You are on page 1of 1

Laporan Aktiviti Mingguan PPIM IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN SEM 3 20011 Perjumpaan 1: 8.00 hingga 10.

00 pagi Tempat : Surau As-Syafie Pensyarah : Ustzh. Safinah Yaakob, Ustzh Ruhayati Ramly, Pn. Roselita Ali. Aktiviti:Perjumpaan pertama Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi guru pelatih semester tiga dijalankan di Surau As-Syafie pada tarikh 5 Januari 2011 bersamaan pada hari Rabu bermula pada pukul lapan hingga sepuluh pagi. Tiga orang pensyarah penasihat iaitu Ustazah Safinah Binti Yaakob, Ustazah Ruhayati Binti Ramly dan Puan Roselita Binti Ali. Pada awal perjumpaan, berlakunya sesi perkenalkan diri antara pensyarah penasihat dan ahliahli PPIM yang seramai 21 orang. Pensyarah penasihat juga menceritakan pengalaman-pengalaman mereka mengenai penglibatan mereka dalam PPIM sepanjang mereka menjadi pensyarah penasihat. Ahli-ahli PPIM mendengar sejarah penubuhan PPIM di Malaysia dan individu-individu yang terlibat dalam penubuhan PPIM. Selain itu, ahli-ahli PPIM juga berkongsi pengalaman masing-masing mengenai pengalaman mereka mengenai penglibatan mereka dalam PPIM semasa sekolah rendah dan menengah. Akhir sekali, sebelum tamat perjumpaan pertama semua ahli PPIM melibatkan diri dalam sesi perlantikan ahli jawatankuasa dalam PPIM di IPG KTAA sesi 2011.

You might also like