You are on page 1of 4

Kepentingan menderma darah Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :

y y y y y

Mangsa kemalangan Pesakit yang menjalani pembedahan Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis) Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia Ibu yang mengalami tumpahan darah

Anda layak menderma darah sekiranya 1. Berumur 18 tahun ke atas 2. Berat badan melebihi 45 kg 3. Tubuh badan yang sihat
y y y y y y y y y y y

Sihat pada hari menderma Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C

Anda DILARANG menderma darah sekiranya : Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
y y y y y

Menggunakan dadah secara suntikan Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda : 1. Menghidapi penyakit-penyakit seperti :
y y y

Sifilis Malaria Sakit jantung

2. 3. 4. 5.

Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja

Ketahuilah jangan letakkan diri anda dan orang lain di dalam keadaan bahaya Darah selamat bermula dari anda.Jika anda layak menderma, datanglah dan bawalah bersama ahli keluarga/ kawankawan anda yang juga layak menderma darah.Menderma darah adalah tanggungjawab bersama Keistimewaan yang dinikmati oleh penderma Penderma darah akan dapat menikmati rawatan percuma pesakit luar, rawatan perubatan dan caj wad di hospital tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila berhubung dengan pihak hospital untuk keterangan lanjut Oleh itu, mendermalah darah sekarang semasa tubuh badan sihat dan berkelayakantindakan masyarakat boleh menyelamatkan nyawa seseorang.

Faedah derma darah Menderma darah bukan hanya dapat menyelamatkan nyawa orang lain tetapi pada masa yang sama penderma turut menikmati faedahnya. Menderma darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru; secara tidak langsung akan meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama. Pada masa sama kecekapan badan menggunakan zat besi dalam badan akan meningkat kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru. Proses ini membantu mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelakkan pengumpulan zat besi berlebihan di jantung yang boleh menyebabkan sakit jantung. Setiap kali anda menderma darah, anda akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan. Ada kajian menunjukkan zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok). Secara purata tahap zat besi dalam badan seseorang lelaki ialah kira-kira 1,000 miligram tetapi pada wanita (sebelum menopaus atau putus haid) hanyalah 300 miligram saja.Pengeluaran zat besi pada wanita berlaku ketika haid dan inilah sebabnya wanita muda terlindung daripada sakit jantung. Risiko sakit sama dengan lelaki apabila wanita menopaus kerana zat besi mula terkumpul banyak dalam badan mereka. Selain itu secara psikologi, penderma darah sebenarnya berasa lebih tenang kerana mempunyai tahap kesihatan yang baik. Ujian darah akan dilakukan ke atas semua penderma setiap kali mereka menderma darah; walaupun mereka adalah penderma tetap. Ini adalah langkah untuk memastikan semua darah diderma adalah selamat dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan penerima. Langkah ini juga membolehkan penderma mengetahui tahap kesihatan mereka kerana jika didapati penderma menghidap penyakit tertentu, perkara berkenaan akan dimaklumkan segera supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya. Isu keselamatan seperti kemungkinan mendapat penyakit berjangkit juga tidak timbul kerana proses pengambilan darah adalah selamat dan dilakukan dengan berhati-hati. Banyak langkah keselamatan diambil untuk kebaikan anda dan bakal penerima darah. Semua peralatan seperti jarum baru, bersih dan steril akan digunakan bagi setiap penderma dan jarum yang sudah digunakan akan dibuang. Jadi tiada kemungkinan jarum ini terkena penderma lain. Sebelum darah diambil, tekanan darah akan diukur bagi memastikan tekanan darah adalah normal, diikuti ujian pengenalan jenis darah. Sampel sama akan digunakan untuk ujian darah seterusnya. Selepas contoh darah diambil untuk pengenalan jenis dan ujian darah, pegawai perubatan akan memberi kaunseling bagi memastikan anda penderma berisiko rendah. Satu unit darah dapat menyelamatkan nyawa mangsa demam denggi, kemalangan , ibu yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talassemia, anemia, leukemia dan haemofilia, mangsa kebakaran serta bayi yang perlu menjalani pertukaran darah. Apabila anda menderma darah, tidak perlu fikir siapa penerimanya atau bagaimana ia akan digunakan. Setiap hari ada saja orang memerlukan darah untuk menyambung hidup.Darah yang diderma boleh disimpan selama 42 hari dalam peti dingin beku sebelum diberikan kepada golongan yang memerlukan. Sel darah merah digunakan untuk merawat pesakit talassemia, leukemia, orang yang kehilangan darah (mangsa kemalangan, kebakaran, pembedahan) dan kekurangan darah (anemia). Manakala produk darah seperti plasma beku segar dan Faktor VIII serta IX untuk pesakit haemofilia. Ciri penderma darah:

* Berumur 18 hingga 65 tahun.Berat badan melebihi 45 kilogram. * Tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus. * Tidak menghidap penyakit kronik. * Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma. * Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor. * Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

You might also like