You are on page 1of 3

Panel Perunding Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Negeri Johor

PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN MESYUARAT PANITIA PSK

PERSEDIAAN MESYUARAT 1 Tujuan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran PSK 1.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan proses pengajaranpembelajaran PSK. 1.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran PSK. 1.3 Mempertingkat pencapaian prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan Nilai Letak Kerja (Take Off Value TOV) murid ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah. 1.4 Mewujudkan semangat bekerjasama antara panitia mata pelajaran dengan Kelab Rukun Negara bagi menyokong dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran. 1.5 Mempertingkat tahap profesionalisme ahli panitia PSK dalam penguasaan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah serta kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini. 1.6 Menyemai nilai-nilai murni dan pengetahuan tentang sejarah malaysia supaya dapat melahirkan murid yang peka, menghayati sejarah tanah air serta berfikiran kritis, analitis dan bersemangat patriotisme.

Panel Perunding Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Negeri Johor

Prosedur/Pengelolaan Mesyuarat 2.1 Mengadakan sebuah fail khas bagi Panitia PSK bagi tujuan penyimpanan segala dokumen/rekod yang berkaitan dengan perjalanan/pengurusan panitia. 2.2 Dokumen panitia hendaklah sistematik, lengkap dan kemas kini serta mudah diakses. 2.2 Prosedur mesyuarat seperti memberitahu tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat, diedarkan kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah. (Guru Besar boleh mengaturkan jadual kerjanya untuk membolehkan beliau hadir bersama).

2.3 Mesyuarat perlulah ada kesinambungan dengan agenda mesyuarat yang lalu iaitu mengandungi agenda mengesahkan minit mesyuarat dan perkara berbangkit sebelum agenda mesyuarat yang baru dibincangkan.

2.4 Selepas sesuatu mesyuarat diadakan, minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada setiap ahli panitia tidak lewat tujuh hari selepas mesyuarat berkenaan dijalankan. (Sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil.2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan JawatankuasaJawatankuasa Kerajaan untuk memperoleh maklumat berkaitan pengendalian mesyuarat berkesan).

Kekerapan Mesyuarat

3.1 Diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun 3.2 Perjumpaan dalam kelompok kecil (Mesyuarat Kawalan Mutu Kerja KMK) boleh diadakan dari semasa ke semasa.

Panel Perunding Modul Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Negeri Johor

You might also like