You are on page 1of 8

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

TEKNIK PENGESANAN KEROSAKAN Kandungan: Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian Mengesan Kerosakan Menggunakan Kaedah Pendekatan Sistem Teknik Pengesanan Kerosakan Mengenali Litar Skema dan Rajah Pemasaan Langkah-langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih

Mengesan Kerosakan Menggunakan Alat-alat Pengujian


Terdapat pelbagai alat pengujian yang boleh digunakan untuk menguji operasi komponen dan keterusan arus. Berikut disenaraikan sebahagian daripadanya;

Alat Meter pelbagai Osiloskop Kuar logik & pendenyut logik Penyurih arus

Fungsi sukat voltan dan kesan sambungan litar / komponen sukat voltan & frekuensi pada titik tertentu tentukan keadaan logik pada titik ujian tertentu kesan kehadiran arus

syamsulum@yahoo.com

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

Mengesan Kerosakan Menggunakan Kaedah Pendekatan Sistem


Sistem komputer boleh dibahagikan kepada beberapa komponen utama seperti di dalam gambarajah hirarki di bawah;

Sistem

Sub- Sistem

Sistem

Merujuk kepada gambarajah di atas, sistem komputer boleh dibahagikan kepada 4 paras sistem, iaitu: Paras sistem paras sub-sistem paras sub-sub sistem paras komponen

syamsulum@yahoo.com

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

Paras Sistem Ia merupakan paras tertinggi di mana semua paras lain berkerjasama supaya sistem komputer dapat menjalankan fungsinya dengan sempurna. Paras sub-sistem Ia merupakan sebahagian daripada bahagian paras sistem. Hasil dari sambungan paras sub-sistem ini membentuk satu sistem lengkap. Contoh yang sesuai adalah seperti pencetak, unit paparan, sistem unit, pemacu cakera dan lain-lain. Paras sub-sub sistem Paras ini merupakan bahagian yang terdapat pada paras sub-sistem. Contohnya bahagian pada unit paparan terdapat penguat video, pengayun ufuk, pengayun pugak dan bekalan kuasa tinggi. Paras komponen Bahagian ini merupakan komponen-komponen untuk satu sub-sub sistem. Sebagai contoh untuk penguat video pada unit paparan; ia mengandungi transistor, penapis dan lain-lain. Dalam kaedah pendekatan sistem, sesebuah sistem komputer akan disemak bermula daripada peringkat tinggi dan terus turun ke bawah iaitu kepada bahagian komponen (sistem -> sub sistem -> sub-sub sistem -> komponen). Ia melibatkan pemerhatian dan ujian untuk tujuan pengesanan kerosakan bagi mengenalpasti bahagian yang bermasalah. Bagi penyenggara sistem yang berpengalaman, mereka kadangkala mampu menyelesaikan masalah sistem tanpa perlu terlalu mengikut prosedur pendekatan sistem ini. Melalui pengalaman dan kemahiran, mereka dapat menyesaikan sesuatu kes kerosakan hanya dengan satu atau dua ujian sahaja.

syamsulum@yahoo.com

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

Teknik Pengesanan Kerosakan


Langkah-langkah mengesan kerosakan Penggunaan langkah yang sistematik dapat mejimatkan masa sewaktu menjalankan baik pulih sistem komputer. Terdapat 2 masalah utama yang menyumbang kepada kerosakan sistem iaitu; perisian dan perkakasan. Sewaktu membaik pulih, lazimnya pengujian terhadap kefungsian perisian akan dilakukan terlebih dahulu dan kemudian sekiranya tiada penyelesaian dapat dilakukan, barulah ujian dilakukan terhadap perkakasan sistem. Antara tindakan yang boleh dilakukan sewaktu pengesanan kerosakan ialah; 1. Analisa gejala /tanda-tanda kerosakan Apakah kerosakan yang ditunjukkan oleh komputer semasa kerosakan Apakah yang sedang dilakukan oleh komputer sebelum bermasalah Apakah aturcara yang digunakan sebelum kerosakan Periksa semua pemasangan sistem, kabel, penyambung (connector), CMOS-SETUP, fail autoexec.bat, fail config.sys, serta kedudukan jumper perkakasan. Untuk itu, adalah penting bagi menyimpan segala buku manual dan panduan bagi perkakasan sistem tersebut. Selain pemeriksaan di atas, penyenggara juga harus melakukan pemeriksaan seperti bau terbakar, keluar asap, dan kepanasan lampau pada komponen komputer. 3. Uji / buktikan kerosakan Setelah tempat kerosakan dikenalpasti, pengubahsuaian perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Mulakan pengujian seperti pengubahsuaian fail autoexec.bat, config.sys, pendaftar (registry) Windows dan sebagainya sehingga berjaya. Bagi pemeriksaan kesalahan penyambungan, kabel, dan jumper, pembetulan boleh dilakukan dengan berpandukan buku manual perkakasan komputer tersebut.

2. Periksa / kenalpasti punca masalah (hardware / software)

syamsulum@yahoo.com

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

Sekiranya terdapat kesan asap (terbakar), lakukan pengujian pada komponen tersebut dengan menggunakan multimeter. Ini akan menguji kefungsian komponen tersebut. Cabut dahulu komponen yang ingin diuji daripada litar tercetak. Jika berlaku kepanasan lampau pada komponen, sembur komponen dengan penyembur penyejuk (jika ada) atau biarkan ia sejuk terlebih dahulu dan lihat kembali kefungsian sistem. Sekiranya baik, perhatikan kipas bekalan kuasa dan komponen lain dalam sistem berpusing dengan baik dan bersihkan sistem daripada sebarang habuk yang telah terbentuk. Letakkan sistem di tempat yang sesuai.

4. Sediakan keperluan untuk baik pulih kerosakan Setelah selesai pemeriksaan dan punca kerosakan ditemui, sediakan kelengkapan dan tempat yang sesuai untuk baik pulih. Dapatkan buku panduan CMOS-SETUP, buku panduan pengubahsuaian fail autoexec.bat, config.sys dan buku panduan installasi aturcara yang digunakan (aturcara @ program yang rosak). Jika kerosakan tersebut berlaku pada komponen atau perkakasan seperti pemacu cakera ataupun kad-kad pilihan, dapatkan alat ganti yang sesuai untuknya. 5. Lakukan penggantian dan pemulihan Setelah diketahui tempat yang bermasalah dan segala keperluan untuk baik pulih disediakan, kerja-kerja baik pulih boleh dimulakan. Masalah yang melibatkan perisian boleh dipulihkan melalui pengubahsuai ataupun instalasi (reinstall) semula. Bagi masalah perkakasan ataupun komponen sistem (hardware), proses penggantian komponen yang rosak boleh dilakukan.

Keperluan Untuk Pengesanan Kerosakan

1. Gunakan alat-alat pengujian


Sebagai alat asas untuk tujuan pengujian, alat-alat pengujian utama seperti multimeter dan test-pen perlu disediakan terlebih dahulu. Selain itu, alat sampingan seperti osiloskop, kuar logik, dan pendenyut logik juga perlu disediakan sekiranya perlu.

syamsulum@yahoo.com

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

2. Kemahiran membaca Litar Skematik Ia penting kerana ia mampu membantu penyenggara mengenalpasti komponen-komponen yang terdapat di dalam sistem menggunakan simbol piawai komponen. Ia juga akan memudahkan penyenggara mengenalpasti titik ujian yang boleh digunakan pada komponen yang dijangka rosak.

3. Gunakan Buku Panduan Litar Bersepadu IC


Ia memudahkan penyenggara mengenali ciri-ciri komponen dengan cepat dan senang. Selain itu, ia juga memudahkan penyenggara mengetahui fungsi kaki-kaki IC dan dapat melakukan pengujian isyarat pada kaki-kaki IC tersebut dengan betul. Menggunakan nombor sirinya, pembelian IC baru dapat dilakukan dengan mudah bagi tujuan penggantian komponen baru. 4. Kemahiran membaca Rajah Pemasaan

Melalui rajah pemasaan, penyenggara sistem dapat mengesan jujukan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sistem untuk sesuatu tempoh masa dengan baik. Ini kerana sistem komputer akan melaksanakan proses secara berjujukan. Rajah pemasaan piawai ini dapat membantu penyenggara membandingkan dengan rajah pemasaan sistem yang diuji bagi mengenalpasti kerosakan.

3 Teknik mengesan kerosakan: 1. Menggunakan Persamaan Boolean Untuk suatu litar logik mudah, suatu persamaan Boolean dapat dihasilkan dengan menggunakan teorem-teorem tertentu. Dari persamaan Boolean ini, jadual benar boleh dihasilkan. Jadual benar ini akan dijadikan panduan sewaktu membaikpulih. Pengujian yang sesuai adalah dengan menggunakan pendenyut logik dan kuar logik. Selain membuat persamaan Boolean, dengan menggunakan jadual benar bagi sesuatu IC (IC flip-flop, decoder, multiplexer), kerosakan IC atau litar luar IC dapat ditentukan dengan lebih tepat.

syamsulum@yahoo.com

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

2. Menggunakan Rupabentuk Gelombang dan Corak Teknik ini menggunakan gelombang asal pada sesuatu titik ujian sebagai rujukan. Gelombang asal boleh didapati pada litar skematik yang disertakan bersama litar semasa pembelian sistem. Dengan menggunakan isyarat masukan yang sesuai pada masukan litar, ujian gelombang boleh dilakukan pada titik yang dikehendaki dengan menggunakan osiloskop ataupun alatan lain yang sesuai. 3. Menggunakan Kaedah Gantian Kumpulan Kaedah ini bermula dengan mengenalpasti komponen yang bermasalah terlebih dahulu. Sebagai contoh, adalah dianggap bahawa kad pemecut grafik mungkin menjadi masalah kepada kegagalan fungsi sistem. Untuk menentusahkannya, sebuah kad pemecut grafik yang lain (baru ataupun simpanan) dipasang ke dalam sistem untuk menggantikan kad bermasalah tersebut. Sekiranya tiada tanda-tanda pemulihan sistem, maka masalah itu disahkan bukan berpunca daripada kad pemecut grafik asal tadi; dan begitulah sebaliknya. Walaupun ini merupakan kaedah penyelesaian yang paling mudah dan cepat, ia juga merupakan kaedah yang berkos tinggi dan bergantung kepada stok simpanan komponen / perkakasan tersebut (sekiranya ada).

syamsulum@yahoo.com

BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer

Langkah-langkah Keselamatan Semasa Membaikpulih


3 Peringkat: 1. Sebelum Membaikpulih 2. Semasa Membaikpulih 3. Selepas Membaikpulih Sebelum Membaikpulih 1. Keadaan Tempat Membaikpulih Luas, selesa, bercahaya, suhu sesuai, lantai berpenebat, jauh dari gegaran, peralatan tersusun, bekalan kuasa mencukupi 2. Meja Senggaraan Cukup lebar, tinggi sesuai Peralatan cukup, ada penstabil voltan, manual litar skematik dan data komponen Semasa Membaikpulih 1. 1. 2. 3. 4. Elakkan / kurangkan cas statik Guna wrist-strap Guna alat sesuai Pemateri sesuai (15 18 Watt) Penarik (extractor) utk keluarkan cip Guna penyedut (sucker) untuk buang timah pateri Guna manual / rujukan yg betul 3. Alat-alat Senggaraan

Selepas Membaikpulih 1. Pastikan semua sambungan betul / kemas 2. Pastikan tiada lebihan pateri 3. Guna / pasangkan casing dengan betul untuk elak litar pintas semasa menguji 4. Kemaskan peralatan dan meja senggaraan

syamsulum@yahoo.com

You might also like