You are on page 1of 7

UNIT 4: HUDUD (MINUM ARAK, ROMPAK DAN MURTAD) 4.

1 Pendahuluan
Telah diterangkan di dalam pentakrifan hudud bahawa ia adalah hukuman bagi melaksanakan hak Allah yang dikenakan dan dikuatkuasakan untuk kemaslahatan awam (masyarakat), iaitu membanteras fasad dalam masyarakat dan menjamin kestabilan dan kesejahteraan kepada mereka. Tiap-tiap kesalahan itu merosakkan masyarakat dan manfaat dari hukuman yang dikenakan ke atas pesalah kerana melakukan kesalahan tersebut, adalah kembali kepada masyarakat, maka hukuman yang dikenakan kerananya dianggap hak Allah supaya terjamin tercapainya manfaat tersebut. Untuk memastikan supaya kemudaratan akan terhindar, maka dianggap hukuman tersebut sebagai hak Allah supaya tidak gugur hukuman tersebut oleh individu atau masyarakat bila saja disabitkan bersalah. Di dalam unit ini, akan dibincang beberapa kesalahan hudud yang penting yang mana ia selalu menjadi isu panas dalam masyarakat kita. Kesalahan-kesalahan tersebut ialah minum arak, merompak dan murtad.

4.2 Kesalahan Minum Arak (Shurb Al-Khamr)


Orang yang minum arak atau minuman yang memabukkan walau apa sekalipun bahan asal atau namanya, akan dikenakan hukuman hudud. Tanpa mengira samada sedikit mahupun banyak. Nabi SAW pernah ditanya tentang tuak yang diperbuat daripada madu (al-Bit'u) dan juga yang diperbuat daripada barli dan jagung (al-Mizr), lalu Baginda bertanya: Maksudnya: "Adakah ia memabukkan? Sahabat berkata: "Ya". Baginda bersabda: Semua yang memabukkan haram". Allah Azza wa Jalla telah menjanjikan bahawa sesiapa sahaja yang minum minuman yang memabukkkan diberikan minum lumpur busuk. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, apakah lumpur busuk?" Baginda menjawab: Peluh penghuni neraka atau perahan air (nanah dan darah daripada penghuni neraka)". (HR Muslim) Hukuman bagi kesalahan minum arak ialah 40 kali sebatan. Namun hukuman ini boleh mencecah sehingga 80 kali sebatan sebagai hukuman ta'zir, bukan hudud. Daripada Anas bin Malik RA: Maksudnya: "Nabi SAW pernah memukul pesalah minum arak dengan kasut dan pelepah (tamar) sebanyak 40 kali". (HR Muslim) Namun sekiranya perlu, pemerintah boleh menambah 40 sebatan lagi kepada hukuman ini sebagai hukuman ta'zir. Terutama apabila kesalahan minum arak ini berleluasa. Tindakan ini sebagai suatu langkah pencegahan. Dalil yang menunjukkan hukuman tambahan ini sebagai ta'zir bukan hudud ialah hadith:

Maksudnya: "Uthman RA pernah memerintahkan agar al-Walid bin 'Uqbah bin Abu Mu'ait disebat. Beliau disebat oleh Abdullah bin Ja'afar RA dan Ali RA mengira sehingga sampai 40. Uthman berkata: "Berhenti". Kemudian dia berkata pula: "Nabi SAW merotan sebanyak 40 kali, Abu Bakar sebanyak 40 kali dan Umar sebanyak 80 kali, semua ini sunnah tetapi saya lebih suka setakat ini ". (HR Muslim) Maksudnya beliau lebih suka sebatan sebanyak 40 kali. Ini kerana, jumlah ini adalah amalan Rasulullah SAW dan lebih bersifat berhati-hati dalam menghukum agar tidak melebihi daripada yang sepatutnya sehingga tidak menzalimi pesalah.

Pembuktian Hukuman hudud bagi kesalahan minum minuman yang memabukkan disabitkan berpandukan kepada dua kaedah berikut: 1. Bukti iaitu keterangan oleh dua orang saksi muslim yang adil. 2. Pengakuan iaitu pesalah membuat pengakuan telah meminum minuman yang memabukkan. Pengakuan oleh pesalah sudah tentu menjadi hujah yang boleh menggantikan bukti. Dengan ini, hukuman ini tidak boleh disabitkan berdasarkan muntah atau mencium bau mulut kerana ada kemungkinan ia diminum secara atau tersilap. Dalam keadaan ini, hudud digugurkan kerana wujud keraguan. Perbahasan Ringkas Mengenai Hukum Dadah (Pengkhayal) Khayal ialah keadaan akal yang dikuasai oleh rasa malas, keberatan dan lemah. Dadah pula ialah sejenis bahan yang menyebabkan keadaan tersebut kepada akal dan mungkin terdiri dari jenis ganju, candu, syabu dan sebagainya. Hukum mengambil dadah adalah haram apabila ia disalahgunakan dengan apa cara sekalipun. Ini kerana ia akan membawa kesan buruk kepada akal fikiran. Daripada Ummu Salamah RA katanya: Rasulullah SAW melarang semua yang memabukkan dan yang mengkhayalkan (melemahkan). (HR Abu Daud) Hukuman Penyalahgunaan Dadah Hukuman bagi penyalahgunaan dadah adalah berat dan ia sebenarnya terserah kepada hakim mahkamah Islam untuk menentukannya. Ia mungkin dalam bentuk penjara, sebat dan sebagainya. Namun dengan syarat hukuman tersebut tidak melebihi had minimum hukuman hudud yang telah ditetapkan syarak.

4.3 Kesalahan Rompak (al-Hirabah)

Hirabah dalam istilah syarak membawa maksud serangan yang bertujuan untuk merampas harta, membunuh atau menakut-menakutkan dengan cara terangan, angkuh dan menggunakan kekuatan di kawasan yang terpencil daripada bantuan. Ia dilakukan oleh mukallaf yang tertakluk kepada undangundang. Frasa menggunakan kekuatan bermaksud sekiranya jenayah yang dilakukan atas dasar kelalaian seterusnya melarikan diri atau bergantung kepada kelemahan mangsa. Frasa di kawasan yang terpencil daripada bantuan ialah kawasan yang jauh dari kawasan bandar atau kampung yang mana sekiranya mangsa meminta pertolongan, suaranya tidak kedengaran oleh penduduk sekitar. Jika jenayah dilakukan di kawasan yang boleh didengar suara mangsa maka ia tidak dikira sebagai kesalahan hirabah. Frasa Mukallaf yang tertakluk kepada undang-undang mengnepikan kafir harbi. Oleh itu, kafir harbi tidak termasuk dalam kategori ini walaupun dia merompak dan membunuh kerana dia boleh dibunuh dalam apa jua keadaan sekalipun. Jenayah ini boleh berlaku dalam bentuk individu, berkumpulan atau pelakunya itu lelaki, perempuan atau hamba kerana mereka semua adalah mukallaf. Dalam bahasa Arab, pelaku jenayah ini iaitu perompak dinamakan sebagai qattau al-tariq () yang bermaksud pemutus jalan. Mereka dinamakan sedemikian kerana orang ramai terpaksa mengelak dari melalui jalan yang dikuasai mereka, seolah-olah mereka memutuskan jalan tersebut. Kategori penjenayah Hirabah Pelaku jenayah hirabah dapat dibahagikan kepada empat kategori;

1) 2) 3)

Penjenayah yang membunuh dan merompak harta. Penjenayah yang hanya membunuh tanpa merompak harta. Penjenayah yang merompak harta dan tidak mengancam nyawa. nyawa.

4) Penjenayah yang menakut-nakutkan orang ramai tanpa merompak harta dan tidak mengancam
Ini adalah kategori bagi pelaku jenayah hirabah. Jenayah yang paling berat adalah kategori yang pertama iaitu mereka yang membunuh dan merompak. Sementara yang paling ringan ialah kategori keempat iaitu mereka yang hanya suka menakut-nakutkan orang awam tanpa ada ancaman nyawa dan rompakan. Hukuman Bagi Setiap Kategori Penjenayah 1) Mereka yang membunuh dan merompak akan dijatuhkan hukuman bunuh kemudian disalib selama 3 hari di tempat yang tinggi seperti tiang kayu atau sebagainya. Hukuman sedemikian rupa dikenakan agar menjadi pengajaran kepada orang ramai disamping memperlihatkan akan nasib malang yang akan menimpa bagi mereka yang melakukan jenayah tersebut. Walaubagaimanapun, mereka hanyah akan disalib selepas dimandikan, dikafan dan disembahyangkan kerana mereka masih lagi muslim.

2) Mereka yang membunuh sahaja tanpa merompak akan dijatuhkan hukuman bunuh tanpa disalib. Walaubagaimanapun, keluarga mangsa tiada hak untuk memberi keampunan kerana hukuman ini adalah hak Allah SWT. Ini kerana jenayah bunuh dalam bab hirabah berbeza dengan jenayah bunuh dalam bab qisas. Pembunuh di sini membunuh bertujuan untuk menakut-nakutkan dan menganggu perjalanan orang ramai dengan menggunakan kekuatan tanpa mengenal mangsa tertentu, malah ia akan membunuh sesiapa sahaja yang berada dalam kawasan tersebut. Oleh itu, hukuman bagi jenayah ini adalah hak milik Allah SWT dan keluarga mangsa tidak dapat menggugurkan hukuman tersebut. 3) Mereka yang merompak sahaja akan dijatuhkan hukuman potong tagan dan kaki secara bersilang. Iaitu, tangan kanannya dipotong pada bahagian pergelanagan dan kaki kiri pada bahagian pergelangannya. Jika jenayah ini diulang, tangan kiri dan kaki kanan akan dipotong.walaubagaimanapun, jumlah harta yang dirompak mestilah mencecah kadar yang telah ditetapkan dalam kesalahan mencuri iaitu suku dinar atau lebih. Jika kurang, maka hakim boleh menetapkan baginya hukman takzir. Perbezaan pencuri dan perompak ialah, pencuri mencuri harta secara bersembunyi sementara perompak melakukannya dengan menakutkan dan menggunakan kekuatan secara terang-terangan. 4) Mereka yang hanya menakut-nakutkan tanpa ada rompakan dan pembunuhan akan dikenakan hukuman takzir seperti buang negeri, penjara dan sebagainya. Hukuman ini bergantung kepada pemerintah. Malah, pemerintah juga boleh mengampunkannya jika perlu.

Dalil Hukuman Dalil hukuman bagi jenayah hirabah adalah berdasarkan ayat al-Quran berikut: Bahawasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar (al-Maidah: 33) Hukuman bunuh sahaja dikenakan ke atas penjenayah kategori kedua iaitu yang membabitkan pembunuhan tanpa rompakan. Hukuman bunuh dengan salib pula melibatkan penjenayah kategori pertama iaitu jenayah yang membabitkan pembunuhan dan rompakan. Hukuman potong tangan dan kaki dijatuhkan ke atas penjenayah kategori ketiga iaitu perompak yang tidak mengancam nyawa. Akhirnya, hukuman buang negeri melibatkan kategori keempat iaitu apabila jenayah hanya memperlihatkan perbuatan menakut-bakutkan tanpa melibatkan nyawa dan harta.

Pengguguran Hukuman

Kesemua hukuman yang dinyatakan di atas hanya boleh digugurkan melalui satu cara sahaja iaitu apabila pelaku jenayah bertaubat sebelum berjaya ditangkap oleh pemerintah, samada dengan cara melarikan diri, bersembunyi atau dia gagal dikesan. Jika penjenayah bertaubat sebelum dibawa ke muka pengadilan, maka semua hukuman khusus untuk jenayah hirabah iaitu bunuh, salib, potong tangan dan kaki akan digugurkan. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya: Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelim kamu dapat menangkapnya (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-Maidah: 34) Namun, perlu kita fahami bahawa taubat hanya menggugur hukuman khusus hirabah dan ia bukan penggugur sebarang jenayah. Maksudnya, status pelaku jenayah selepas bertaubat dikira sebagai pembunuh atau pencuri dan bukan lagi penjenayah hirabah. Maka, dia akan dihukum berdasarkan kesalahan membunuh. Oleh itu sesorang penjenayah yang telah bertaubat sebelum berjaya ditangkap masih tertakluk kepada hukuman qisas dan dia boleh diampunkan oleh keluarga mangsa dengan tuntutan membayar diyat.

4.4 KesalahanMurtad (al-Riddah)


Apabila seseorang masuk memeluk agama Islam kemudian keluar meninggalkan akidah Islam memeluk akidah lain yang kafir dia disebut murtad. Ertinya dia telah meninggalkan kepercayaan yang benar lalu beralih agama yang kafir, agama yang batil. Menurut bahasa Arab ia disebut: "riddah" atau "Irtidaad". Yang membawa maksud beralih daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Menurut ilmu syarak, murtad ialah beralih daripada memeluk agama Islam kepada memeluk agama lain. Murtad merupakan jenis kufur yang paling keji dan membabitkan hukuman dan implikasi yang amat berat. Dalilnya ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh firmanNya: Barangsiapa yang berpaling di antara kamu dari agamanya. Lalu dia mati di dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, kekal mereka di dalamnya (al-baqarah: 217) Kayu Ukur Penentu Murtad Murtad boleh berlaku dengan 3 perkara berikut: 1- Menolak hukum yang telah disepakati dan pasti diketahui umum (.) Contohnya menolak kewajipan zakat, puasa dan haji, menolak pengharaman arak atau menolak bahawa al-Quran adalah kalam Allah SWT. Semua hukum tersebut diketahui oleh ulama mahupun orang biasa. Amak menolak perkara seperti ini boleh menjadi punca murtad. Namun bagi seseorang yang menolak hukum yang tidak disepakati, atau sesuatu yang disepakati tetapi tidak diketahui oleh ramai orang, penolakan tersebut tidak menyebabkan kemurtadan. 2- Melakukan perbuatan yang hanya dilakukan oleh orang kafir. Contohnya sujud kepada berhala atau melakukan ibadah seperti ibadahnya orang kafir. Demikian juga melakukan sesuatu perbuatan yang salah dengan pegangan agama Islam seperti mencampakkan al-Quran ke tempat

najis. Samalah juga hukumnya terhadap buku-buku hadis dan tafsir. Dengan syarat, apa yang dilakukannya secara sukarela dan bukan dipaksa. 3- Mengucapkan sesuatu yang bercanggah dengan pegangan Islam, samada yang diucapkan itu lahir daripada keyakinan atau keingkaran atau niat untuk memperseda agama. Sebagai contoh, orang yang mengutuk Allah, Nabi atau dia berkata: Islam ketinggalan zaman, semua agama adalah sama, perempuan yang menutup aurat adalah kolot. Hukuman Murtad Hukuman bagi kesalahan murtad yang dikenakan kepada lelaki dan perempuan adalah sama. Apabila seorang lelaki atau perempuan yang baligh dan berakal melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kemurtadan, mereka tertakluk kepada hukum hakam berikut: 1- Pesalah murtad wajib diminta segera bertaubat dari kemutadannya kerana boleh jadi disebabkan salah faham yang timbul atau kerana rasa marah hingga menyebabkan hilang pedoman. Dengan ini pesalah akan dibimbing semua ke jalan kebenaran dengan bertaubat dan diberi nasihat. 2- Pesalah diberi amaran tentang akibat buruk jika masih kekal murtad dan tidak menerima tawaran bertaubat. Dia hendaklah diberitahu bahawa hukuman bunuh menantinya jika dia berkeras mempertahankan kemurtadannya. 3- Pesalah wajib dibunuh jika masih berkeras dengan kemurtadannya dan tidak mahu bertaubat. Hukuman ini adalah berpandukan sabda baginda Nabi SAW: Sesiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh dia. (HR Bukhari) Daripada Abdullah RA, bahawa Nabi bersabda: Tidak halal menumpahkan darah (membunuh) seorang muslim yang mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Aku Rasulullah melainkan dengan salah satu daripada yang tiga sebab berikut: orang berzina yang telah kahwin, hutang nyawa dibayar nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya serta meninggalkan masyarakat Islam (HR Bukhari dan Muslim) Syarat-Syarat Perlaksanaan Hukum Sebagaimana yang dinyatakan tadi, hukuman murtad ialah hukuman mati serta-merta. Namun demikian, hukuman ini tidak boleh dilaksanakan melainkan setelah memnuhi syarat-syarat berikut: 1- Baligh dan berakal. Perbuatan murtad oleh kanak-kanak dan orang gila tidak diambil kira kerana mereka bukan mukallaf. Tetapi, penjaga mereka perlu bertanggungjawab untuk menegur dan bertaubat daripada apa yang telah dilakukannya. 2- Diminta supaya bertaubat. Pesalah murtad tidak dihukuma bunuh kecuali setelah diminta bertaubat dan dia enggan bertaubat. 3- Kemurtadannya disahkan melalui pengakuan pesalah sendiri atau melalui saksi yang sahih dan memnuhi syarat yang telah ditetapkan.

Implikasi Daripada Kesalahan Murtad Apabila seseorang murtad serta enggan bertaubat, kesalahan ini akan mengakibatkan beberapa implikasi penting selain hukuman bunuh. Ia merujuk butiran berikut: 1- Kesemua hartanya akan dibekukan. Hartanya akan diletakkan dibawah jagaan pemerintah dan akan digunakanmengikut keperluan. Sekiranya pesalah bertaubat, hartanya akan dikembalikan. 2- Kesemua urusan dan akad sivilnya seperti jual beli, anugerah, gadaian dan sebagainya terbatal kerana status murtad menggugurkan segala kelayakannya. 3- Gugur segala hak untuk waris- mewarisi antara dia dan saudara-maranya. Sekiranya salah seorang saudaranya mati ketika dalam keadaan murtad, dia tidak berhak mewarisi pusaka peninggalan si mati walaupun sebenarnya dia disenaraikan sebagai pewaris. Ini berdasarkan hadis: seorang muslim tidak boleh mewarisi pusaka orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi pusaka orang muslim (HR Bukhari) 4- Pesalah dipisahkan daripada isterinya dan akad nikah mereka digantung. Sekiranya pesalah bertaubatdan kembali memeluk Islam dalam tempoh iddah, isterinya boleh dikembalikan tanpa akad yang baru. Namun sekiranya pesalah tidak bertaubat dalam tempoh iddah, akad nikahnya akan terbatal dan jika dia ingin kembali kepada isterinya, maka perlu kepada akad dan mahar yang baru. Implikasi Hukuman Mati ke Atas Pesalah Murtad 1- Haram dimandikan, dikafan dan disembahyangkan. Ini kerana pesalah dihukum mati kerana telah terkeluar dari agama Islam. Sedangkan jenazah yang dimandi, dikafan dan dijenazahkan ialah jenazah yang tunduk dan akur kepada hukum Islam. Allah SWT berfirman: Sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, lalu ia mati maka dia adalah seorang kafir (al-Baqarah: 217) 2- Tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam. Sebaliknya jenazahnya akan dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan orang Islam. 3- Kesemua saudaranya tidak boleh mewarisi pusakanya kerana hubungan yang diakui oleh Islam iaitu persamaan agama telah terputus.

You might also like