengenalan Angka Giliran Calon

: : : :

Borang perakuan ini mestilah disertakan di bahagian hadapan Tugasan Projek.

33 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN 2 JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3


KEMAHIRAN Mengorganisasi Perancangan Perancangan awal Struktur folio Proses Tugasan Penyediaan Dokumen Sumber Mencatat Buku Catatan Pertama Pengeposan ke Lejar Penyediaan Imbangan Duga Penyediaan Penyata Kewangan Menganalisis Penilaian Pengiraan Analisis Nisbah Rumusan Merumus Nisbah Mentafsir dan Membuat Keputusan Membuat keputusan Cadangan Rasional Berkomunikasi Pembentangan Tugasan Pentadbiran Pemantauan LPM Pengumpulan dan Semakan Tugasan Penilaian dan Pentaksiran Kemasukan Markah OGOS SEPT OKT MINGGU MINGGU MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3 4

34 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN 3 Kertas Cadangan Tugasan. Maklumat Perniagaan i ii iii iv v vi vii viii ix x xi Nama perniagaan Nama Pemilik Lokasi / Alamat Jenis perniagaan Tempoh perakaunan Tempoh rekod Modal perniagaan Jumlah pekerja Status perniagaan Nama dan alamat bank Nombor Akaun

35 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN 4 Senarai nama dan alamat pembekal. Urus niaga secara kredit Pembekal 1 Pembekal 2

Urus niaga secara kredit Pembekal 3 Pembekal 4

Urus niaga secara tunai Pembekal 1 Pembekal 2

Urus niaga secara tunai Pembekal 3 Pembekal 4

36 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN 5

Bilangan Asal Salinan Tarikh

Bil Elemen

Urus Niaga

Dokumen

Nombor Siri Dokumen

37

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN 6 KAD STOK Jenis Barang: Masuk No. Bil Tarikh Dokumen Dokumen Kuantiti Harga Amaun Seunit (RM) (RM) Keluar Kuantiti Harga Amaun Seunit (RM) (RM)

Kuantiti Harga Amaun Seunit (RM) (RM)

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Baki

38

LAMPIRAN 7 Senarai Semak dan Penilaian Guru Bil Fasa Proses Tugasan 1 Profil Perniagaan 2 Perancangan Urus niaga 3 Penyediaan Dokumen Perniagaan 4 Penyediaan Buku Catatan Pertama 5 Pengeposan ke lejar 6 Penyediaan Imbangan duga 7 Penilaian Stok Akhir 8 Penyediaan Penyata Kewangan 9 Menghitung Nisbah Penyata Kewangan 9 Menganalisis Analisis Penyata Kewangan & Analisis Nisbah Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Catatan

Membuat keputusan 10 Keputusan Perniagaan 11 Pernacangan Perniagaan Penggunaan TMK 11 Penggunaan Komputer 12 Komunikasi 13 14 15 16 Nilai Murni Sistematik Akauntabiliti Rasional Ketepatan

39 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

LAMPIRAN 8
No. Siri : SMKST A 0001

SMK TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN 21020 KUALA TERENGGNAU

SIJIL PENCAPAIAN
PROJEK PRINSIP PERAKAUNAN
3756/3

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


Dengan ini disahkan bahawa Wan Muhammad Qhairul Daniel b. Wan Ali No. K/P : 920202-11-5007 Angka Giliran : TEA3087 A0381 telah berjaya menyempurnakan Projek Prinsip Perakaunan 3756/3 dengan pencapaian berikut: Elemen Pengetahuan dan Kefahaman Kemahiran Mengaplikasi Kemahiran Menganalisi Kemahiran Membuat Keputusan Kemahiran Menggunakan TMK Nilai-Nilai Murni Dalam Perakaunan Jumlah Skor GRED KESELURUHAN Gred D B A A A A 76 B

Tarikh:

26-Jun-2010

Pengetua SMK Tengku Mizan Zainal Abidin 21020 Kuala Terengganu

40 Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

You might also like