You are on page 1of 2

Soalan Tugasan JMS 213 2019/20

Jawab satu soalan daripada yang berikut:


1. “The colonial government created the structure of the modern state and the modern
government,” – G. D. Ness, 1967. Bureaucracy and Rural Development in Malaysia,
California, University of California Press. Hlm 13
Dengan merujuk kepada perubahan-perubahan politik yang telah dilakukan oleh British,
bahaskan pandangan bahawa British adalah ejen utama pemodenan Malaysia.

2. “Tindakan British menjajah negara Melayu seluruh semenanjung secara langsung dan
mendadak itu mengejutkan orang Melayu daripada mimpi selamat di bawah “perlindungan”
British yang digembar-gemburkan sebagai “pro-Melayu” dalam zaman sebelum perang.”
Abdul Rahman Ismail, “Revolusi di Malaysia: Cerakinan Sejarah” dlm Nasionalisme dan
Revolusi di Malaysia dan Indonesia, Penerbit USM, hlm 90.
Sejauh manakah pandangan di atas dapat dipertahankan dalam menjelaskan tentang
pencetusan nasionalisme Melayu di Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke-2?

3. “Thus, there is some validity to the argument that federalism as a process has failed in
Malaysia in the sense that the federal bargain did not freeze centrifugal-centripedal relations
as they existed at the time the bargain was struck.” – Robert O Tilman, In Quest of Unity: The
centralization Theme in Malaysian Federal-State Relations, 1957-1975, hlm 67.
Dengan merujuk kepada petikan di atas, bincangkan hubungan antara pemimpin kerajaan
Persekutuan dengan pemimpin Kadazan Sabah antara 1963-1983.

4. “Ketiadaan ideologi berdasarkan kelas yang berpengaruh dan dapat menyatupadukan rakyat
berbilang kaum, menyebabkan ketidakpuasan terhadap dasar pembangunan selepas
merdeka, menjelma dalam bentuk konflik perkauman. Ciri kemelayuan kerajaan dan
kecinaan borjuis tempatan menggalakkan kekecewaan kaum dan kelas yang sudah lama
wujud untuk mengambil sifat ‘perkauman’. Kemuncak pembangunan dua belas tahun
selepas merdeka pun menjelma dalam bentuk rusuhan perkauman pada bulan Mei 1969.” –
Jomo Kwame Sundaram 1988. Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung
Malaysia, DBP, hlm. 296
Bersetujukah anda dengan petikan di atas bagi menjelaskan punca berlakunya
rusuhan 13 Mei 1969. Beri hujah-hujah anda berdasarkan fakta yang jelas.

Panduan membuat tugasan

1. Tugasan ini perlu dilakukan secara individu.


2. Tugasan ini mesti dihantar secara online dan dihantar terlebih dahulu ke turnitin
(https://www.turnitin.com/regions/apac) untuk tapisan plagarism. No id dan enrolment key
akan di berikan kemudian melalui portal pppjj.

3. Tugasan yang sama kemudiannya perlu dihantarkan secara online ke portal pppjj. Pelajar
yang terus hantar ke portal tanpa melalui turnitin tidak akan di terima dan pelajar yang
hanya hantar ke turnitin dan tidak ke portal juga tidak akan diterima tugasan mereka.

4. Sekiranya peratusan plagarism melebehi 30%, tugasan itu tidak akan diperiksa dan akan
digagalkan. Sila ambil perhatian serius tentang perkara ini. Tiada penghantaran tugasan kali
kedua dibenarkan.

5. Pelajar yang hantar tugasan terus kepada saya sama ada melalui email atau secara pos
tidak akan diterima.

6. Tugasan ini perlu ditaip dengan langkau dua dan menggunakan font 12 point. Jumlah
mukasurat tugasan adalah antara 8 hingga 10 sahaja tidak termasuk senarai rujukan. Jika
anda buat lebih, mukasurat ke 11 dan ke atas tidak akan disemak.

7. Dalam proses menyediakan tugasan ini pelajar mesti membuat rujukan pada buku yang
berkaitan. Buku/artikel yang dirujuk perlu disenaraikan pada bahagian akhir tugasan anda.

8. Tugasan mesti ada catatan notakaki/nota hujung yang memberikan keterangan tentang buku
atau artikel yang dirujuk. Tanpa catatan notakaki/notahujung, tugasan akan disifatkan telah
melakukan penciplakan. Tugasan yang terbukti melakukan penciplakan akan digagalkan.

9. Catatan notakaki/notahujung bukanlah lesen untuk anda melakukan aktiviti gunting dan
lekat daripada bahan rujukan. Tugasan yang dihasilkan melalui aktiviti ini akan digagalkan.

10. Tugasan ini perlu dilakukan oleh diri sendiri. Jika terbukti anda mengupah orang lain untuk
membuat tugasan bagi pihak diri anda, tugasan itu tidak akan diterima dan diberi markah
kosong. Mengupah orang lain membuat tugasan bagi pihak anda adalah satu perbuatan
yang tidak bermoral. Anda bukan sahaja menipu pensyarah yang terlibat, anda juga
menipu Dekan PPPJJ, Kepimpinan tertinggi USM, anak-anak anda dan keluarga anda, diri
anda sendiri dan tentu sekali Tuhan. Jangan melanggar sumpah yang anda sendiri lafazkan
ketika majlis penerimaan anda sebagai pelajar baru beberapa tahun yang lalu.

11. Tugasan hendaklah dihantar sebelum atau pada 15 Feb 2020. Penghantaran tugasan secara
online perlu mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

You might also like