You are on page 1of 2

Ayat yang menyalahi hukum-hukum bahasa Melayu AYAT TERGANTUNG Ayat tergantung ialah ayat yang tidak mempunyai

subjek atau predikat. Ayat-ayat sebegini kerap ditulis oleh pelajar-pelajar terutama caloncalon STPM akibat kelemahan mereka dalam aspek tatabahasa. 1. Ayat tanpa subjek Contoh ayat: - Dalam buku itu menghuraikan cara-cara membuat kuih-kuih tradisional masyarakat Melayu. (Sepatutnya: Buku itu meghuraikan cara -cara membuat kuih tradisional masyarakat Melayu) - Di negara kita mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik. (Sepatutnya: Negara kita mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik.) 2. Ayat tanpa predikat Contoh ayat: - Tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. (Sepatutnya: Tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pegawai perlu disegerakan) - Golongan belia yang merupakan tunggak pembangunan negara. (Sepatutnya: Golongan belia yang merupakan tunggak pembangunan negara tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh pihak kerajaan) 3. Kesalahan frasa kerja transitif - tidak diikuti oleh objek Contoh ayat: - Kehadiran pihak tuan akan menyerikan lagi majlis kami. (Sepatutnya: Kehadiran pihak tuan akan menyerikan majlis(objek) kami lagi.) - Pemberita itu melaporkan dari Baikonur Cosmodrome, Khazakstan. (Sepatutnya: Pemberita itu melaporkan(KKT) berita(objek) dari Baikonur Cosmodrome, Khazastan.) 4. Ayat yang bermula dengan kata hubung Contoh ayat: - Justeru itu, semua pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. - Manakala, semua peserta perlu melaporkan diri pada minggu depan.

5. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata Contoh ayat: - Pelajar itu tidak tahu mengapa dia gagal dalam ujian itu. - Mereka tidak pasti siapa yang terlibat kemalangan itu. 6. Kesalahan struktur ayat pasif Contoh ayat: - Perkara itu saya belum putuskan lagi. - Bas yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. 7. Binaan idea ayat yang tidak berfokus Contoh ayat: - Langkah itu juga merupakan suatu penyelesaian bagi negara dan memupuk generasi muda ke arah Wawasan 2020. 9. Kesalahan ayat pancangan komplemen Contoh ayat: - Kerajaan berusaha mengatasi masalah setinggan dalam kalangan penduduk bandar. (tiada kata hubung komplemen iaitu "untuk") - Kami yakin pasukan hoki sekolah akan memperoleh kemenangan dalam perlawanan esok. (tiada kata hubung komplemen "bahawa") 10. Kesalahan ayat pancangan relatif Contoh ayat: - Punca tidak kurang pentingnya dalam hal ini ialah pengaruh media massa. (Tiada kata hubung relatif "yang") - Beberapa orang disyaki menjadi anggota kumpulan ajaran sesat telah didakwa di mahkamah. Ayat yang sempurna datang daripada amalan banyak membaca dan penguasaan ilmu tatabahasa.

You might also like