You are on page 1of 5

KATA KERJA

perkataan yang merujuk kepada perbuatan atau keadaan yang dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda.

KATA KERJA TERBAHAGI KEPADA:

Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Transitif mesti disertai oleh objek iaitu kata nama:

CONTOH

(a) Mei Leng dan kawan-kawan sedang menanam bunga. (b) Pei Pei membaca surat khabar.

Kata Kerja Tak Transitif tidak memerlukan objek dan boleh berdiri dengan sendiri.

CONTOH

(a) Syafia bersenam.


(b) Adik terjatuh.

Kata Kerja Transitif boleh diikuti dengan keterangan.

CONTOH

(a) Syafia bersenam di padang. (b) Adik terjatuh dari pokok.

You might also like