You are on page 1of 5

PENDAHULUAN

Saya Idrus Iman Mohamad,tingkatan 2 Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam telah diarahkan untuk menyiapkan kerja kursus Geografi tentang kajian luar fungsi petempatan dan perkembangannya.Dalam kajian ini,saya telah memilih kampung Usaha Jaya sebagai tempat kajian.Saya memilih kampung ini kerana kampung ini merupakan tempat kelahiran saya dan telah dilengkapi oleh pelbagai kemudahan.Saya telah menjalankan kursus ini selama tiga minggu.

PENGHARGAAN
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Tan Ping Seng iaitu pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.seterusnya,terima kasih juga kepada guru geografi saya iaitu Sir Junior yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.selain itu,sejuta penghargaan kepada ibu bapa saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja ini.Tidak lupa kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya.Terima kasih.

PERKARA

MUKA SURAT

OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menjalankan kerja kursus ini untuk mencapai objektif berikut: 1)Mengetahui jenis dan pola petempatan di kampung Usaha Jaya. 2)Mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kampung Usaha Jaya. 3)Mengkaji fungsi yang mempengaruhi petempatan kampung Usaha Jaya. 4)Mengetahui masalah yang terdapat di kampung Usaha Jaya. 5)Mengkaji langkah-langkah mengatasi masalah di kampung Usaha Jaya. 6)Penerapan nilai-nilai dan unsur patriotik di kampung Usaha Jaya.

You might also like